boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Suasana raya. Show all posts
Showing posts with label Suasana raya. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Bulan Ramadhan beribadat , solat tasbih,, Bila bulan Syawal ?...

Apakah mereka-mereka ini mengambil kira fatwa melayu minya dengan ayak tak bercampor,,, bukan aku nak memandai kata,,, tetapi itulah yang berlaku setiap kali Ramadhan....


Sunday, August 26, 2012

Rakyat Didahulukan, dapat biskut seorang 1 tin di Majlis Rumah Terbuka Najib.

Memang hebat, memang grand..., kalau tahun lepas kehadiran 50,000, tetapi tahun 2012 makin bertambah,, dalam TV3 berita jam 8 mlm umum 100,000.. fuiyo 1 kali ganda,, tetapi bila semak dalam laman web TV3 kata 80,000 pulak,, laporan Bernama 70,000.. mana satu yang betull, tapi aku rasa 100 000... yang betui... 


Thursday, August 23, 2012

Ramainya anggota Polis Beruniform di Majlis Rumah Terbuka DS Najib

Polis diujudkan untuk menjaga keselamatan seluruh rakyat. bukan untuk keselamatan seorang dua individu tertentu...
Kalau seorang seorang PM, dah 7-8 orang anggota, Timbalan pun nak juga, menteri-menteri lain pun sama, tak termasuk seltan-seltan, yang akhirnya rakyat-rakyat marhaen menjadi mangsa keganasan anggota-anggota perompak,lanun sampah masyarakat yang mengambil kesenpatan akibat dari longgarnya kawalan keselamatan anggota penguatkuasa yang tidak mencukupi nisbah purata penggunaannya.

Wednesday, September 23, 2009

Gambar Susana Raya

Salam Sejahtera....
Pagi ini aku ubah topik cerita sikit... Saja aku nak masuk gambar raya kat sini... bukan apa .. anak sulong aku yang tak balik cuti hari raya dah 2 kali raya dapat tengok....apa yang berlaku di sini.....

Pagi ni raya keempat.. aku pun dah nak balik Manjung sekjap lagi... sementara dok tunggu bini aku mengemas, nak buat sarapan... maka aku masuklah gambar-gambar aku berhari raya.....

Haaa,,, ini resepi baru .. bini aku masak tahun ni... rendang kambing.... memang mengembek kalau kena....

Yang ini makanan utama orang Johor... depa panggil sambal goreng...

Yang ini huh... sambal kacang campur sotong rendam... huhhhh


Hak ini biasalah... kari ayammm...

Oleh kerana bini orang Johor... inilah ketupatnya... ketupat palas makanan tradisi aku sebelum ni dah tak ada lagi.....

Ni sewaktu aku singgah dalam perjalan balik ke Johor... sempat pula berjumpa dgn adik ipar aku yang sama-sama nak balik.. kami singgah makan kar R&R Air Keroh Melaka.... makanan banyak.. bentang tikar... makan dulu... nak sampai JB jauh lagi.....

Perut dah kenyang... masing-masing tunggu masuk waktu magrib....

Ini suasana dalam persidangan bini aku dengan ipar-ipar aku, Aku dengar aja.. tak boleh masuk campur....Ini dalam majlis bermaaf-maafan... adik beradik... Yang montel tu adik ipar aku yang bongsu....






Hak ini program malam tadi... bbq.. semua adik beradik berkumpul.. sebelum pagi ni aku nak balik....Anak aku no 2... bersama sepupunya... sama saiz......c

Pakat-pakat isi nak makan....

Dah kenyang belaka.......

Ni adik Ipar aku no 5, yang duduk t=shirt putih tu abang ipar aku yang sulong....

Ini abang ipar aku no 3... Cikgu Mazlan...

Perempuan ni aku punya biras......

Ni pun aku punya biras....

Ha.. ha.. ini menjadi tumpuan utama... anak sedara yang paling junior sekali... ia jadi tumpuan...anak adik ipar aku yang bongsu.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari