boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 16, 2010

Kenapa Yang Tukang Lapor Pula Nak di Tangkap!!

Salam Sejahtera...

Inilah salah satu hebatnya 1Malaysia,, kalau dulu rakyat Malaysia takut nak buat report polis, kang yang tukang repot pun terlibat sama,,, kini nampaknya penyakit tersebut telah menular ke Jabatan Agama Islam Selangor pula...

Waran tangkap jika Mohd. Asri tidak hadir

SHAH ALAM 15 April - Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin jika beliau gagal hadir dalam tempoh seminggu untuk menjelaskan tentang 'upacara telan air liur' yang didakwanya dilakukan seorang tokoh agama di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tempoh seminggu yang bermula hari ini hingga 21 April diberi kerana pihaknya belum mendapat kerjasama Mohd. Asri untuk menjelaskan dakwaannya itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengepos dan menghantar melalui faksimili surat arahan supaya Mohd. Asri hadir membuat penjelasan.

Menurut beliau, surat arahan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (Nombor 9) 1995.

"Kita memerlukan maklumat mengenai 'upacara telan air liur' daripada beliau. Sebelum ini kita memang tidak mempunyai maklumat mengenai 'upacara' itu atau menerima aduan mengenainya daripada mana-mana pihak sehinggalah Mohd. Asri mendedahkannya di portal berita Internet.

"Jika Mohd. Asri gagal hadir seperti diarahkan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 58 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 iaitu mengeluarkan waran tangkap," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini petang ini.

Mohammed Khusrin menegaskan, JAIS tidak mempunyai masalah dengan Mohd. Asri tetapi jika beliau enggan bekerjasama tindakan mengikut undang-undang akan diambil.

Sementara itu Dr. Mohd. Asri mendakwa JAIS mengetahui mengenai kewujudan 'upacara telan air liur' yang melibatkan seorang tokoh agama di negeri ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa aduan mengenai upacara itu telah dikemukakan kepada JAIS pada Isnin lalu, iaitu hari yang sama beliau membuat pendedahan mengenainya di sebuah portal berita propembangkang.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang dikatakan membuat aduan mengenai kegiatan tokoh agama itu.

Justeru menurut Mohd. Asri, beliau tidak perlu menjelaskan isu itu kepada JAIS kerana pihak berkuasa agama itu sudah maklum mengenai perkara tersebut.

"Saya rasa Pengarah (JAIS) sendiri sudah mengetahui perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

1 comment:

  1. tempur di alam siberApril 16, 2010 at 7:54 PM

    klu bodoh tu jgn le jadi pengarah ke ...ape2 jawatan penting ke....bila dah dapat maklumat...apa lagi ...pegi le siasat....takkan nak paksa2 org yg beri maklumat tu datang pulak....klu nak maklumat yg lebih terperinci lagi ....pegi le org yg bukakan maklumat tu....apasal malu ke....besar sangat ke pangkat tu....sebab tu kat malaysia org kata klu kita ada apa2 cerita ,klu boleh jgn jaga tepi kain org....org nak berasmara ke...org nak berjubo ke org nak memantat ke....silap2 kau beri maklumat kau pulak yg kena....kah kah kah...malaysia oh malaysia negara kju tercinta....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari