boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, September 19, 2011

Kah,kah,kah... Aku digelar PENGKHIANAT.....

Salam Sejahtera,

Dalam komen yang terkini entry gambar-kapal-selam-malaysia-yang-ketiga aku diberi gelaran

Anonymous Anonymous said...

Aku setuju..!!!!BLOGGER INI MMG PENGKIANAT...!!!!!!!!

September 19, 2011 5:46 PM





Baca sepenuhnya kosmo.

Dah baca hangpa nilai dan bandinglah sendiri berita hak milik UMNO dengan gambar yang aku paparkan sebelum ini ....



Kenapa nak ditutup kisah sebenar dari pengetahuan rakyat....!!!???

Aku sekadar pengkhianat... tetapi bagaimana bila ada suara yang menyuruh Panglima Tentera Laut (PTL) meletak jawatan....last-post-to-kd-pari. ?





19 comments:

  1. Bro,, kat blog gua ada gmabr ni,, gua cilok dari blog lu,, PTL please resign,, lu tak layak lagi jadi PTL,, hahahhahahah

    ReplyDelete
  2. gua pun copypaste kat blog lu taruk kat blog gua....syoknye..hahaha...

    ReplyDelete
  3. sonok sangat ker tuh...

    ReplyDelete
  4. Khabare Pak Haji, saya direkomenkan orang untuk lihat blog Pak Haji ni katanya ada cerita baru pasal kapal navy. Walaupun dah hampir 3 tahun bersara dan asyik mengerjakan kolam ikan kat Parit Sonto ni, namun rasa sayang pada navy masih ada. Saya yakin Pak Haji pon sama juga kan. Pak Haji mungkin dah lupa saya sebab saya orang kecil saja masa kita sama-sama bertugas di Markas Armada dulu, masa itu Pak Haji jadi AKS Material, saya pulak kerja dua pintu sebelah kanan pejabat Pak Haji, Pak Haji selalu panggil saya Wak. Bagus juga memiliki laman blog ni kan Pak Haji, tapi saya rasa tomahan yang Pak Haji berikan berkaitan navy ni saya rasa dah keterlaluan. Saya berani tegur sekarang sebab saya dah civilian dan Pak Haji pun dah civilian bukan lagi 4 balak macam dulu. Pandangan sayalah Pak Haji kan, cerita kapal Pari dapat musibah tu ada hikmahnya, tapi janganlah Pak Haji terus tuding jari kepada orang lain dan membuat tomahan yang membuta tuli tanpa mendapat kenyataan sebenar. Dulu pon masa Pak Haji jadi AKS Material dulu pon Pak Haji pon pernah cakap, apa yang berlaku tu ada hikmahnya, siasat dulu, baru purtuskan sebabnya..apa Pak Haji sudah lupa itu semua. Saya bukanlah berniat nak buruk-burukkan Pak Haji, saya tahu Pak Haji dah jadi orang besar politik sekarang ni..tapi janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu yang Pak Haji bakar..salah tu Pak Haji..Biarlah navy buat siasatannya dulu..apa kata kalau orang buka pekong Pak Haji masa jadi AKS Material dulu..tentunya Pak Haji tak suka kan..macamtu jugalah dengan orang lain..terpulanglah pada Pak Haji, saya sekadar menegur.

    ReplyDelete
  5. bukan pengkhianat la. tapi kontraktor yang dak pueh ati kek TLDM sebab tendernya ditolak. sulhi tak support tender ko ke? keh keh keh keh keh!

    ReplyDelete
  6. [Usop Sontorian said...

    Khabare Pak Haji, saya direkomenkan orang untuk lihat blog Pak Haji ni katanya ada cerita baru pasal kapal navy. Walaupun dah hampir 3 tahun bersara dan asyik mengerjakan kolam ikan kat Parit Sonto ni, namun rasa sayang pada navy masih ada. Saya yakin Pak Haji pon sama juga kan. Pak Haji mungkin dah lupa saya sebab saya orang kecil saja masa kita sama-sama bertugas di Markas Armada dulu, masa itu Pak Haji jadi AKS Material, saya pulak kerja dua pintu sebelah kanan pejabat Pak Haji, Pak Haji selalu panggil saya Wak. Bagus juga memiliki laman blog ni kan Pak Haji, tapi saya rasa tomahan yang Pak Haji berikan berkaitan navy ni saya rasa dah keterlaluan. Saya berani tegur sekarang sebab saya dah civilian dan Pak Haji pun dah civilian bukan lagi 4 balak macam dulu. Pandangan sayalah Pak Haji kan, cerita kapal Pari dapat musibah tu ada hikmahnya, tapi janganlah Pak Haji terus tuding jari kepada orang lain dan membuat tomahan yang membuta tuli tanpa mendapat kenyataan sebenar. Dulu pon masa Pak Haji jadi AKS Material dulu pon Pak Haji pon pernah cakap, apa yang berlaku tu ada hikmahnya, siasat dulu, baru purtuskan sebabnya..apa Pak Haji sudah lupa itu semua. Saya bukanlah berniat nak buruk-burukkan Pak Haji, saya tahu Pak Haji dah jadi orang besar politik sekarang ni..tapi janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu yang Pak Haji bakar..salah tu Pak Haji..Biarlah navy buat siasatannya dulu..apa kata kalau orang buka pekong Pak Haji masa jadi AKS Material dulu..tentunya Pak Haji tak suka kan..macamtu jugalah dengan orang lain..terpulanglah pada Pak Haji, saya sekadar menegur.
    September 20, 2011 12:11 PM]

    aku suka dengan post ni. so tuan manjungmari (ko mesti suka orang panggil ko tuan kan?), teguran di atas ialah satu teguran yang membena daripada seorang yg juga ex-servis. aku pun ex-servis jugak - llp. aku pun pernah rasa tertekan & ketidakadilan. tapi idak le sampai aku nak kondem navy wlupun aku dah kuar baris. busuk ati la ko ni manjungmari.

    ReplyDelete
  7. by Manjung Mari ='Aku sekadar pengkhianat... tetapi bagaimana bila ada suara yang menyuruh Panglima Tentera Laut (PTL) meletak jawatan...'

    hangpa tengok le blogger ni. dia dah blogging cerita ni lepaih tu dia nak seret orang lain sekali. nampak sgt taknak dipersalahkan sesorang. memang sejak azali takdak sikap tanggungjawab. hahahahahahahaha!

    ReplyDelete
  8. photoshop ...copy paste apa lagi?? tgk la dgn mata hati jgn jadi zizan rajalawak yg buta hati...buta perot tadak akai......bodo mcm hgpa yg dok cover PTL, yg dok cover umno...rahsia pala hotak apa nya?? bodo sampai mampuih.........

    ReplyDelete
  9. waaaaaa takutnyerrrrr... manjungmari yg tak dapat tender navy dah marah...

    ReplyDelete
  10. Terima kasihlah kepada sahabat ex-navy. Ya lah kita ni orang bawah apa sangatlah yang kita tahu, orang selalu cakap kat saya, "Wak ni buta perutlah". Tak apa lah memang Wak ni buta, tapi hati Wak tak pernah buta, malah Wak berterima kasih sebab navy lah Wak merasa banyak kemajuan, dapat pakai pangkat, dapat gaji naik, dapat bela anak-isteri dan yang Wak paling bangga Wak dapat pergi melawat banyak negara. Kalau nak harapkan sijil yang Wak ada dan tak masuk navy, rasanya Rengit pun belum tentu Wak boleh sampai. Macam saudara Anonymos 1:38 cakap tu betul, Wak tak nafikan, memang wujud rasa tak puas hati kadang-kadang tu, tapi bila Wak kaji balik itu rezeki dia dan dia kerja keras, tidak belit, Wak ngaku kadang-kadang tu kalau masa belayar Wak rasa tak larat, Wak melengkor saja kat stor tu. Kena tangkap itu salah Wak lah, bukannya salah navy. Ada juga Wak dengar kawan-kawan Wak cakap "alah..coxn tu kalau si Wak tidor dia tak tangkap pon, kalau kita mesti kena punya". Dalam bab ni Wak nak nasihat sikit, Wak tak kena tangkap dengan coxn sebab Wak cekap, bila coxn buat spot check, Wak sepat-sepat bangkit, buat-buat lap lantai, walaupun mata merah macam saga, nak cari makan, biasalah. Isunya disini bukan pasal Wak kaki tidor, kalau tak caya tanya Wak Midi, isunya ialah sebagaimana kata sahabat di atas tu, janganlah kita terlalu busuk hati, mungkin masa Pak Haji pakai satu bintang dulu nama Pak Haji tak dapat Dato', itu kena redha lah. Pak Haji orang dakwah, sepatutnya Pak Haji lebih arif dari kami yang macam kelapa komeng ni kejap timbul-kejap tenggelam imannya.

    ReplyDelete
  11. Usop Sontorian...

    Ni apa hal yang ko melalut pi kaitkan dengan Haji Imran,,, Wak Oii,, ini blog aku Manjungmari,,, bukan blog Haji Imran...

    Itulah ko,, kalau ya pun ko nak marah Haji Imran janganlah ko lepaskan dalam blog aku....

    Aku adalah manusia seperti ko juga,, anggota LLP... bukan Laksma Bersara Haji Imran....

    ReplyDelete
  12. Ish..Maaflah, Wak tak tahu sebabnya Wak tengok Manjung mari pakai Kopiah siap ada janggut, tu yang wak pikirkan Pak Haji tadi tu, kata orang ada iras-iras. Tapi apa-apa hal pun, Wak rasa sahabat tak patut buat macam ni, kita sama-sama orang bawah, kita harus sedar akan permasalahan yang wujud, Wak mungkin bukan seaman, Wak cuma jaga stor saja, tapi Wak bangga dengan kerja Wak dulu, Wak bangga dengan navy Wak dulu, sahabat sepatutnya buat benda yang sama. Selama 22 tahun Wak berkhidmat Wak kompom Wak yang banyak buat onar, belit sana-belit sini tambahan pula Wak LE, dan itu semua adalah penyebab wak tak pakai PW, Wak redha, Wak tak kisah pon sebab Wak tahu kelemahan Wak. Jadi kita ni janganlah sebab nak tutup kelemahan kita, kesalahan kita, kita burukkan semua orang, navy saja yang tak betul. Cuba saudara Manjungmari renung balik, adakah selama tempoh perkhidmatan saudara Manjungmari langsung tak pernah buat salah, dan kalau ada apa yang saudara Manjungmari cakap. Wak yakin jawapannya ialah "ahh itu biasalah, aku buat kesalahan kecil saja, tu si anu tu lagi besar kesalahan dia" betul tak? Kesimpulannya, kita tak suka orang ungkit kesalahan kita dan apabila diungkit kita akan seberapa segera tutupnya dengan kaitkan kesalahan orang lain. Itulah kita, Wak tak kata sapa-sapa, Wak cakap pasal Wak sendiri, itu yang orang rumah Wak selalu marah dengan Wak, asal ikan mati Wak salahkan benda lain, walhal kata bini Wak, sebab Wak selalu bagi ikan tu makan nasi basi..

    ReplyDelete
  13. Thumbs up buat saudara Usop Sontorian atas kenyataan yg betul2 matang, rendah diri & tidak mengikut perasaan :)

    ReplyDelete
  14. Salam Wak, setuju dengan Wak. Kita syukur dengan apa yang Allah s.w.t kurniakan. Walau apa sekalipun, navy tu tempat kita pernah mencari rezeki, rezeki untuk bagi bini makan, hantar anak gi sekolah, bantu mak bapak gi umrah/haji, beli rumah untuk duduk lepas pencen dan berbagai lagi.

    Kalau dikenangkan balik banyak benda yang kita boleh buat dengan lebih baik tapi kita tak buat tapi navy tetap bagi gaji tanpa gagal. Saya harap saya boleh bantu balik navy kita ni dengan apa cara yang terdaya. Kalau tak mampu secara harta benda, saya akan sumbang melalui pandangan, komen dan kenyataan yang positif.

    Saya pegang konsep seteruk teruk orang tua kita, mereka tetap orang tua kita. Samalah dengan navy. Seteruk-teruk navy, navy pernah bagi aku makan. Lebih 20 tahun umur kita dalam navy mana boleh dinafikan.

    Pasal hikmah, saya harap gomen sedar yg navy perlukan kapal baru yang lebih besar(sapa pernah gi terumbu tahu la pasal apa) dan canggih dengan kadar segera untuk mempertahamkan perairan negara. Apa kata org politik macam Pak Haji kita perjuangkan isu macam ni pulak dari kutuk sana kutuk sini.

    SKOT

    ReplyDelete
  15. Apa yg melalut usop santorian ni. Nampak sangat gaya cybertrooper umnoporno.

    ReplyDelete
  16. Haji imran ok...takde masalah..kalau hj imran ada blog mmg takkan keluar statement macam manjungmari..kenal sngat dgn haji imran masa dia servis...bnyk beza antara 2 haji ni..

    ReplyDelete
  17. Terima kasih mamjung mari kerana memaparkan kesah benar.

    ReplyDelete
  18. Pada semua Navy people sabo ajelah.Apa nak heran Jet Amerika pun boleh terhempas.Orang yg suka komplain ni buat baik macamana pun dia kritik..jiwa kacau.Terima kasih NAVY

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari