boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, September 5, 2011

Berita yang meloyakan...




5 Sep 2011

LUAR NEGARA

PAS pertikai slot ucapan Aidilfitri istimewa di TV untuk isteri PM

KUALA LUMPUR: Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertikaikan slot ucapan Aidilfitri istimewa dan berturut-turut untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menerusi media elektronik.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, menegaskan bahawa perkembangan sedemikian tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.

Beliau berkata 'sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slot sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya.'

'Sebelum ini, hanya Perdana Menteri mendapat slot seperti itu,' katanya yang dipetik Harakahdaily.

Pandangan sedemikian juga diketengahkan oleh beberapa pihak, termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi ruang media sosial Twitter sejak hari pertama Aidilfitri.

'Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri,' kata Datuk Mahfuz lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata ia adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, langkah itu diambil kemungkinan untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merudum teruk.

Hasil kajian Merdeka Center yang dikeluarkan pada Isnin lalu menunjukkan populariti semasa Datuk Seri Najib merosot sehingga 59 peratus berbanding 72 peratus pada Mei tahun lalu.

'Mungkin apabila slot ucapan Hari Raya Najib dan slot khusus untuk Rosmah dipaksakan berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus,' perli Datuk Mahfuz.

Datuk Mahfuz berkata beliau tidak menolak kemungkinan Datin Seri Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuk dirinya itu yang disiarkan berturut-turut sejak 1 Syawal.

Dengan sinis, Datuk Mahfuz juga dipetik sebagai berkata bahawa beliau sangat berharap orang ramai tidak berasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka. -- Agensi.


Sumber Berita cyberita.asia1. ..



5 comments:

  1. anak badak pun nk ucap selamat hari raya............badak oooooo badak

    ReplyDelete
  2. bantah lah kat parlimen

    ReplyDelete
  3. bukan slot sendiri.......syok sendiri........

    ReplyDelete
  4. bukan slot sendiri......syok sendiri...............

    ReplyDelete
  5. first lady lah katakan..mestilah kena buat ucapan....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari