Dalam tempoh minggu ini kecoh dengan cadangan nak didirikan sekolah pelajar di Melaka,,, satu cadangan yang akan menambahkan beban masaalah sosial dan tanggungjawab kepada negara..
Aku tak tau macam mana pendekatan yang diambil oleh pimpinan UMNO, cerdik sungguh mereka nak menyelesaikan masaalah tersebut, dengan hanya menggunakan akal fikiran dari kepala otak dan bukannya bersandar kepada Al-Quran dan Hadis..
Apakah dengan adanya sekolah tersebut masaalah pelajar hamil akan selesai..!!!, percayalah, selagi tidak kembali kepada hukum Allah, maka tunggulah, akan bertimpa-timpa masaalah akan menjelma..
Sebelum ini masaalah HIV-AID, selesai kah! Sudah selesai atau belum!!!!! Mungkin akan keluar jawapan, sek rambang hanya separuh, dan separuh lagi kerana berkongsi jarum suntik dadah, lagi pun dadah itu dah tak power, sekarang dadah yang paling top syabu..., tak pakai jarum kut...
Katakanlah sekolah tersebut hanya sebuah di Melaka, cukupkah untuk menampung pelajar hamil dari seluruh Malaysia, dalam akhbar baru-baru ini pelajar di Terengganu sahaja dilaporkan berbelas orang, sementara nak tunggu sekolah siap pelajar yang termengandung akan semakin bertambah, apa tindakannya ...
Maka dengan ini aku cadangkan kepada pemimpin UMNO, yang agak praktikal dan bersesuaianlah dengan keadaan ekonomi negara maka elok sangatlah sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dibawah jagaan dan seliaan Kementerian pendidikan dibekalkan dengan kondom...., itu bahasa melayu, bahasa inggeris condom, bahasa palig mudah sarung.....
He he he ... Apakata UMNO.... Setuju....
No comments:
Post a Comment