Salam Sejahtera,,
Satu berita yang menghairankan aku....
Ribuan warga Iran menetap di Malaysia
Dikatakan cuba hindari kepimpinan rejim Teheran
Dikatakan cuba hindari kepimpinan rejim Teheran
Kelmarin, majalah Time melaporkan Malaysia adalah salah satu daripada tiga negara yang memberi visa dengan mudah kepada golongan itu.
Dua negara lain ialah Turkey dan Turkmenistan.Buat masa ini, sekitar 60,000 rakyat Iran yang belajar, bekerja atau menunggu mendapatkan visa di sini.
Malah, terdapat juga sejumlah kelab yang mengkhususkan satu hari dalam seminggu dengan nama 'Malam Iran' - menyajikan deejay dan muzik Iran.
'Rakyat Iran ada pegangan dalam 2,000 bisnes di Malaysia dan memiliki 15,000 tempat di universiti di Malaysia.
Kedatangan pelancong dari Iran meningkat 14.3 peratus kepada 116,000 orang tahun lalu,' lapor Time.
Bagaimanapun, laporan itu berkata rakyat Iran tidak bebas daripada halangan dan kekangan.
Ramai rakyat Iran, termasuk Encik Ali Manafi, seorang pengendali kanan sebuah radio yang meninggalkan negaranya baru-baru ini, menyifatkan mereka juga 'letih' dengan peraturan-peraturan agama.
'Aspek spiritual adalah (soal) peribadi seseorang. Di sini ada begitu banyak masjid dan imam. Hanya beberapa sahaja mengalu-alukan Muslim Syiah,' katanya.
Aktivis Iran juga berhadapan dengan layanan kasar ekoran protes politik mereka.
Lima pemimpin pelajar Iran pernah ditahan kerana membawa lilin memperingati penunjuk-penunjuk perasaan yang terbunuh di Iran.
Bagaimanapun, kebanyakan aktivis berkata mereka menjauhkan diri daripada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, yang berlangsung pada ulang tahun ke-12 salah satu protes terbesar di Iran.
Beberapa rakyat Iran memberitahu majalah Time, penduduk tempatan juga memandang serong ke atas mereka.
Ini antara lain disebabkan oleh penangkapan 15 warga Iran berhubung kes menyeludup masuk dadah tahun lalu dan beberapa yang lain menyusul.
Bilangan rakyat Iran yang ditangkap berhubung isu dadah meningkat sejak itu.
Seramai 138 orang ditahan sejak Januari hingga Oktober lalu berbanding 16 orang pada keseluruhan 2009.
'Rakyat Iran berfikiran erong, mereka datang ke sini untuk minum dan membawa dadah,' keluh seorang pemandu teksi Melayu yang dipetik Time.
Cerita sepenuhnya di - time.com
Bro, Apakah kita perlu menyediakan masjid dan membenarkan fahaman syiah disebarkan kepada penduduk Malaysia? Minta tuan beri pandangan.
ReplyDeleteKetika saya kerja di Juta Mines Kondo, Balakong, budak-budak Iran paling ramai tinggal di situ. Mereka banyak yang belajar di UPM. Dekat kan? Tapi mereka ni caca marba juga, nak kata Syiah pun, tak jugak, tak nampak Syiahnya, agaknya macam Melayu juga, masa muda jahil agama, dah berumur baru nak baca kitab. Mereka ni enjoy sakan, suka keluar, mabuk pun ya juga, mandi di kolam lewat malam, ada yang buat skandal tak senonoh dalam lif, mujur CCTV dah kita padam (terima kasih Ming Ming!), mereka dengan kelompoknya, dan mereka juga ada buletin untuk masyarakat Iran di KL. Pendeknya, datang ke Malaysia tak susah mana, restoran Iran banyak, Ali Baba pun ada di Jalan Ampang, jenguklah Ampang Point sesekali. Ramai! Kita je yang takut dengan Syiah tak tentu fasal.
ReplyDelete