boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, October 19, 2013

Husam sokong dan harap Mukhriz Mahathir menang Naib Presiden Umno ... Ada apa-apa ka?




Ha ha ha, jangan terkejut,, inilah permainan politik bijak dari golongan bijak berfikir,,, 



Husam harap Mukhriz menang


Husam Musa

PASIR PUTEH - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berharap calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi jawatan tersebut pada Pemilihan Umno hari ini kerana pemimpin itu dikatakan membantu melemahkan hasrat kerajaan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Beliau berkata, kemenangan Mukhriz penting bagi membolehkan Tun Mahathir Mohamad menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada barisan kepimpinan Umno jika masih berminat menandatangani perjanjian tersebut.

“Itu saja cara untuk kita selamat daripada TPPA, ia tidak berkesan dengan bersuara dari luar kerana rakyat di kampung-kampung tidak faham implikasi TPPA ini sedangkan ia merupakan satu bentuk penjajahan baru yang lebih dahsyat daripada penjajahan British dahulu.

“British menakluki negara melalui beberapa perjanjian seperti perjanjian Pangkor, penyerahan Pulau Pinang dan sewa beli Singapura yang akhirnya menyaksikan mereka mengaut kekayaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Korban anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) di Markas Penerangan Pas Pasir Puteh di sini, kelmarin.

Turut hadir, Presiden Royalti, Nazri Deraman; Pengerusi Royalti Pasir Puteh, Zarir Yaacob; Yang Dipertua Pas Kawasan, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamed dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Yuganu Yunus.

Husam berkata, TPPA akan menyaksikan Amerika datang bersama syarikat-syarikat besar yang dilindungi menerusi perjanjian tersebut untuk mengongkong perdagangan negara.

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau gerakan anti TPPA perlu mengadakan bantahan khususnya di Jeli, Kelantan kerana menteri yang bertanggungjawab adalah Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli.

“Saya percaya rakyat Jeli tidak memahami TPPA sedangkan ianya merupakan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sepatutnya datang ke Malaysia baru-baru ini bagi tujuan tersebut tapi ia ditangguhkan memandangkan Perhimpunan Agung Umno belum selesai.

Amerika Syarikat memberi respons positif ke atas gesaan Malaysia supaya rundingan TPPA lebih fleksibel dan ia dilihat membantu mengukuhkan hubungan ekonomi antara Washington dan Kuala Lumpur.

Harap menang sahaja,, tak ada apa-apa pun,, jangan harap la kalau nak kerajaan perpaduan weiii..

Ha ha ha,, kalau aku pulak, harap-harap yang menang Naib Presiden Umno nanti ialah Ali Rustam, Isa Samad dan penyandang Hishamuddin Husain... apa macam ? Ngam wooo umno...



9 comments:

  1. Pakcu Rantau PanjangOctober 19, 2013 at 3:38 PM

    Main politik ni kadang-kadang dalam "sekubang" pun tak sebulu apa lagi jika parti lawan lagi tak belaga angin. Tengok YB Husam ni bila tak belaga angin dia sendiri dah lodeh kelemahan yang ada dalam kepimpinan Kerajaan Kelantan sekarang..termasuk hal kekah balak.

    Jadi orang politik ni ampu pukul perkara biasa..kata orang nasi makan air minum..yang susah tu asyik pukul lawan kita semuanya buruk belaka sedangkan diri sendiri pun penuh kurap...siapa nak mengaku......maaflah kalu Pakcu kata begitu ada yang terasa...walhaualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu pak cu saya harap walau apa terjadi biar lain daripada umno yang memerintah malaysia pulak kerana umno banyak buat kerosakan pada orang melayu. hidup melayu melayu hidup hidup melayu.

      Delete
    2. Bhai...selain umno lu nak parti mana yg memerintah malaysia.. apa jaminan yg melayu akan terbela...adakh nasib melayu kelantan lbh hebat dibawah pas.. melayu selangor lbh terbela dibawah pkr...adakh melayu tidak trpnggir di bwh dap di pp...lu nk PR yg perintah, ttp dibawah siapa tu bhai...pas? Pkr? atau yg pasti kuasa pntabiran dibwh dap...apa jaminannya bhai...sdngkn ketiga2 negeri dibwh pr melayu tidak mnjadi hebat pun...

      Delete
  2. Sah!!!. Umno dah beli husam.

    ReplyDelete
  3. Kalau husam semua bijak. kalau orang lain kata mcm tu semua UG. apalah manjung mari.

    ReplyDelete
  4. Kalau husam semua bijak. kalau orang lain kata mcm tu semua UG. apalah manjung mari.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari