boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Lapangan Terbang Baru Di Sitiawan Perak..

Email ni dah banyak hari aku terima, cuma aku KIV beberapa hari sebelum disiar.....

Assalamu'alaikum.,

Saya ada menerima berita di mana ia diprolehi oleh sahabat saya yang bekerja sebagai pilot di MAS. Menurut kata beliau satu lapangan terbang akan dibina di Sitiawan iaitu dikenal pasti di padang lapangan terbang berhampiran di mini stadium astaka. Padang ini kebiasaannya menjadi tempat riadah masyarakat setempat di sekitarnya. Lapang terbang ini adalah usaha sama Rosmah Mansor (isteri Najib) dengan Tony Fernandes (air Asia). Pelan pebangunan ini telah siap dan sahabat saya telah melihatnya di dalam jabatan MAS yang menunjukkan kawasan lapangan penerbangan baru di Malaysia. Kini MAS telah mengalami kemerosotan. Akibatnya bon 747 telah habis dijual kesemuanya. Lapangan terbang baru yang dibina di LCCT (kalau tak silap) bertujuan untuk menggantikan kawasan penempatan penerbangan AirAsia tidak diendahkan oleh Tony Fernandes dan Rosmah dalangnya. Bahkan MAS telah memberikan 3 tahun beroperasi dilapangan KLIA tanpa mengenakan apa2 bayaran. Ekoran pembinaan lapangan terbang di Sitiawan, berkemungkinan besar banyak penempatan disekitarnya terutama penduduk tempatan dipaksa ambil bertujuan menyiapkan lapangan tersebut. Bahkan pilot telah ditawarkan pemeberhentian kerja jika tidak senang dengan keadaan yang menimpa MAS kini. Mungkin MAS akan terkubur jika perlakuan tamak si Rosmah terus berleluasa. 28.01.2012 Najib dan Rosmah akan datang ke Sitiawan untuk majlis apa aku tak tau la. Kini kerja pembaikan pulih jalan,perparitan sedang sibuk dijalankan.



Tak tau nak ulas macam mana, aku dah tanya kepada kawan-kawan, banyak yang tak berapa nak mempercayainya kalau nak dibuat di padang lapangan terbang tu, kerana tanah tapak untuk lapangan terbang ada disediakan di kawasan Simpang Dua dekat dengan Kampung Gurney, sekarang ni tanah tu diusahakan untuk pertainan tanaman kontan...

Tetapi bila difikir balik, main dengan kerja-kerja jahat UMNO ni, bukan dia kira apa,, yang penting projek dia ada masuk sama,,, teringat balik bagaimana terjadi kepada pesawah padi di Kerpan Kedah, yang diambil tanah sawah dijadikan kolam udang satu ketika dahulu, begitu juga satu tanak perkampungan di Melaka yang diambil oleh Petronas sewaktu zaman Rahim Tambi Cik menjadi Ketua Menteri Melakaq,

Cuma sekarang dok ingat imbau-imbau balik, sekarang ni siapa menteri pengangkutan,, kemudian kaum mana yang majoriti memeliki rumah kediaman dipersekitaran Kampung Serdang Setiawan, rumah-rumah banglo ditepi pada lapangan terbang tu majoriti kaum siapa punya,,

Jika nak dibandingkan dengan tapak tanah yang disediakan di Simpang Dua Kampung Gurney tu kaum mana yang menjadi majoriti penduduk berhampiran disitu... Kemungkinan berlaku seperti yang diceritakan dalam email itu aku rasa bakal berlaku, kerana kerusi DUN Setiawan mati idup balik pun BN tak akan dapat, jadi faham-fahamlah,, apa akan berlaku pada penduduk-penduduk melayu disitu,,, parti UMNO dah tak ambik kisah,,, sama seperti nasib Cikgu Jauhari bekas Ketua Penerangan UMNO Lumut yang aku cerita sebelum ini yang rumanya pun berhampiran dengan padang Astaka,

Kalau benar-benar itu berlaku, maka penduduk-penduduk melayu akan semakin terpinggir dari pekan Stiawan,,, cukuplah tanah tapak perumahan kuarter kerajaan di hadapan The Store Stiawan dah dirobohkan....

Apa pun kita tunggu, mana tahu pada 28 hb nanti, pada majlis CNY Kebangsaan yang akan diadakan di padang tersebut, Najib akan buat pengumuman... .....




Sunday, January 1, 2012

Ucapan Selamat Tahun Baru 2012 buat PM dari Blogger UMNO..


Assalamualaikum wbt kepada Dato Seri sekeluarga.

Sempena menyambut tahun baru 2012 ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga Dato Seri terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah swt untuk terus memimpin negara ini,memelihara dan membelaagama Islam.mengangkat martabat dan maruah bangsa Melayu ketempat yang sepatutnya dan memastikan rakyat berbilang kaum yang menghuni bumi bertuah ini hidup dalam keadaan aman,sentosa dan bersatu padu.Amin...

Sebelum saya meneruskan kata kata izinkan saya memohon kemaafan terlebih dahulu jika kedapatan kata kata yang akan menyinggung perasaan Dato Seri dalam saya menyusun bicara.Sesunguhnya segala yang baik itu dari Allah swt dan tidak baik itu semestinya datang dari diri saya sendiri.Allahu'alam..

Dato Seri,

Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 tahun DS menjadi Perdana Menteri kita sejak mengambil alih dari Pak Lah 3hb April 2009.Rakyat yang begitu tertekan dengan kepimpinan Pak Lah yang sepanjang masa terlena dan dengan kerakusanREGIM TINGKAT EMPAT yang sepanjang masa merompak kekayaan negara merasakan kehadhiran DS sebagai satu RAHMAT dan PENYELAMAT yang di utusAllah swt kepada bumi bertuah ini dan rakyat nya untuk keluar dari 'kehidupan malap rejim Pak Lah'.Begitu tinggi PENGHARAPAN semua rakyat terutama nyaORANG MELAYU untuk melihat DS mengubah keadaan sebelum itu agar rakyat dapat merasa kembali rasa SELAMAT dan SELESA yang pernah dikecapi sebelum ini.

Memandangkan DS mewarisi MANDAT SAKIT yang tidak selesa dari Pak Lah dan segala macam KUMAN SIPILIS dan GONORRHEA dari kepimpinan Pak Lah,rakyat tidak terlalu mengharapkan DS melakukan KEAJAIBAN untuk memperbetulkan segala macam KEMUSNAHAN yang telah dilakukan Regim Pak Lah terhadapEKONOMI dan POLITIK negara.Cukuplah sekadar rakyat tidak tertekan denganbebanan kos sara hidup yang tinggi begitu menekan sekali hasil kerja tanganPak Lah dan Kerajaan dibawah kepimpinan nya.

Kini musim 'bulan madu' Dato Seri telah tamat dan kalau ibarat anak kecil yang baru lahir yang menjangkaui usia 3 tahun pastinya sudah pandai berjalan dan berlari dan najis pun dan jadi keras,begitulah ibaratnya dengan pemerintahanDS hari ini.Tiada lagi kompromi dari pihak rakyat walaupun rakyat tidak mengharapkan Dato Seri melakukan 'miracles' (keajaiban)
dalam memperbetulkan kerosakan yang telah berlaku.

Dato Seri,

Saya faham setiap pemimpin besar ingin meninggalkan LEGASI masing masing agar dikenang rakyat.Tapi dalam usaha mencipta dan mencetus LEGASI kadang kadang pemimpin terlalu ghairah hingga terlupa apa yang nak dicetuskan itu memakan dirinya sendiri dan menjadi BAHAN LAWAK selepas dia tidak lagi berkuasa.Ambil saja contoh HADHARI dan pencetusnya..apa sudah jadi dengan gagasan itu?

Tidak lebih dari bahan lawak ISLAM HADHARI dan IMAM HADHARI yang menjadi punca rakyat ketawa berdekah dekah hari ini bila dibicarakan diwarung warung kopi.Tun Mahathir yang mencetuskan WAWASAN 2020..adakah kita memanggil beliau dengan gelaran BAPA WAWASAN 2020?Pasti tidak..kerana beliau dikenali sebagai BAPA PERINDUSTRIAN NEGARA dan bukan Bapa Wawasan 2020.Tapi adakah pencetus gagasan Hadhari digelar "Bapa Hadhari'?...Tidak bukan?Kerana dia hanya digelar dan dikenali sebagai 'BAPA MERTUA KHAIRY'.

Berapa lama kekeliruan yang timbul bila Dato Seri mencetuskan gagasan 1Malaysia?Begitu lama sekali sehingga jentera Jabatan Penerangan,Kerajaan dan Umno terpaksa terus terusan memberi penerangan sehingga kehari ini.Begitu payah untuk rakyat menyerapkan gagasan 1Malaysia ini ke minda mereka sedangkan 'paksi utama' gagasan itu amatlah mudah.iaitu...PERPADUAN.Kerana apa?Kerana gagasan ini amat samar samar dan mudah di manupulasikanberbagai pihak mengikut tafsiran dan kepentingan kelompok masing masing.Kalau sudah begitu SAMAR dan MENGELIRUKAN,apakah DS yakin gagasan ini akan terus dibawa oleh pemimpin terkemudian atau ianya akan MATI sapertimana matinya HADHARI sebelum ini?

Dato Seri maafkan saya...

Mungkin laporan yang DS perolehi dari berbagai sumber sejak memegang tampuk pemerintahan semuanya baik baik belaka dan membuat Dato Seri senantiasa"feel good",apatahlagi dengan nasihat dan pandangan yang diberi oleh Punahsihat dan ConSultan yang ramai melekat macam dedalu didahan pokok didalam pentabiranDS.Maka timbulah berbagai SPV (special purpose vehicle) dengan berbagai AKRONIM untuk menterjemahkan berbagai bagai TRANSFORMASI YANG BERAKRONIM hasil 'perahan otak' manusia luarbiasa bernama IDRIS JALA.Maka segala macam langkah tranformasi telah DS umumkan sejak menjadi Perdana Menteri,ada yang saya masih ingat tapi banyak yang dah saya terlupa.Bayangkan orang macam saya yang menghabiskan 12-15 jam sehari melayari alam siber pun boleh terlupa apatah lagi pakcik makcik kat kampung sana?

Dalam pada itu kemunculan dan peranan adik DS sendiri Nazir Razak dalam setiap langkah besar kerajaan sebagai penasihat kewangan berhubung pemilikan dan penstrukturan semula SBK(syarikat berkenaan kerajaan) atau GLC tidak membantu langsung imej Dato Seri dimata rakyat.Mas-AirAsia, QSR Brands dan Penyenaraian FGV adalah di antaranya dan akan ada banyak lagi yang bakal mendatang dan mesti ada CAP JARI NAZIR TUN ABD RAZAK diatasnya.Itu belum lagi diambil kira RAKSAKSA RAKSAKSA yang mengepalai GLC GLC ini.Jadi apa yang DS harap sebagai persepsi rakyat bila KERAKUSAN makhluk makhluk diatasMELAHAP kekayaan yang rakyat percaya sebagai MILIKNEGARA hanya untuk memperkayakan beberapa kerat diantara mereka?

Orang paling dekat dan paling rapat dengan Dato Seri sendiri saperti ISTERI dan ADIK tidak juga membantu 'pembentukan imej baik' yang DS perlukan.Tak perlulah saya perincikan disini sebab Dato Seri dan satu Malaya pun dah tahu apa dia.Mungkin DS tidak pernah mendengarnya sendiri kerana setiap kali turun padangWALKABOUT ROUNDABOUT nampak sambutan nya ok je,tapi tiga langkah kehadapan rakyat duk 'sosek sosek sinis' perihal Datin Seri Hajjahdibelakang..dan itulah HAKIKAT dan KENYATAAN nya.Sebagai rakyat,ahli Umno,penyokong kerajaan dan penyokong Dato Seri..sesuatu yang amat memilukan hati saya bila ISTERI PEMIMPIN NO 1 negara dijadikan bahan lawak dan cerita disetiap penjuru negara oleh rakyat.Salah siapa???...dan belum pernah dalam sejarah negara kita ISTERI PERDANA MENTERI diperlakukan sedemikian.Maafkan saya kerana terpaksa berterus terang...

Dato Seri..

Ada banyak lagi keluh kesah dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Dato Seri terutama yang melibatkan Orang Melayu,Agama Islam dan sikap tunduk dan akur Dato Seri terhadap tekanan dan desakan kaum lain,tapi cukuplah setakat ini dahulu yang saya catitkan.Mungkin dengan izin Allah swt dilain waktu dan ketika akan saya coretkan dalam Siri SURAT TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI yang saya mulakan malam ini.Harap harap tiada keperluan untuk saya berbuat demikian dilain kali.

SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA DATO SERI DAN DATO SERI HAJJAH SEKELUARGA,SEMOGA ALLAH SWT SENANTIASA MEMBIMBING DATO SERI DALAM MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL DALAM AMANAH YANG DI LETAKAN DIBAHU DATO SERI HARI INI.AMIN

ASSALAM




Tuesday, December 7, 2010

Selamat menyambut tahun baru Hijrah buat Dato Seri Najib...

He he he ... nasib baik ada bulan Islam (Hijrah)..

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (tiga kanan) dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan) membaca surah Yasin sempena tahun baru Maal Hijrah 1432H di Masjid Negara, Kuala Lumpur, 6 Dis. - Utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

He he he ... lepas ni kita pakat-pakat tunggu depan TV jam 11:57 malam hari Jumaat 31 Dis 2010... ada lagi acara ... count down sama-sama..tak percaya?!!.

Monday, February 15, 2010

Yee Sang - Bezanya PAS dengan UMNO

Salam Sejahtera..

Inilah pemimpin-pemimpin kena bersama pemimpin parti lain,....







Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menggaul "Yee Sang" ketika menghadiri Rumah Terbuka MCA sempena sambutan Tahun Baru Cina di Wisma MCA di Kuala Lumpur, 14 Februari.Turut serta (dari kiri) Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri Tun Jeanne Abdullah, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan isteri Datin Seri Chooi Yoke Chun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. - Utusan/SHAIFUDIN MOHD. NOR



Yang ini pun sama, pemimpin bersama pemimpin meraikan hari besar tahun baru Cina...

Menteri Besar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (empat dari kanan) bersama Pengerusi MCA negeri Perak,Datuk Kong Cho Ha (tiga dari kanan) dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional melakukan 'yee sang' pada majlis rumah terbuka MCA di Ipoh, 14 Februari.- Utusan/ROY AZIS ABD. AZIZ,




Yang ini lain sikit, pemimpin bersama rakyat, bukan bersama pemimpin DAP atau PKR... tetapi bersama rakyat!!

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua, kanan) serta Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (tengah), menggaul "Yee Sang" ketika hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Pengerusi syarikat perumahan SBJ, Datuk Tan Liang Chong (kanan) di Kampung Panji, Kota Baharu, semalam. - Foto Bernama
Feb 15, 2010 11:09 am

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari