boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, August 23, 2010

Petang semalam di hadapan Balai Polis Setiawan..

Salam sejahtera...

Balik dari dewan Ghandi petang semalam jam 3 ptg, aku cuma sempat on computer, cuma sempat tengok berita-berita terkini, keletihan yang sangat, membuat aku kena charging balik tenaga yang yang semakin lupus..... zzzzzz...

Jam 4.25 ptg, terjaga, itu pun set jam..., tengok sms dari Otai Manjung, maklum yang geng DIA dah berarak dari Dewan Ghandi menuju ke Balai Polis Setiawan... lepas solat asar, lagi sekali start motor buruk aku, pergi lagi ke Setiawan...

Double klik untuk gambar lebir jelas..
Aku sampai masih ramai lagi kaum-kaum India berkumpul di hadapan BP Setiawan, kelihatan Otai Manjung bersama kameranya sahaja yang berkulit agak cerah, yang lain gelap belaka..


















Menurut beberapa lelaki India yang aku temui, punca kejadian adalah sewaktu ahli parlimen YB Kulasegaran bersama YB Sivakumar bersama beberapa pemimpin india yang hendak memasuki ke Balai Polis untuk membuat laporan Polis, tetapi mereka telah dihalang oleh pegawai polis yang berpangkat berbangsa Melayu, yang kemudiannya mereka telah dimaki dengan kata-kata kesat, aku sendiri tak sanggup mendengarnya kata-kata tersebut selagi aku berfikiran waras, apabila kata-kata tersebut diceritakan kepada aku.

Dalam suasana marah agaknya, mungkin daripada kata-kata kesat itulah timbul rasa tak puas hati diantara mereka, menyebabkan timbul pertelingkahan, dimana YB Kula dan YB Sivakumar dan beberapa yang lain telah ditahan polis, dan aku tak tahu bagaimana pula pembantu khas YB Kula turut yang turut ditahan telah mengalami sedikit kecederaan dan telah dihantar ke hospital.

Satu lagi laporan polis telah dilakukan ditas kejadian tersebut.

Malahan blogger Otai Manjung sendiri pun kena halau oleh anggota Polis dari kawasan pagar Balai Polis...















Dalam aku dok sibuk ... tup-tup ternampak kereta yang agak come dan berlainan dari pada yang lain.....Ha ha..., kereta ni tahun bilanya,, agaknya kalau Mr Bean tengok... terkejut berok dia..

Untuk pembaca nak lihat video gambar-gambar kisah semalam masuklah ke blog otai-manjung.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari