boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, September 21, 2011

Lagi Berita - Kapal TLDM KD LEKIU punya cerita...

Salam Sejahtera...


Bila kisah KD PARI yang tenggelam aku mula buka cerita, banyak betui komen yang masuk, sehingga hari ini pun ada lagi,, kebanyakannya hentam aku, biasalah dah gatai nak berblog sangat, kenalah hadapinya.....

Bila dah termula keluar cerita isu ni, maka beberapa penyelewengan lain yang melibatkan lagi aset-aset TLDM seperti kes kapal KD KASTURI yang kini berada di Limbungan Bouestad Naval Syipyard, boleh baca kd-kasturi-470-juta-duit-rakyat-hangus.

Ada tak mau nak komen apa bab cerita ni, walau pun aku tahu siapa dan contractor mana yang gasak projek tu dan apa yang terjadi serta keluhan member-member aku kat situ....... Biarlah pihak lain yang bongkarkan kalau ada unsur penyelewengan berlaku....

Cuma dalam isu kapal KD LEKIU NI,, rasa kelakar pun pun ada,,, cuma yang dapat aku katakan, ramai rakyat Malaysia diluar sana tertipu dengan cerita-cerita dari media UMNO sebelum ini.... tertipu bro,, asyik-asyik kena tipu, kapal selam lain cerita, kapal yang tak selam lagi banyak cerita.... nasib baik ada orang lama yang aku sendiri tak mengenalinya, buka cerita ni.......lu orang layan sendiri cerita tu di serigala-laut-taming-sari.





13 comments:

  1. Salam saudara manjung mari..sy just nak bagi pendapat,maaflah kalau apa yg saya katakan ini akan menyinggung hati saudara..saya lihat saudara minat berpolitik (tak kisah kerajaan @ pembangkang) dan mungkin ada potensi utk menjadi tokoh politik..sy cadangkan agar saudara meningkatkan tahap pendidikan saudara hingga ke phd..dan dapatkan gelaran Doktor (Dr) dalam bidang sains politik dan kemasyarakatan..sbb..bila saudara sudah dapat gelaran tu..apa yang saudara tulis..saudara buat..pasti orang akan lebih percaya..terpengaruh..tp kalau saudara sudah ada gelaran tu sekarang..sepatutnya saudara paste kat blog nie..kalau saudara tak mampu..PTPTN kan ada..pastikan bayar lepas pinjam..kurangkan blogging..tingkatkan ilmu..sbb apa yang saudara perjuangkan nie utk rakyat kan..masa tu..sapa2 yg blame..condem saudara dlm blog..dgn bangga dan mudah saudara boleh ckp..(Lu sapa beb nak sound gua..gua ada Dr..lu apa ada?)Zaman sekarang org berlumba-lumba utk berjaya dlm akedemik..wahyu pertama yang diturunkan pun suruh nabi muhammad baca (3 kali kalau tak silap malaikat suruh baca)..dan ibnu sina baca buku sampai 40 kali utk fahamkan sesuatu..dulu saya pun aktif berblogging juga..tp buang masa..tapi saya rasa baik saya belajar..insyaallah,tak lama lagi capai cita2 saya dgn izin Allah..insyaallah saya akan aktf semula..Saya sarankan juga akan kawan2 saudara sama2 menimba ilmu..demi bangsa,agama dan negara..saudara pilih jalan yang betul..sbb jalan tu saudara yanhg pilih sendiri..jalan kejayaan..atau jalan kegagalan..mungkin pendapat saudara dan idea yang banyak nie saudara dapat buat assignment yang baik..dan dapat jawab kuiz dgn final dgn mudah..seterusnya jadi best student..saudara tak mahu ke macam tu?harap saudara boleh komen..-rakan maya-thanks

    ReplyDelete
  2. http://el.usm.my/pppjj/course/category.php?id=35

    cuba buka laman web nie saudara....

    ReplyDelete
  3. Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara banyak bergantung kepada kestabilan dan
    kekukuhan politik dalaman. Krisis politik seperti perebutan kuasa, skandal, perbalahan
    di kalangan parti politik yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya ketidakstabilan
    dan kucar-kacir.
    Sebenarnya bidang politik mempunyai peranan yang cukup besar dan penting kepada
    setiap individu mahupun masyarakat kerana tanpa politik tidak mungkin kita dapat
    menjalani kehidupan yang baik, aman dan tenteram seperti yang kita alami sekarang.
    Bagi pelajar yang meminati bidang politik dan bercita-cita untuk terus terlibat secara
    langsung di bidang ini, mereka boleh mengikuti pendidikan secara formal di bidang sains
    politik di peringkat universiti. Apatah lagi negara memerlukan lebih ramai warga yang
    berminat serta menceburi bidang ini sama ada sebagai ahli politik atau pengkaji politik.
    Sains politik memang menarik untuk dipelajari terutamanya berkaitan teori dan
    falsafah politik yang dicetuskan oleh tokoh-tokoh politik yang terkenal. Pelajar juga
    boleh mempelajari dan mendalami tentang hal ehwal politik tempatan dan antarabangsa.
    Pelbagai kursus ditawarkan yang membayangkan ruang lingkup disiplin itu yang luas serta kompleks fenomena politik itu sendiri.
    Semasa pengajian di universiti, pelajar akan mempelajari tentang sains politik yang merangkumi sub-bidang dalam disiplin berkenaan iaitu teori dan falsafah, politik per-bandingan, hubungan antarabangsa, ekonomi politik dan sosiologi politik.
    Di UKM misalnya, di samping menawarkan kursus-¬kursus yang merangkumi sub-bidang di atas, beberapa modul diperkenalkan iaitu politik dan dasar awam, politik dan pengurusan organisasi, politik dan ekonomi antara¬bangsa serta politik dan tasawwur (cara hidup) Islam.
    Melalui sistem modul ini, pelajar dibolehkan mengambil kursus yang berkaitan dengan modul dan fakulti lain seperti Fakulti Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Undang-undang dan Fakulti Pengajian Islam.
    Sebagai contoh, modul politik dan dasar awam mem¬bolehkan pelajar mengambil kursus ekonomi Malaysia dan ekonomi penswastaan yang ditawarkan Fakulti Ekonomi dan kursus undang-undang pentadbiran yang ditawarkan Fakulti Undang-undang.
    Sementara modul politik dan pengurusan organisasi membolehkan pelajar mengambil kursus seperti pninsip pengurusan perniagaan, pengurusan organisasi, pengurusan sumber
    manusia, teori organisasi, perhubungan industri, mereka psikologi industri dan organisasi dan undang-undang buruh yang merupakan kursus luar jabatan dan fakulti. Namun
    begitu dalam modul apa pun, sebahagian besar kursus mesti¬lah diambil dan Jabatan Sains Politik sendiri.
    Lulusan dan bidang sains politik sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk
    mendapat pekerjaan. Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat mereka yang mempunyai
    boleh pengetahuan yang mendalam tentang sains politik serta politik serta ekonomi dan pengurusan boleh memilih sama ada untuk bergiat secara aktif dalam bidang politik, pentadbiran awam atau pengurusan. Ramai lulusan sains politik yang ber¬khidmat sebagai pengurus, pentadbir dan eksekutif sama ada di sektor awam atau swasta. Tidak kurang juga yang men¬jalankan perniagaan sendiri.

    ReplyDelete
  4. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

    (i) Meminati bidang ini
    (ii) Berpengetahuan di bidang politik dan ekonomi tempatan dan antarabangsa
    (iii) Rajin membaca dan mengikuti perkembangan tentang politik dan ekonomi
    (iv) Mempunyai pengetahuan di dalam kerja-kerja menganalisis perkembangan politik
    (v) Mempunyai kemahiran berkomunikasi

    TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

    Beberapa universiti tempatan sepenti UKM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan kursus ini di peringkat sarjana muda yang mengambil masa selama tiga tahun.
    Di luar negara, boleh dikatakan universiti-universiti yang mempunyai Fakulti Sains Sosial atau Fakulti Sastera seperti di United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat rne¬nawarkan kursus sains politik di peringkat sarjana muda.

    SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
    Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.

    Cara pertama: Pengajian sains politik di UKM, USM dan UIAM memerlukan calon lulus pepeniksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat kepujian bahasa Melayu.
    Selain itu perlu lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan
    mendapat prinsipal yang baik dalam pengajian am dan mata pelajaran aliran sastera yang
    lain.

    Cara kedua: UNIMAS yang menawarkan program kajian politik dan pemerintahan memerlukan calon lulus SPM serta kepujian bahasa Melayu. Calon juga perlu lulus STPM serta prinnsipal yang baik mata pelajaran pengajian am.

    Cara ketiga: UKM dan USM turut menawarkan program ini di bawah Pengajian Jarak Jauh yang memerlukan ke¬lulusan yang hampir sama seperti kemasukan cara pertama
    di atas.

    Cara keempat: Kemasukan melalui program matrikulasi yang mengambil calon lepasan
    SPM/SPMV. Calon perlu rnendapat pangkat satu dan mendapat kepujian mata pelajaran
    bahasa Melayu dan Inggeris serta lima kepujian mata pelajaran lain. Selepas menamatkan
    pengajian calon akan ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda.

    ReplyDelete
  5. Lu punya komen banyak panjang lebar itu la inila tapi lu ada fikir ka pasal orang miskin, orang susah. Lu mau cerita pasal itu universiti simpan saja la..... sapa mau dengar. Sekarang orang sudah cerdik dan pandai bila berpolitik orang mau tak tipu punya politik ada tau ka? Lu belajar tinggipun kalau tak cerdik tak guna lo.... Sekarang orang cerdik guna akal ada tau ka? Sekarang banyak orang belajar universiti sudah kena tipu dengan sejarah lu ada tau ka kawan. Itu sejarah orang putih bikin punya kasi sama orang melayu baca dan terus percaya........ Haiya......

    ReplyDelete
  6. komen anon ni lg panjang dr artikel kau.
    dear mr anon, i would like to suggest you go to jpn and get a name

    ReplyDelete
  7. Bhai MM....

    Isu KD Lekiu tue paling gua tak tahan baca... hahaha....

    500 meter bhai... senang jer gua nak tembak sasaran sebesar sekotak rokok.... hahaha... itu baru guna M16.... kalu guna 50 cal .... hahaha... 1300 meter gua rasa gua masih lagi boleh cecah dengan tepat... hahaha.... walaupun dah lama tak pegang 50 cal... hahaha...

    Aper-aper pon... walaupun kononnya rahsia negara... rahsia tentera... wei... benda macam nih senang sangat dihidu oleh Jane.... hahaha...

    Bukan susah pon agen asing nak dapat maklumat... Malaysia nih dah jadi syurga kepada agensi risikan seluruh dunia... Itu hari gua ader terserempak ngan sorang agen FSB yang sedang minum kopi kat Starbuck ngan sorang agen yang gua saspek dari JSA...

    hahaha...

    ReplyDelete
  8. Saudara manjungmari...adakah saudara berfikir saya nie terus jadi orang senang?dilahirkan terus senang?saudara salah membuat andaian...USAHA TANGGA KEJAYAAN (pepatah sejarah yang menipu saya selama ini)...sebab saya fikirkan saya miskin...saya susah...banyak dugaan dalam hidup...maka pelajaran lah bekalan saya untuk saya meneruskan hidup untuk sementara sahaja di muka bumi...alhamdulillah..saya mampu memiliki apa yang saya usahakan selama ini...dengan izin Allah jua...selain dari itu...apa yang kita buat...biarlah semuanya kerana ALLAH...kalimah iman...la ilaha illallah....muhammadur rasulullah...perlu disebut setiap waktu...kerana kalimah itu yang kita amat2 perlukan...sebelum kita kembali kepadanya...Al-quran tetap menjadi panduan hidup saya...saya juga tahu...mungkin sejarah telah menipu saya...tapi...ianya hanya sekadar sejarah...tiada kena mengena untuk kita mencapai kejayaan...hang jebat dengan hang tuah pun ada 2 cerita...ada yang kata hang tuah betul...dan ada yang kata jebat yang salah...begitulah sebaliknya...saya faham..saudara cuba kaitkan dengan sejarah bukit kepong yang menipu saya selama ini...tapi...saya tetap dapat apa yang saya cita2 kan...walaupun buku yang dibaca oleh saudara mengenai bukit kepong itu betul...(itu pun kalau saudara baca)...sebab ingat tak apa wahyu pertama?kepada saudara said...jika ada umur dan rezeki yang panjang dan diizinkan Allah...suatu hari...saya akan bertemu dengan saudara manjungmari...duduk bersama-sama minum teh atau secawan kopi untuk memperjuangkan apa yang perlu diperjuangkan...atau sebalikya...-rakan maya-thanks

    ReplyDelete
  9. baru panjang tu orang nasihat kat ko...ko dah kata panjang lebar...baca pun malas...yang ko nasihat orang bertahun2 ajak bersama-sama dengan ko sejak blog nie dibukak...ko tak fikirkan yer...

    ReplyDelete
  10. pehh, mamat tu punya komen bleh buat novel. maklum la, pandai sgt dah msk u. bro, x masuk u tu bodoh ka? masuk u pandai sgt dah ka? bro, manjung mari ni nak cita pasal pertahanan negara, kalo btol ok la. kalo x btol amek tindakan ke atas dia. apa susah.... rasa nak komen panjang2 pi buat blog sendiri. last sekali, kalo bodoh jgn menunjuk kat sini...

    ReplyDelete
  11. T.kasih abng manjung tentang kisah benar ini. Keep up the good work mate.

    ReplyDelete
  12. Salam. Blogger nampak sangat seorang yang below educated dan hanya nak menunjukkan keegoan dan sikap angkuh dia. Dan dia rasa dengan cara tu boleh orang percaya tulisan dia dan orang akan menyokong parti yang dipromosinya itu. Wahai blogger yang angkuh dan berlagak dengan bahasa 'lu' dan 'gua' SEDARLAH. Dulu mula mula saya senyum jugak bila run through you punya blog tapi sekarang ni naik menyampah dan tidak meyakinkan terutamanya parti PAS yang you cakap semua betul. Good luck to you brother ex navy yang kecewa dengan navy. I know you.

    ReplyDelete
  13. nanti kena saman baru kau tahu. kita ni ada undang undang. jangan ingat kau je yang betul bang. baru dapat jadi cyber trooper PAS dah angkuh semacam. nanti dah ada jawatan dalam parti, lagilah kot. macam beruk makyeh dapat bunga.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari