boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label FLU BABI. Show all posts
Showing posts with label FLU BABI. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Ha ha Ambik Kau - BABI PANGGANG UNTUK FILEM 1MALAYSIA??!

Tak tau aku nak kata kut mana, ha ha ha ha.... yang boleh aku kata padan muka.......



Dulu semasa mula-mula dilancarkan 1Malaysia hangpalah blogger-blogger UMNO siang malam 24 jam dok sokong,,, baguihnya 1Malaysia.... sekarang apa cerita beb... sendiri tanggung... Itu Najib lu orang angkat ramai-ramai ikat buang dalam gaung........ ada faham...Sila Klik babi-panggang-untuk-filem-1malaysia.








Monday, July 25, 2011

Baru aku tahu - Dari berita paling sial hari ini...


Salam Sejahtera,


Inilah yang dikatakan perumpamaan baru, Altantunya yang kurus comel lansing halus berada di negara Monggolia boleh terperasan nampak, Rosmah yang debab montel macam anak badak kat Seri Perdana depan mata tak pulak perasaan..



Apakah berita ini sekadar nak memburukkan lagi negeri Selangor dengan tujuan nak bagi tau penjaulan arak semakin berleluasa tanpa halangan dan sekatan,



Tetapi kenapa mereka tak cerita yang kilang arak juga terdiri megah di negeri Selangor dah berpuluh-puluh tahun dahulu, sejak tahun 1968.....

Aku dok ingat bina kilang arak dalam negara Malaysia ni hanya untuk peminum arak tegar dalam negara Malaysia sahaja,,,,

Rupa-rupanya Malaysia juga adalah negara pengeksport arak.... baru aku tahu.... Baca DI SINI ,

He he dia nak cerita buruk laku PBT Selangor tak kawal arak, terbuka cerita Malaysia pengeksport arak...

Hebat Malaysia, lengkap dan cantik, ingat kut Malaysia negara pengeksport babi terbesar di Asia, rupa-rupanya pengeksport arak sekali.... Baru aku tahu...




Wednesday, November 10, 2010

Tahniah Buat Dr Zulkifli MP Kuala Selangor..

Entah kenapa hari ini, TV Selangor kurang baik sikit, live teleclast sidang Parlimen hanya dapat dengar suara sahaja, tapi ada pulak baiknya, tak putus-putus,, sentiasa dengar, macam dengar radio..

Waktu aku dok dengar, time waktu tu dah 12 lebih dah, Speaker biasalah mamat dari Sarawak tu, lembut penyabar tetapi banyak menguntungkan UMNO Bn lah..., pembahas akhir ialah Zul haram jadah Kulim Bharu..

Dalam ucapannya yang disentuhnya dalam parlimen sebentar tadi ialah isu pelajar di sarawk yang dihalang oleh gurunya membawa makana sosej babi, Zul maukan Jakim menilai balik apa yang berlaku, sebab katanya pelajar yang bawa sosej itu ialah anak kepada Abdullah Baginda, yang pernah menjadi saksi kes Anuar 1998 dahulu,, menurut Zul anak ini beragama Islam...

Kenyataan Zul dibantah oleh AP Bandar Kuching, namun Zul terus berucap..., entah bagaimana aku dengar suara Zul haram jadah ni, mengeluarkan suara tak puas hati kepada Dr Zulkifli MP Kuala Selangor,, kata Kuala Selangor,,, kalau tak puas hati bercakap, seolah-olah mencabar Kuala Selangor, Bila Dr Zul bangun nak bersuara dia tak beri pulak, Dr Zul tetap meneruskan berucap, membuatkan Spaeker memaksanya duduk, namun Dr Zul aku rasa yang sebelum ini seorang ahli Parlimen yang cukup menghormati speaker, tetapi hari ini hilang sifat sabarnya... beliau terus berucap dab akhirnya beliau diperintah keluar dewan oleh speaker berat sebelah dari Sarawak...

Yang aku dengar dari ucapan Dr Zul berkali-kali,, saya rela keluar dewan demi menjaga kesucian Islam...,

Akibat dari itu, ramai yang aku dengar bangun, kebanyaknya bukan Islam dan bukan Melayu yang bangun,, PJ Utara, Bukit Mertajam, Batu Gajah, dan tidak ketinggalan Gobala Krishnan, kebanyakannya membawa peraturan mesyuarat.... dan akhir sekali bangun Dr Mariah, memperingati kembali kepada speaker tengan kebiadapan Zul Haram jadah, setiap kali bangun berucap mestu nak buat provokasi,,, tetapi biasalah,, speaker pun haram jadah juga...Nasib baik waktu jam 100 tgh jadi penyelamat kerana Parlimen berenti rehat,, menurut speaker kes ini nanti menteri akan jawab,,, pandai speaker melepaskan diri....

Apa pun tindakan Dr Zul tu ada hikmahnya,, dari sini apa yang aku dok nampak, ahli-ahli Parlimen tak kira dari PR atau BN yang bukan Islam akan dapat menilai,, siapakan ahli parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar,,, PAS atau UMNO.. sebab biasalah bila kes sebegini, ahli-ahli Parlimen UMNO seperti Kinabatangan, Seri Gading, Lenggung dan beberapa orang lagi UMNO dari sabah pun turut mempamerkan Islam liberal mereka......

.

Thursday, April 30, 2009

FLU BABI BUKAN SOAL SALAH MAKAN

Oleh
A. Rahman Basrun

BARU minggu lalu saya sebut tentang khinzir dalam pojok saya, tidak sangka sejak itu khinzir muncul menggugat dunia.

Apakan tidak, ancaman flu babi merebak sebagai wabak semakin nyata.

Selaku orang Islam yang diharamkan makan babi, reaksi awal orang kita tentulah mengaitkan gejala dengan perangai pengotor haiwan ini.

Maklumlah, babi makan apa saja, tidak kira bersih atau kotor, gred A atau gred D, termasuk najisnya sendiri.

Jadi, lahirnya flu babi ibarat dijangka akibat sifat kurang sihat babi yang semula jadi.

Namun, pada hakikatnya bukan babi saja binatang yang menyebarkan penyakit - pun sudah berlaku wabak flu burung dan penyakit lembu gila.

Mentelah flu babi tidak tersebar dengan memakan babi.

Ia tersebar melalui pendedahan kepada babi dan kepada sesiapa sahaja yang dijangkiti.

Jadi, sesiapa pun boleh menjangkit dan dijangkiti flu babi - orang bukan Islam dan orang Islam sendiri.

Ini penting disedari agar orang kita tidak bersikap sambil lewa perkara ini.

Jangan tanggap oleh kerana khinzir bukan sebahagian pemakanan dan budaya orang kita, maka kita kebal dan terkecuali daripada jangkitan flu babi.

Maksudnya, kesemua pihak perlu ambil tahu dan ambil berat. Mutu kebersihan perlu terus dijaga dan dipertingkat.

Memang gejala seperti wabak flu babi ini susah dielak.

Sebabnya dua.

Pertama, lebih kuat ubat manusia, lebih kuatlah jadinya kuman untuk melawan ubat itu demi penakatannya.

Maka kuman itu bertambah berbahaya kerana ubat yang ada tidak lagi mujarab terhadapnya.

Kedua, teknologi memudahkan lagi penularan sesuatu wabak. Maklumlah, dewasa ini kita boleh ke hujung dunia dalam masa kurang sehari dengan menaiki pesawat.

Bukan satu dua, bahkan ribuan penerbangan berlaku sehari, dengan mengangkut jutaan penumpang yang setiapnya berpotensi menumpangkan kuman penyakit yang dikhuatiri.

Inilah yang membuat banyak pemerintah pening kepala. Dan inilah limpahan kesan teknologi - ibarat pedang dua mata yang memakan mangsa dan tuannya sekali.

Bahkan, kita lihat bagaimana manusia itu sendiri menyalahgunakan teknologi yang ada di depan mata.

Misalnya, tergamak sesetengah manusia memajukan virus sebagai senjata dalam perang ataupun mencipta virus di komputer untuk merosakkan komputer pengguna lain di dunia.

Namun, berbalik kepada soal flu babi.

Sebagaimana ia bukan akibat memakan babi, perlu juga kita ingat bukan pemakanan babi sahaja yang membawa mudarat.

Misalnya, ramai orang kita dilanda penyakit berat-berat dewasa ini bukan kerana makan babi, tetapi kerana amalan pemakanan yang kurang sihat.

Ini termasuk makan berlebihan tanpa berpada-pada, termasuk garam dan gula, padahal ia berhukum halal asalnya.

Pun ada sesetengah kita yang masih tidak prihatin tentang kehalalan makanan yang disuap ke mulut dan masuk ke perut.

Misalnya, saya perhatikan masih ramai orang kita (maaf cakap, termasuk yang bertudung) yang melanggani gerai dan kedai yang bukan milik orang Islam dan membeli produk yang tiada sijil atau logo halal tertera.

Paling banyak, ada notis 'No Pork No Lard' (Tiada Daging Babi, Tiada Lemak Babi), padahal bukan itu saja penentu halalnya.

Mungkin akan ada yang menyangkal, usah banyak soal, bahkan menurut fiqah bukankah hukum asal sesuatu makanan itu halal selagi tidak terbukti sebaliknya?

Itu semua betul, cuma pada akhirnya kita adalah insan berbekal akal dan naluri.

Tidakkah berbunyi penggera dalam hati apabila memasuki kedai roti milik bukan Islam yang menjual ban daging yang tidak teruji kehalalannya?

Ada juga yang berhujah, kita dimaafkan jika kita tidak tahu asal usul sesuatu makanan.

Itu betul, cuma itu bukan lesen bagi kita membutakan diri.

Kita di sini beruntung, kerana setakat ini sudah banyak kedai, gerai atau syarikat mengorak langkah untuk memperkemas diri, termasuk mendapatkan sijil halal.

Mentelah antara syarat pemerolehan sijil halal ialah menggajikan orang Islam, jadi kita secara langsung atau tidak mewujudkan peluang pekerjaan bagi orang kita sendiri.

Dengan pesatnya perkembangan teknologi, timbul bermacam-macam bahan makanan kini, termasuk 'emulsifier' (pengemulsi) dan 'stabiliser' (penstabil) yang perlukan penelitian akan halal haramnya.

Jadi, akhir kalam, dunia zaman ini bukan hitam putih lagi. Ia bukan hanya soal haram makan binatang bukan sembelihan cara Islam atau babi. 

Source (LINK)

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari