Anwar dan Hadi
Awng Selamat
Selain kelemahan tertentu dalam Pas, antara faktor signifikan kepada kekalahan pembangkang di PRK Tenang ialah isu Anwar Ibrahim.
Pembangkang melangkah ke PRK Tenang dengan PKR pimpinan Anwar, sudah semakin tenat dan hampir terburai. Isu semakin ramai pemimpin dan ahli pelbagai kaum meninggalkan PKR, ternyata memberi kesan kepada keseluruhan pakatan pembangkang. Isu pergolakan dalaman PKR, pemilihan parti yang berserabut dan dikritik hebat serta kegagalan memberikan penjelasan menyakinkan terhadap banyak isu, menjadikan parti itu tidak lagi dihormati. Anwar sendiri berdepan dengan isu moral yang serius ekoran kes perbicaraan liwat. Banyak lagi persoalan mengenai kaitannya dengan beberapa individu masih belum terjawab.
Di Tenang, ceramah Anwar kurang mendapat sambutan. Cubaan beliau untuk bermain sentimen liar juga tidak berjaya. Malah Awang difahamkan, di sebuah kawasan Felda, seorang pemuda yang hadir bangkit merampas mikrofon kerana membantah ketua pembangkang itu memburuk-burukkan Felda. Khabarnya, Anwar yang sedang berceramah ketika itu terpaksa menghentikan ucapannya kerana ternyata hadirin tidak memihak kepada beliau. Awang percaya, era Anwar sudah berlalu. Selagi beliau menjadi sandaran, selagi itulah, potensi pembangkang amat terhad untuk meraih lebih banyak sokongan terutama majoriti Melayu. Pakatan pembangkang perlu memikirkan pemimpin yang lebih bersih untuk menggantikan Anwar. Awang nampak pada peringkat ini, Presiden Pas, Hadi Awang calon paling sesuai. Mungkin sebahagian daripada kalangan pemimpin pakatan pembangkang
bukan setakat jawatan, bini oarang pun dia rembat
ReplyDelete