boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Boikot. Show all posts
Showing posts with label Boikot. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Ada berani Ahli-ahli Parlimen PR nak boikot angkat sumpah?

Bila dengar pada cadangan memang terbaik,, tetapi berani ka? Orang yang buat cadangan tu memanglah berani,, tetapi berapa orang daripada 89 orang ahli parlimen tu,,, aku rasa 10 orang pun belum tentu ada bila mereka baca kenyataan ni..


Wednesday, May 29, 2013

Boikot barang makanan buatan Cina,,, Minta maaf la..

Terdapat 8 barangan yang dicadangkan oleh Ngo-ngo yang dipelopori oleh PPIM...lantak ke hangpalah nak boikot berapa banyak sekali pun,, aku peduli apa...


Wednesday, May 15, 2013

Tolonglah.. Ko Orang nak boikot, nak racist, janganlah guna atas nama Islam.

Aku duk sangka kan bila habis PRU13, maka selesailah isu-isu sentimen perkauman, sebabnya Brahim Ali selaku tokoh racist malayu no 1 dah kiuwk.. 
Namun sangkaan ku meleset.. phuuii..


Monday, August 29, 2011

Jom Kita Semua Sama-sama Memboikot…..

Esso Di Ambil Alih Syarikat Arak

Anda nak isi minyak kereta yang ada kena mengena dengan arak? Haram!!!!

image
image
image

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak teragak-agak untuk mengetuai tindakan memboikot minyak serta lain-lain produk Esso Malaysia Bhd. (EMB) berikutan penjualan sahamnya kepada San Miguel Corporation (SMC) dalam masa terdekat.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan itu penting bagi mengingatkan syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini supaya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan ekonomi tempatan yang telah menjadi pusat operasi mereka selama berpuluh tahun.

"PPIM akan mengetuai boikot ke atas Esso dan mengajak rakyat Malaysia supaya menggunakan minyak Petronas kerana tindakan ExxonMobil (Corporation) menjual EMB kepada SMC jelas tidak menjaga sensitiviti rakyat negara kita.

"Seperti semua maklum, SMC turut berkecimpung dalam pembuatan serta pengedaran arak dan walaupun itu bukan merupakan perniagaan utama mereka, ia tetap menjadi satu pertimbangan yang akan PPIM gunakan dalam pemboikotan Esso nanti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setelah hampir dua minggu pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa ExxonMobil supaya tidak menjual pemilikan saham EMB kepada SMC, Naib Presidennya, Stafford T. Kelly dalam satu sidang akhbar hari ini menjelaskan penjualan itu tetap akan dibuat kepada syarikat berpangkalan di Filipina tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Penasihat Pengguna Malaysia (PPPM), M. Subramaniam berkata, keputusan ExxonMobil menjual saham EMB kepada SMC jelas menunjukkan ia tidak sensitif dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam.

Katanya, ExxonMobil perlu mengambil kira iklim sosiopolitik negara dan tidak hanya membuat tindakan berdasarkan keputusan perniagaan semata-mata.

"PPPM boleh menyertai tindakan boikot ke atas Esso tetapi ia tidak bermakna semua pengguna akan melaksanakannya (boikot).

"Bagaimanapun, jika majoriti pengguna Islam memboikot minyak Esso selepas ini, ia akan turut mempengaruhi rakan-rakan bukan Islam lain untuk turut sama menyertai boikot itu namun ia memang tertakluk kepada individu tertentu," jelasnya.


Komen - Dalam hal sebegini jangan fikir lagi hal-hal politik, walaupun masaalah ini berpunca dari pentadbiran UMNO, perkara sebegini seolah-olah negara kita yang diwarwarkan 54 tahun merdeka rasanya macam kena jajah semula... Cukuplah pemikiran kena jajah,, belum lagi merdeka,, ekonomi negara pun dah nak kena jajah....



Friday, August 26, 2011

Menteri-menteri UMNO yang flip-flop....

Salam Sejahtera..

Aku tak faham, semalam sempat dok tengok berita kes penjualan Exxo kepada San Miguel Filipina, sorang menteri kata..

dah jual klik DI SINI.....

Menteri sorang lagi ni......

kata belum pasti lagi....... Klik sini,

Inilah permainan silap mata menipu rakyat ,,, aku lebih percaya kepada Menteri Ismail Sabri lagi dalam hal ni,, dah kena jual dah pun,,, mana mungkin syarikat Yahudi senang-senang ia nak bagi kat orang Islam, lagi satu, Mahathir dengan Najib adalah ahli Freemason,, kumpulan Yahudi, San Miguel anak Mahathir ada kepentingan,, kut mana pun akan dapat kepada San Miguel,, Kita asyik dok kena tipu dengan mereka ajalah...

Kalau betul conform San Miguel yang beli Esso, aku sarankan kita umat Islam pakat boikot jangan beli minyak tu,,, biar tutup syarikat tu,,, itu saja peluang yang kita ada...




Friday, June 11, 2010

Merapu Merepek Pagi Jumaat. Dari Kelompok 12 Kuarter KLIA..

Salam Sejahtera...

Bangun pagi, macam biasa, pagi ni aku di rumah adik ipar di Kuarters KLIA.., dah sarapan... tak nak buat apa, ETA flight anak aku jam 1.20 tgh..., boringnya Yob..., tunggu Ali Abu Baganutama nak call, tak juga pun...

Nak tak nak layannn.. TV sekejap tadi dalam berita 7.00 pagi menunjukkan ramai puak-puak gerombolan seni entah dari mana mengadakan deklamasi sajak buat Gaza, termasuk pengacara TV3 Datuk A Talib mengambil tempat...

Kalau sebelum ini muslimat PAS dimuktamar sibuk dengan memijak lambang bendera israel, masing-masing memakai selendang/serban hitam putih Palestine,, hurghh untung besar pembekal serban tersebut.

Itu sahajakah simpati kita terhadap Palestine selain doa...

Sepatutnya di muktamar sebeginilah isu boikot barangan yang ada hubung kait Amerika/Israel di bangkitkan semula...

Nak harapkan gerombolan UMNO meniupkan isu boikot memang tak mungkin berlaku..


Nak pergi berjihad!!, Jangan disebut perkataan jihad,,, nanti jadi ekstrim,, Bila jihad dah dilupakan, inilah padah yang umat Islam terima, dimalukan dengan secara kita sedari...

Apakah yang kita dok bangga-banggakan dengan aktivis 12 + 6 orang Malaysia baru-baru ini, sampai separuh hari Najib meliuangkan masanya untuk 12 orang aktivis tu, sampaikah sasaran tujuan mereka kepada penduduk Gaza?..... Langsung tak ada..Tak terasa hinakah umat Islam dengan perbuatan israel itu,,

Jadi nak menyedap dan memuaskan hati, masing-masing membuat aktiviti mengikut selera masing-masing, buat deklamasi sajak ada, bakar bendera pun ada..,, Yahudi kat Tel Aviv tetap macam tu juga,,

Aku lebih suka kita sebagai umat Islam meningkatkan lagi boikot barangan Amerika dan yahudi jika benda-benda tersebut tidak sebegitu penting, contoh Coca cola, KFC, Mac Donalnd, Pizzahut, benda-benda ini tak makan pun tak timbul kesan, tetapi macam h/p nokia, dah pakai bertahun-tahun dah, janganlah dibuang, lambang window kat laptop seperti Adukateruna sarankan, kalau tak reti macam aku, tak payahlah ..., itu tak timbulkan kesan,,,

Tempohari 2 tahun lepas, bila isu boikot dilancarkan, kesannya Pizzahut dalam pempletnya telah menurunkan harga dengan begitu ketara sekali, jadi ada kesannya.

Disamping itu, peniaga-peniaga Islam seperti rangkaian HPA dapat diketengahkan seperti Radix Fried Chicken dan sebagainya dapat dipromosi kepada pengguna dengan lebih berkesan.

PAS selaku organisasi umat Islam yang terbesar di Malaysia buat waktu ini sepatutnya mengambil kesempatan tersebut, melancarkan isu boikot dan mempromosikan barangan buatan umat Islam, Nak harapkan UMNO parti orang Melayu, jangan dok mimpilah,, bab judi yang secara terang tak halal jadi haram pun diam menyepi.....dan untuk pengeluar barangan dari umat Islam pulak, janganlah nak mengambil kesempatan nak kaya segera dengan nak mengejar keuntungan berlebihan,, tanamkan niat nak membantu umat Islam dan menjatuhkan barangan Yahudi, Insyaallah..

Mampoos UMNO!!!!….

Friday, October 2, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO ... PRK Bagan Pinang - Apa Kata PAS pula Boikot!...

Salam sejahtera....
Tinggal beberapa jam saja untuk sampai jampai 08.00 pagi besok untuk penamaan calon PRK DUN N31 Bagan Pinang.

Bagi masih ada masa untuk PAS N9 dan Pusat untuk memikirkan tindakan seperti yang aku cadang ini diberi perhatian. Pertama sekali perkara boikot ini pernah dilakukan pertama kali sewaktu PRK Batu Talam sebelum PRU12 yang lalu.

Kemudian pada PRK Penanti yang lepas UMNO pula memboikot PRK tersebut kononnya tidak prkatikal sebab main-main kononya, suka-suka letak jawatan...

OK kali ini aku cadangkan PAS ada tiga perkara utama....

Pertama - Pengundi POS.. Baru sebenta tadi aku terbaca S/U Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa hanya 1200 pengundi sahaja anggota yang layak pengundi POS.. yang selbihnya dari 4604 itu adalah anggota tentera yang telah pencen....ini beerti ada 3 300 lebih lagi pengundi POS hantu......, tidak praktikal untuk bertanding....

Kedua - Calon UMNO Tan Sri Isa Samad - Sah lagi sahih bekas penjenayah halal dalam rasuah politik wang, kalau dalam UMNO beliau boleh mengguna wang sebagai usahanya nak menang, maka tak perlu kita nak fikir lagi kalau PRK ini beliau tidak menggunakan wang, dan tidak sesuai dengan suasana demokrasi yang dilaungkan selama ini....

Ketiga... bagi peluang kat mangkok hayun sekoq ni.. biaq ia aja yang bertanding dengan bekas perasuah politik, bekas penaja PKR konon... kalau dah bekas tahi UMNOngok tu.. macam mana pun tetap perangai UMNOngok jugalah....
Bagi dia peluang berkempen menentang bekas bos dia sendiri.. baru ada akai..., memang betui la Malaysia ni negara demokrasi,, tetapi kalau tak sebab sesuatu tak akan saja nak pi gatai juboq nak buang duit deposit RM5,000 sesaja gitu, mesti ada sesuatu disebalik itu...

Itu hanya pendapat aku... tetapi kalau rasa nak bogelkan perangan Najib dan Tan Sri Isa waktu ini lah.. biar orang Negeri 9 pulak tahu bagaimana pemimpin UMNO mereka selama ini....

Selamay menghadapi perjuangan menentang UMNO laknatullah..... MAMPOS UMNO.... Ameen...


Berkaitan:


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari