boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, September 10, 2011

Mohamad Sabu - mangsa dendam kesumat UMNO zionisma..

Salam Sejahtera...

alt

Tidak semua saf pimpinan PAS merasai seperti mana Mohamad Sabu merasainya apabila beliau memasuki alam politik,, masih teringat kata-katanya ,,, "beliau memohon jadi ahli PAS ketika PAS didalam waktu mengalami kekalahan"...

Beliau memasuki PAS bermula dari ahli bawahan, bukan terus masuk dilantik jadi pimpinan, 2 kali ditahan di bawah ISA, kalau setakat dipakaikan gari ditahan polis kerana dituduh memberi ceramah haram dan pelbagai tuduhan sudah menjadi lumrah buat dirinya, namun nasib sentiasa menyebelahinya, apabila naik ke mahkamah kesnya ditolak oleh hakim..

Apa yang aku rasakan Mohamad Sabu ni musuh politiknya bukan setakat dari kalangan parti UMNO dan BN sahaja, malah dari dalam PAS pun aku rasa ada, apa tidaknya bila ia menjawat sahaja Timbalan Presiden PAS, satu kenyataan yang cukup menyakitkan apabila beliau bersuara kepada pimpinan PAS jangan dok nak ke gelaran dan pingat, menyebabkan ramai pimpinan yang tersentap....

Tetapi itulah pemimpin, berani mengatakan sesuatu,, dan inilah keistemewaan Mat Sabu, sewaktu aku dalam Navy dahulu, seorang pegawai yang sekarang ini dah pun menjawat Laksamana cukup berminat dengar ceramah Mat Sabu, setiap keset Mat Sabu yang aku dok beli pasti aku bagi dia dengar,, dan yang syoknya mak mertua pewaia aku tu pun berminat mendengarnya....

Jadi fahamlah kita,, setiap ucapan Mat Sabu ada fakta dan hujahnya,,, bukanckah ia selalu menanya balik para pendengarnya ' Betul atau tidak",, itulah penyebab UMNO tak senang duduk dari dulu sehingga terkini kepada Mat Sabu...,

Kemuncaknya bila Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden baru-baru ini,, UMNO ibarat kena serang sawan pelesit tak keruan,,, apa tidaknya harapan kerajaan perpaduan hancur lebur.... Akibatnya Mat Sabu mesti dihapuskan dari arena politik Malaysia demi menyelamatkan nayawa UMNO...

Pernah satu ketika ditahun 94 bulan puasa, aku pi dengar ceramahnya di tapak pekan sehari Rabu, Simpang Empat Semanggol, ceramah selepas beliau ditangkap dituduh khalwat, dengan ikhlas beliau mengaku, setakat dugaan tahanan ISA beliau sanggup hadapi,, tetapi tuduhan berkhalwat memang beliau tak sanggup nak hadapinya......

Namun itulah peluang keemasan yang UMNO guna untuk di kitar semula, setelah isu polis Bukit Kepong dan komunis tidak mendapat perhatian rakyat,,, klik rakaman-perbualan-seks-didakwa-suara-mat-sabu-normah-tersebar-di-youtube.html

Ada aku nak kisah kalau sekadar rakaman suara..., kalau gambar DSAI pun UMNO boleh buat video, tak hairankan kalau sekadar suara.....




3 comments:

  1. simpang empat ,semanggol.. tu territory aku laa

    ReplyDelete
  2. Thethinker...

    He he .. aku sekolah di Muzafar Shah.. SPM tahun 78...

    ReplyDelete
  3. HE!HE!HE!

    AKU SETUJU DENGAN HANG . MUSUH MAT SABU DALAM PAS PUN RAMAI. HANG TENGOK HAJI HADI SALAM PUN TAK MAU TENGOK MUKA MAT SABU.

    MENYAMPAH SANGAT DIA NOO...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari