boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, June 5, 2014

Tanah Perkuboran pun umno nak kawal guna!

Inilah dasar umno, seolah-olah apa yang ada dimuka bumi di Malaysia ni semua hak umno yang empunya, sehingga ke tanah kubor..


Tolak pengebumian: 'Tanah kubur sempit'


Kenyataan yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini. Gambar kiri: Razali


KUALA TERENGGANU – Keputusan menolak pengebumian seorang jenazah wanita baru-baru ini dibuat AJK Masjid Padang Midin dan tiada kaitan dengan Umno cawangan.

Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Sahul Hamid berkata, dakwaan mengatakan ia berkait dengan perbezaan fahaman politik adalah tidak betul dan fitnah semata-mata.

“Saya difahamkan, AJK masjid sudah lama memutuskan kariah masjid sahaja akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin kerana ruang tanah kubur itu sempit.

“Disebabkan ruang yang sempit itu juga AJK masjid terpaksa menolak dan bukannya disebabkan arwah seorang ahli Pas atau pun mana-mana parti sekalipun,” katanya.

Kata Razali, arwah berasal dari Kampung Tanjung iaitu sempadan antara Kampung Padang Midin dan Kampung Tok Hakim. Arwah juga selalu berjemaah di Surau Kampung Tok Hakim.

“Perkara ini telah diselesaikan secara baik dan arwah telah pun selamat dikebumikan di Kampung Tok Hakim di mana kawasan perkuburannya yang luas,” katanya.

Razali berkata, ada pihak sengaja memutar belit cerita supaya memburukkan imej Umno dan JKKK Padang Midin.

“Saya amat dukacita dengan fitnah yang disebarkan sebuah laman sosial yang telah memburukkan imej Umno dan JKKK kampung ini (Padang Midin), sedangkan saya tidak pernah diajak berunding dalam masalah ini,” katanya.

Hubungannya dengan keluarga arwah cukup baik dan dia sendiri tidak tahu mengapa perkara itu boleh terjadi dan dipolitikkan.

Sebelum ini, Sinar Harian mendapati sebuah laman sosial mendakwa JKKK dan pengurusan masjid tidak membenarkan seorang jenazah dikebumikan walaupun sudah separuh kubur digali atas alasan bukan jemaah masjid.

Masalah itu menyebabkan keluarga jenazah kemudiannya terpaksa mengebumikan arwah di kampung berhampiran.

Bagilah apa-apa saja pelbagai alsan pun,, ingat .. kita semua akan mati dan akan bertemu Allah S.W.T.. sedialah jawapan dengan keimanan yang kita ada,, kat sana tak ada karpal Singh yang akan tolong membela sebagai lawyer... 


14 comments:

  1. rekod betul-betul apa yang umno buat .... satu hari dia orang akan mati juga .... doakan agar mayat dia orang nanti tak boleh masuk kubur ... campak je dalam sungai atau dalam laut ....

    ReplyDelete
  2. Haluuuuuuu. ..........

    Jnis ajk masjid lantikan puak antihadis..nilah jadinya.. slalunye yg ramai berjemaah di sutau @ masjid ahli pr trutamanya pas..klau dh gali separuh kubur mmg sah mainan politik. Skit lgi nk mati pun kna gst...

    Khak tuih

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah SWT
    Qoute kekata dari ... Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Sahul Hamid berkata sudah lama memutuskan kariah masjid sahaja akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin kerana ruang tanah kubur itu sempit. Walhal arwah adalah kariah jua kerana arwah berasal dari Kampung Tanjung iaitu sempadan antara Kampung Padang Midin . Bermakna arwah masih kariah di Masjid Padang Midin. Tak kan disebabkan tak bersolat di Masjid Padang Midin nama arwah kena potong totally. Stupid Bahgdad punya alasan.

    ReplyDelete
  4. Kubur kau betingkek2

    ReplyDelete
  5. INI KIRA BARU LAH UMNO DIPERAK NAK TANAM PUN KENA BAYAR DEKAT PUAK UMNO NI RM1400.00.KEMUDIAN DEKAT RAPATJAYA DIIPOH NI KALAU NAK KEBUMIKAN JENAZAH BERDEKATAN KAWASAN YANG MASIH LAPANG PUN TAK BOLEH .BILA BAPAK HOSNI MOMPOS BOLEH DITANAM KAWASAN YANG LAPANG TU.KEMUDIAN TANAM TENGAH MALAM TAKUT ORANG .PUNYA LAHANATNYE ORANG UMNO..JADI MARILAH KITA SUMPAH MEREKA INI BERAMAI RAMAI

    ReplyDelete
  6. MM hg xnak komen ke pasal Dap dok bantai Pas bila depa kalah kt t.intan?aku tgk pas ni mkin lama mkin teruk dh mcm xde maruah je..inilah jadinya bila pas dah x sedar siapa musuh mrk yg sbenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik.lari tajuk nampak.nape tak mau bincang pasai apa bla,bla,bla,bla.bukakblog sendiri la.tu ler masalah umnuuuu.

      Delete
  7. Masjid Bujal pun sanggup depa runtuhkan.siap polis tolong jaga lagi.ikut perintah kunun.ini kan plak orang meninggal.terbaek punya alasan menipu.nie mesti juragan nafikan umno runtuh masjid.sahih juragan beralasan yg diruntuhkan tu PASTI.tak gitu juragan oi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bhai lu nk petik nama aku wat apa bhai...lu yg nk brpolitik dan mmpolitikkn semua bnda yg hebat utk didngr dan indah dipndang andai mata dan akal mnjdkn politik..politik dan politik...

      sama sprti entry yg mm keluarkn.. ajk masjid dan jkk tlh beri alasan mngapa ttp jika masih nk dipolitikkn bkn kerana kepntingan kariah ttp lbh kpd politik kepartian maka menunding jari amalan biasa utk lu org...

      hahaha...lu nk brckp tntng masjid kg bujal...hahaha politik sekali lg menerawang keatas situasi yg sebenar...sama sprti ajaran sesat.. kpd pngikut dan pengamal ajaran sesat...yg salah jab. Agama..polis.. pnguatkuasa undang2..mereka ttp betul..mereka ttp maksum..ketua mereka sesuci insan..kumpulan mereka tkda salah...hahaha sedih bhai..

      Delete
    2. Setau aku yg sesat madey kutty Kerala dan juragan69. Terang² anti hadis

      Delete
    3. Kah.kah.kah.kah.kah.kah.kah....bila nama lu gua petik,melenting lu bro.lu petik nama gua selamber jer gua layan lu.kah.kah.kah.kah.kah.sengaja gua petik nama lu bhai.berjela jela lu punya taman dalam hati lu hamparkan.kah.kah.kah.kah.kah.bhai.bhai.bhai.mudah sungguh lu menyesatkan orang lain.tapi gua takut lu plak yang sesat bhai.kah.kah.kah.kah.kah.

      Delete
  8. bumi ini milik allah swt,tidak ada dalam mana mana hukum dan hadiths mengatakan hanya kariah masjid saja boleh dikebumikan disitu.kalau gitu umat islam bukan kerakyatan malaysia jauh sekali kariah masjid. dikebumikan dimana?.apa yang berlaku[ketepikan fahaman politik] adakah rakyat malaysia yang kedudokkan lebih dekat dengan masjid atau pendudok masjid itu tidak layak dikebumikan ditempat yang berhampiran sebagai kariah masjid?seorang islam pendatang tanpa izin[pendatang haram] jika mati dikariah masjid itu akan lebih diberi keistimewaan gamaknya.

    ReplyDelete
  9. Mana juragan69..dgar je lubang kubur tak bersuara terus..

    ReplyDelete
  10. Juragan69 dah jadi gang lubang jubor

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari