boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, August 28, 2010

Apa Kata Umno ?!! - Nuzul Al Quran

Salam Sejahtera....

Semalam Jumaat bersamaan 17 Ramadhan adalah satu hari dalam sejarah Islam bermula turunnya ayat suci Al-Quran..



Perspektif di Malaysia,,

Orang Melayu membaca Al-Quran dengan penuh harapan untuk mendapat pahala dari Allah kerana mengikut pemahaman dari siri tazkirah yang disampaikan oleh kebanyakan Ustaz-ustaz bacalah Alquran walaupun satu huruf, nescaya ada ganjarannya....

Sedang isi kandung dalam Al-Quran seperti makna atau termajahan ayat-ayat yang dibaca tidak diambil peduli, apatah lagu hukum-hukum dalam ayat-ayat tersebut juga langsung tidak diamalkan,,, sedangkan Al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup...

Dimasjid-masjid sekarang didalam bulan puasa ini kebanyakannya didatangkan imam-imam yang hafiz al-quran, tujuannya untuk menyedapkan bacaan, makmum pun dapat kyusuk bersembahyang bila imam membaca dengan penuh tertil, malah ada masjid-masjid yang lebih hebat lagi mengimport imam-imam dari Masjid il Haram Mekah, Masjid Nabawi dan ada nya dari Mesir, tujuannya pun sama juga lebih kuran diatas.....

Tetapi masjid-masjid ini juga lah, bila ada kulian atau program-program pengisian majlis Ilmu seperti kelas tafsir atau pemahaman ayat-ayata Al-Quran maka AJK-AJK dan pengerusinya akan menghalang atau melarang program-program tersebut....

Kita selalu mengatakan kaum Kristian dan Yahudi telah mengubah isi kandungan kitab mereka seperti injil dan taurat, menyebabkan sudah tidak ada persamaan lagi keasliannya seperti Al-Quran.

Tetapi kita tidak sedar yang umat Melayu Malaysia ni walau tak ubah ayat-ayat Al-Quran, tetapi ingkar dan tidak mahu mengikut hukum dan arahan dari Ak-Quran..

Begitu juga kita cukup marah bila kita dapat tahu ada kumpulan-kumpulan negara barat yang nak bakar Al-Quran, menghina alquran dengan memijak, menjadikan helaian alquran sebagai kertas pencuci najis dan sebagainya lagi, sehinggakan kita sanggup membuat bantahan, demontrasi,,,

Tetapi kita diam sahaja bila pemimpin-pemimpin melayu mempertikaikan, mempersenda hukum-hukum yang ada dalam al-quran, malah satu ketika dahulu PM 1Malaysia sewaktu memegang Menteri Pelajaran pernah mengeluarkan kenyataan iaitu pelajar-pelajar melayu di IPTA yang suka melakukan qiammulail akan menjadi lemah dalam mengikuti pelajaran disebabkan mengantuk kerana bangun tengah malam, sedangkan ada surah dalam Al-Quran yang menyuruh kita bangun tengah malam...

Sampai bilakan keadaan sedemikian akan kita hadapi.... Selagi UMNO yang memerintah, selgi itulah budaya ini akan menimpa umat Islam Malaysia, kita hanya sekadar boleh membaca dan memperindah suara bacaan sahaja, kita hanya hebat untuk menjadi tuan rumah peringkat antarabawa dalam tilawah alquran, tetapi kita kecundang untuk melaksanakan hukum-hakam perintah yang ada dalam Al-Quran.

1 comment:

  1. manjung mari ,kalau bukan islam patutlah sokong sizakar tu

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari