boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, August 26, 2010

Kenapa YAHUDI Bijak...

Salam Sejahtera...

FO3M telah menghantar e-mail ni kat aku malam tadi, yang aku siarkan untuk perkongsian kita bersama, banyak faedah yang boleh kita ikut, kalau kita mahun generasi kita berjaya....

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

by Danish Irfan on Wednesday, August 25, 2010 at 2:28am

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Wednesday, August 25, 2010

Apa Kata UMNO??!! DAP vs UMNO

Oleh Rahim Othman
25-08-2010

Hujah dah basi

KATA ZAHID – DAP ANTI ISLAM
Sikap yang ditunjukkan oleh DAP jelas dan nyata,,.. mudah kita fahami, Tetapi sikap
UMNO terhadap Islam tak nyata dan tak pasti..Kadang-kadang bercanggah dan
menyonsang dengan dasar Islam...cakap tak sama bikin,.... lagi susah, lagi bahaya.



Apa Kata UMNO??!! Durian RUNTUH RM500...

Minggu lepas KM Pulau Pinanh mengumumkan sebanyak RM400 akan diberikan kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang,,

Berita terkini Najib pula akan memberi duit Raya sebanyak RM500 kepada semua kakitangan dan pesara kerajaan... DI SINI

Haiya... kalaulah Lim Guan Eng minggu lepas umum bagi RM1000, sudah tentu Najib akan bagi RM1100....,,

Apa pun RM500 tu bersyukurlah,, lepas duit tol dan duit minyak nak balik kampong..., tetapi janganlah kata...

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Nilai ungkapan UMNO RM500 waktu zaman ekonomi sekarang dikatakan DURIAN RUNTUH... boleh pakaika!! lainlah RM500,000.......

Apa Kata UMNO??!! Berita Terkini Yang tak mengejutkan..

Berita terkini dari Putrajaya...

Dah boleh faham sangat dah, dapat mersai akan keputusannya...

Tak perlu riau, tak perlu gundah gulana... semuanya boleh diuruskan..

Manusia kalau jenis berhutang pandai, nak bayak balik liat...siapa kah orang-orang...

Jawabnya UMNOlah....



Mana ualama-ulama UMNO, berzikir, berwirid dibulan ramadhan..

Terbukti dah bertahun-tahun lamanya , kalau sesuatu kes yang berhubung kait dengan nama UMNO dalam penghakiman di mahkamah, ehem...ehem...ehem...

Mungkin boleh menang pihak yang menghadapi perbicaraan dengan UMNO, tetapi syaratnya hakim-hakim tu bukanlah manusia yang waras....


Apa Kata UMNO??!! Malaysia ke 37 terbaik dunia tuduhan pembangkang tidak benar..

Salam sejahtera...

Kalau boleh aku nak gelak guling-guling sakan biar semua orang kelilingin rumah pakat mai tengok, kenapa aku gelak sakan, tapi apa kan daya,, tak terlarat nak gelak.penat betui hari ini....

Apa tidak nya Kerajaan yang memerintah Malaysia mendapat pengiktirafan ke 37 terbaik dunia dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kualiti hidup membuktikan tuduhan buruk parti pembangkang terhadap kerajaan adalah tidak benar. Baca Seterusnya...


Betuilah kalau 5 aspek yang diatas, malah lebih dari 37 pun aku percaya.....

Tetapi bagaimana dari aspek RASUAH, You help me..... l help you....

Bagaimana aspek penyalagunaan kuasa.....

Bagaimana dengan undang-undang dan sistem kehakiman....

Bagaimana dengan sistem demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini...

Bagaimana..... bla... bla....

Bagaimana ...bla...bla...








Tuesday, August 24, 2010

Selesai di Jasin, Berlaku di Kuantan pula..

Oleh Rahim Othman

Allah murka lagi!
BAZAR RAMADHAN RANAP DIPUKUL RIBUT,


Oleh : rahimothman 24/8/10

Apa Kata UMNO ?!! MB Zambri - Berbohong atau cakap tak benar

Salam sejahtera...

Malam tadi aku selepas terawih, aku pi berjuma lagi dengan bogger Otai Manjung, ada lagi hal yang belum selesai, kemudian dia mencerita balik apa yang dia tahu kat aku mengenai kes tanah Dinding India Association, sama seperti dicerita dalam blognya otai-manjung.

Nampaknya apa yang Man Otai ni cerita ada persamaan yang aku dengar dalam ceramah di dewan Ghandhi pada petang Ahad yang lalu, iaitu haya satu perkataan sahaja yang aku faham..., Kampung Buah Pala,,,,


Kalau dengar dari jawapan MB Zambri senang sungguh, Perak arah batal ambil tanah DIA di Sitiawan, kemudian satu lagi Zambri - Saya anggap massalah tanah D.I.A selesai... Fui yo... hebat MB Perak Darul Riduan yang baru ni.., hebat sungguh, pandai..... pandai apa...lu orang sendiri fikirlah,

Kalau selesai kenapa hari minggu yang lepas kaum India turun beramai-ramai menghadiri perhimpunan tersebut walaupun program tu kononnya dibatalkan...


Nampaknya ada yang tak kena dan Zambri tak boleh selesaikan, sehinggakan kaum India naik minyak kepanasan berarak ke Balai Polis untuk tujuan buat report terhadap kes tana DIA ini, tetapi mereka dilayan oleh pegawai polis yang bertugas dengan kata-kata makian yang sepatutnya oleh pegawai polis berbangsa melayu, kejadian ini mengakibatkan S/U kepada YB Kulasegaran telah masuk ke hospital...

Aku paparkan kembali kisah ni bukan apa, ingat balik kes Kampung Buah Pala, hari-hari TV kat Malaysia siar kisah tu, pasai apa, kena kat batang hidung Lim Guan Eng,,, tetapi kes DIA langsung tak dihighlight pun, malah penduduk warga Manjung sendiri pun tak tahu kejadian ini...

Besok 25/08/2010 di hadapan Pejabat Tanah & Daerah Manjung, kaum India akan membuat perhimpunan secara aman tanda bantahan mereka, aku tak tau apa yang akan terjadi... Namun bagi aku semua ini adalah hadiah cepumas buat Zambri, Kong Choo Ha selaku ahli Parlimen Lumut, dia lepas tangan...., lu sendiri jawab la..., Mahyuddin selaku Menteri Pelajaran pun tak ambil tahu...., lu kena jawap Zambri,,, sebab kes ni berlaku nuuu dah lama dah,,, waktu UMNO dengan MIC bermaharaja lela..., lu dah gatai juboq nak sangat jadi MB, sekarang lu dah dapat tugas..., dan dengan tugas yang lu dapat lu cakap kat akhbar dah tak betul atau .........?

Khas Buat PM dan Menteri Pengangkutan..

Dimanakah hak rakyat.... Dalam slogan Rakyat diutamakan.....



Bancian ni bukan dari akhbar-akhbar pembangkang, ini akhbar 110% pure UMNO totok rasict,,,

Apakata pembaca penyokong UMNO?!@#$%^&^&)(*&, Ini adalah kesalahan anda yang menyokong dan memberi kemenangan kepada UMNO, bala dan masaalah ini yang dihadapi oleh rakyat andalah penyebabnya yang menyokong UMNO, Insyaallah habuan untuk anda akan diambil kira dihadapan Allah di Rabbul jallil nanti...., jadi bertaubatlah dari menyokong UMNO sempena bulan ramadhan ini.,,, moga-moga Allah menerima taubat anda itu...

Monday, August 23, 2010

Apa Kata UMNO??!! Halal dan Haram Ala UMNO..

Oleh Rahim Othman

HUKUM ISLAM DI DALAM UMNO ADA 2 KATEGORI
Kepada orang Pakatan hukumnya lain. kepada orang UMNO BN hukumnya lain
Begitu juga undang-undang di Malaysia, satu undang-undang untuk pemimpin
dan satu undang-undang untuk rakyat bawahan. Undang-undang untuk
penyokong kerajaan lain, undang-undang untuk pembangkang lain..

Haram jika - Berdoa untuk Lim Guan Eng Haram,
Tak Haram – Berdoa untuk Kamalanathan




Apa Kata UMNO ?!! Haram dalam sunat di Bulan ramadhan.

Salam Sejahtera....

Apa nak dikatakan, mengerjakan kerja-kerja amal itu sunat dan digalakkan dalam Islam, tetapi perintah suruh menutup aurat hukumnya wajib....

Habis tu nak buat macam mana, kalau isteri sang khalifah UMNO sendiri pun tak tutup,, Ketua Wanitanya pun tak tutup... teringat kata Lokman Noor, isteri khalifah UMNO bernafsu besar untuk kecantikan,,, jadi tak hairanlan pu3 UMNO pun demikian....

Petang semalam di hadapan Balai Polis Setiawan..

Salam sejahtera...

Balik dari dewan Ghandi petang semalam jam 3 ptg, aku cuma sempat on computer, cuma sempat tengok berita-berita terkini, keletihan yang sangat, membuat aku kena charging balik tenaga yang yang semakin lupus..... zzzzzz...

Jam 4.25 ptg, terjaga, itu pun set jam..., tengok sms dari Otai Manjung, maklum yang geng DIA dah berarak dari Dewan Ghandi menuju ke Balai Polis Setiawan... lepas solat asar, lagi sekali start motor buruk aku, pergi lagi ke Setiawan...

Double klik untuk gambar lebir jelas..
Aku sampai masih ramai lagi kaum-kaum India berkumpul di hadapan BP Setiawan, kelihatan Otai Manjung bersama kameranya sahaja yang berkulit agak cerah, yang lain gelap belaka..


















Menurut beberapa lelaki India yang aku temui, punca kejadian adalah sewaktu ahli parlimen YB Kulasegaran bersama YB Sivakumar bersama beberapa pemimpin india yang hendak memasuki ke Balai Polis untuk membuat laporan Polis, tetapi mereka telah dihalang oleh pegawai polis yang berpangkat berbangsa Melayu, yang kemudiannya mereka telah dimaki dengan kata-kata kesat, aku sendiri tak sanggup mendengarnya kata-kata tersebut selagi aku berfikiran waras, apabila kata-kata tersebut diceritakan kepada aku.

Dalam suasana marah agaknya, mungkin daripada kata-kata kesat itulah timbul rasa tak puas hati diantara mereka, menyebabkan timbul pertelingkahan, dimana YB Kula dan YB Sivakumar dan beberapa yang lain telah ditahan polis, dan aku tak tahu bagaimana pula pembantu khas YB Kula turut yang turut ditahan telah mengalami sedikit kecederaan dan telah dihantar ke hospital.

Satu lagi laporan polis telah dilakukan ditas kejadian tersebut.

Malahan blogger Otai Manjung sendiri pun kena halau oleh anggota Polis dari kawasan pagar Balai Polis...















Dalam aku dok sibuk ... tup-tup ternampak kereta yang agak come dan berlainan dari pada yang lain.....Ha ha..., kereta ni tahun bilanya,, agaknya kalau Mr Bean tengok... terkejut berok dia..

Untuk pembaca nak lihat video gambar-gambar kisah semalam masuklah ke blog otai-manjung.

Sunday, August 22, 2010

Apa Kata UMNO??!! Ucapan yang tak sepatutnya!!!!

Oleh Rahim Othman..




Apa Kata UMNO??!! Sepetang di Dewan Gandi Setiawan..

Salam sejahtera...

Sejak dari malam tadi selepas solat tarawih, aku diminta oleh kekawan beramai-ramai menolong memasakn 5 ekor kambing yang disedekahkan oleh seorang jemaah untuk disedekahkan kepada fakir miskin.

Pagi ini jam 8.30 pagi selepas kuliah sambung lagi sehingga zohon baru selesai, alhamdulillah untuk petugas dapatlah lauk khorma kambing seorang satu towpow... pergghh, kambing bow makan malam nanti..

Dalam masa nak balik tengok h/p ada sms dari Pembantun Dato Ngeh, Jason bagi tau ada program di dewan Ghandi Steawan jam 2.ptg... Bergegas aku ke sana selepas waktu zohor....

Aku tak tau cerita apa yang tertulis dalam akhbar ni, mungkin MSK boleh baca dan faham kut, sebab dia dok India lama sewaktu dia muda dulu......


Mengikut berita yang aku dapat dari beberapa kekawan India disitu, ramai yang aku kenal, mereka memaklumkan program petang tadi tu ialah dailog bersama MB Zambri dan Pegawai Daerah Manjung.... tetapi bila diberitakan yang wakil-wakli rakyat pembangkan akan turut bersama, Zambri dah kecut telor tak berani turun, mungkin program tu dibatalkan...








Tetapi saudara-saudara kita dari kaum India tetap mengadakan juga perjumpaan itu....


Yang aku kenal dalam program tu bekas speaker Sivakumar pun ada, YB Kulasegaran dan wakil PKR Saudara Shanmuganathan..


Apa yang aku dapat tahu, hanya pengakuan Zambri selaku MB dan Mahyuddin Yassin selaku Menteri Pelajaran di akhbar sahaja, tetapi bukti bertulis hitam putih di Pejabat Tanah tiada, mereka merasakan tertipu dengan permainan politik haprak Zambri...

Baru mereka tahu siapa Zambri, kalau kuasa MB pun beliu sanggup menerimanya dengan cara paling terkutuk dan bangsat dalam sejarah adap melayu, inikan pula setakat sebidang tanah hak persendirian, apa dia peduli....,


Anne yang sorang ni, kalau warga anggota TLDM dan Dorkyard ramai yang kenal, beliau ialah abang kepada YB Kulasegaran, kedainya ada di pekan Lumut, dia ni kalau siapa nak pinjaman wang segera pi jumpa dia, bawa buku bank dengan card akaun gaji, boleh kira punya, nanti bila cukup bulan pakat pergi mengadap dia ambik gaji dari dia, sebab dia dah jolok card ti pag-pagi lagi kat bank...

Ada cerita lagi kisah di Dewan Ghandi ni, kalau nak tau serba lanjut masuk ke blog brother aku otai-manjung. Dia siap bawa Video camera petang tadi, bila OM sampai aku pun kira nak balik, terlalu letih sangat..., sampai rumah sempat tidok sekejap... Jam 4.30 jaga, OM hantar SMS, bagi tahu kumpulan DIA telah berarak ke Balai Polis Stiawan..., dan ramai yang kena tahan....

Tunggu besok, aku upload gambar-gambar di sekitar Balai Polis Stiawan..., penat sangat dah... aku nak solat terawih...busszzz.

Apa Kata UMNO??!! Bagaima cerita skandal PKFZ

Oleh Rahim Othman

Masih Skandel PKFZ

KESELURUHAN YANG TERLIBAT, PEMIMPIN BN




Saturday, August 21, 2010

Apa Kata UMNO??!! Pemuda UMNO Penang dah climax

Aduhai,,, geram, rindu, dendam lama dah... semenjak Mac 2008 sehinggalah hari ini, rindu yang tertahan lagi akibat kelincahan Lim Guan Eng dalam tarian nya, sekejap gelek, kemudian ala-ala arab yale-yale padang pasir, ini semua membuatkan pemuda UMNO Penag dok telan air liur geram.....

Kemudian dua tiga sudah, Lim Guan Eng menyatakan Kerajaan Pulau Pinang akan membayar sedikit sagu hati kepada kakitanga kerajaan negeri,,, lagilah terkedu Pemuda UMNO, tiada ulasan, tiada kritikan dan tiada pujian mau pun pusat atau negeri...

Sudah tentu pening lalat buat khalifah UMNO, yang semakin sudah nak mengeluarkan fatwa jawapan tersebut, tup-tup dua hari sudah sang khalifah telah dimalukan oleh di negeri Selangor,,, apa tidaknya sang khalifah dipaksa mendengar tazkirah di masjid selangor... ada ka patut tahap tertinggi sang khalifah disuruh bersimpuh didalam masjid tanpa hamparan permaidani merah, manakan tidak... sakit belakang, saki kepala lutut, lenguh segala urat saraf lah kawan tu... DI SINI .

Kesian sang khalifah, kehadirannya tidak dihargai oleh AJK masjid berkenaan.., dengar cerita programnya pun buat di parking lot aja..

Tapi memang sudah jadi sifat khalifah yang tawadduk, perkara sebgini biarlah dia sahaja yang tahu, tak perlu diheboh-heboh, sang khalifah amat takut nanti di bulan ramdhan akan timbul perasaan riak dan takabur pada pengikut-pengikutnya....


Sifat cemburu pemuda sampai kemuncak apabila tersiar sang khalifah boleh begitu mesra dengan Lim Guan Eng dalam mesyuarat kewangan di Putrajaya dua tiga yang lalu...

Mana boleh,,, pemuda UMNO begitu lama jatuh hati, tup-tup sang khalifah nak potong stimkan... puasa, tu puasa juga.... khalifah ka siapa ka sekali pun pemuda dah tak peduli lagi..

Apa pun, nampaknya pemuda UMNO Penang akan menikmati klimak secara syok sendiri........



Report polis..., atas enakmen syariah apa pulak ni..., kalaulah betul sekali pun, salahkah mengikut kaedah syarak kalau kita mendoakan kepada orang bukan Islam,, dan adakah menjadi satu kesalahan mengikut hukum syarak jika tidak mendoakan kepada sang raja....

Friday, August 20, 2010

Apa Kata UMNO??!! Inikah standard Naib Presiden UMNO...

Oleh Rahim Othman

Umno pencetus kacau bilau
LEPAS SATU, SATU, ! TAK SUDAH,SUDAH ! BUAT KERJA BUSUK ,..
PASTI ADA LAGI LEPAS INI

Tuduh kerajaan Pulau Pinang dah melampau ! masukkan nama Guan
Eng dalam khutbah Jumaat..
7. Ugut orang Cina tentang kemungkinan ulangan peristiwa 13 Mei
8. Terbaru – kes nama Lim Guan Eng disebut dalam khutbah Jumaat
9. Zahid marahkan Lim Guan Eng kerana hadir dalam majlis agihan zakat – konon
telah mencemarkan kesucian agama Islam ! ( kepala hotak dia, ini le Islam Umno,,
punya le bangang !)

Oleh : rahimothman

Komen Manjungmari - Ingat Zahid ingat enjin F-5E yang hilang.... muaaaahaa..(kena ingat Naib Presiden UMNO yang terbanyak dapat undi.., semua perwakilan UMNO yang Undinya pun sama-sama bangang..... muaaaa....





Apa Kata UMNO ?!! Komen dari pembaca Blog TT

Salam sejahtera...

Aku terbaca satu komen dari blog Tukar Tiub.... aku salin balik...

Just nak peringatkan..War-warkan kepada rakyat dengan segera..

Kalau kita tgk, perancangan UMNO untuk melagakan MElayu / India dengan Cina semuanya gagal. Bermula dengan isu kepala lembu, kepada isu Kg Buah Pala, isu bakar gereja kepada isu tanah di penang, isu penjaja di Penang, isu pasir..semuanya gagal.

Terbaru isu Lim Guan Eng kununnya nama beliau disebut dalam khutbah. Mungkin akan gagal..

TOLONG war-warkan..Lepas ni UMNO mungkin akan MEMBUNUH seorang MELAYU di negeri pakatan rakyat dan pembunuh itu mungkin DITUDUH dari DAP atau PKR. Melayu itu mungkin PAS atau Keadilan.

Perancangan ini sebiji dengan apa berlaku waktu 13 mei bila seorg adun melayu dibunuh. Dan sebiji waktu WTC runtuh dan Taliban / Umat Islam menjadi mangsa…

2010 Ogos 20 12:23


Bila dok fikir-fikir perkara sebegitu tak ada yang mustahil dan boleh berlaku, kalau peristiwa Memali 1985 mereka sanggup membunuh umat Islam jadi perkara sebgini memang tak ada masaalah buat UMNO, bersiap sedialah, banyak-banyaklah berdoa kepada Allah S.W.T, tambahan pula sekarang ni dalam bulan ramadhan almubarak yang penuh keberkatan.. mohonlah supaya Allah S.W.T menggagalkan segala usaha-usaha durjana UMNO itu...

Apa Kata UMNO ?!!.. MCA keluar dari BN..

Berita ni aku ambik dari Blog pencacai UMNO..... kerisputera.


Dalam politik serba kemungkinan boleh berlaku, sama-samalah kita berdoa agar perpecahan mereka itu benar-benar terjadi... AMIN...


Thursday, August 19, 2010

Apa Kata UMNO??!! mahkamah kanggaro..

Oleh Rahim Othman

Mahkamah Malaysia - 19/8/10



Komen manjungmari... Hakim-hakim melayu berugama Islam ada yang tidak tahu ada hadis nabi, iaitu 3 orang hakim 2 darinya akan masuk neraka, tetapi di Malaysia buat masa ni kalau 5 hakim mahkamah persekutuan yang ambik kes DS IR Nizar siapa MB Perak, bukan 5 yang masuk, malah lebih daripada tu....

Apa Kata UMNO??!! Gelojoh betul Zambri ni...

Aku masih nak mengata lagi, aku tak peduli ....


Bila aku aku perati gambar diatas tu, timbul perasaan seolah-olah minggu depan ni 1 Syawal..., sedangkan puasa belum pun 10 hari lagi....

Oii ada 20 hari nak kena puasa..., kenapalah kalut tak ketahuan sangat ni..., seolah-olah nak hantar bungkusan tu ke planet lain Marikh ka atau ke bulan....

Kesian kat anggota tentera dan polis, bungkusan inilah sebagai tanda ingatan kerajaan UMNO kepada anggota yang bertugas pada hari raya pertama... dah 52 tahun UMNO memerintah, rupa inilah aja yang mereka dapat, langsung tak ada pembaharuan...

Dari pengalaman aku yang lalu, aku biasa juga dapat sekali, bukan kerana aku bertugas, tetapi ada lebih, pegawai aku waktu tu, Dato Laksma Anuwi (sekarang ni Panglima Wilayah Laut ll Sabah) bagi kat aku satu bungkus, apa isinya, yang aku ingat ialah kain pelikat, serunding dan ada sedikit kueh kering yang disikan dalam tupperware besar sama saiz dengan bungkusan tu...

Ada satu tahun tu, bungkusan-bungkusan kueh tu telah diceroboh oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, setiap bungkusan tu ada sekotak rokok benson &hedges 20 batang, banyak bungkusan yang hilang rokok dah hilang, rupa-rupanya dikebas oleh pihak anggota regulating (tatatertib).

Apakah rasionalnya si zambri memberi teralu awal..., he he... kena jaga yo.... DUN Pangkor lebih 9000 undi POS... nanti kut-kut terlupa nak bagi... huh.... kacau...dan nak aku nak bagi tau, baru-baru ini Laksmana Madya Dato Seri Ahmad Kamaruzaman (dalam gambar tu) telah menjalan satu tugas yang cukup baik bagi pihak peribadi politik masa depan Zambri..., jeng-jeng.. tunggu.... masa dan ketikanya, nanti aku cerita...

Jadi bagilah awai-awai... tak biasa buat dek oleh menteri besar lain sebelum ni.... hebat mu Zambri...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari