boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, August 12, 2010

Apa Kata UMNO ?!! Kenapa PM belum balik lagi bercuti!!

Salam Sejahtera...

Hari ini dah dua hari kita umat Islam melaksanakan ibadah puasa dah suasana yang agak memeritkan, apa tidaknya, dengan keadaan ekonomi semasa dalam negara yang semakin meningkat seolah-olah tiada penghujungnya, harga-harga bahan keperluan makanan semakin meningkat, suara-suara yang aku dok dengar dari corong-corong radio, menteri-menteri yang bertanggungjawya berkuasa sekadar memberi amaran kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati....

Ish-ish senang sungguh jadi menteri, setakat memberi amaran, peniaga ia peduli apa, ia boleh cakap, ia dapat harga dari pembekal memang dah mahal, tak kan ia nak jual murah, meniaga nak untung, yang kena cekik pengguna atau pembeli..., aku bagi contoh satu barang keperluan, bawang putih..., harga mula-mula naik dulu sekita RM4, kira dah mahal dah..., bila dok sibuk H1N1, harga bawang putih naik RM6-7,, huhh terasa mahal,,, dua minggu sudah, tengok-tengok dah naik RM 9....,

Pagi Ahad semalam, aku pi pasar tani,,, harga bawang putih dah jadi RM10 sekilo...., aku tak tau menteri yang dok jaga harga barang sedar atau tidak... tahniah menteri..

Oii!! Menteri-menteri..., rakyat dalam negara sekarang ini melaksanakan puasa Ramadahan, itu yang Islam, yang bukan Islam pun berpuasa juga, berpuasa juga, bukan berpuasa kerana agama mereka, bukan berpauasa kerana diet nak kuruskan badan, tetapi mereka berpuasa kerana barang-barang makanan semuanya dah mahal....,

Mana Perdana Menteri 1malaysia,, daripada kenyataan akhbar PM mula bercuti dari 28 Jul sehingga 10 Aug, tetapi hari ini dah 12 Aug.., apa cerita,,, senyap sunyi tak dengar apa-apa pun, sakit ka, atau agenda shopping kain baju, seluar dalam, baju dalam, kasut untuk menghadapi hari raya bulan depan tak selesai lagi, banyak lagi butiq-butiq ternama yang belum sempat nak pergi lagi,,, jadi extand cuti 3-4 hari lagi apa salahnya, rakyat kat dalam negara peduli apa, Nak jadi apa pun jadilah..nak mampos, yang bunuh PA dan kemudiannya bunuh diri sendiri, ahhh lantaklah.... .


No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari