boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, April 27, 2010

Silalah buat Kajian....

Salam Sejahtera....
Apa yang Tersirat,..


Terus terang aku katakan, kaum Cina di Malaysia majoritinya adalah satu kaum yang bijak seperti mana kaum Melayu di Negeri Kelantan. Itulah hakikat sebenarnya..

Mereka tidak akan memandang janji-janji manis yang ditaburkan oleh pemimpin UMNO,, mereka masih memegang Cakap Tak Serupa Bikin..

Kaum Cina telah pun sedar tentang adilnya pemerintahan Islam apabila TGNA berjaya mentadbir Negeri Kelantan selama 20 tahun, yang mana sebelum ini mereka telah dibohongi oleh UMNO kononnya PAS adalah satu parti yang exkstrim...

Faktor sokongan itu semakin terserlah, apabila DS IR Nizar menjadi MB Perak selama 11 bulan, mereka boleh menilai yang Islam itu adil kepada semua kaum, cuma UMNO saja yang cuba memutar belit fakta yang kononnya DAP yang mengongkong Nizar, perkara ini sampai sekarang masih lagi diekplotasi oleh oleh UMNO dan Ustaz-ustaz yang pro UMNO seperti Ustaz Kazim, dan Mufti Perak sendiri.

Ketelusan yang ada dalam kerajaan Pulau Pinang yang di Pimpin oleh DAP semakin menambah lagi kepercayaan kaum Cina kepada Pakatan Rakyat, begitu juga dengan negeri Selangor dan Kedah.

Kaum Cina seperti juga Melayu di Kelantan, mereka tidaj mahu pembangunan-pembangunan mega, yang mereka mahu keadilan dan keikhlasan, mereka mahu mahkamah berfungsi dengan penuh keadilan, bukan keputusan yang ditentukan oleh UMNO. Contoh kes TBH, mereka tahu mangsa itu mati jatuh bangunan atau dibunuh, tak payah SPRM dan kerajaan Pusat nak berdaleh-daleh lagi.

Begitu juga, setiap kali tohmahan dan fitnah yang dicipta kepada kerajaan PR terutama sekali kerjaan DAP Pulau Pinang dengan isu Melayu, selagi itu lah UMNO dan BN akan terpinggir dari pengundi Cina.

Jadi aku harap selepas ini PERKASA dan berahim ali rajin-rajinlah lagi berusaha menarik simpati orang Melayu dan menyerang kaum Cina secara berterusan, moga-moga bertambah cepat perubahan faktor politik negara.

Selagi ada sifat amanah dan keikhlasan kepada setiap pemimpin Pakatan Rakyat seperti mana yang ditonjolkan oleh TGNA, Insyaallah, PRU13 nanti UMNO dan BN akan menjadi pembangkang pula di Malaysia.


2 comments:

  1. Orang China dan Melayu di Kelantan matang berpolitik. Kerajaan dan parti memerintah adalah berbeza.

    Ini yang cuba praktikan oleh Lim Guan Eng dan Ustaz Azizan.

    Sesebuah kerajan perlu bertanggungjawab kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan parti. Hanya ahli UMNO saja yang berperinsip berlainan

    ReplyDelete
  2. PAS lah yang paling teruk sekali terima kekalahan. Tengok diri sendiri, jangan tengok maslah orang!

    Analisis Hulu Selangor (1): PAS Biggest Loser?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari