Muka baru, pendatang baru dalam kabinet 1Malaysia, Timbalan Menteri JPM, yang juga Ketua Penerangan UMNO masih nak mempertahankan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sebelum ini dalam penganiyaan terhadap peneroka-peneroka Felda...
Kata Ahmad Maslan, Saman bermotif politik, sebabnya ialah kerana mengambil lawyer R Sivarasa (Naib Presiden PKR)... malas nak komen banyak-banyak..., tetapi itulah rupa standard (KPI) timbalan menteri UMNO punya hujah..
Ada peneroka-peneroka yang berjaya dan beruntung, contohnya seperti Felda Taib Andak di Kulai Johor, Felda Sungai Koyan di Kuala Lipis Pahang, dan beberapa lagi, tetapi berapa banyak lagi felda yang dah berbelas tahun menetap di felda-felda, yang taraf hidup penerokanya lebih teruk sebelum menjadi peneroka...
Disebabkan ramai peneroka-peneroka yang hampir keseluruhannya berasal dari luar bandar, yang mana mempunyai tahap pendidikan cukup minima, menyebabkan peneroka-peneroka sering di peraniya, sedangkan dari tenaga keringat titik peluh merekalah negara Malaysia terkenal di pelusuk dunia sebagai pengeksport minyak sawit dunia..
Apakah imbuhan yang mereka dapat, nak dapat geran hak milik pun terpaksa tunggu kalau ada Pilihan Raya Kecil baru nak dapat,, kalau tidak kenalah tunggu tak tahu bila waktunya mereka akan dapat.
Jadi bila adanya 766 peneroka dari Felda Serting dan Raja Alias yang telah celik mata dan berani menyaman Pengurusan Felda, maka diharap yang peneroka-peneroka lain akan timbul kesedaran bahawa mereka selama ini sering dipergunakan oleh UMNO untuk kepentingan politik mereka,,,
Risau wehh, Orang Sarawak pun dah mula tak mahu kat UMNO dan BN, nampaknya peneroka Felda pun dah mula beralih arah menunjukkan perubahan... tahniah buat Ketua Lajnah Peneroka Felda, saudara Mazlan Aliman..
Lawak la bebudak felda ni, kata sedar bertahun dah kena tipu, tapi dok jugak kat dalam felda tu - kan pecah kontrak tu... keluar je la dari felda, then baru saman - ceit!
ReplyDeleteRonn said...
ReplyDeleteLawak la bebudak felda ni, kata sedar bertahun dah kena tipu, tapi dok jugak kat dalam felda tu - kan pecah kontrak tu... keluar je la dari felda, then baru saman - ceit!
August 13, 2010 12:11 PM
-----------------------------------
Mereka sayang sangat ngan 'ameno' tu!!!