boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, September 24, 2011

Salahguna Kuasa - Felda talian hayat Utusan Malaysia...

Salam Sejahtera,

Bukanlah UMNO namanya kalau tak menyalahkan kuasa yang ada pada mereka, sebelum ini Najib dikatakan menyalah guna kuasa melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, baca di najib-salahguna-kuasa-lantik-isa-samad.

Mungkin ini sebagai mengenang budi Isa Samad sewaktu kejadian tangkap basah di Port Dickson dimana Isa Samad menjadi MB dan menyelamatkan keadaan...

Dan hari ini berita Felda dengan tak semena-mena pi tolong selamat Utusan Malaysia,, satu lagi salah guna kuasa...

DALAM NEGERI

AKHBAR PERCUMA

WAN Mohd. Fandi Wan Daud (dua dari kiri) dan Mohd. Shafie Saparman (kiri) mengedar akhbar Utusan Malaysia kepada pengunjung gerai Felcra pada Karnival Usahawan Desa 2011 di Presint 2, Putrajaya, semalam.


FELCRA Berhad semalam mengedarkan 5,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada orang ramai yang berkunjung ke Karnival Usahawan Desa 2011 (KUD 2011) di Laman 1Malaysia Presint 2, Putrajaya membabitkan kos sebanyak RM6,000.

Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Felcra Berhad, Wan Mohd. Fandi Wan Daud berkata, pihaknya memilih Utusan Malaysia kerana ia banyak memberi input kepada pembaca terutama mengenai isu semasa di dalam dan luar negara.

Turut sama mengedarkan akhbar Utusan Malaysia tersebut ialah Pengurus Bahagian Tanam Semula Felcra Berhad, Mohd. Shafie Saparman dan Pegawai Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 3, Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), Yaum Ahmad Arsyad Md. Wazir .

Karnival lima hari bermula 21 September hingga esok bukan sahaja menjadi pentas kepada usahawan menampilkan produk keluaran mereka tetapi juga menjadi platform untuk mencari pasaran baharu hingga ke peringkat global.

Seramai 500 usahawan menyertai karnival tersebut dan mereka akan mempamer serta menjual empat produk utama iaitu makanan, kraf tangan, herba dan perkhidmatan.


,

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari