boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Hasutan. Show all posts
Showing posts with label Hasutan. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Apa cerita ni..!, Najib kata Mansuh, Polis Johor masih dok belasah..

Memang aku tak faham,, apa yang berlaku,,,, dalam masa yang lebih kurang sama.... Hebatkan.... PM cakap lain,, Polis tetap on juga.....





Buatlah apa pun selagi apa hangpa boleh buat,,, Allah izinkan...tunggu sahajalah waktunya yang pasti akan tiba... 


Thursday, February 3, 2011

UMNO Selangor masih nak membalas...

Salam Sejahtera...
Nampaknya apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Selangor terhadap ADUN Bebas Pebuhan Kelang sudah terbalas....

Masing-masing nak tunjuk kuasa, tak nak mengalah,, namun apa pun ini semua adalah hasil kerja terkutuk perbuatan UMNO Selangor yang didalangi oleh Najib sendiri,, mereka tidak ada rasa malu atau segan silu dengan menggunakan instrumen kerajaan....


KUALA LUMPUR 3 Feb — Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari PKR akan dikenakan tuduhan hasutan Isnin ini ekoran kenyataan beliau berhubung kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Shuhaimi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau ditahan oleh polis hari ini dan dimaklumkan akan didakwa di bawah Seksyen 4 1 C Akta Hasutan minggu depan.

“Saya tidak pasti mengenai skop sebenar tuduhan ke atas saya tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan tulisan saya dalam blog mengenai isu setiausaha kerajaan negeri ” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut wakil rakyat itu pihak polis ada menghubunginya dan meminta agar datang ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam.

Bagaimanapun beliau tidak bertemu dengan polis semalam sebab ada ceramah malam tadi.

Beliau telah memberi keterangan kepada polis kali pertama pada 12 Januari lalu.

Dia dibebaskan dengan jaminan mulut. “Saya ditahan di luar ibu pejabat polis hari ini ” kata beliau merujuk kepada ibu pejabat polis daerah di Seksyen Shah Alam.

Katanya biro politik PKR yang diketuai Latheefa Koya akan menguruskan kes beliau.

Selain Latheefa Shuhaimi juga dijangka akan diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pada 27 Januari lalu Shuhaimi dan pegawai khasnya Mohamad Azmin Abdul Karim sekali lagi memberi keterangan kepada polis tetapi ia mengenai kejadian Pusat Khidmat Adun itu disimbah cat merah 7 Januari lepas.

Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dalam blognya srimuda blogspotcom pada 30 Disember lepas.

Polis telah mengambil beberapa peralatan komputer dari Pusat Khidmat Adun Sri Muda di Kota Kemuning pada 14 Januari lalu.

Pada 24 Januari lalu Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua cabang PKR Kota Raja mengesahkan telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataan itu menerusi blognya

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan awal bulan lalu berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-olah sebagai “beraja di mata bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Shuhaimi telah pun bagaimanapun menafikan kenyataannya itu bertujuan menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Friday, May 7, 2010

UMNO Sememangnya Bangang !!

Salam Sejahtera...

Memang terdapat segelintir umat melayu genetik UMNO yang betui-betui bangang, bukan lagi bodoh, memang tepat TGNA dok sebut tu, sekarang ni terbukti sudah...

Apa tidaknya, sehari dua ni UMNO dan NGO-NGO penjilat UMNO membuat report polis supaya di ambil tindakan terhadap Datu Zaid Ibrahim kerana tuduhan menghasut dan menghina sultan, sedangkan mereka lupa Dato Zaid menulis berdasarkan fakta dan undang-undang....

Cuba kita imbau kembali Karpal Singh yang di tuduh menghina Sultan Perak dalam krisis MB Perak dua tahun yang lalu,, riuh satu Malaysia juga,,.. sekarang apa dah jadi...lihat dan baca di bawah...



Nampaknya ini satu lagi kerja-kerja bangang UMNO yang mengelirukankan rakyat, yang mana secara tidak langsung telah membazir masa, wang ringgit hak rakyat terbuang begitu sahaja....


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari