Salam sejahtera..
Dapat pegang senduk dengan sodit pun dah berapa syoook dia......
.
Muhyiddin Yassin 'Syok Sendiri' - PKR.
SHAH ALAM 30 Sept. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah mendapat tempat di hati rakyat di negeri itu yang akan menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha.Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang berkata rakyat Selangor tertekan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan ‘tidak sabar’ menukar kerajaan negeri sekarang.
“Wanita Keadilan Selangor merasakan ia suatu kenyataan yang cuba menidakkan tahap sokongan yang semakin menjunam dan takabbur (Muhyiddin) yang amat menjengkelkan,” ujar Haniza dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya selama 51 tahun, hak rakyat dinafikan dan dirampas BN, namun selepas tiga tahun mentadbir Selangor, pelbagai perubahan telah dilakukan Pakatan Rakyat bagi menaiktaraf hidup rakyat.
Antaranya, semua rakyat di Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menikmati bekalan air percuma 2 meter padu setiap bulan.
“Begitu juga dengan kesihatan wanita. Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dengan kesihatan dengan memperkenalkan “Skim Kesihatan Wanita” yang telah memberi manfaat kepada hampir setengah juta wanita yang telahpun menyertai skim itu,” tambah beliau.
Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSEL) dan Mikrodredit Miskin Bandar (MIMBAR) pula membantu peniaga-peniaga kecil memajukan perniagaan dengan memberi pinjaman agar mereka dapat mempertingkatkan pendapatan.
Melalui program Tabung Anak Warisan Selangor, anak-anak kelahiran Selangor memperoleh tabung simpanan sehingga mereka dewasa.
Manakala Warga emas yang telah mendaftar dalam program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberi baucer RM100.00 setiap orang dan waris mereka menerima saguhati sebanyak RM2,500 jika berlaku kematian.
“Wanita Keadilan Selangor ingin ingatkan bahawa BN telah diberi peluang selama lebih 50 tahun untuk bantu rakyat dan bangunkan negeri Selangor, tetapi dalam tempoh masa itu, BN lupa diri dan angkuh serta abaikan kebajikan rakyat.
“Kini, Rakyat Selangor sudah mampu membuat perbandingan dan mengetahui kelebihan serta kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya. Keadilan Daily
la...kalau dah syok tue, p la try menega kat pasar malam..tenogk betapa susahnya orang nak cari makan...
ReplyDeleteJom terjah sini:
1)Jawapan Bernas Mengapa Hukum Hudud Patut Dilaksanakan Oleh Ustaz Zaharuddin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akan Dikenakan Tindakan Undang-undang