Zahid mahu semua pihak henti spekulasi
KOTA BELUD: Kementerian Pertahanan mahu semua pihak menghentikan spekulasi mengenai penggunaan bahan letupan jenis C4 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan latihan atau operasi.
Selain tidak benar, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tohmahan itu juga boleh mencemar imej dan kredibiliti ATM.
“Pasukan ATM tidak pernah menggunakan C4 dalam latihan atau operasi, sebaliknya menggunakan bahan letupan PE4 (Plastic Explosive).
“Jika ada bahan letupan C4 diperoleh, ia bukan dari stok ATM dan kita menafikan ia diambil, dicuri atau digunakan oleh mana-mana pihak berdasarkan rekod inventori sedia ada,” katanya selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Parlimen Kota Kinabalu, Kota Belud, Pensiangan, Tenom, Ranau dan Penampang di Padang Bandaran Kota Belud, semalam.
Salam tuan,
ReplyDeletemohon linkkkan blog hamba dengan blog tuan. Terima kasih.
c4 di akhirat lagi maha hebat!
ReplyDelete