boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Bunuh diri. Show all posts
Showing posts with label Bunuh diri. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Menyedihkan - Anggota Tentera Darat Sarjan Bunuh Diri.

Ubah topik sikit pada pagi ini,, sementara kita nak tunggu keputusan siapa bakal MB Selangor seterusnya akibat permainan kurang bijak menyusahkan rakyat.. 

Aku terjumpa satu kisah sedih... tak tau apa sebab musababnya.. 

Wednesday, March 19, 2014

MH370 - Hallo Hishamuddin, Pilot tu bukannya bekas Adun UMNO?

Apalah punya dajjal dan celaka pemimpin dan penguasa negara Malaysia ni,,, memang bangsat,, ingat lagi bagaimana dengan bekas pegawai Kastam yang disiasat SPRM dan pembantu Exco Teoh Beng Hock,, senang-senang dituduh membunuh diri..

Wednesday, October 30, 2013

Apakah kerana cucu DS Najib maka ada berita yang mengelirukan.

Sebelum ini kisah jenayah pengawal bank tembak pegawai bank wanita,,, keluar kenyataan dari SUK Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, syarikat kawalan keselamatan telah digantung....


Saturday, May 18, 2013

Hadiah Khas Buat Ketua Polis Negara Yang Baru..

Semalam adalah hari bersejarah buat dua orang pimpinan tertinggi polis Malaysia, seoang bersara, sorang lagi ambil alih tugas,,, siapa orang-orang tu, hangpa cari sendiri, ..

Cuma apa yang aku nak bagi tahu,,, satu kes berat siap sedia menunggu,.sempena ambil alih jawatan...


Wednesday, September 28, 2011

Apa yang sebenarnya terjadi pada Ahmad Sarbaini?



Seperti yang dijangkakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlepas dari kes kematian Ahmad Sarbaini, dengan koroner menyatakan kematian disebabkan nasib malang.

Keputusan tersbut telah menaikkan dua perasaan berbeza. SPRM dan peguam Shafee Abdullah melonjak gembira, manakala balu Sarbaini berdiam diri, susah hati tetapi tidak terkejut.

Jelas sekali, Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaannya akan melakukan apa sahaja di bawah kuasa mereka unduk melindungi SPRM tidak kira betapa teruknya perbuatan SPRM . Pemblog-pemblog Umno mengeluarkan amaran awal, memuat naik video seks ghairah yang dikatakan berhubung dengan kes Sarbaini walaupun lelaki di dalam klip video yang berasmara bersama wanita mat salleh tersebut tidak kelihatan seperti Sarbaini langsung.

Walaubagaimanapun, tujuannya jelas dan mesej telah dihantar kepada keluarga Sarbaini. Jangan buat hal lagi!


Luar Biasa

Akan tetapi balunya, Maziah Manap tidak akan berdiam diri untuk masa yang lama, walaupun hari ini beliau enggan mengulas kerana mengambil langkah berhati-hati. Peguamnya Awtar Singh, tidak berkata apa-apa menunjukkan betapa luar biasanya keputusan itu.

“Kenapa beliau mesti berbuat demikian? Beliau pergi ke SPRM dengan rela. Tambahan lagi, tidak terdapat cap jari yang kelihatan berdekatan dengan tingkap dan mereka tidak mengambil bajunya daripada ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi, untuk menjalankan ujian DNA,” Awtar memberitahu wartawan selepas koroner membuat keputusan.

Aizatul Akmal Maharani, koroner tersebut, telah menutup penyiasatan kehakiman selepas 34 saksi telah membuat kenyataan. Beliau menolak jenayah dan penglibatan pihak ketiga.

Mahupun Maziah membuat testimoni kukuh bahawa suaminya tidak akn pernah membunuh diri.

Patologis kerajaan, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, telah memberikan pendapat pakarnya bahawa Sarbaini meinggal dunia dari kematian tidak sengaja selepas jatuh dari tingkap pantri tingkat ketiga bangunan SPRM .


Fitnah

Peguam SPRM, Shafee, yang selalunya berkhidmat bagi pihak Umno, telah mendakwa bahawa Sarbaini telah jatuh dari tingkap tingkat ketiga kerana bergegas untuk bertemu teman wanitanya yang bekerja di syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd. Tuduhannya menimbulkan kemarahan dari balu Sarbaini.

“ Saya amat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dibuat APRM. Ia merupakan fitnah yang sangat besar untuk menyatakannya,” kata Maziah di dalam kenyataanya.

Sarbaini yang berusia 56 tahun merupakan penolong pengarah di pejabat Kastam Selangor. Beliau yang terlibat dengan penyiasatan aktivit penggelapan wang telah pergi ke bangunan SPRM di Cheras untuk bertemu dengan pegawai penyiasatannya pada bulan April. Sarbaini meninggal di dalam premis SPRM . Mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat pertama bangunan SPRM .


Kecanggungan polis

Spekulasi telah menular tentang penglibatannya dengan urusan penggelapan wang dan peranan SPRM di dalamnya. Kawan dan teman kerjanya yang amat pasti bahawa beliau tidak membunuh diri telah menuduh SPRM di atas perbuatan jenayah. Mereka percaya bahawa Sarbaini ingin berdepan dengan SPRM dan mendedahkan salahlaku pegawai-pegawainya.

Kejadian luar biasa yang lain termasuklah kegagalan polis untuk menjalankan ujian DNA ke atas baju pegawai penyiasatan SPRM, yang dijumpai Sarbaini.

Bagaimanapun, bagi koroner dan Shafee, semua ini tidak diperhebahkan. Kedua-dua lelaki telah menyatakan bahawa seorang staf bernama Kamal yang telah membawa Sarbaini ke bilik pegawai penyiasatan.

“Dia sepatutnya tidak meninggalkan seseorang walaupun untuk sesaat.Pastinya akan ada siasatan susulan ke atas Kamal,” beritahu Shafee kepada wartawan.

Akan tetapi pengkritik dan pengikut kes telah mengecam SPRM dan Shafee kerana memilih bahagian yang amat kecil bagi seluruh skandal.



“Sepatutnya CCTV telah dipasang akan tetapi Sarbaini tidak meninggal kerana dia keseorangan. Beliau meninggal dengan kematian yang amat mencurigakan dan tidak dijawab langsung oleh keputusan nasib malang koroner,” timbalan presiden PKR memberitahu Malaysia Chronicle.


- Malaysia Chronicle



Sumber : apa-yang-sebenarnya-terjadi-pada-sarbaini



Friday, September 23, 2011

Luahan Isi hati Balu Allahyarham Ahmad Sarbini mangsa rakus SPRM.

Setelah sekian lama terpendam, Balu Sarbani luahkan isi hatinya...

"Selama ini saya diam saja, tapi hari ini saya rasa terpanggil nak bagi tahu semua orang apa yang terpendam dalam isi hati saya. Mungkin dengan cara ini, saya boleh tenang..."


Demikianlah kata-kata Maziah Manap (gambar kanan), balu Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed kepada MerdekaReview, apabila mengeluarkan satu kenyataan media pada hari ini, sebelum keputusan inkues diumumkan pada 26 September akan datang. Maziah Manap terpanggil untuk menyanggah spekulasi peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhamad Shafee Abdullah, bahawa suaminya cuba melarikan diri.

"Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya," beliau berkata sedemikian dalam kenyataan medianya.

Beliau menambah, "Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam."

Selain itu, Maziah Manap yang beberapa kali menghadiri inkues kematian suaminya berkata, dirinya "confused" (terkeliru) dengan kenyataan yang berbeza daripada sesetengah pihak. Misalnya, Pengarah Wilayah Persekutuan SPRM pernah memberitahunya bahawa suaminya "rebah", namun berkata suaminya "jatuh" ketika di mahkamah. Maziah tidak mempunyai bukti, kerana beliau diberitahu melalui panggilan telefon, dan bukannya pesanan ringkas (sms).

Yang berikut adalah teks penuh kenyataan Maziah Manap

Saya adalah balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbaini Bin Mohamed. Keluarga kami masih menanggung duka nestapa akibat kematian suami saya semasa dalam tahanan SPRM pada 6 April 2011. Beban sengsara dan kesedihan yang saya dan anak-anak alami menjadi lebih berat apabila kami diaibkan dengan tohmahan dan andaian bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang korup.

Itulah gambaran dan kesimpulannya apabila peguam SPRM, Muhammad Shafee Abdullah (gambar kiri), mengeluarkan kenyataan akhbar pada 12 September 2011 bahawa SPRM tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana suami saya meninggal dunia apabila cuba melarikan diri untuk berjumpa kawannya supaya pernyataan mereka kepada SPRM dapat diselaraskan. Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya suatu fakta hakiki.

Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya.

Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam.

Baru hari ini telah keluar berita tentang penangkapan tiga orang pegawai tinggi SPRM termasuk seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya yang menyalahguna kuasa mereka dan "merompak" money changer di KLIA untuk sejumlah US$300,000 (RM900,000). Kejadian pada 15 September 2011 hanya terdedah setelah dilaporkan oleh media alternatif. Sebaliknya cerita berkenaan suami saya dihebahkan secara meluas. Inikah ketelusan yang boleh diharapkan dari SPRM, PDRM dan media arus perdana?

Berhubung kenyataan peguam SPRM tentang teori kematian suami saya, saya perlu membuat penjelasan dan menyatakan secara tegas bahawa kenyataan SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa Inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama-nama pihak ketiga.

Malahan hujahan bertulis dari peguam Zainal jelas menunjukkan bahawa:

a) tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah;
b) tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri;
c) tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada En. Zainal demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten;
d) pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya dimana Allahyarham secara tegas menafikan sebarang perlakuan rasuah; dan
e) pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Bte Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.

Dalam kesedihan ini, saya hanya mampu mengharapkan supaya sebab sebenar kematian suami saya dapat diketahui dan pihak-pihak yang menyebabkan kematiannya dipertanggungjawabkan. Barulah maksud sebenar keadilan membawa erti kepada keluarga kami.

Baca: Kematian Ahmad Sarbani: "Keterlanjuran" pegawai penyiasat cungkil keraguan





Thursday, September 1, 2011

Bapa Perdana Menteri Tun Abdul Razak mati bunuh diri?....

Salam Sejahtera,,,


Satu berita baru yang aku ketahui,, entah benar atau tidak wallahhuaklam, kerana sewaktu kejadian ini berlaku aku bersekolah tingkatan 3, tengah dok bengong-bengong lagi..., Cerita ini hasil cetusan rasa blogger adukataruna.

Tak mungkin Aduka Taruna sebagai manusia yang beriman kepada Allah sanggup nak membuat cerita sensasi sebegitu,,,

Lebih mengejutkan lagi bila kawan aku MSK turut bersetuju dengan apa yan telah dikatakan oleh Aduka Taruna, MSK telah mempersoalkan beberapa isu-isu penting semasa hari kematian tu,,,, Panas cerita niii.... sila baca misteri-kematian-tun-razak.




Thursday, July 21, 2011

Kematian Teoh Beng Hock akibat bunuh diri: Suruhanjaya

Salam Sejahtera,

Dah dok agak dalam kepala dah apa keputusan yang bakal keluar,,, inilah sistem keadilan yang ada didalam negara kita Malaysia sekarang ini,,, habis punah ranah....

Semenjak dari keputusan mahkamah agung mengenai krisis negeri Perak yang keputusannya 5-0, nampaknya negara kita keadilan dah hilang...

Kita tunggu pula apa keputusan Allahyarham Ahmad Sarbini selepas ini....

Tahniah buat UMNO.......




Baca Di sini




Thursday, April 14, 2011

Kisah Al-Maunah Versi 1Malaysia....

Salam Sejahtera..
Kisah 11 tahun yang lalu, separuh dari skrip kisah tersebut di guna pakai semula, semalam,, kalau dulu kisah lakonan semula di bangunan Kementah (Mindef), bagaimana beratus-ratus senjata M16 dibawa masuk ke dalam duan buah kenderaan tentera model Pajero..


Tetapi semalam, versi almaunah digunakan lagi power, bab bagaimana kisah kematian arwah dilakonkan semula,,, apakah lakonan ini boleh diguna pakai... !!!!!!!
...

Tuesday, April 12, 2011

Yang ini betul-betul bunuh diri, tetapi kenapa diam....



Salam Sejahtera.

Bila terbaca kisah yang berlaku 2-3 hari lepas, sekejap tadi di sini nampaknya belum ada kesudahan yang muktamad,,, kenapa masih lagi pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab nak melepaskan diri,

Sudahlah waris-waris mangsa kehilangan ketua keluarga mereka, dapat pula tohmahan yang tidak sepatutnya, Mereka sepatutnya mendapat pembelaan, diatas musibah yang menimpa...

Ok bagaimana pulak dengan kisah gambar yang dibawah ni...... .

Kes ini pun masih lagi baru, tetapi sengaja didiamkan,, cuma aku nak tanya,,, kes ini yang bagi kenyataan bunuh diri ialah KPN Selangor sendiri..., bukan sesiapa yang nak memandai-mandai.... lihatlah pistol pun ada dalam gambar tu.....

Kenapa kes ni tak diheboh-hebohkan, sedangkan kalau mengikut hukum manusia umat islam yang membunuh diri tak boleh dikebumi di tanah perkuburan islam, ia kena diasingkan,,,

Tetapi apa yang aku tahu tidak pun berlaku,,, kenapa didiamkan,,, malah pernah disoal dalam parlimen oleh YB Nizar kepada menteri ugama UMNO Jason King... namun sampai sekarang tiada jawapan....
Kenapa.... sebabnya yang bunuh diri itu Ketua Bahagian UMNO....



Secara terang dan terbukti pemimpin UMNO lakulah apa-apa kesalahan pun, jangan bimbang.... mereka semua yang ada dalam UMNO semuanya maksum-maksum belaka, terhindar dari dosa..... khawhk phtuuiiih......!!!!

Friday, October 22, 2010

Apakah Status Datuk Abd Aziz Mohd Noh..

Media utama masih lagi dok main isu mendiang Teoh Beng Hock dengan menuduh beliau membunuh diri dijadikan isu......., tetapi bab bila kena batang hidung mereka terus tutup buku.... senang sungguh...

Aku cuma sekadar sampaikan apa yang diluahkan oleh Ds IR Nizar pada malam kuliah magribnya Ahad lepas, katanya kes Datuk Aziz ni telah ditanya sebagai soalan bertulis kepada menteri agama umno Jamil Khair, tetapi sampai sekarang masih belum ada jawapannya.

Soalan Nizar ialah apakah status kedudukan mendiang Datuk Aziz jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Polis dengan mengatakan bunuh diri... Bolehkah ia dikafan dan sembahyang jenazah atas beliau sebelum dikebumikan.... sedangkan hukum orang bunuh diri masih banyak dipertikaikan, malah Rasullulah sendiri tidak menyembahyangkan jenazah manusia yang membunuh diri.

Kemudian, bagaimana kelayakan sebagai seorang Ketua UMNO sahaja, bukan ADUN atau Bukan Ahli Parlimen boleh mendapat dapat lesen permit memiliki senjata api, dan kes ini senang-senang saja ditutup, sedangkan mangsa yang kena tembak Siti Rohana Ismat seorang janda yang mempunyai anak, tidak mendapat pembelaan, anaknya perlu tahu, kenapa ibunya senang-senang dibunuh, dimanakah undang-undang untuk membela diatas kematian ibunya,,,,, senang-senang tutup kes,,, kenapa.... di diam terus cerita ni...

Sebenarnya ini bukan kali pertama kes bunuh diri dikalangan pemimpin UMNO, ada lagi sebelum ini, siapa ingat ada satu kes mati dengan mengejut seorang calon UMNO yang kalah PRU12 2008 dulu,,, tak payah sebutlah namanya,,, heboh cerita tersebut, cuma polis sahaja yang tak sahkan dalam akhbar seperti kes Datuk Abd Aziz...

Apakah kejadian sebegini akan berulang kembali buat UMNO dan pemimpin UMNO...aku kata ya....selagi UMNO tolak perjuangan Islam,, maka tunggu sahaja lah...

Thursday, August 12, 2010

Apa Kata UMNO ?!! Kenapa PM belum balik lagi bercuti!!

Salam Sejahtera...

Hari ini dah dua hari kita umat Islam melaksanakan ibadah puasa dah suasana yang agak memeritkan, apa tidaknya, dengan keadaan ekonomi semasa dalam negara yang semakin meningkat seolah-olah tiada penghujungnya, harga-harga bahan keperluan makanan semakin meningkat, suara-suara yang aku dok dengar dari corong-corong radio, menteri-menteri yang bertanggungjawya berkuasa sekadar memberi amaran kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati....

Ish-ish senang sungguh jadi menteri, setakat memberi amaran, peniaga ia peduli apa, ia boleh cakap, ia dapat harga dari pembekal memang dah mahal, tak kan ia nak jual murah, meniaga nak untung, yang kena cekik pengguna atau pembeli..., aku bagi contoh satu barang keperluan, bawang putih..., harga mula-mula naik dulu sekita RM4, kira dah mahal dah..., bila dok sibuk H1N1, harga bawang putih naik RM6-7,, huhh terasa mahal,,, dua minggu sudah, tengok-tengok dah naik RM 9....,

Pagi Ahad semalam, aku pi pasar tani,,, harga bawang putih dah jadi RM10 sekilo...., aku tak tau menteri yang dok jaga harga barang sedar atau tidak... tahniah menteri..

Oii!! Menteri-menteri..., rakyat dalam negara sekarang ini melaksanakan puasa Ramadahan, itu yang Islam, yang bukan Islam pun berpuasa juga, berpuasa juga, bukan berpuasa kerana agama mereka, bukan berpauasa kerana diet nak kuruskan badan, tetapi mereka berpuasa kerana barang-barang makanan semuanya dah mahal....,

Mana Perdana Menteri 1malaysia,, daripada kenyataan akhbar PM mula bercuti dari 28 Jul sehingga 10 Aug, tetapi hari ini dah 12 Aug.., apa cerita,,, senyap sunyi tak dengar apa-apa pun, sakit ka, atau agenda shopping kain baju, seluar dalam, baju dalam, kasut untuk menghadapi hari raya bulan depan tak selesai lagi, banyak lagi butiq-butiq ternama yang belum sempat nak pergi lagi,,, jadi extand cuti 3-4 hari lagi apa salahnya, rakyat kat dalam negara peduli apa, Nak jadi apa pun jadilah..nak mampos, yang bunuh PA dan kemudiannya bunuh diri sendiri, ahhh lantaklah.... .


Wednesday, August 11, 2010

Apa Kata UMNO??!! Mana Maruah UMNO!!!

Oleh Rahim Othman..


Komen oleh Manjungmari.. Walauapa sekali pun, samada si bekas ADUN yang bunuh, aku pulak sebelum ini dok rasa si perempuan tu yang membunuh dan Cik rahim pulak mengandaikan ada pihak ketiga, ...

Apa pun semua tu tak penting, sekarang terbukti sudah, kalau dah Presiden UMNO yang sekarang ini pun macam-macam tohmahan yang kita dengar tanpa apa-apa jawapan ya atau pun tidak,... terus menimbulkan keraguan rakyat, kini timbul pula kes-kes sebegini, jadi layak kah UMNO mengaku yang ia Parti Islam no 3 terbesar di dunia..... muaaaaa..mana maruah mu wahai UMNOOO.

Perlulah kah UMNO akan menjadi tonggak pemerintahan negara....!!!!.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari