boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Wardina. Show all posts
Showing posts with label Wardina. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Buat blogger Abu Nawas dan blogger Pakatan Rakyat...

Salam sejahtera,,

Aku tak tau bagaimana nak memulakannya, aku tak boleh nak ambik kaedah macam blogger sensasi porno PR yang selalu dok hentam aku kononya aku ni kamceng dengan Ostad Kazim, kalau ikut kaedah penyampaian Abu Nawas yang tersendiri seperti entri pukimak-hang.

Memang banyak kebenaran yang ditulis,, ini bukan kerana nak bodek dia pulak kerana dia puji dan tak hentam aku dalam entri nya tu,,,

Apa yang aku nak sampaikan macam Abu Nawas juga, mengenai teman-teman seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, aku tak nafikan oleh kerana kita terlampau gembira bila ada hamba-hamba Allah yang tertentu menyokong perjuangan PR, maka kita dengan tidak sabar-sabar nak masuk blog masing-masing dan hebahkan...

Ambik mudah contoh dari kes yang terkini seperti dari sinarharian.

Pada asalnya apa yang aku ternampak, gambar Ustaz Zambri mantap keluar dari blog pencacai UMNO, tak ingat dah dari blog mana, namun kekawan kita yang dah ghairah atas sokongan Ustaz Zambri, turut sama hebahkan berita Ustaz Zambri tu, memang hati kecil ku dah berkata-kata apa akan berlaku bila melihat cerita ni keluar,,, akibat inilah yang terjadi,,,

Hangpa kena faham,, kalau blog-blog pencacai UMNO, pihak risikan dari Bukit Aman. SKMM tak ada masa nak baca blog mereka,,, yang jadi perhatian blog dari Pakatan Rakyat, dan aku yakin,, kes Ustaz Zambri disebabkan dari blog-blog PR...

Begitu juga dengan kes Wardina, kerana terlalu berasa gumbira kita terlupa apa berlaku kepada tuan empunya diri, kasihan kepada mereka-mereka itu,, kan dah hilang tempat mereka nak cari rezeki.....

Perkara sebegini juga pernah berlaku ke atas diri aku,, sewaktu mesyuarat agung PAS Lumut pada 01/05/2011, aku siarkan gambar bekas pegawai kanan TLDM bersama Laksamana Bersara Haji Imran, pada hari Khamis 5/5/2011 aku menerima panggilan telefon minta dibuang gambar tersebut kerana ada hal-hal tertentu,,, serik dan kecewa betul dengan sikap aku itu, dan pada petang itu juga sewaktu balik dari kerja aku menerima kemalangan yang menybab kena berehat hingga ke hari ini..

Jadi kesimpulannya nak warwarkan sesuatu dalam blog tu, fikir-fikir dahulu, adalah lebih baik kita warwarkan gambar rosmah, najib dan suku sakat yang sewaktu dengannya, ini adalah lebih baik...,



Sunday, February 21, 2010

Aku Setuju,, Sokong..

Salam Sejahtera...

Nampaknya akhbar perdana Utusan semakin nak memanas isu Wardina, bila isu pertemuan dengan Tuan Guru Nik Aziz tidak kesampaian, mereka secara tidak kita sedari telah promosi hampir 2 muka penuh menyiarkan kenyataan Wardina pulak..apakah ini sebagai tekanan atau sebaliknya, seolah-olah cuba nak melagakan artis-arti dengan dirinya.
Tak Payah..., Tak Payah... Tak Payah.. Cerita selanjutnya DI SINI.

Tahniah buat Wardina, kerana berani menyatakaan kenyataan dengan seikhlas hati nuraninya, kenapa ku kata begitu, sebab dia dulu artis, mungkin ini dari kenyataan dan kesesalan rasa hatinya apa yang berlaku keatasnya semasa menjadi artis dahulu...teringat aku akan kelincahannya dalam cerita bersiri NTV 7, entah cerita apa ya,, tu workshop kereta, sekali dengan Mar Rock....,

Apa pun aku harap Wardina tak perlu risau, kelebihan yang ada pada dirinya, tentu akan diperlukan lagi sebagai pengacara TV3, kalau tak pun di TV3, muka bumi Allah ini luas, rezeki ada di mana-mana.

Saturday, February 20, 2010

Blogger UMNO yang pendek akalnya, jumud nafsunya..

Salam Sejahtera...

Sebelum ini kita ada baca, dan aku sendiri pun ada posting mengenai selebriti TV3 Wardina Safiyah bertemu dengan TGNA, nampaknya selepas kejadian tersebut ada juga blogger pencacai UMNO maharajablogger tak senang hati di atas tindakan Wardina itu. Malah dari kelmarin sehingga hari ini masih lagi tersiar diakhbar mengenai kes tersebut, sehingga Wardina terpaksa menjawab balik.

Dimanakah kebebasan hak seseorang itu di dalam negara ini, salahkah ia nak pergi berjumpa seseorang dan mengeluarkan pendapat yang sememang diakui adalah bertepatan dengan kehendak syariat Islam.

Ha ha yang kelakar simangkok blogger ni mengatakan kerajaan negeri Johor, (sahih simangkok ni pun orang Johor) lebih islamik dalam memajukan syiar islam melalui hiburan... Fuiyo... sah lagi saheh blogger ni mengamal ilmu songsang...

Buat Wardina Saffiyah, anggaplah ini semua suatu cubaan dan dugaan daripada musuh-musuh Islam apabila nak melakukan satu-satu kerja amal dan dakwah dalam Islam.

Sunday, February 14, 2010

TGNA di ziarahi oleh Selebrity TV3.

Salam Sejahtera..

Sebelum ini, Penyanyi ROCK Amy, Mawi, Ito, Datuk Siti Nurhaliza, dan ramai lagi, kini diikuti pula oleh bekas pelakon dan kini selebriti Wardina Safiyah menemui TGNA.

Beliau bersama Pengarah Filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’, Habibul Rahman menemui TGNA dengan melahirkan kata-kata " Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik Abdul Aziz," . Baca DI SINI

Hairan ya, apa yang mereka cari untuk bertemu TGNA, lainlah kalau jumpa PM 1Malaysia, Big Mama ka, ada faedahnya, tetapi kenapa mereka pi jumpa TGNA..apa yang mereka dapat...pembaca-pembaca blog aku yang berjiwa UMNO sila jawab mai,, silalah bagi pendapat...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari