boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, September 28, 2011

Apa yang sebenarnya terjadi pada Ahmad Sarbaini?



Seperti yang dijangkakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlepas dari kes kematian Ahmad Sarbaini, dengan koroner menyatakan kematian disebabkan nasib malang.

Keputusan tersbut telah menaikkan dua perasaan berbeza. SPRM dan peguam Shafee Abdullah melonjak gembira, manakala balu Sarbaini berdiam diri, susah hati tetapi tidak terkejut.

Jelas sekali, Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaannya akan melakukan apa sahaja di bawah kuasa mereka unduk melindungi SPRM tidak kira betapa teruknya perbuatan SPRM . Pemblog-pemblog Umno mengeluarkan amaran awal, memuat naik video seks ghairah yang dikatakan berhubung dengan kes Sarbaini walaupun lelaki di dalam klip video yang berasmara bersama wanita mat salleh tersebut tidak kelihatan seperti Sarbaini langsung.

Walaubagaimanapun, tujuannya jelas dan mesej telah dihantar kepada keluarga Sarbaini. Jangan buat hal lagi!


Luar Biasa

Akan tetapi balunya, Maziah Manap tidak akan berdiam diri untuk masa yang lama, walaupun hari ini beliau enggan mengulas kerana mengambil langkah berhati-hati. Peguamnya Awtar Singh, tidak berkata apa-apa menunjukkan betapa luar biasanya keputusan itu.

“Kenapa beliau mesti berbuat demikian? Beliau pergi ke SPRM dengan rela. Tambahan lagi, tidak terdapat cap jari yang kelihatan berdekatan dengan tingkap dan mereka tidak mengambil bajunya daripada ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi, untuk menjalankan ujian DNA,” Awtar memberitahu wartawan selepas koroner membuat keputusan.

Aizatul Akmal Maharani, koroner tersebut, telah menutup penyiasatan kehakiman selepas 34 saksi telah membuat kenyataan. Beliau menolak jenayah dan penglibatan pihak ketiga.

Mahupun Maziah membuat testimoni kukuh bahawa suaminya tidak akn pernah membunuh diri.

Patologis kerajaan, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, telah memberikan pendapat pakarnya bahawa Sarbaini meinggal dunia dari kematian tidak sengaja selepas jatuh dari tingkap pantri tingkat ketiga bangunan SPRM .


Fitnah

Peguam SPRM, Shafee, yang selalunya berkhidmat bagi pihak Umno, telah mendakwa bahawa Sarbaini telah jatuh dari tingkap tingkat ketiga kerana bergegas untuk bertemu teman wanitanya yang bekerja di syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd. Tuduhannya menimbulkan kemarahan dari balu Sarbaini.

“ Saya amat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dibuat APRM. Ia merupakan fitnah yang sangat besar untuk menyatakannya,” kata Maziah di dalam kenyataanya.

Sarbaini yang berusia 56 tahun merupakan penolong pengarah di pejabat Kastam Selangor. Beliau yang terlibat dengan penyiasatan aktivit penggelapan wang telah pergi ke bangunan SPRM di Cheras untuk bertemu dengan pegawai penyiasatannya pada bulan April. Sarbaini meninggal di dalam premis SPRM . Mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat pertama bangunan SPRM .


Kecanggungan polis

Spekulasi telah menular tentang penglibatannya dengan urusan penggelapan wang dan peranan SPRM di dalamnya. Kawan dan teman kerjanya yang amat pasti bahawa beliau tidak membunuh diri telah menuduh SPRM di atas perbuatan jenayah. Mereka percaya bahawa Sarbaini ingin berdepan dengan SPRM dan mendedahkan salahlaku pegawai-pegawainya.

Kejadian luar biasa yang lain termasuklah kegagalan polis untuk menjalankan ujian DNA ke atas baju pegawai penyiasatan SPRM, yang dijumpai Sarbaini.

Bagaimanapun, bagi koroner dan Shafee, semua ini tidak diperhebahkan. Kedua-dua lelaki telah menyatakan bahawa seorang staf bernama Kamal yang telah membawa Sarbaini ke bilik pegawai penyiasatan.

“Dia sepatutnya tidak meninggalkan seseorang walaupun untuk sesaat.Pastinya akan ada siasatan susulan ke atas Kamal,” beritahu Shafee kepada wartawan.

Akan tetapi pengkritik dan pengikut kes telah mengecam SPRM dan Shafee kerana memilih bahagian yang amat kecil bagi seluruh skandal.



“Sepatutnya CCTV telah dipasang akan tetapi Sarbaini tidak meninggal kerana dia keseorangan. Beliau meninggal dengan kematian yang amat mencurigakan dan tidak dijawab langsung oleh keputusan nasib malang koroner,” timbalan presiden PKR memberitahu Malaysia Chronicle.


- Malaysia Chronicle



Sumber : apa-yang-sebenarnya-terjadi-pada-sarbaini



No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari