boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, October 10, 2011

Cadangan kenaikan Elaun Ahli Parlimen di tarik balik - Rosmah paling gembira..

Bila Najib umum sewaktu pembentangan bajet jumaat lepas tentang kenaikan elaun dan gaji ahli parlimen aku dok nampaknya, macam ada sesuatu tak kena, sebab syaratnya kena persetujuan semua ahli parlimen termasuk Pakatan Rakyat dan bebas,

Dan nampaknya serampang tiga mata Najib dah pun menjadi,,,


Keputusan yang sememangnya Najib dok tunggu dengan penuh harapan,, hari ini keluar kenyataan Menteri Pencacai no 1 Nazri Aziz yang cadangan tersebut ditarik balik kerana mendapat bantahan dari 4 orang ahli Parlimen iaitu Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Lim Guan Eng dan Salehuddin Ayub..

Dari sini kita boleh lihat cerdiknya Najib, tetapi cerdiknya itu dah dipintas oleh 4 orang ahli Parlimen pembangkang, Najib boleh dilihat kononya dia prihatin kepada semua rakyat termasuk ahli parlimen, tetapi sebenarnya bajet untuk Rosmah tahun ini tiada, maka dengan penolakan itu peruntukan elaun ahli parlimen mungkin boleh dialeh untuk Rosmah...

Ahli-ahli parlimen tak boleh nak marahkan Najib, ia dah buat cadangan tetapi dapat bantahan,, sebenarnya kalau Najib betul ikhlas nak bagi, ia tak payah keluarkan syarat perlu mendapat semua sokongan Ahli Parlimen,, umum sahajalah nak bagi, tetapi oleh sebab nak play safe Najib buat syarat,,

Bagi fikiran aku banyak baiknya apa yang dilakukan oleh 4 orang ahli parlimen tu, pertama sekali buat bakal-bakal calon Pakatan Rakyat mungkin ada yang terbantut rancangan untuk dicalonkan bila elaun kurang mengancam,,, kalau asyik nak kena keluar duit poket tak payahlah... bukan senang nak jaga satu kawasan parlimen,,, peruntukkan untuk pengundi di kawasan tak dapat kecualilah ahli parlimen BN,,

Dalam empat orang ahli parlimen tu cuma seorang yang aku nak ucap syabas,, iaitu Salahuddin Ayob, macam Anwar Ibrahim ia duit banyak dah, elaun Ketua Pembangkang pun ada, begitu juga Azmin sapa yang tak kenal dengan Azmin, selain Ahli Parlimen dia juga ADUN Bukit Antarabangsa begitu juga Lim Guan Eng, ADUN pun dia, lepas tu Ketua Menteri lagi,, banyak tu... tetapi Salahuddin hanya Ahli Parlimen, ulang alik ke kawasan palimennya di Kubang Kerian Kelantan pun dok naik bas ekpress aja,, lu orang boleh bayangkan,,, tetapi beliau sanggup menolak rancangan untuk menerima kenaikan elaun tambahan,

Bukan kerana elaun beliau berkhidmat,, tahniah.. inilah pemimpin yang kita nak..., ,




2 comments:

  1. Najib cerdik ke 4 ekor tu yg bodoh... hahaha

    ReplyDelete
  2. najeb mmg bijak...tapi belum cukup bijak melawan rakyat...we'll c next election..InsyaAllah..

    -anonimis-

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari