boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label pemimpin UMNO. Show all posts
Showing posts with label pemimpin UMNO. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Gambar-gambar mesra Papagomo bersama 3 Naib Presiden Umno..

Fuiyo,, hebat papagomo, siap dipeluk oleh Hisyammudin, bermesra dengan Shafie Afdal, bersama-sama dengan Peguam Negara Ghani Patail dan ramai lagi pemimpin kanan Umno..

Jadi secara tak langsung pemimpin Umno terlibat sama dengan fitnah Papagomo...


Thursday, November 29, 2012

Raja melayu dengan pemimpin UMNO umpama bersaudara..

Bagi kita umat Islam, yang selalu mendengar kuliah agama, sering kali ustaz-ustaz menceritakan bagaimana kita manusia yang berugama Islam akan menghadapi suatu perjalanan di hari akhirat yang mana salah satu dari rukun iman.. 


Wednesday, September 12, 2012

Tolong sebarkan dua gambar wajah pemuda ini.. Dapat belasah dulu..

Perkara ini dah lama dah berlaku,, walaupun kejadian tersebut dah dibuat laporan polis sebelum ini,, tetapi biasalah,,, sendiri mau faham... 

Namun bila dah berlaku kejadian malam 31 Ogos yang lalu,, maka nak tak nak terpaksalah pihak-pihak berwajib jalankan tugas... sekadar laksanakan tugas,, bagi tau kepada rakyat mereka tu dah laksanakan tugas,,, dah bertahun baru nak ambik tindakan... 




Tuesday, June 12, 2012

Dato Onn Jaafar sebenarnya adalah agent perisik british.? UMNO.

Ini lah hasil dari rentetan perbualan yang bermula dari plet no WWW 1, yang akhirnya terkeluar segala cerita,, bukan keluar dari mulut Mad Sabu bro,, keluar dari hasil tulisan tangan orang UMNo sendiri....  


Permulaan tajuk cerita....


Dari sini bermula......


Zaharin ni jugalah yang bawa cerita berapa ribu polis pakai gelang tangan menyusup masuk dalam perhimpunan BERSIH 3.0, kini dia buat kenyataan Dato On Jaafar atuk kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin adalah agent perisik british.., ambik ko,, ini yang depa dok kata pejuang kemerdekaan... 


Begitu juga dengan UMNO yang dirancang di London.... woii,, ini sudah bagus,, pengakuan dari orang UMNO sendiri.... 











Saturday, January 21, 2012

Siapa kenal pemimpin UMNO ni, cun melecuunn....

Apa yang aku selalu dok terpandang, gambar muka pelakon suku sakat UMNO dan adik kepada bekas KPN, Musa Hasan,,,
Tapi kali ini berlainan, aku terjumpa dalam blog sahabat UMNO yang dok hentam UMNO aku-tak-peduli.



Ini baru betui punya iklan,,, lepas ni pelakon Jalaludin Hasan tutup kedailah,,, dengan susuk tubuk badan yang sehat, penuh satu muka plastik beras,,, tu yang cun melecun tu,,, tetapi siapakah dia,,, UMNO Kedah kut,, sebab Kedah jelapang padi.....


Sunday, September 25, 2011

Awas... Bersiap sedia rakyat Malaysia...

Salam Sejahtera,

Satu berita yang paling mencemaskan, tetapi rakyat Malaysia tak ambik kisah, bermula dari manusia no 1 negara hingga ke rakyat jelata...masing-masing sibuk dengan agenda kepentingan peribadi,,,,

Kalau pemimpin asyik memikirkan bagaimana nak tipu rakyat, supaya rakyat dapat memberi sokongan, walaupun secara jelas pemimpin itu korup..

Manakala rakyat pula asyik dok memikir kos sara hidup yang terpaksa ditanggung semakin membebankan akibat keborosan pemimpin rasuah...



Manakala berita yang dikeluarkan pun hanya sekadar siar,, jangan tak siar.. tidak perlu diperbesarkan,, nanti rakyat jadi jadi panik, gelisah,,, maka negara tiada produktiviti,,,,

Alangkah baiknya jika pemimpin negara memaklumkan kepada rakyat supaya bersedia, berdoa memohon kepada Allah minta bala tersebut dihindarkan, sepertimana bencana alam banjir, paling tidak pun rakyat sudah pun tahu, sebagai contoh negara Jepun menghadapi gempa bumi,, bagaimana keadaan rakyatnya yang tenang tanpa panik untuk menyelamatkan diri...

Ini tidak,,, pemimpin asyik dok menjaja kepenting politik parti memerintah...

Alangkah baiknya kalau objek serpihan dari langit tu jatuh menuju sasaran A seperti dibawah,,, bukan aku meminta,,, tetapi biarlah mereka juga merasainya,, jangan hanya rakyat biasa saja yang merasa... ada yang setuju...,

klik untk besar



Thursday, August 25, 2011

Inilah sikap pemimpin UMNO......pengikut Chua Soi Lek.

Salam sejahtera...

Malas nak komen apa-apa dengan gambar ni....


PULAU PINANG, 24 Ogos -- Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu melihat kaki Rosnah Ibrahim, 55, yang cedera setelah rumahnya hangus terbakar di Kampung Sungai Nibong Kecil di sini, hari ini. .Dalam kejadian awal pagi itu turut mengorbankan cucu Rosnah yang berusia 9 tahun.


Apa pendapat lu orang dengan perangai sebegini... UMNO...Mamak... heeeee....aku rasa ni sahih pengikut ajaran ilmu Presiden MCA Chua Soi Lek....






Tuesday, July 19, 2011

Siapakah Pemimpin Negara berzina dengan pelacur..

Salam Sejahtera,


Persoalan dai Ummu Jah..Selama ini terdapat pemimpin negara berzina dengan pelacur, masyarakat tidak tersinggung pun. Mengapakah pula apabila KTS kata tiru pelacur, supaya suami tidak lari kepada pelacur lagi, ada yang sensitif sangat lantas diputarbelitkan kenyataan asal.


Bila di sebut pemimpin negara sudah tentu pemimpin yang memerintah di pusat.... jadi siapakah pemimpin itu......sumber cyberita.


Oleh kerana sumber di cyberita hanya bertahan di arkib selama seminggu sahaja,, jadi aku copy paste artikel tersebut seperti dibawah.....




18 Jul 2011

KOMENTAR

KALAM INSAN
Pengerusi Kelab Taat Suami: Budayakan 'seks Islam'

Oleh
A. Rahman Basrun

KELAB Isteri Taat - atau nama sebenarnya Kelab Taat Suami (KTS) - yang menganjurkan kaum isteri memenuhi 100 peratus kehendak seks suami tampak terus diselubungi kontroversi.

Terbaru, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjelaskan kenyataannya: bahawa ia sebenarnya tidak menganggap KTS 'menyalahi ajaran agama' tetapi sebaliknya 'berpegang pada pandangan agama yang tidak menurut kefahaman lazim' (Muis: Club's views on wives at odds with most S'pore Muslims, The Straits Times, 9 Julai).

Pun baru tersiar hasil satu kajian yang menunjukkan kaum lelaki di watan ini secara purata inginkan 3.5 kali lebih banyak hubungan seks dalam tempoh empat minggu, manakala kaum Hawa inginkan 1.8 kali lebih banyak dalam tempoh sama.

Saya ingat sebulan lalu pojok ini yang pertama mengulas isu KTS di akhbar ini (Kelab Isteri Taat atau Taat Isteri?, BH, 13 Jun).

Jadi, wajarlah di sini juga berakhirnya isu itu - menerusi interviu eksklusif saya dengan pengerusi KTS sendiri dari Malaysia, Cik Hatijah Aam.

Cik Hatijah, 57 tahun, bergelar Ummu Jah, adalah isteri nombor dua Allahyarham Asaari Muhammad (juga bergelar Abuya), pengasas gerakan Al-Arqam yang diharamkan di seberang Tambak.

Ummu Jah juga pengerusi eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), kumpulan niaga yang diasaskan beberapa bekas pengikut Al-Arqam.

PERKEMBANGAN KELAB

Soalan: Apakah perkembangan KTS sejauh ini?

Ummu Jah: KTS kini berpusat di Makkah. Cawangan-cawangannya di Jordan, Mesir, Syria, Eropah (Perancis), Australia, Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Soalan: Sejak dilancarkan, apakah keanggotaannya terjejas? Kenapa?

Ummu Jah: Sejak KTS dilancarkan ia telah menerima sokongan besar daripada masyarakat. Bancian kami mendapati bilangan yang menyokong jauh lebih banyak daripada bilangan yang menentang.

Kenapa mereka menyokong? Suami mana tidak mahu isteri taat padanya 100 peratus? Ia petanda manusia sudah mahu kembali kepada Tuhan.

TAKRIF 'ISTERI TAAT'

Soalan: Ungkapan 'taat suami' terkandung dalam nama kelab. Bolehkah KTS perjelaskan takrif 'taat suami'?

Ummu Jah: Ertinya isteri memberi ketaatan 100 peratus kepada suami atas perintah Allah swt, dalam keadaan suami 100 peratus taat kepada Allah. Taat kepada suami dalam semua aspek hidup, terutamanya komponen seks.

Hal ini tidak menafikan boleh berlaku perbincangan budi bicara, kerjasama dan lain-lain. Namun, keputusan akhir di tangan suami, selaras anjuran Islam iaitu suami pemimpin manakala isteri dan anak-anaknya pengikut.

Soalan: Menurut sesetengah pengkritik, takrif KTS terlalu sempit dalam menghuraikan masalah rumah tangga. Mereka menyenaraikan faktor lain, seperti masalah kewangan, salah bimbing anak dan suami tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Apakah pandangan KTS?

Ummu Jah: Mula-mula suami isteri itu bersetuju berkahwin, ketika kahwin bercinta, tetapi selepas itu kenapa ada masalah?

Sepatutnya orang bercinta apabila ada masalah duit boleh sama-sama selesaikan. Apabila ada masalah anak boleh berbincang. Apabila bercinta, suami tentu bertanggungjawab.

Menurut KTS, selagi perasaan cinta dapat dipertahankan pasangan, hubungan kelamin mampu berlaku dengan baik sekali. Hinggakan begitu bahagia, apa masalah pun mampu diatasi bersama.

Soalnya, kenapakah cinta hilang? Kenapa hubungan seks menjadi kurang dan hambar? Sebab si pemimpin gagal membuatkan isteri taat padanya. Maka apabila Allah mendatangkan ujian-ujian hidup berkeluarga, seperti masalah kewangan dan lain- lain, jadilah sebab untuk berpecah-belah.

KELAB SUAMI SETIA?

Soalan: Apakah reaksi KTS pada saranan tubuhkan Kelab Suami Setia sebagai pengimbang kepada KTS?

Ummu Jah: Oleh kerana KTS juga bertanggungjawab pada mana-mana suami yang gagal, maka cukuplah dengan KTS saja.

Sebabnya, dalam KTS para suami kami lelaki-lelaki bertaraf pemimpin, hidup bersyariatkan sunah Nabi Muhammad saw. Kelab untuk mereka tidak perlu.

Dalam GISB, para lelakinya dipimpin agar pandai jadi pemimpin. Sesiapa yang ingin bersama, cukup dengan mengikut program GISB. Pokoknya, apabila manusia kembali kepada Tuhan, suami setia, isteri taat.

PENUMPUAN PADA SEKS

Soalan: Sesetengah pihak tidak setuju takrif 'isteri taat' harus menyaingi 'pelacur kelas pertama', seperti yang disebut naib presiden KTS, Dr Rohaya Mohamed. Apakah KTS menganggap unsur seks sebagai unsur terpenting bagi 'taat suami'?

Ummu Jah: Rumah tangga baik ialah rumah tangga Islam. Suami memimpin isteri taat. Apabila berkahwin tentulah perlu ada hubungan seks.

Namun, kalau isteri tak ikut Islam, iaitu tidak taat pada kehendak seks suami 100 peratus, sekalipun di atas belakang unta (dalam kenderaan) mengikut hadis, maka suami akan selalu berasa kekosongan dan kecewa.

Di situ cinta pun berkurang, lama- lama semakin pupus. Maka ini memaksa suami curang.

Untuk penyelesaian, KTS ingin membawa masyarakat kembali kepada Islam. Faktor utama ialah kededuanya, suami dan isteri, mahukan Allah dan Rasul, dan taat kepada kededuanya. Formula ini nescaya membina semula rumah tangga yang sudah gagal.

Namun, bagi mereka yang tidak mahu kembali kepada Tuhan, tetaplah seks itu menjadi punca utama masalah mereka.

Soalan: Boleh tak senaraikan kegiatan-kegiatan KTS? Berapa banyakkah ia tertumpu pada unsur seks?

Ummu Jah: KTS sebenarnya berusia 30 tahun - sejak zaman Abuya Asaari Muhammad lagi. Sepanjang tempoh itulah anggotanya ditanamkan iman dan Islam di hati, melalui program pimpinan dan pendidikan oleh Abuya.

Hasilnya, rumah tangga mengikut disiplin Islam 100 peratus. Lahirlah pula anak-anak yang dididik dengan Islam sedari kecil.

Sekarang, dengan anggota lama serta anak-anak yang telah berkahwin, KTS berusaha mempertahankan masyarakat yang tiada penzinaan, buang bayi dan lain-lain, iaitu dengan program yang membawa ke arah itu.

Apabila masyarakat semakin teruk dengan gejala sosial, maka KTS mengisytiharkan formulanya untuk dikongsikan dengan masyarakat.

Iaitu, bahawa meriahnya rumah tangga dengan seks Islam adalah jalan keluar bagi menyelesaikan masalah dalam masyarakat, supaya seks Islam dilaksanakan sepenuhnya. Itulah program utama KTS.

Maksudnya, KTS telah, sedang dan akan memperjuangkan Tuhan dan sunah Nabi. Nabi dan orang- orang soleh menjadikan seks Islam tradisi dan budaya hidup mereka.

Soalan: Ada pihak mengatakan perumpamaan isteri sebagai 'pelacur kelas pertama' melampau kerana pelacur tiada batasan dalam seks berbanding isteri Muslimah. Ini termasuklah, maaf cakap, seks 'dari belakang'.

Atau, adakah Dr Rohaya tersilap menggunakan perumpamaan sehingga mencetuskan segala kontroversi sekitar KTS kini?

Ummu Jah: Selama ini terdapat pemimpin negara berzina dengan pelacur, masyarakat tidak tersinggung pun. Mengapakah pula apabila KTS kata tiru pelacur, supaya suami tidak lari kepada pelacur lagi, ada yang sensitif sangat lantas diputarbelitkan kenyataan asal.

Kami di KTS tidak tersilap sama sekali kerana berkata begitu.

Memang, dalam taat kepada Allah dari segi menjalankan seks Islam, isteri di rumah gagal. Umumnya, menurut banci kami, dia cuma taat 10 peratus saja daripada apa yang Islam perintahkan daripada apa yang suami harapkan.

Kalaulah isteri boleh berikan 100 peratus layanan tiada tandingan seperti pelacur, demi keredaan Allah, nescaya rumah tangga bahagia.

Namun, KTS tidak bermaksud isteri itu menjadi pelacur, iaitu untuk mencari duit daripada suami. Dan seks Islam 100 peratus itu tidak dimaksudkan seks 'dari belakang'.

Apa yang KTS maksudkan ialah seks Islam itu ikut disiplin Islam tapi tatacaranya 100 peratus macam pelacur, yakni layan selagi halal sehebat- hebatnya. Bukan 10 peratus seperti yang umumnya isteri Islam berikan sekarang.

Sebenarnya, kenalah tiru Nabi dan isteri-isteri baginda. Namun, masalahnya berapa ramaikah orang faham bagaimana ia berlaku?

Saya ulangkan sekali lagi, apa yang dimaksudkan oleh Cik Rohaya ialah layanan sehebat-hebatnya untuk seks suami.





Komea... ada yang aku setuju dan ada yang tidak, tetapi apa yang aku nampak Ummu Jah dengan Rupaqa atau Global Ikhwan sama saja kong kali kong,, apa tidaknya cakap tak serupa bikin.... bagaimana dengan kes bekas ahli Arqam ni...

,

Taat kah isterinya yang masih ahli Arqam kepada suami..... sehingga anak-anak pun dibawa lari........ini timbul persoalan.....



.

Monday, June 6, 2011

Tindakan GANAS DAP, UMNO Pulau Pinang maut....

Salam Sejahtera,

Isu pemilihan pimpinan PAS dah selesai, nak spin cerita pembaca dah kurang percaya, maka terpaksa ubah topik, DAP pulak jadi mangsa..

Orang melayu bila isu masjid ditimbulkan, memang jadi sensitif, walaupun melayu itu sendiri tak pernah sembahyang, tapi bab masjid ia jaga sungguh, itulah melayu,, masjid-masjid melayu cukup lawa, cukup indah semuanya, tetapi bila time sembahyang ada 3 orang sahaja, imam, tok bilal dan siak...

Pandai Utusan spin cerita, memanglah setiap setahun atau dua tahun mesyuarat agung pemilihan AJK dan pegawai masjid akan dijalankan, bukan sahaj di Pulau Pinang, malah dimerata tempat, cuma sejak kebelakangan ni, UMNO dengan kuasa VETO menggunakan pejabat agama ISLAM dengan bantuan raja dan sultan melayu, institusi masjid dibuat perubahan, AJK dan pegawai masjid dilantik oleh pejabat agama melalui saranan UMNO.. itu yang berlaku...

Nampaknya Pulau Pinang nak balik ke asal. guna mesyuarat agung buat lantikan, bila pakai mesyuarat agung, siapa yang mari masjid sahaja akan mendapat lantikan, muka UMNO ada yang mai masjid.. pigirah.... harap hari jumaat aja la,,, tu pun tunggu kalau wakil rakyat mai sembahyang...

Kesian DAP, adat tata susila melayu dengan masjid, mereka jadi mangsa,,, lahabau punya UMNO....



BERITA UTAMA

DAP adakan pilihan raya masjid

BUTTERWORTH 5 Jun – Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses ‘pilihan raya’ - perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Difahamkan, ketetapan baru itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dihadiri Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim baru-baru ini.

Bagaimanapun, persoalan timbul sama ada keputusan penting itu mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini atau sebaliknya.

Perkembangan tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan banyak pihak yang melihat kaedah itu akan menyebabkan institusi masjid diresapi unsur-unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius dalam kalangan kariah masjid.

Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk ‘berkempen’ iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

Sumber MAIPP memberitahu, cadangan pelaksanaan kaedah baru itu yang dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini mencetuskan percanggahan pendapat dalam MAIPP sendiri yang mahu ia dikaji kerana tidak mahu institusi masjid dicemar unsur kepartian.

Bagaimanapun, katanya, wujud tekanan daripada pihak tertentu yang mahu supaya kaedah baru dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

“Kaedah sedia ada mungkin boleh diperbaiki, tetapi pemilihan baru ini sebenarnya mengundang lebih banyak masalah malah akan menjadikan kariah lebih berpecah-belah. Lagi pula, kenapa mahu ia dibuat secara tergesa-gesa?

“Secara prinsipnya, memanglah ini adalah keputusan MAIPP, tetapi cadangan itu datang dari atas iaitu kerajaan negeri yang mahu ia dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria (gambar) yang dihubungi mengesahkan keputusan melaksanakan kaedah pemilihan baru tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

“Di peringkat ini, tidak perlulah saya komen. Lebih baik anda hubungi Yang Berhormat Exco Abdul Malik untuk mendapat butiran,” katanya.

,

Wednesday, June 1, 2011

Gambar Kenapa Taarif Elektrik di naikkan,,,,,

Salam Sejahtera,

Terpegun anak yassin tu kepada bangunan atau kepada orang yang menerangkan struktur bangunan tu.... ish..ish persepsi jahat tu....

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tertarik dengan keunikan replika bangunan berlian Suruhanjaya Tenaga selepas merasmikan bangunan itu di sini, hari ini. - BERNAMA
May 31, 2011 4:49 pm

Rakyat Marhaen kena cekik dengan kenaikan harga taarif baru elektrik tak mengapa, yang penting pembangunan negara mesti diadakan... hebat pemimpin UMNO....,


Thursday, March 24, 2011

Antara 2 wajah ....

Salam Sejahtera...

Semalam ada dua peristiswa bersejarah buat segelintir rakyat Malasyia...,

Pertama, lihat wajah-wajah anak-anak dan ibu-bapa yang penuh ceria bilamana anak-anak mereka mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lalu..... Tahniah....;


Kedua, semalam juga akhbar memaparkan wajah-wajah jantan celaka, itu sahaja yang boleh aku katakan...Trio celaka.....


Ya Allah, kau berilah petunjuk ke atas ketiga-tiga jantan melayu yang telah membuat fitnah ke atas pemimpin-pemimpin kami Ya Allah... Kau laknatlah mereka dan kawan-kawan mereka yang sama-sama bersubahat membuat kerja-kerja fitnah ke atas pemimpin-pemimpin kami Ya Allah...

Hanya pada mu jua kami mengharap dan berserah Ya Allah... Amin Ya Rab Alamin...


Monday, March 21, 2011

Jawatan Kosong - Diperlukan dalam kadar segera!!

Salam Sejahtera;
Dalam nak menempuh iklim suasana politik 1Malaysia, yang penuh dengan cabaran, satu jawatan kosong yang paling mencabar amat-amat diperlukan dengan kadar segera...

Butir-butir jawatan dan deskripsi tugas adalah seperti di bawah....




JawatanJurukamera (photo & video) professional. Ala-ala paparazzi..

Tugasan UtamaMengambil gambar-gambar pemimpin yang melakukan aktiviti maksiat dan haram tetapi halal di sisi UMNO..

Berminat – Boleh hubungi :

1. Datuk Seri Choi Sua Lok – Presiden Parti Cukong

2. Mr Datuk T.

3, Blogger PapaGOMO,

4.Blogger Parpukari

5. Blogger SiLuncai dan Pendita Kainsingkat....

Wednesday, March 16, 2011

Apa itu saman Ekor - Penerangan buat yang tidah tahu...

Salam Sejahtera...

Petang tadi sementara nak balik kerja sempat tengok ucapan bahas titah diraja oleh ahli Parlimen Kalabakan Ghafur Salleh, bagi aku dia ni layak digelar pembangkang UMNO dalam UMNO, ucapannya banyak menghentam UMNO selama ini, apa yang aku dok peratikan...
Petang tadi ia sentuh isu saman ekor, ia sendiri kena, katanya samannya dah tak boleh dibayar saman lagi, kena naik mahkamah, itu yang JPJ maklumkan, ia beli kereta tahun 2008, saman yang dikenakan tahun 1996, tudia, hebat JPJ buat kerja, betuilah saman ekor, ia tak tengok kepala....

Si Gahafur ni tanya, kalau ia naik mahkamah, ia terpaksa bawa lawyernya, biasalah orang UMNO... lagak mana mau kurang..., jadi kos bayaran UMNO tu siapa mau bayar, ia tanya dalam parlimen, belum sempat habis ia bercakap, bangun lagi sorang makluk pembodek UMNO ahli Parlimen Seri Gading, berucap meminta kerajaan menangguhkan lagi pembayaran saman 50%....

Nampak tak, seri gading cuba nak tutup kelemahan kerajaan, kemudian merayu supaya sambung lagi pembayaran,,, bijak depa ni berlakon,,, jadi dengan slogan rakyat didahulukan, duit rakyat depa tibai lagi, walaupun 50%, tetapi sepatutnya kita tak perlu bayar walalu sesen pun...

Jadi sebagai pengethauan untuk para pembaca, aku scan balik pamplet bab saman ekor ni, jadi pakat-pakat baca dan sebarkan, pakat-pakat jangan bayaq kalau boleh... yang mana dah bayaq macam aku nak buat macam mana dah terlepas dah..., namun aku tak halal dunia akhirat atas perbuatan mereka mengcekik rakyat...


















Thursday, February 24, 2011

Rakyat menjejaki perangai pemimpin UMNO..

Salam sejahtera,
Apa yang berlaku ke atas perangai perilaku pemimpin UMNO kini dah menular kepada rakyat....,

AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.

IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.




Friday, February 11, 2011

PANTUN UMNO PRONOLOGY

Salam Sejahtera..
Seorang sahabat facebook aku menghantar pantun mengenai kelakuan kawan-kawan kita dalam ruangan komen... DISINI .


Rasanya sesuai buat pembaca blog MM sama-sama membaca pantun pronologi ini... Haraf maafjika ada kekata berunsur lucah,, nak buat macam mana, memang itulah yang sepatutnya...

PANTUN UMNO PRONOLOGY:

Melayu Umno sangat berbudi
Bini orang dia sontut lagi
Anak Bapak datang tengok tengah berdiri
Upanya Umno buat style Doggy..

Umno Melayu 50 tahun memerintah negeri
Semuanya kena balun..Budak bawah umur atau lu punya Bini
Umno Doggy sambil berdiri
Sekali tengok berdiri..2 kali tengok macam Babi..

Umno Juara rakyat seantero
Bila ajak Berdebat..takde lak Telo
Umno berdiri Doggy masuk dengan Telo-telo
Suami punya bini..Umno jentik telo...

Umno berjasa Ketuanan Melayu pun dia kasi K.O
Doggy punya pasa..ada pulak Telo
Bila ajak debat tak tahu mana menghilangnya Telo
50 tahun Umno..upanya Goyang Telo...

Umno wadah Perjuangan Melayu
Umno punya Bini semua ayu-ayu
Jambol Terjojol pun boleh jadi mata kuyu
Bini orang pun Umno sapu...

Umno berjasa dikata Melayu selesai masallah
Itu Amah pun boleh kena Jamah
Budak bawah umur pun Umno Mamah
Boleh Satle kat mahkamah...

Umno Perkasa Melayu Berjasa
Berkuasa sejak 50 tahun seabad lamanya
Arak,Rogol,Rasuah,Doggy..dulu kini dan selamanya
Negara Merdeka jadi huru-hara...

Umno Melayu Pembela bangsa
Budak bawah umur,amah,bini worang Kebangsaan kita
Umno dulu kini dan selamanya berjuang untuk agama bangsa dan negara
Hukum Islam tak ada juga...

Umno Melayu banyak berjasa
Perkasa itu adik dia
Ketuanan Melayu umno kata bela
Dulu Imuniti Raja-raja melayu sapa yang hapusnya...

Umno lama memerintah negara
BN lah bersama-sama
Islam sampai la ni tak tahu macam mana
Doggy pula kerja dia...

Umno ada Sekolah Harapan Termengandong Melaka
Ali Ketam Pengetua dia
Dulu kini dan selamanya Umno juga
Juara Rakyat lah katakan...Doggy lak style dia...

Umno sekian lama bermaharajalela
Dulu zaman Tun Teja tiada tadingan jua
Kerja rogol bukan rakyat yang suka
Last sekali Doggy la style dia...

Umno berjasa pada Negara
BN Barang Naik pun tak kesah jua
Ancak tiang tegak berdiri dia cium juga
Patut lah negara jadi huru-hara...

Pantai Mersing lagu melayu
Mencuri tak tahu malu tak takut jua
Umno kata potong tangan tak boleh maju
Perlembagaan Negara kata Islam agama..

Sungai Perak bayak ikan Tapah
Di bawa ke Kota di masak gulai
Perlembagaan Negara pun kena Lapah
Rukun Negara ke 3...kira tak boleh pakai...

Cukup sudah Pronology Umno
Nanti kata maki hamun seantero
Itu lah Umno tak tahu malu kat rakyat buat dono
Doggy style Prono Umno..

hehehehehehehe...

Hasil Nurkilan: ibni battutah 10-11-11..... .

Tuesday, February 8, 2011

Rasuah - Bekas EXCO PAS Diperintah Bela Diri

Salam Sejahtera.

Mangkok ni lah yang menjadi ikon buat pencuri pasir di Selangor,, beliau juga dikatakan meminati warna hijau,, sehingga di gelar mr green,,,


MAHKAMAH

Rasuah: Shariff Jajang Diperintah Bela Diri

KLANG: Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Shariff Jajang diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan rasuah bagi mendapatkan tanah kira-kira 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, dekat sini, 14 tahun lalu.

Beliau yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil didakwa melakukan kesalahan itu pada 16 Jun 1997 dan didakwa di mahkamah kali pertama pada 2004.

Boleh dibawa ke mahkamah ajelah... keputusannya dah ada dah... dah tau dah...

.

Thursday, January 27, 2011

Ketua PAS Pandan dengan 9 tuduhan rasuah..

Salam Sejahtera.

Inilah kualiti kepimpinan yang ada didalam UMNO..... Kenapa boleh jadi begini... sebab yang no 1 dalam parti lagi hebat,.......


Tetapi itulah, baru menghadapi pertuduhan, itu pun tak tau kes ni dah berapa lama KIV dalam tray baru nak dibuat charge,, keputusan hakim belum tahu lagi, walaupun rakyat yang cerdik dah boleh agak apa keputusan hakim nanti...

Setakat Ketua Bahagian saja yang boleh kena, yang agak tinggi lagi, ... persepsi tu.. walau pun realiti... UMNO mana ada rasuah, orang UMNO semuanya wali-wali belaka, terutama didepan pengundi bila PRK berlaku...
Hebat UMNO,,, jangan cabar..... nanti demam...

Sunday, October 17, 2010

Dato Seri Anwar Ibrahim... Bertaubatlkah kamu...

Daripa beratus ratus ribu ahli parti politik PKR, hanya 60 orang ahli parti yang diberi hidayah oleh UMNO untuk keluar menyeru DSAI bertaubat.... Baca Di sini

Baguihlah, sebagai ahli parti yang ada semangat ukhwah tali persaudaraan saling ingat memperingati...


Cuma disini aku dah bagi pendapat sikit, betuilah niat 60 orang tu, cuma ada sedikit pembetulan, untuk yang terbaik,,, sebab kita kena balik pada yang asal semula jadi kenapa jadi begitu...

Segala punca yang dituduh ke atas DSAI adalah sewaktu beliau berada di dalam UMNO, dalam kemuncak yang cukup tinggi, beliau sewaktu itu adalah Timbalan Presiden UMNO... Dari situlah beliau dituduh bermacam-macam tuduhan moral yang menjijikan..

Jadi kalau nak bertaubat, baertaubatlah bersungguh-sungguh (NASOHA), menyesali menjadi ahli UMNO... Ya bertaubatlah kerana anda DSAI pernah menjadi ahli UMNO....





Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari