boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, September 22, 2011

Berita Panas - Siapa Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi dalam Krisis Istana Perak.

Salam Sejahtera..

Apakah rentetan sejarah negeri Perak dalam perebutan kuasa antara Raja-raja melayu sehingga termaktubnya Perjanjian Pangkor akan berulang lagi.

Walaupun aku rakyat negeri Perak, namun apa yang berlaku sebelum ini aku sendiri pun tidak pasti, bahkan bukan aku seorang sahaja, malah aku rasa ramai lagi yang sama seperti aku.... Walapun cerita krisis ini heboh, tetapi berita ni tak sampai ke semua rakyat sepenihnya,,,

Kisah siapa Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi hangpa boleh pi baca kisahnya kat http://rajaahmadnasir.blogspot.com/

Apalah malangnya umat Melayu Perak ni, raja-raja bermasalah dengan raja-raja, UMNO pulak tak selesai dengan perebutan jawatan, yang jadi mangsa rakyat jelata.....

Baca berita dibawah ni..


MB minta polis ambil langkah keselamatan selaras undang-undang

Polis diminta agar mengambil langkah keselamatan selaras dengan undang-undang terhadap cubaan rombongan diketuai Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi yang mendakwa dirinya sebagai ahli kerabat diraja Perak untuk memasuki Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, pagi Ahad ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada.

Katanya, sesiapa juga yang menimbulkan masalah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang ditetapkan agar keselamatan negeri dan rakyat sentiasa terjamin.

“Saya serahkan kepada pihak keselamatan untuk mengendalikan perkara ini dan mengambil langkah yang perlu.

“Benda ini (isu dakwa waris Kesultanan Perak) bukan perkara baru kerana sudah beberapa kali pengumuman dan kenyataan dibuat oleh pihak terbabit yang mendakwa dirinya ahli kerabat Kesultanan Perak,” katanya kepada pemberita di Ipoh.

Beliau mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipetik satu rombongan yang diketuai oleh Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi akan cuba memasuki Istana Iskandariah jam 9.30 pagi, pada 25 September ini.

SMS yang dihantar kepada pengamal media sejak beberapa hari lalu itu juga menyatakan rombongan nekad akan bertolak dari kediaman Raja Ahmad Nasir di Taman Maju Rapat, dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada sekitar jam 7.30 pagi.

Pengamal media dijemput hadir untuk menyaksikan sendiri apa yang akan terjadi terhadap rombongan, menurut SMS itu lagi.

Pada April tahun lalu, Raja Ahmad Nasir dalam akhbar Utusan Malaysia dilaporkan mengaku dirinya sebagai kerabat diraja Perak dan memohon ditabalkan ke salah satu dari dua kekosongan jawatan Raja-Raja Bergelar di negeri itu.

Beliau mendakwa memiliki hak untuk menduduki kekosongan itu kerana merupakan waris negeri atau waris dari Sultan Ke-18, Sultan Ahmadin Shah.

“Saya bukan mahu wang, saya hanya mahu kedudukan itu sahaja kerana datuk saya pernah berpesan kepada saya untuk mendapatkannya,” katanya.

Menurut Raja Ahmad, beliau yakin memiliki hak yang sama rata dengan mana-mana waris negeri untuk mendapatkan gelaran tersebut.

Jelasnya, walaupun Istana Perak telah menjelaskan bahawa hanya ahli kanan waris negeri yang layak dilantik, beliau tetap mempertahankan haknya itu kerana yakin dirinya merupakan waris Raja Kulop Mohammad.

Kata beliau, keturunannya sebelum ini tidak pernah menuntut kedudukan Raja-Raja Bergelar kerana mereka telah dikenakan sumpahan yang antaranya menyebabkan terpaksa menggugurkan istilah Raja dalam nama mereka.

Jelas beliau, selepas melepasi sumpah tujuh keturunan itu, barulah beliau berhak untuk memenuhi tuntutan tersebut.

Jelasnya, beliau mempunyai bukti keturunannya yang kukuh dan membolehkan dirinya memohon untuk memenuhi gelaran itu.

Mengikut perundangan Perak, hanya ahli kanan waris negeri iaitu anak-anak kepada Raja Pemerintah, bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar sedia ada sahaja yang dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan Raja-Raja Bergelar jika ada.

.
Sumber peraktoday. .


1 comment:

  1. Mesti bermesyuarah...bukan perkara mudah utk tentukan takhta. Derita rakyat bila takhta dicompetatifkan...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari