boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, February 14, 2011

Ahli PAS Lumut.. Awas dengan mahluk parasit...

Salam Sejahtera..

Selepas solat magrib tadi. tak sempat aku nak duduk ikuti kuliah Ustaz Khairul Fahmi, seorang jemaah panggil aku dan memberi pamplet seperti di bawah ini, kemudian menceritakan apa sebenarnya yang berlaku......



Apa yang aku dok nampak, segala program anjuran PAS, UMNO pun ambik kesempatan turut melaksana juga demi nak mengambil hati orang-orang Melayu.. Baik dari segi dasar pentadbiran dan segalanya, sebagai contoh, dulu hanya negeri Kelantan yan melaksanakan Cuti Hari Sabtu, kerja 5 hari seminggu buat kakitangan kerajaan negeri, cuti bersalin dari 40 hari ke 60 hari, pada awalnya, semua ini dikritik oleh pimpinan Pusat, namun hari ini semuanya telah diambil pakai oleh UMNO.., tak apalah demi untuk kebaikan rakyat, apa kita nak kira, depa tiru, ka ciplak ka, yang penting rakyat mendapat faedahnya..

Namun dalam pada tu, yang ini aku tak berapa nak berkenan, UMNO dengan cara halus, sikit demi sikit depa jalankan jarum-jarum halus untuk mengelirukan umat Islam, mereka nak mengatakan apa-apa terhadap program yang PAS lakukan, tiada sebab atau helah nak menghalangnya.,

Lalu mereka pun menubuhkan NGO-NGO entah apa ke benda dengan label UMNO pun tidak, PAS pun bukan..., konon-kononnya sama-sama nak menjalankan gerakan dakwah kepada muslimat-muslimat yang berada dipersekitaran taman., yang muslimat-muslimat ni pun mudah sangat terikut, sedangkan muslimat-muslimat PAS sepatutnya tak perlulah nak aktiv-aktiv dengan NGO-NGO lain, tumpukan sahaja dengan PAS sepenuh masa..

Apa yang berlaku sekarang ni, di Taman Fasa 1A/1B, dah ada satu NGO AL-MADIHAH, ketua yang menubuhkan ini ialah dahulunya seorang ahli UMNO, aku sendiri kenal, sebab Hajjah Rafidah ni bekas anggota TLDM, begitu jua suaminya Haji Jalil bekas anggota TLDM, suaminya pun orang kuat masjid daerah Manjung..

Apa bila Kerajaan PR yang memerintah Perak, Hajjah Rafidah ni pun agaknya susah nak cari makan dengan UMNO, lalu ia pun mula berjinak-jinak dengan parti PAS, dah tak pakai lagi tudung merah, baju kurung putih, bulan puasa ia pun turut sama bertarawih di Surau Madah, namun bila rehat diadakan tazkirah, ia lari keluar dan baca yassin, entahlah, ini perangai bekas orang UMNO, tak tau yang mana sunat, yang mana fardu..

Besok, 15. Feb 2011 nampaknya program NGO AL-MADIHAH ni menjalankan lagi programnya,. pada mulanya mereka nak menggunakan surau untuk aktiviti seperti di pamplet di atas, tetapi AJK Surau pun ada juga program, lalu dibuat program tu di hadapan rumah,,

Yang jadi kemusykilan di mana mereka dapat peruntukkan wang, seekor lembu, bahan makanan dan khemah,, apa yang diketahui, di taman Fasa 3A pun dapat lembu sekor juga, sempena maulid rasul,, dan orang yang beri lembu tu pun dah diketahui,, tak payahlah nak heboh-heboh siapa yang bagi lembu,, sebab aku rasa orang yang ni pun spesis lembu juga, mungkin tarafnya tinggi sikit, bapak lembu..

Cuma ahli-ahli PAS, harus sedar, kalau nak berguru, nak mengaji cari lah guru yang hala tujunya sama dengan kita yang nak belajar ilmu dengannya, carilah ustaz yang mursyid, selidiklah dahulu latar belakang ustaz tersebut,, jangan dok ikut ustaz-ustaz atau guru yang sering menyatakan saya UMNO pun tidak, PAS pun tidak,, yang itu sebenarnya Ustaz fahaman UMNO, nak cakap UMNO malu,, cakap dok tengah-tengah,, sama spesis dengan Ustaz Kazim Elias,,

UMNO yang semakin tersepit terpaksa menggunakan Ustaz-ustaz yang label UMNO tidak, PAS tidak, tujuannya bagi nak mengelirukan umat Melayu, sebab UMNO pun sembahyang hajat, PAS pun sembahyang hajat, ada ulama suk atau ulama dunia, ada ulama akhirat, ada parti Allah, (Hizbullah) ada parti syaitan (Hizbusyaitan), jadi pilih lah yang mana satu,, bagaimana nak pilih,, kenalah belajar, kenalah cari, ia tak ada dalam program rancangan TV, baik Forum Perdana atau pun Halaqah,, tak akan ada semuanya itu,, di mana nak cari, rajin-rajinlah kesurau, ke masjid, Insyallah, kalau kita berusaha, Allah akan mempertemukannya..





4 comments:

  1. HANG INI ISLAM APA BRO?
    ORANG NAK BUAT BAIK PUN TAK BOLEH?
    TAUBAT BRO, MINTAK ALLAH BAGI
    PETUNJUK.

    ReplyDelete
  2. Alahai Luncai...

    Dalam gambar besar diatas menunjukkan Zambri menepung tawar dengan menancak tu,,, kenapa tak komen... dah lama aku dok tunggu....

    ReplyDelete
  3. Cuma ahli-ahli PAS, harus sedar, kalau nak berguru, nak mengaji cari lah guru yang hala tujunya sama dengan kita yang nak belajar ilmu dengannya, carilah ustaz yang mursyid, selidiklah dahulu latar belakang ustaz tersebut,, jangan dok ikut ustaz-ustaz atau guru yang sering menyatakan saya UMNO pun tidak, PAS pun tidak,, yang itu sebenarnya Ustaz fahaman UMNO, nak cakap UMNO malu,, cakap dok tengah-tengah,, sama spesis dengan Ustaz Kazim Elias,,

    statement ngko ni manjung mari macam sial..apa hak dan kepandaian ngko nak judge ustaz kazim,ngko tuhan ke?ngko pun hamba Allah,ustaz kazim pun hamba Allah..apa yang berbeza iman dan takwa tak kisahla parti mana pun..BAHALOL betol la lu ni..

    ReplyDelete
  4. apasai kalau islam kena masuk parti politik ke?

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari