200,000 bekas askar belum daftar PBTM
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani berkata, sehingga kini, sambutan yang diterima daripada golongan tersebut untuk mendaftar sebagai ahli agak mendukacitakan. (Petikan Utusan Malaysia 9/08/10)
Hairan juga, kenapa sekarang baru nak kelam kabut sibuk hal ehwal bekas askar, sebelum ni tak ambik kisah pun,,,,, mungkinkah dah tak sibuk macam dahulu lagi, sebelum ni ada jawatan Senator, walau pun kalah jadi Calon UMNO di DUN Kelantan, bisnes kereta mewah apa macam sekarang! Kes saman bab AP Klon macan mana cerita ya!!... Di sini.
Kalau kat Ipoh sibuk askar tak daftar jadi ahli PBTM, kat Manjung sibuk dok cari ahli kelab bekas TLDM, dua minggu lepas, seorang jiran setaman , kira orang lama la, sibuk dok mai tanya kat aku, dah isi borang belum jadi ahli kelab bekas TLDM, sia-sia ja dia kena dengan dengan aku, aku jawab direct tak ada selindung-selindung lagi... aku kata... " tak kelapak aku nak jadi ahli apa-apa lagi, aku susah ka, senang ka ada depa ambik tau hal aku, tau-tau depa nak suruh masuk jadi ahli, bukannya free, kena bayaq...
Kat Manjung sahaja sekarang ni ada 3 PBTM, Cawangan DUN Pangkor, Stiawan dan Pasir Panjang, yang agak menonjol dan terkehadapan ialah PBTM Stiawan, yang kedua Pasir Panjang dan tercorot Pangkor.
Ketua denga AJK-AJKnya untunglah, bila ada sesuatu pemberian kerajaan, merekalah yang isi borang dulu, dah habis mereka pulun, barulah ahli-ahli dapat tahu, nak buat apa lagi, tarikh pun dah tutup, sebijik apa yang berlaku dalam UMNO begitulah berlaku dalam PBTM di daerah Manjung, daerah lain aku tak tau...
Bila UMNO dah nazak, nyawa dah sampai kat kerongkong, barulah nak sibuk korek sana, korek sini, bagi tau 200 ribu belum jadi ahli, sebelum ini kenapa tak ambik tau, masing-masing bilik projek sendiri!!!!
Baguihlah, cadangan mendapatkan pencen untuk pesara tentera yang berkhidmat lebih 10 tahun dan menaikkan kadar pencen pesara yang berkhidmat selama 21 tahun. Datuk Presiden sendiri pun service 13 tahun saja dalam askar..., tu yang semangat nak fight tu, nanti bila ada pertandingan jawatan ada harapan boleh menang lagi jawatan presiden..
Fui yo,,, 10 Oktober nanti Najib nak jumpa dengan ahli PBTM, tu yang dok kumpul suruh jadi ahli tu..., kat Stadium Bukit Jalil, mesti dapat makan free, tambang free, t-shirt free, duit poket itu pun kalau orang tengah tak belasah, silap-silap boleh dapat Bom C4 free pun baguih juga, sure aku pun nak pegi......
Terima kasihlah kerana baru sekarang nak teringat kepada kami bekas askar yang dah pencen, ish,ish ada value lagi kami ni....apa yang hangpa berasa nak bagi kami terima, bukan harta mak bapa hangpa yang punya....syukur kepada Allah di atas pemberian itu.
Bhai ManjungMari...
ReplyDeleteItu pasai bekas sojar.... kalu bab bekas team E3M .... tak dapat aper pon... senyap jer... bantuan takder... malah tak tersenarai konon dalam list perkhidmatan...
Mentang-mentang la E3M nih berapa kerat jer ader ... tapi sedih.. macam tak diiktiraf jer...
Setuju sangat!!!
DeleteBhai C++..
ReplyDeleteNak tanya sikit, gua tak faham E3M to short form untuk cawangan apa..., saja nak tau..., gua dalam Navy term-termnya lain sikit...
sb maa
ReplyDeleteBekas Askar yang bangang sahaja nak masuk persatuan PBTM ni. Hanya nak melepaskan tengkok Presiden sahaja- jadi bolih blahaaaaa...la.
ReplyDeleteYang masih dalam sarvis pun orang tak peduli. General semua mangkok... angguk sahaja bila nak beli kapal selam tak bolih selam, Kapal terbang jet tanpa enjin dan nak jual Pengkalan Sungai Besi semua nya tak ada telor.
Injin pun bolih hilang... woi Panglima Angkatan Tentera siapa curi injin F5E tu... tukang cuci jamban, cucu sendiri, menantu, anak sendiri atau kucing kurap atau hantu store!!!
Camtu lah brader, kat luar tu presiden nak cari makan kat dalam ATM pun mangkok.
Mari kita ajak semua anggota ATM undi PAKATAN Rakyat supaya semua dapat di perbetulkan.
E3M bukan Sb lahhh tapi satu unit yg terdapat di bukit aman,,, tapi sekarang E3M udah di tukar nama,,,,,
ReplyDeleteE3M ni bolh ada di mana mana dan punya kad pengenalan yg berlainan pada sesuatu masa, depend apa misi yg perlu mereka laku kan,,, tak mustahil dalam PAS, DAP n PKR juga ujud anggota E3M ini,,, hahahahh manjung mari lu ni !!!!!!!!
Tak payah buang masa jer. Semua tu nak dpt nama jer. Lagi-lagi kalau buat function (makan-makan) ada golongan makan free jer cam dulu masa dia jadi pegawai, dah berhenti tak leh buat cam dalam servis jadi buat kat luar lak tapi masih nak bawa pangkat pegawai dia sampai kat luar. pierrahh haprak..... Dalam servis boleh kalau kat luar kena sepak 2 balak ka, 3 balak ka, 2 paku ka 3 paku ka, 1 bintang ka 2 bintang ka, tahi bintang ka... Yg persatuan bekas TLDM ni pun sama jer,pegawai2 yg berhenti tu masih ada hati nak cam dalam servis gak. Tak yah...haprak jer.... Baik jadi ahli masjid ka ahli rumah anak2 yatim....
ReplyDeletebagss tu jangan jadi ahli umno/bn sudah
ReplyDeleteBhai MM...
ReplyDeleteAder beza E3 dan E3M ...
E3 adalah "Intelijen Luar" dalam Cawangan Khas Bukit Aman ...
E3M pula adalah satu cabang "unit risikan luar negara" yang satu masa dulu ader dalam BSN (Biro Siasatan Negara) ...
Lain tue.. operasi lain.. arahan lain... bos lain... cuma tak tersenarai sebagai agensi kerajaan... hampeh..
Biro Siasatan Negara sekarang dah tuko nama BPR, tukor lagi SPRM..... E3M bawah Special Branch.... mangku mana lak kata E3M ini unit lain???? hehehehehe
ReplyDelete