boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, August 3, 2014

Buat Macai-macai DSAI , tolong baca yang ini pulak...

Fuiyo,,, bertalu-bertalu komen masuk marah wooo,,, marahlah sekehendak hati hangpa,,, kan kita ni berbeza pendapat,,

Aku ingat nak jawab semua tu,, tapi bila aku terbaca satu artikel ni,,, aku rasa lebih kurang macam aku nak jawab, tetapi artikel ni lebih baik daripada aku yang jawab,,, jadi aku copy paste balik..
Baca dengan tenang, kemudian pakat-pakat fikiaq,, kita ada akai....

Kemelut MB Selangor & PKR, PAS Pula jadi Kambing Hitam


Aduh! mengapakah masih ada AJK PAS Pusat yang begitu bodoh menyebarkan perbincangan Whatsapp AJK PAS pusat ini hingga Dr. Zuhdi dan PAS dihentam teruk oleh pemimpin PKR dan DAP bersama penyokong2 mereka. Dan sangat bodoh pemimpin2 dan penyokong Pakatan yg menghamburkan makian kepada Dr. Zuhdi kerana Whatsapp ini...org yg ada otak akan bertanya dahulu kenapa pandangan itu dikemukakan.....dan apa Senario Analisis Kedua...ketiga dan seterusnya dari Dr. Zuhdi....bukankah yg diprint Screen hanya Senario Analisis Pertama? Biasalah klu penganalisis, mereka akan bagi beberapa analisa kajian dan selalunya dimulakan dengan analisis yang paling teruk sekali dan diikuti dengan pandangan analisa lain yang lebih konstruktif.....Memaki hamun dan salahkan Dr. Zuhdi tidak menyelesaikan kemelut masalah MB Selangor. Dan PKR begitu bijak mengambil peluang utk divert isu perlantikan Azizah sebagai MB dengan Isu ini.

Terus terang saya katakan...Masalah yang berlaku dlm Pakatan sekarang adalah berpunca dari PKR dan masalah dalaman PKR..saya kira begini rentetan senarionya:

1. Azmin gaduh Dengan Khalid Ibrahim

2. Adun Kajang Letak Jawatan dengan alasan bodoh! untuk bagi laluan pada Anwar bertanding dengan harapan boleh selesaikan masalah PKR Selangor jika Anwar jd MB. (Nampak kan, Anwar tidak mempercayai Azmin walaupun dia blh tukar Azmin jadi MB tanpa perlu Pilihanraya kecil)

3. Kajang Move gagal meletakan Anwar sebagai calon kerana kes Liwat di Mahkamah....maka terpaksalah Azizah yang pernah letak Jawatan jadi MP jadi penganti (Ya! PKR mmg suka main politik letak jawatan dan ganti dengan org yg Anwar suka).

4. Azizah menang...Rafizi pakar strategi PKR diperbodohkan, sedangkan dia org yg lebih layak bertanding dikerusi itu jika Anwar tdk blh jd calon. Tapi biasalah. Kene Yes bos!!!

5. Ketika baru nak belajar2 masuk DUN selangor sebagai wakil rakyat..Speaker Selangor, Hannah Yeoh menolak semua 10 soalan Azizah dengan alasan tdk ikut prosedur. Fuh! gini calon MB Selangor...prosedur hantar soalan kat Sidang Dun pun belum habis belajar lagi.

6. Akhir bulan Mac, Anwar bikin kecoh lagi apabila mengumumkan bertanding untuk lawan Isterinya Azizah bagi jawatan Presiden parti...ini pertama kali dalam Malaysia suami isteri berebut jawatan Presiden dalam parti Politik....dan tahun ini adalah musim pemilihan PKR yang paling panjang bagi sesebuah parti politik di negara ini. Sampai hari ini pun belum selesai walaupun dah banyak kerusi rosak kene baling.



7. Awal bulan Julai, ke semua Komponen Pakatan sudah menyatakan pendirian dan bersetuju jika MB Selangor ditukar. PAS boleh terima Azmin dan tolak wanita sebagai MB..DAP juga setuju dan semua pemimpin utama Pakatan bersetuju utk bincang dan buat keputusan selepas Hari Raya.

8. Pada 25 Julai, tanpa mengambil pandangan dari rakan Pakatan, Anwar terus panggil media dan Umum, Azizah sebagai MB Selangor. Ini sangat mengejutkan kerana Pakatan belum bermesyuarat dan keputusan hanya dibuat di peringkat PKR dimana Azmin dikatakan membantah melalui tweetnya yg berbunyi "orang gila kuasa sanggup lakukan apa sahaja, isteri sendiri pun dipergunakan untuk capai matlamat"...walaubagaimana pun tweet itu dipadamkan selepas itu akibat tekanan dalaman.

9. 23 Julai Anwar memanggil mesyuarat pimpinan Pakatan secara tergesa2 tanpa kehadiran Presiden PAS. Walaubagaimana pun, secara dasarnya wakil2 PAS dan DAP yg hadir bersetuju utk tukar MB, tetapi belum bersetuju Azizah dilantik jadi MB sehinggalah mesyuarat terperinci diadakan selepas Hari Raya seperti yang dipersetujui sebelumnya.

10. 25 Julai Presiden PAS buat kenyataan sokong TSKI kekal jadi MB dan tolak Azizah sbg MB. Walaupun Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS cuba katakan pandangan itu adalah pandangan peribadi Presiden, Namun Tok Guru Nik Aziz tampil membuat sokongan terbuka kepada Presiden dan diikuti oleh ramai pimpinan PAS yg lain.

11. AJK PAS Pusat mula membincangkan hal ini secara serius hingga meminta Dr. Zuhdi, utk membuat penyelidikan dan simulasi senario yang bersifat pro & kontra.

12. Whatsapp Dr. Zuhdi berkaitan Senario Analisis Pertama telah disebarkan oleh pemimpin jahanam dalam PAS dan mjadi viral dan fitnah besar kepada PAS hingga menyebabkan isu Azizah jadi MB senyap.....Rafizi dan Antony Loke yg dikatakan org bijak pandai dan pakar dlm analisis Politik skali lagi mjadi org bodoh dengan turut membuat kecaman tanpa btanya dan meminta penjelasan terlebih dahulu dr pihak PAS.

13. Semua media mula memberikan gambaran Pakatan akan berpecah walaupun Dr. Zuhdi telah membuat penjelasan.

So...takyah pening2, kita tunggu keputusan mesyuarat Pimpinan Pusat PAKATAN. PAS tidak gila kuasa...kerana TSKI dan Azmin tahu siapa sebenarnya yg gila kuasa!

Personaly...saya merasakan sudah sampai masanya Anwar bersara dari dunia Politik kerana terlalu banyak keputusan peribadi beliau yang merosakan hubungan pimpinan dan PKR dan dalam Pakatan serta memberikan ruang kepada Umno-BN menyerang Pakatan dari luar. Anwar kini adalah Liabiliti kepada Pakatan


Aku copy Dari Sini


39 comments:

  1. hang tu blogger copy paste. duduk depan komputer dalam rumah lepas tu copy paste. itu bukan analisis hang. kalau nak jadi blogger kena keluar cari maklumat lepas tu buat analisa tulis pendapat sendiri.

    haaa. ni analisa aku, hadi patut turun dari jadi presiden pas sebab dia dibuktikan bersalah oleh mahkamah buat fitnah pasal marxis dan pil kuda. tok guru taik kucing laa kalau mulut kumat kamit buat fitnah dan cakap ikut kepala lutut. dah laa pemfitnah, taknakmintak maaf pulak.

    aku rindu kat arwah ustaz fadhil noor. cakap penuh hikmah dan berakhlak.. al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat ko din...

      lain kali orang tuduh ko fitnah orang lain ko mengaku bersalah je la walau pun ko sebenarnya tak bersalah...

      itu ikut logik tulisan ko kat atas...

      setakat rindu je tapi tak ikut contoh teladan tak guna jugak, kan?

      Delete
    2. Pas nak join israel pun aku tak kesah......cuma aku kesian kat dino ayam menantu hadi tu ja! Dunia terlepas akhirat aha! Tangan bau taik ayam! Kah kah! Dan MM NAK HABAQ kat hang islam ada 73 gulungan......dan aku pas ti ameno bukan yg betul.....lantaran itu selamat maju jaya Pas .......dgn laki pilehan dino ayam. Selamat pengantin baru!,

      Delete
  2. TUAN TANAH > Untuk kelangsungan PKR untuk kekal kuat dimasa depan ialah .> apabila Anwar dihukum penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan DAN Kaled masih MB yg pakar faham yg Kaled tak boleh mengekal daya Reformasi. PENYELESAIAN dgn Wan Azizah sebagai MB dan Anwar dlm Penjara dan Ketua Pembangkang diberi kpd PAS atau DAP sahaja Momentum pakatan Rakyat Dan PKR akan dapat konsisten. Dengan kaled sbg MB yg terus dijulang oleh Parti Pekembar, TV3 & Utusan . Anwar pula di penjara, Azmin tak ngam kaled, = Putrajaya semakin Kabur. Ranap PKR maka yg akan kekal ialah sekadar PAS terus berkuasa di Kelantan dan DAP kekal berkuasa di Pulau Pinang dan Manjung Mari Kekal blog pro PAS yg geramjer pd PKR

    oleh
    BACAKEDEPAN

    ReplyDelete
  3. Dengan dsai sebagai kapten tak perlu bermimpi untok ke putrajaya. Sebelum nak perintah malaysia ,perbetulkan dulu rumah srndiri PKR.
    Disana sini gadoh semasa pemilihan.nampak benar anwar gagal mengawal anak buahnya.atau sengaja membiarkan ianya berlaku.pergusiran antara azmin dan khalid sengaja dibiarkan.supaya wan azizah mendapat untong bila azmin dan khaled kojol.
    PAS tidak srbodoh yg.fikirkan.dengan kemelut yang dicetuskan dlm. Pkr semakin jelas nasib pas jika pr berjaya ke putrajya.naunzubillah.
    Jika dutakdirkan pr berjaya ke pj.diwaktu itu berduyun umno akan datang mencium tangan anwar.dan diwaktu itu juga.PAS akan dijentik oleh anwar. Pernah kah anwar hormat kpd.pas?
    Pas tak perlu jadi terompoh kayu bagi anwar untok ke pj. Sbb.bila sampai kesana pastinya pas akan ditinggal di pintu jsmban.
    Biarlah para juak juak yang menggelarkan diri merek proffesional dan hebat dengan impian mereka.

    ReplyDelete
  4. MM ni makanaya Mari Maki.Jadi kalau isu DSAI dia ni cukup dengan dendam kesumat.kita tak tau mengapa MM terlalu benci dengan DSAI.Kalau isu Haji Hadi buat silap dia pejam mata je.kalau peminpin Pas lain buat kenyataan sumbang dia sokong sepenuhnya.memang MM lebai yang penuh dengan najis dalam kopiahnya atau serbanya.kita tak tau dia ni pakai apa.MM.cuba keluarkan wajah sebenar kamu

    ReplyDelete
  5. mungkin dia belajar copy paste dari blogger "fakulti-siyasah-syariyah"

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang-kurang nya dia habaq dengan jelaih yang dia siarkan tu kopi pes...

      agak-agaknya kalu dia tak bagitau mau hangpa ingat dia tulih ikut idea dia sendiri!

      Delete
  6. Kalau kemelut MB Selangor tak selesai, tumbangkanlah PR. Kita pun tahu PKR serpihan umno jadi DNA nya hampir sama. Kalau kecoh macam ni agak-agak siapa untung...? sepatutnya biarlah Tan Sri Khalid habiskan penggal sebagai MB sehingga pilihanraya akan datang. Apa kurangnya beliau sehingga ada yang sakit hati. Adakah beliau krooni umno...? Anwar Ibrahim macam dah hilang aura.sepatutnya beliau sebagai ketua PKR semestinya bertindak segera untuk meredakan keadaan. tutup semua mulut mulut yang sumbang.buat satu kata putus MB Tan Sri Khalid kekal atau tidak selepas pilihanraya akan datang. kalau PR tumbang di Selangor siapa yang bersalah. tentunya Anwar Ibrahim. jangan harap nak ke Putrajaya kalau hal MB Selangor tak selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wei wei...DNA UMNO pun bersepah dlm PAS tau x...hahaha...tuuu....UG tu..DNA UMNO la tu. hahaha...memfitnah pun DNA UMNO gak, jgn buat x tau bro...hahaha...apapun, rasanya selepas ni PAS yg patut lead PR dgn syarat, Tuan Presiden di pencenkan dgn kadar segera. Begitu gak Anwar Ibrahim dan LKS. Bagi muka2 fresh plak.

      Delete
    2. satu lagi ug phobia dikesan!

      Delete
  7. Tengok pada gaya hj hadi ni pas akan terus berkubur tanpa nisan.sokong khalid pun sbb nak menjaga perut menantu dia.tanpa tg nik aziz nanti pas terus jahanam ditangan ulamak yg menjaga anak menantu..sebelum anwar dibebaskan dulu aku tak pernah ambil tahu siapa anwar ibrahim ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah...

      ko tak pelik ka pandangan ko ni bertentangan dengan pandangan TG Nik Aziz...

      TG Nik Aziz sokong pendirian Hj. Hadi tau!

      Delete
    2. TGNA org yg bijak dah! Dia tibai mentua din ayam secara halus.............kalau dia tibai menantu nanti mentua pulak yg merajuk.......itu lah presiden Pas! Amanat dia tak serupa bikin......dulu kutuk ameno kau kau sampai keluar amanat hj hadi yg di gembar gemburkan tv3/4 kutty. Kini dia jilat balik ludah dia.......yeee aku malu jatuh maruah semua jemaah!

      Delete
  8. hadi dan exco bawa sial..siang malam mimpi jadi menteri..ahli suruh wala'..patutlah kalah terengganu hari tu menangis sakan,, tambah pulak dpt menantu jadi hantu..sia2 membantu pas dalam pru yg lalu..sial

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini dah jadik kes orang lain makan nangka orang lain pulak yang kena getahnya!

      kah kah kah.

      Delete
  9. katanya dalam satu Pakatan, tapi apabila nak buat sesuatu keputusan yg melibatkan kepentingan bersama pandai-pandai buat keputusan sendiri. itu baru dpt 14 kerusi kalau dpt kerusi majoriti tak tahulah macamana.

    ReplyDelete
  10. berilah pelbagai alasan sekalipun rakyat menilai pemimpin. Ramai akan serik untuk bersusah payah balik mengundi. kemelut selangor sangat memualkan. segala pekung yg busuk banyak yang terbongkar. umno bertepuk tangan. inilah masanya melihat perilaku sebenar pemimpin pas yg tak banyak berbeza dgn umno

    ReplyDelete
  11. Manjung Mari,

    Aku pengundi tanpa parti yang disebut sebagai pengundi atas pagar, tapi pengundi dalam parti disebut pula pengkhianat dalam selimut.

    Kenapa disebut pengkhianat dalam selimut.... ada diantara ahli parti tidak setia pada parti mereka sendiri. Ketika menghadiri ceramah mereka kata mereka sokong calon yang dipilih oleh parti tapi masa mengundi mereka pangkah calon dari parti lain.

    Itu sebabnya Najib terpaksa mempromosikan BR1M bagi merasuah ahli mereka sendiri ketika berlangsungnya pilihanraya yang lalu. Disebabkan dana itu datang dari kerajaan Malaysia maka mahu tak mahu terpaksalah dikatakan BR1M itu untuk semua rakyat Malaysia.

    Dalam isu menteri besar Selangor sekarang menjadi ia hangat disebabkan pertembungan hujah pengundi antara parti-parti disamping diapi-apikan oleh pencacai dari longkang yang diupah oleh UMNO Baru. Ianya seperti orang menghisap rokok..... masuk angin keluar asap..

    Bagi aku isu menteri besar adalah masalah PKR, dan parti itu telah mewar-warkan pada rakan mereka PAS, dan DAP bahawa Khalid Ibrahim akan digantikan dengan orang lain. Ini memberi maksud bahawa jawatan MB bukanlah hak Khalid untuk ia simpan berterusan kerana jawatan itu adalah lantikan dari parti bukan dipilih oleh pengundi. Boleh ditukarkan jika tidak lagi mematuhi arahan yang telah ditetapkan dalam manifesto dan parti.

    Sepatutnya menurunkan Khalid dari kerusi menteri besar itu adalah lancar dan mudah tapi Khalid telah menghuru-harakan keadaan sama seperti yang dia pernah lakukan dalam PNB apabila Tun Mahathir mahu menukarkan Khalid dengan orang lain. Jika kau masih ingat lagi.....

    Dalam isu MB Selangor, Khalid telah berjumpa segelintir pemimpin PAS menagih simpati bagi mempertahankan kedudukannya atas alasan dia telah berjaya mengumpul dana untuk kerajaan negeri sebanyak 3 billion.

    Kalau diikutkan pada perjanjian dan setiakawan dalam Pakatan Rakyat, PAS sepatutna akur dengan tindakan parti PKR dan tidak akan menyokong tindakan Khalid itu.

    Tapi disebabkan kerusi PAS dalam DUN Selangor ada 15 dan PKR pula cuma ada 14 kerusi maka mereka ambil kesempatan tunjuk riak, angkuh, sombong dalam masa yang sama nak tunjuk garang pada semua ahli parti PKR kerana kelebihan satu kerusi itu. Inilah punca segala punca.

    Bila Hadi keluar kenyataan mewakili parti PAS mempertahankan kedudukan Khalid sebagai MB Selangor yang tidak disokong oleh PKR dan DAP, apa yang Hadi dapat setelah menganggu keputusan parti PKR menggantikan Khalid dengan Wan Azizah.. apakah dia sekarang ini dipandang sebagai hero PAS.?

    Lihat betapa bercelaru nya keadaan PAS seluruh Malaysia, ada yang kata akan tetap setia dengan PR, ada yang kata tetap sokong dengan tindakan Hadi Awang mempertahankan Khalid, dan ada yang kata PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat. Cerita keburukan bekas kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan juga diungkit. Siapa yang bodoh dalam hal ini ?

    Dab siapa yang lebih mulia diantara Khalid Ibrahim jadi berok tak mahu turun dari pokok kelapa dengan Hadi Awang pecah pintu rumah orang ?

    Kalau kau guna 'cut and paste' untuk menambahkan kehangatan isu tersebut aku juga 'cut and paste' agar suasana tambah meriah . Kepada pembaca blog manjung mari.....Sila layari

    http://sakmongkol.blogspot.com/2014/08/hidung-tak-mancung-pipi-tersorong_1.html


    ReplyDelete
    Replies
    1. SATU ANALISIS BODOH....

      Delete
    2. awak lagi bodoh - tak ada analisis langsung!

      Delete
  12. Pas dah berpuluh tahun lagu tu juga. . Hidup segan mati tak mau. Kena kencing dengan Umno je..Bila gabung dengan PKR dan DAP kuatlah sikit. Tapi mula tak sedar diri. Sebab apa jadi lagu ni. Sebab ada ahli dan pemimpin Pas yang hamPas

    ReplyDelete
  13. Kesian macai-macai nuar pasai cita-cita jadi pm dah berkubur nak jadi mb selangor langkah penjara kajang dulu 5 tahun. Orang komen dia pun nok komen pasai taksub dengan nuar sampai angka 14 kerusi pun tak tahu milik sape. Macai-macai nuar kena balik baca buku sejarah dulu baru boleh nak bantai pasai nuarlah pengkhianat sebenarnya kerana mata dah kelabu dengan janji mahathir. Malaysia akan jadi milik lu jika lu masuk umno dan tinggalkan PAS dan gua jamin lu akan jadi pm ganti gua. Maka hari-hari nuar dok ratib pm..pm..pm sampai naik sasau dan gua dah bagi warning kat nuar,'jaga-jaga nuar pasai lu nih nak masuk tong taik, nanti terpalit kat kain lu'. Nuar kata takpa aku masuk pelahan-pelahan, che det dah habaq sape yang bantah akan kena ceh keting. Takkan macai-macai nuar tak reti-reti kut.

    ReplyDelete
  14. Lebih baik doakan si nuar ni jadi atok yg baik & menyayangi cucu2nya...

    ReplyDelete
  15. Membaca blog MM mengingatkan saya kepada satu watak. Terpancar amarah dan dendam yang amat tinggi terhadap anwar. Mungkin saudara MM atau keluarga ada masalah peribadi dgn Anwar, wallahu a'lam, hanya Allah yg maha mengetahui. Tapi sayangnya, saudara MM berdiri tak sama tinggi dengan Anwar, sampaikah segala sumpah seranah dan kata nista kepada Anwar? Rasanya kalau saudara MM berani tonjolkan diri bersemuka ataupun dedahkan diri sebenar MM mungkin akan sampai mesej yang hendak disampaikan. Asas untuk berdakwah walaupun dalam politik ialah kita kena sabar, berani, jujur dan ikhlas. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Jangan sesekali putus asa dalam berdakwah. Sifat berani agak kurang dalam diri orang melayu, sebab itu dalam berdakwah, mereka lebih senang berdakwah sesama melayu. Hakikatnya ramai lagi orang bukan islam yang lebih berhak untuk kita seru/dakwah mereka kepada islam. Saya kurang pasti kejayaan parti islam yang tersohor dengan dibimbing ulama tersohor seantero benua dalam berdakwah melalui politik, pencapaiannya adakah cemerlang atau gemilang. Sebab ada ahli yang mengatakan merekalah yang berjaya dalam membimbing/mempertahankan akidah umat islam. (Parti keris bugil pun beanggapan sedemikian). Kitalah contoh negara dan umat islam yang berjaya. Segala yang terbaik adalah kita, ulama kitalah yang menulis beratus-ratus kitab. Ringkas kata, tanpa parti kita murtadlah semua orang melayu. Itu adalah pandangan dari seorang ahli parti islam. Benar atau salah, sendiri kita berlapang dada, sedia terima keterbukaan pandangan, fikir dan nilaikan sendiri. Imam mazhab pun boleh terima perbezaan pandangan, siapa kita untuk menafikannya.(kecualilah kita setaraf dengan para sahabat).Membaca blog saudara MM, lebih bersifat menghasut dan adu domba dalam memecah keharmonian dan kesepakatan PR. Syaitan diakhir tugasannya yang berjaya akan bertepuk tangan, bermegah sambil berkata 'aku tak tahu, aku cuma menghasut, mereka ikut itu mereka punya pasal' lega hatinya, dendam kesumat terhadap anak adam berjaya. Sama-sama mereka menjadi ahli nereka. Sifat itu rasanya ada persama dengan saudara MM (hanya di blog rasanya) Apapun niat kita tak siapa tahu, hanya Allah yang tahu. Kalau niat elok, perlaksanaan tak elok, pun tak boleh. Allah maha adil, apa yang kita buat itu yang kita dapat.Kalau dengki kat orang, orang akan dengki kita, kalau kita menyebarkan fitnah, orang akan sebarkan fitnah atas kita, kita aibkan orang, orang akan aibkan kita. Apa yang paling ditakuti, Allah tangguhkan pembalasan atas dosa kita kepada anak-anak atau kaum keluarga kita. Takut tanpa sedar kita menzalimi atau menganiayai seseorang. Wallahu a'lam, apapun Allah maha pengampun lagi maha mengasihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada yg buta mata....buta hati....tidak nampak kerakusan anwar.....

      Delete
    2. wasp, tuduhan anda yg mengatakan Anwar itu rakus adalah membuta tuli. Jika bukan kerana prinsipnya mempertahankan hak rakyat, sudah tentu Anwar meluluskan penggunaan wang dana KWSP dan Tabung Haji untuk menyelamatkan satu syarikat perkapalan semasa dia menjadi Menteri Kewangan dulu. Jawatan PM pasti dlm tangan jika tidak mempertahankan prinsip itu.

      Delete
  16. sapa2 bole tolon jawab soalan aku tak? kajang move dkatakan sebagai langkah PR ke Putrajaya. aku tak faham, putrajaya kan parlimen, kajang kan kerusi DUN. mcm mana dari kerusi dun bole menguasai kerusi parlimen???

    ReplyDelete
  17. Do you have a spam problem on this site; I also am a blogger, and
    I wwas wondering you situation; many of us have developed some nice methods and we
    are looking to exchange solutions with other folks,
    please shoot me an e-mail if interested.

    My webpage best site to buy twitter followers uk

    ReplyDelete
  18. di seluruh dunia. mujahidin berjuang bermatian menegakkan agama Allah.
    Takkan Pas nak keluar dari Pakatan pun pening
    dengan Dap terpalit kencing, dengan Pkr subahat najis

    Ikut Tok Kenali, yakin kepada Allah semata. pikir2 kanlah

    ReplyDelete
  19. Teruskan menulis Mayang Zuulaika..Tapi aku rasa MM tidak membaca apa yang kamu tulis sebab ornag seperti ini hanya tahu menulis atau menyalin dan tidak suka membaca apa yang orang lain tulis.MM hanya bolih memfinah,menyebar kebencian terutama kepada ornag yang menyukai perjuangan DSAI.sekiranya pemimpin Pas yang buat silap MM akan mempertahankan sehingga ke lubang cacing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn anon 1:51pm, mayang zulaika tidak mudah termakan fitnah. Tulisannya memberi dimensi yg boleh diterima pakai.

      Delete
  20. Making berangan jdi Menteri la nk kiamat dh g surau dok dikir2 kan la. Apa nk dikejar lgi. Malu PDA Malaikat la Hari ikut mana hang pe

    ReplyDelete
  21. selesaikan masalah dalaman pkr dan dap dulu sebelum pru14....mereka yang perlu sedar,kekuatan pkr dan dap adalah disebabkan bantuan aktivis2 pas serta unil amal yg tidak menagih habuan ketika mempromosi pkr dan dap,kerana majoriti kerusi yg mereka menangi adalah kerjasama kuat bersama pas.

    pejuang2 islam akan terus bergerak walaupun mendapat halangan drpd lawan dan kawan.

    *** isu kenyataan dlm whatapss jd taboo memang bodoh la,sejenis dgn otak umno laknatullah

    ReplyDelete
  22. Setelah Anwar masuk penjara...PKR hancus kerana berperang sesama sendiri. Sebelum ini PKR dikaitkan dengan DNA Amno. Lepas ni PKR akan melalui evolusi DNA S46.....kih...kih....pupus dari muka bomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilangnya S46 menyebabkan Pas merosot dan nyaris2 kehilangan Kelantan. nasib baik Anwar kena pecat dpd Umno, dapatlah Pas benafas. kalau PKR padam, insya-Allah Pas akan merosot lagi. tambah lagi kalau Nik Aziz dah tak ada nanti. Pas memang ada ramai ahli yg mampu melakukan gerak kerja tapi kurang dikuasai oleh pemimpin cerdik mcm Fadhil Noor dan Nik Aziz. yg ramai ialah pemimpin mcm Din Ayam

      Delete
  23. Hey! I know this is somewhat off topic but I was wondering
    which blog platform are you using for this website? I'm getting sick and tired of
    Wordpress because I've had issues with hackers and I'm looking at
    alternatives for another platform. I would be fantastic if you could point me in the direction of a good platform.



    my web page ... flooring solution

    ReplyDelete
  24. I'm not sure exactly why but this weblog is loading extremely slow for me.
    Is anyone else having this problem or is it a problem on my
    end? I'll check back later and see if the problem still exists.


    My homepage - chaturbate token generator

    ReplyDelete
  25. senang cerita politik sampah dengan politik islam kan beza. kalau dah sampah nak masuk dlm periuk nasi kan mengotorkan .

    sudah sudah la pkr dan dap

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari