boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Pemilihan PAS. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan PAS. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Pakat-pakat ler tolong baca artikel ni,,, Aduii..

Nak hilang penyakit,,, kena ler makan ubat,, rasa ubat mana ada yang sedap,, semuanya pahit, maung,, nak telan pun tak lepas... 

Tapi terpaksalah kena telan juga... aku hanya copy&paste...
tanpa ada tokok tambah..

Thursday, December 9, 2010

Muktamar dan pemilihan PAS 2011..

Salam Sejahtera...

Tinggal lagi kurang lebih 20 hari sahaja lagi, untuk kita melangkah ke tahun baru masehi selepas 2 hari sudah kita menyambut tahun baru hijrah...

Terasa masih baru lagi Muktamar Agung PAS Jun 2009 di Shah Alam Selangoryang lalu, tinggal kenangan yang cukup besar buat diri aku sendiri, namun sebenarnya itulah kuasa Allah melebihi dari apa yang kita merasai dan IA Nya amat mengetahui segala-segalanya yang akan berlaku..

Dan sudah semestinyalah tahun depan 2011 selepas dua tahun berlalu, PAS semestinya akan mengadakan muktamar dan pemilihan lagi sekali, Dimana pula PAS akan bermuktamar kali ini, Giliran negeri Pakatan yang masih belum ialah di Kedah dan Pulau Pinang, sebab tahun 2008 di Perak, 2009 di Selangor dan tahun ini di Kelantan.

Lantak pi lah kat negeri mana nak diadakan muktamar, yang penting bermuktamar, biar perwakilan dapat melepaskan apa yang terpendam untuk kebaikan parti pada masa-masa akan datang..



Disini aku ingin melepaskan harapan dan keinginan aku buat pimpinan PAS, parti rakan PKR telah pun mengadakan pemilihan dengan format baru, dan ini amat membanggakan sekali imej Pakatan Rakyat, iaitu dengan memberi peluang kepada semua ahli parti mengundi untuk melantik pemimpin parti yang baru.

Maka disini, aku amat mengharapkan, format yang dilakukan oleh parti PKR itu bolehlah kiranya diguna pakai untuk pemilihan parti PAS pula, mungkin dengan beberapa pembetulan atau pembaikan agar dapat berjalan dengan lebih sempurna, yang penting bagilah kepada semua ahli parti mengundi..

Sering kali pimpinan PAS menyindir akan parti lawan terutamanya UMNO dan juga SPR yang bertanggungjawab dalam urusan Pilihan Raya masih ketinggalan zaman dan belum lagi ada pembaharuan,.... memang betui dan aku tak nafikan, Jadi buat PAS, janganlah hanya pandai mengata kepada lawan, diri sendiri seharusnya dapat membuktikan sesuatu pembaharuan kepada parti lawan.

PKR sudah pun melaksanakan pembaharuan tersebut, walaupun banyak kelemahan yang berlaku, namun itu semua boleh diperbaiki dan jika nak dibandingkan dengan PAS, PKR adalah parti baru beberapa tahun ditubuhkan, berbanding dengan PAS yang merupakan parti paling senior..

Cukuplah dengan peristiwa pemilihan parti 2009, yang dah lalu biarlah berlalu,, yang akan datang tu, biarlah dengan pembaharuan, tak malukah parti kita kepada parti rakan PKR yang walaupun baru dan masih mentah namun dapat melaksanakan ketuanan rakyat dan apa itu demokrasi..

Wallahhuaklam...



Friday, November 12, 2010

Aku setuju...Aku sokong..tapi..

Ketua pemuda PAS dah bersuara tentang kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang bakal akan dipertandingan pada PRU13 nanti...

Baca seterusnya DI SINI.

Bagi aku, pimpinan PAS kena ambik kira serba serbi yang asas untuk calon faktor, terutama sekali kerusi DUN, pilihlah penduduk tempatan, dah ramai yang berkelayakan, ada sesetengah tu dah berapa penggal jadi YDP, dah ada ijazah, dah pun macam ustaz, malah lebih baik dari Ustaz, dah pun boleh pencen dari jawatan kerajaan,....memang sesuai sangat jadi calon...,

Seorang calon pegang satu kerusi,, jangan DUN pun pegang, Parlimen pun nak pegang juga, akan datang susah,, susah buat pengundi dan rakyat.pakat-pakat rasa sesama la...PAS dan ramai dah ahli-ahli yang berkaliber......

Kalau kat Parlimen, pilihlah calon-calon yang boleh berbahas, contoh seperti YB Khalid Samad, Dr Zulkefli, Dr Hatta, Dato Mahfus, YB Salehuddin, mereka boleh berbahas, menyanggah ucapan pimpinan UMNO, bukan setakat berucap memberi cadangan dan mengemukakan soalan sahaja..

Bab pemimpin yang lanjut usia ni kena tengok dulu, jangan nak pukul rata,,, Mursyidul Am PAS hangpa jangan dok gatai-gatai pulak, Tok Guru mesti dikekalkan... Setiausaha Agung OK... yang itu patut sekali dilucutkan.... Cukuplah... itu dah terlalu lama date duenya....

Lagi satu,,, aku paling tak berkenan dengan pimpinan PAS yang berminat dengan kerajaan perpaduang... tolonglah...faham....

Friday, May 8, 2009

Tindakan Berani - Tetapi kurang cerdik!!!....

Aku pun tak faham apa punya cerita... Hangpa baca kat Kat SINI  Apa cerita pi lantik sesorang yang paling tinggi jawatan dalam sesuatu organisasi.... Umpama dari jawatan CEO pi lantik kepada jawatan Director... memang la boleh, tak menjadi satu kesalahan... tapi turun pangkatlah... apa salah dia nak peturun pangkatnya... Banyak lagi orang lain yang boleh dicalonkan kalau rasa tak berapa berkenan kepada Presiden...

Ataupun sengaja nak tumpang cari glamour... tengok gaya cerita bukan suka dapat ucapa tahniah dari SMS dan talipon... tapi dari siapa?!!!! apakah dari musuh yang suka perpecahan di kalangan parti.. Fikirlah bebanyak kali sikit kalau nak buat sesuatu..... 

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari