boikot
Segarkan ingatan anda...
Saturday, August 27, 2011
Tahniah buat Jamal Abdillah....
Friday, August 26, 2011
Aku Tabik Menteri ni,, berani melawan Najib..Kantoi...

Gempar... Kepala Perompak membayar zakat fitrah...
Menteri-menteri UMNO yang flip-flop....


Blogger UMNO tuduh Pengerusi SYABAS melobi untuk jadi MB (UMNO) Selangor..
Kenyataan Mufti Perak terhadap UMNO - Menguntungkan Muhyiddin Yassin.....
Dato Seri Najib punca masalah dalam UMNO..
Posted by Aspan Alias
Penyakit UMNO - Penyakit dalaman
Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi BN yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.
Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka.
Sesungguhnya Najib tidak sepatutnya menghadapi masalah ini kerana beliau mempunyai Ahli Majlis Teringgi UMNO yang sepatutnya membantu beliau. Dalam keadaan sekaranglah sepatutnya mereka-mereka yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO serta Ahli-Ahli Jemaah Kabinet mereka bersama-sama memikul tanggungjawab dalam erti kata ‘tanggungjawab bersama’.
Begitulah masalahnya di dalam UMNO kerana hanya Perdana Menteri akan menerima kredit atau bertanggungjawab bersendirian jika masalah melanda. Dalam keadaan sekarang nampaknya tidak ada yang bersama-sama memberikan dukongan kepada Perdana Menteri yang telah melantik beliau ke dalam kabinet serta menjadi ‘team’ beliau di dalam Majlis Tertinggi parti.
Tanggungjawab bersama di dalam UMNO itu sudah hilang sejak beberapa lama dahulu dan dalam sudut hakikatnya mereka-mereka yang ada di dalam kabinet serta Majlis Tertinggi parti sekarang ini adalah ‘as good as non-existence’ dan kehadziran mereka tidak menambah dan menokok kepada kredibiliti kepimpinan Najib.
Masing-masing hanya sibuk berpolitiking untuk kepentingan mereka sahaja dan tidak boleh membantu Najib dalam usaha untuk memulihkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau di pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Masalah dan isu terhadap UMNO serta BN datang bertubi tubi dan bertalu-talu dan semua isu ini melibatkan rakyat ramai yang merasakan pahit maungnya menghadapi isu-isu yang susah untuk di sangkal ini.
Kita sebut dahulu tentang masalah dalam parti yang beliau pimpin. ‘Warlords’ di dalam UMNO merupakan masalah besar yang Najib hadapi. Di kalangan kepimpinan UMNO sendiri sedang menunjukan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya. ‘Warlords’ dalam UMNO merungut kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan sesuatu yang berkesan untuk mempertahankan UMNO.
UMNO memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit. Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak. Mereka tidak berpuas hati kerana mereka di suruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti. Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri.
Di antara pemimpin UMNO sendiri mengakui dan mengkritik Najib di belakang kerana tidak mempunyai kemampuan membuat keputusan secara tegas terhadap isu rasuah yang merupakan isu yang terbesar yang dikaitkan dengan UMNO ini. Dahulu sifat ‘flip-flip’ ini hanya branding yang diberikan kepada Abdullah Badawi sekarang ini isu ‘flip-flop’ telah berpindah kepada Najib dan branding ini nampaknya terus sahaja sesuai dan serasi untuk memberikan gambaran sebenarnya terhadap kepimpinan beliau.
‘Flip-flop’ yang dikaitkan terhadap Najib ini ialah terhadap isu transformasi pembangunan yang tidak di lakukan secara konsisten dan yang akhirnya akan tinggal perancangan tanpa perlaksanaan yang ‘organic’ yang mampu menambah keyakinan terhadap kepimpinan beliau.
Isu pembelian kapal selam scorpene sebenarnya banyak perbincangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Mereka (pemimpin UMNO) sendiri percaya yang kes pembelian kapal selam ini ada berlaku ‘hanky-panky’ yang besar dan Najib adalah orang yang bertanggungjawab dengan pembelian ini serta urusan-urusan sampingan yang menjadi isu sekarang ini.
Dalam dunia sekarang ini apa sahaja yang kita lakukan akan diketahui umum dengan mudah. Begitu jugalah dalam kes pembelian kapal selam ini. Orang bercakap dan yang bercakap itu adalah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri. Sementalahannya berlaku pula pembunuhan terhadap seorang gadis
Oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu. Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah.
Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain.
Tanggungjawab bersama nampaknya tidak dipakai oleh barisan kepimpinan Najib kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka hanya bertindak untuk menyelamatkan diri mereka sahaja. Malahan ada nampak sedikit sebanyak kecenderungan yang ada pihak di kalangan pimpinan UMNO yang mahu menyingkirkan Najib dan memberi laluan kepada pemimpin lain dalam Majlis Tertinggi itu.
Mahu tidak mahu setiap di kalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi parti menerima kesalahan secara bersama dan bertanggungjawab bersama kerana mereka adalah dalam barisan jemaah kepimpinan Najib.
Apabila Najib menghadapi situasi sebegini maka ialah melibatkan keruntuhan keyakinan kepada parti secara total sedangkan UMNO adalah tunjang kepada BN keseluruhannya. Dalam hal ini tidak pula kita tahu samada belasan parti-parti yang ada di dalam BN masih berkeyakinan untuk UMNO menunjangi kepimpinan BN itu sendiri. Jika UMNO manghadapi masalah ianya akan berkait-kait dengan seluruh kepimpinan dalam BN itu sendiri.
Ramai rakyat kesal dengan UMNO kerana pimpinan mengambil sambil lewa tentang kelemahan kepimpinan sejak hampir tiga dekad dahulu kerana parti dan pemimpinnya terlalu sibuk dengan politik peribadi dan tidak mempunyai ‘connectivity’ dengan rakyat secara serius. UMNO lalai di dalam pemilihan pemimpinnya.
Apabila orang seperti kami menentang beberapa tindakan yang dilakukan kami dipertikai dan dimaki hamun seolah-olah kami hendak memecah belahkan parti. Sudah menjadi tabii yang kekal di dalam UMNO untuk mengenepikan pemimpin yang serius dan berkemampuan dalam parti maka sekarang UMNO mesti menerima hakikat ini secara bertanggungjawab. UMNO selalu membuat kerenah yang membuatkan rakyat tidak berminat lagi untuk menyertainya dan bergiat aktif kerana budaya membunuh karaktor yang tidak berkesudahan di dalam parti itu.
Parti pembangkang akan di persalahkan secara natural sedangkan kelemahan yang dihadapi oleh UMNO itu adalah kesalahan diri mereka sendiri. UMNO itu UMNO. Begitulah mereka hendak menyelesaikan masalah mereka…iaitu memaki hamun dan menyalahkan parti-parti pembangkang dan siapa sahaja yang kritikal terhadap mereka. Bercakap benar merupakan kesalahan yang sangat besar di dalam UMNO…lebih besar kesalahan dari mencerca agama suci kita.
Kalau di kalangan pemimpin UMNO bercakap seperti ini, bagai mana rakyat hendak meletakan kepercayaan kepada UMNO lagi?
Jika UMNO sudah tidak laku lagi saya juga hendak melihat bagaimana keadaan penyokong-penyokong UMNO diluar ini yang telah memBABIkan dan mengANJINGkan orang lain hendak meletakan muka mereka selepas ini?c
Saya selalu mengingatkan mereka ini, jika marah jangan habiskan marah itu supaya senang hendak berbaik kembali, jika sayang dan menyokong jangan sokong membabi buta supaya kita tidak merasa malu di atas perbuatan cemar yang pernah kita lakukan dan noda politik yang dilakukan oleh pimpinan kita..
Dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada sahabat yang kekal. Ingat tu!! ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu.
Satu lagi buat peringatan semua, ‘terlajak perahu boleh berpatah balek, terlajak kata emas padahnya’. Semua perbilangan ini boleh diambil sebagai nasihat dan peringatan kepada kita yang selalu terlajak dan tersasar dengan kata-kata.
Link :aspanaliasnet. ..
Ahmad Maslan buat malu UMNO

Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis dialog dan berbuka puasa antara wakil-wakil mahasiswa daripada beberapa universiti dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu “fobia” nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai.
Tetapi pada majlis dialog itu barulah saya nampak “his true colours”. Terserlah amat sangat bukan sahaja kecetekan PRnya, tetapi juga kejahilannya mengetepikan isu dan kesombongannya sebagai seorang wakil rakyat.
Pertanyaan wakil pelajar yang disampaikan dengan tertib dan berhemah dibalasnya dengan jawapan bangang dalam nada sinis dan tidak sesuai bagi seorang berstatus Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.
Cara Ahli Parlimen Pontian itu berinteraksi dalam dialog itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga menjatuhkan air muka UMNO. Beberapa kali saya menepuk dahi kerana terkejut dengan cara dia menjawab soalan mahasiswa.
Selain gagal menjawab pertanyaan dengan bijak, Ahmad Maslan juga tidak pandai mengawal emosi. Apabila fikirannya tersangkut mencari jawapan, dia menggunakan pendekatan memperkecilkan mahasiswa dan mendabik dada mengenai kejayaan peribadinya.
Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan dalam Bahasa
Berikut adalah antara ringkasan beberapa soal jawab antara Ahmad Maslan dengan beberapa pemimpin Mahasiswa yang membuat saya dan suami berdekah-dekah ketawa dan ramai hadirin terpinga-pinga dan ada yang menepuk dahi!
Pemimpin Mahasiswa:
“Bagaimana sebenarnya sistem demokrasi di negara kita berfungsi? Mengapa setelah pelbagai dasar dan agenda dilakukan sejak merdeka hingga sekarang, kaum Melayu masih terkebelakang di segi ekonomi. Bagaimana pemimpin mahu menjelaskan proses demokrasi kepada mahasiswa, remaja dan pelajar sekolah? Mengapa pelajar universiti tak dibenarkan berkempen?”
Ahmad Maslan:
“Saya tak takut dengan sesiapa. Saya hanya takut dengan Allah. Saya langsung tak gementar kerana saya tahu perjuangan kami adalah perjuangan yang benar. Sebab itu di Dewan Rakyat saya minta naikkan soalan saya supaya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim.
“Tahun ini soalan saya naik ke nombor 2 saya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat sebab saya tak takut berdepan dengan manusia. Saya hanya takut Allah.
“Mengapa kita tak kuasai ekonomi? Ketika dijajah Inggeris, kalau orang Melayu dan
“Tetapi mereka diletak di kampung, nak jadi apa? Mereka jadi penoreh getah, macam mak ayah saya. Mereka jadi peneroka dan nelayan. Itu kesilapan pertama dalam proses demokrasi.
“Kemudian negara ditadbir urus oleh kerajaan mengikut sistem demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin. Semua orang demokratik di negara kita boleh menjadi calon dalam pilihanraya. Siapa saja boleh jadi calon berdasarkan akta-akta yang ada.”
Pemimpin Mahasiswa:
“Tahun lalu beberapa mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kerana didakwa berkempen pada pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor.
“PRU 2008 berat sebelah sehingga membuatkan orang tidak mahu mengundi pihak tertentu kerana meluat. Mengapa pihak pembangkang susah dapat permit dibandingkan kerajaan. Apakah peranan mahasiswa dalam membantu memperbaiki demokrasi dalam negara kita.”
Ahmad Maslan:
“
Mahasiswa:
“Mengikut AUKU pelajar tak boleh jadi calon atau berkempen.”
Ahmad Maslan:
“Akta itu ciptaan manusia. Kenapa kamu mesti takut dengan ciptaan manusia? Langgar ajalah. Jangan takut pada manusia. Terus langgar sajalah. “c
Pemimpin Mahasiswa:
Pada PRU 2008 di Kepala Batas mahasiswa
Ahmad Maslan:
“ Pada saya kalau rasa nak bertanding, langgar aja. Kemudian kalau dibuang dari universiti, pergilah belajar di universiti luar negara. “
Pemimpin Mahasiswa:
“Tujuan kami adakan dialog dengan pemimpin bukan untuk menakutkan sesiapa. Kami hanya mahu dua perkara. Pertama, suara kami didengari dan kedua, mahasiswa mahu peranan kami diiktiraf. Adakah kerajaan selepas ini bersedia membenarkan mahasiswa bertanding dalam pilihanraya. Adakah Datuk bersedia berdialog dengan Mazlan Aliman?.”
Ahmad Maslan:
“Saya dah berjanji untuk berdialog dengan Mazlan Aliman dan bila masanya, terpulang pada dia. Tetapi untuk berdebat, saya rasa dia tak layak.
“Kalau saudara nak terus adakan dialog dan dapat pandangan orang-orang tertentu, silakan. Yang saya khuatir ialah demonstrasi kerana bila berlaku demonstrasi boleh berlaku orang bakar bangunan dan ketawa selepas membakar bangunan itu. Bila berlaku demonstrasi jalananan dan melihat orang cedera, daripada nak tolong orang cedera, dirompaknya pula.
“Saya tidak khuatir dengan pandangan berbeza. Saya berdebat sejak sekolah menengah. Pada 1983 saya masuk final debat. Pendebat pertama dari Kolej Islam Kelang ialah Idris Ahmad. 27 tahun selepas itu beliau menjadi ketua penerangan PAS dan saya jadi ketua penerangan umno. Perdebatan tak jadi hal bagi saya.
Pemimpin Mahasiswa:
“Semasa PRK Hulu Selangor, ada mahasiswa kena tangkap di bawah AUKU. Mereka ditangkap dengan alasan pelajar universiti tak boleh masuk politik.”
Ahmad Maslan:
“Kalau anda semua nak masuk politik, silakan. Apa nak ditakutkan AUKU. Ia adalah akta-akta di atas kertas. Yang korang takut sangat, kenapa? Masuk ajalah dalam politik. Itu jawapan saya.
Pemimpin Mahasiswa:
“Kita tak takut, tetapi kita fikirkan mak ayah yang susah payah cari duit nak hantar kita belajar."
Ahmad Maslan:
“Masuklah IPTS dan kemudian bekerja. Saya buat MBA tak ada siapa sponsor pun. Saya bekerja sambil belajar dan jadi pelajar terbaik UKM dan dapat 3.85 CGPA. Saya dapat anugerah emas pelajar. Masa itu pelbagai jawatan politik saya ada.”
Pemimpin Mahasiswa:
“Benar, kami tak takut AUKU, tetapi kami tertakluk kepada undang-undang. Jika langgar, masa depan habis.”
Ahmad Maslan:
“Saya dulu bekerja sambil belajar. Saya pernah sembelih biri-biri di
Pemimpin Mahasiswa:
“Datuk cakap mengenai kebebasan media, kenapa letak syarat? Kenapa pembangkang susah nak dapat permit buat ceramah. Datuk suruh langgar AUKU, tapi di peringkat kerajaan sendiri, apa kah penyelesaiannya? “
Ahmad Maslan:
“Tunjukkan kepada saya permohonan ceramah dari mana-mana parti pembangkang yang tak dapat kebenaran polis? Bagitau pada saya bila dan tempatnya.
“Saya boleh bagi tahu Ketua Polis Negara, apahal tak bagi dia orang ceramah? Nak ceramah siang malam, pagi petang, silakan. Yang tak boleh demonstrasi jalanan. Sebab ia merosakkan ketenteraman awam.
“Ceramah pembangkang jauh lebih banyak dari ceramah kerajaan. Kalau parti pembangkang buat 100, parti kerajaan baru buat satu. Saya tahulah sebab saya Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kalau pembangkang tak dapat permit buat ceramah, bagi tahu pada saya. Saya akan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya bagi permit.
“Kita tak takut dengan ceramah. Kita takut orang yang memanupulasi kebenaran. Perkara yang tak betul diadakan-adakan. Fitnah bermaharajalela. Apalah kau orang takut dengan AUKU. Ia adalah kertas-kertas yang ada tulisan. Langgar ajalah kalau kamu anak jantan.”
Pemimpin Mahasiswa:
“Tadi Datuk sarankan kami langgar akta. Ini bukan cara kita. Akta perlu dihormati. Kita sepatutnya perjelaskan akta ini secara betul. Tadi Datuk pun persoal kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak terbit akhbar hari-hari. Tahukah Datuk bahawa kita ada akta mesin cetak dan penerbitan? Dalam akta itu, setiap akhbar harian mesti mendapatkan permit daripada menteri.
“Dalam AUKU, seksyen 15 hanya menyebut mahasiswa tak boleh nyatakan pandangan atau simpati kepada mana-mana parti politik. Tetapi sekiranya orang bertanding atas tiket bebas, bolehkan mahasiswa menyokong mereka? Adakah ia bercanggah dengan AUKU?
“Jangan salah tafsir atau seleweng maklumat kepada mahasiswa. Saya yakin mahasiswa berfikiran terbuka dalam isu atau pandangan yang disebutkan oleh parti-parti yang berkempen dalam pilihanraya. Tetapi kenapa UMNO guna RTM untuk berkempen kerana ia hak rakyat
Ahmad Maslan:
“Kalau saudara tak suka melihat apa yang ada di TV tutup ajalah TV itu. Tengok internet atau Harakahdaily atau Suara Keadilan. Silakan. Saya tak takut melihat internet sebab tak ada siapa yang boleh mengawal. Silakan. Kalau saudara nak layari blog, saya pun tak takut langsung.”
Pemimpin Mahasiswa: (menyindir, tapi sindiran itu nampaknya tak difahami Ahmad Maslan)
“Saya seronok mendengar penjelasan YB yang suruh kita main langgar aja.”
Ahmad Maslan:
“Ya, boleh langgar saja. Kalau kena saman, bayar sajalah.
Pemimpin Mahasiswa:
“Perdana menteri kata PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tak terikat kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Kenapa tak tunggu dulu penubuhan jawatankuasa itu?”
Ahmad Maslan:
“That is the priviledge of incumbency.'
Mahasiswa 1:
“Maaf, kami kurang faham.
Ahmad Maslan:
“Hai! Belajar Inggeris 13 tahun tak faham lagi?”
Pemimpin Mahasiswa:
“Di Singapura setiap parti politik diberikan ruang nyatakan manifesto di media, berbanding di
Ahmad Maslan:
“Utusan
Selesai majlis dialog itu saya sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa. Ramai daripada mereka kecewa dengan cara Ahmad Maslan menjawab soalan. Malah mereka terkejut Perdana Menteri boleh melantik menteri yang pada pandangan mereka, kurang pandai.
Lantas saya memberitahunya, tidak semua pemimpin UMNO berfikiran cetek macam Ahmad Maslan. “Lain kali kami akan jemput Menteri yang pandai sikit,” kata mahasiswa itu.
Apa pendapat pembaca pula?
Kalau pendapat aku,,, Si Ahmad Maslan ni ada peluang menggantikan arwah Tun Ghaffar Baba kalau ikut cara jawapannya....
Sumber : ahmad-maslan-buat-malu-umno.,,
Cuci telur ayam...bukan telur Zambry!
Jika untuk sarapan pagi di luar bulan puasa, roti canai dan roti telur menjadi pilihan, untuk berbuka puasa pula ramai yang mencari murtabak...perghhhh, emmmh meleleh air liur dibuatnya. Dalam keluarga besar kami, sudah menjadi tradisi mengadakan majlis berbuka puasa di rumah salah seorang daripada 10 orang adik-beradik. Kami akan bergilir-gilir dari satu rumah ke rumah yang lain. Begitu juga pada majlis sambutan idulfitri.
Sudah menjadi lumrah juga bagi seorang abang membawa 'murtabak special' yang dibelinya di Kampung Datuk Keramat dekat KL. Tahun ini, dalam majlis berbuka puasa di Shah Alam, beliau tidak membawa menu istimewa berkenaan. Secara berseloroh, kami bertanya kenapa tak bawa murtabak special. Selamba je abang tu jawab: "
Pulang ke rumah pada malam itu terasa sangat sukar untuk melelapkan mata. Mungkin terlalu kenyang agaknya. Maklumlah pelbagai jenis juadah yang dibawa oleh saudara dan anak-anak buah. Makan tak banyak, tetapi rasalah hampir semua jenis yang disediakan.
Nak dijadikan cerita, pada pagi berkenaan, oleh kerana tak lelap lagi, seperti biasa menghadap tvlah. Kebetulan pula mengikuti program soal jawab agama. Tajuk yang dibincangkan amat mudah iaitu mencari makanan halal. Walaupun tidak mengikutinya dari awal, saya amat tertarik dengan tajuk berkenaan kerana penceramah dari Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) menyebut perihal roti telur iaitu roti canai dicampur telur.
Seperti yang sering kita lihat, tetapi tak prihatin, penceramah menyebut bagaimana roti canai ditebar dan kemudiannya 'mamak' (bukan mamakpun macam tu juga) akan capai telur ayam di bekasnya lalu memecahkan telur itu dan menaburnya di atas roti canai yang sedang dimasak.
Marilah kita renungkan proses yang berkaitan. Telur diambil dari bekasnya dan telur itu datangnya dari reban.
Begitu jugalah dengan penyediaan murtabak.. telur ayam dipecahkan dan digaul dengan perencah lain seperti bawang dan ayam atau daging. Mana ada kulit telur yang dibasuh terlebih dahulu. Semuanya pukul semacam je...
Jadi, kata penceramah di tv, jalan penyelesaiannya ialah, telurnya hendaklah dicuci terlebih dahulu....Kata penceramah itu, telurnya bermaksud telur ayam... bukan telur mamak tu, disambut dengan deraian ketawa para hadirin. Persoalannya, berapa ramai di kalangan yang ketawa itu akan meminta pembuat roti telur agar membasuh dahulu telur ayam berkenaan.
Berapa lama kita dah makan roti telur atau roti canai yang dihiasi tahi ayam ini!
Begitu juga jika kita kembali mengenangkan telur itik yang dimasinkan yang menjadi pembuka selera tadi.
Cara pertama iaitu dengan proses rendaman, mungkin tinggi sedikit kepercayaan kita telur telah dibasuh lebih awal. Lagipun jika ada tahi yang terlekat mudah dikesan dan dibuang, tetapi jika melalui kaedah perapan, jika ada tahi terpalit, boleh dihilangkan dengan disalut dengan tanah tadi atau ada juga yang menggunakan hampas papan.
Dari sudut sains, telur menjadi masin kerana proses perapan tadi memungkinkan garam masuk ke isi telur melalui lubang-lubang halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Jika tidak demikian, bagaimana pula 'kemasinan' boleh menembusi kulit telur. Jika kemasinan boleh tembus,, tak mungkinkah tahi ayam juga boleh tembus...? Entahlah, dari dulu saya hanya seorang wartawan yang tugasnya hanya melaporkan.
Terpulanglah kepada pakar-pakar dalam bidang masing-masing untuk menjelaskan proses yang berkaitan. Namun untuk mencuci telur,, tak perlu apa-apa kajian, cuci sahajalah. Bukan sahaja untuk buat roti canai dan murtabak tetapi juga sebelum menggoreng atau merebus telur di rumah. Kalau ikan dan sayur dicuci dahulu, apalah salahnya mencuci telur ayam pula - sama ada nampak atau tidak tahinya, cuci sahajalah.
Penceramah berkenaan juga menyentuh pelbagai perihal lain mengenai makanan yang halal. Beliau mengakui banyak makanan yang diberikan logo halal sebenarnya diusahakan oleh pengusaha bukan Islam. Ini termasuklah mi kuning, mi tiauw, kek ikan dan bebola ikan yang banyak dijual oleh orang Islam tetapi dihasilkan oleh bukan Islam.
Teringat saya seorang kenalan di pasar malam bernama Norizan yang asalnya berniaga yong tau fu (sejenis makanan cina), Beliau kini menjadi pengusaha bahan-bahan mentah makan tersebut dan beliau beriktikat menjadi pengusaha kerana katanya, beliau sendiri sebelum ini membelinya daripada pengusaha bukan Islam. Semoga lebih ramailah pengusaha yang punyai kesedaran seperti ini.
Kita sering juga membeli ayam di pasar-pasar mini. Kita sering beranggapan semuanya halal walaupun pengusahanya bukan Islam.
Kadang-kadang beli bahagian leher sahaja kerana nak digoreng. Cantik je leher-leher ayam tu tanpa kesan sembelihan, tetapi dengan semangat 1Malaysia, boleh sahaja.
Tidak lama dahulu, saya ternampak Bak Kut Teh yang ditulis halal di sebuah pasaraya terkemuka di ibukota. Bak Kut Teh adalah sejenis makanan cina yang berasaskan babi tetapi kini sudah ada yang dihalalkan. Tidak hairanlah dengan sejenis minuman keras yang dihalalkan juga kerana mengandungi arkohol yang tidak memabukkan. Mula-mula minum yang tak ada arkohol, lama-lama boleh mencuba yang ada sedikit arkohol dan akhirnya bedal je jenama tu..baharulah terasa 'nikmat'nya.
Ketika menjadi wartawan di Utusan pada tahun 1980-an saya pernah membuat laporan mengenai berus kasut dan berus songkok yang diperbuat daripada bulu babi. Pada badan berus itu tertulis perkataan 'pure bristel' (bulu babi hutan asli) tetapi tidak banyak orang yang ambil tahu mengenainya.
Yang ambil peduli hanyalah pengeluar berus berkenaan yang mengambil langkah tidak menulis mengenai bulu tersebut dan pada badan berus itu dibiarkan kosong sahaja. Maka teruslah bulu yang sama digunakan untuk memberus kasut dan songkok untuk dibawa bersolat.
Pada berus cat juga ada perkataan pure bristel, tetapi berapa orang daripada kita yang mahu ambil berat untuk menggunakan berus plastik? Berus inilah yang digunakan untuk mengecat rumah, pejabat dan surau serta masjid kita. Berus begitu jugalah yang digunakan untuk mengilatkan meja makan dan lantai kayu kita. Pendek kata, berus yang sama digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Begitu jugalah dengan anak-anak kita yang memegang berus untuk mewarna ketika di tadika dan sekolah. Seperti yang saya katakan, sebagai wartawan, dah tua lak tu.. saya hanya melaporkan. Terpulanglah kepada pihak berkuasa mengambil tindakan seterusnya. Bermula sekarang.. marilah cuci telur!
Sumber cuci-telur-ayambukan-telur-mamak.: