boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, October 14, 2013

Terhebat - Kini terbukti sudah..

Sebelum ini setiap kali nak pilihan raya nak PRU, seringkali terdengar petugas parti pembangkang kena belasah dengan ahli-ahli samseng umno... malah ada sehingga kes ada kematian seperti di Lubuk Merbau, namun tiada apa-apa tindakan undang-undang sehingga hari ini..

Petugas Umno Bahagian Kota Raja dipukul





SHAH ALAM - Tidak sampai 24 jam keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diumumkan, seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas calon kawasan itu di hadapan sebuah cafe, di Kota Kemuning, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu.

Menurut mangsa, individu berkenaan tidak berpuas hati kerana kekalahannya kerana mendakwa dia difitnah petugas lawannya di peringkat bahagian.

"Bila saya tanya apakah fitnah itu dan siapa saksinya, abang-abangnya tidak dapat menjawabnya lalu terus memukul saya selepas 10 minit bertikam lidah.

"Selepas itu, kedua-dua abang individu itu terus memukul saya dan menumbuk di bahagian muka, badan serta menendang saya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, malam tadi.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas mangsa yang berusia awal 30-an itu bertengkar kerana adiknya tewas pada pemilihan semalam.

Mangsa sebelum itu menerima SMS pada jam kira-kira 7.45 malam semalam daripada abang bekas calon tersebut yang mahu bertemu mangsa di sebuah kafe di Seksyen 33, Shah Alam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi mendapatkan rawatan selepas cedera teruk di bahagian muka dan anggota badan yang lain.


Namun hari ini, apa yang berlaku pada parti pembangkang yang menjadi mangsa,, kini telah menular sesama mereka dalam umno,, moga-moga budaya ini terus merebak, terus membiak sehingga umno itu hancur.. 
Amin.... 



10 comments:

  1. Pejuang melayu dah x kenal mana kawan yg mana musuh kot...aduyai camne boleh jd macam ni boleh berentap same sendiri nnt kristian sng2 guna kalimah Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat negara arab dah lama kafir gunakan kalimah allah neh.siap ader siaran langsung lg time sambutan krismas.x der plak ulamak sana bising sampai bwk pedang.kih kih kih.lekeh kot ilmu ulama sana.

      Delete
    2. Maknanya lu tak kesah lah dgn status kalimah Allah...tak yah nk tunjuk sana sini bhai...lbh gentle klu lu nyatakn pendirian lu sbgi muslim...ehh lupa lak 'anon' tak semestinya islam...

      Delete
    3. Maknanya dia tak kesah. Suatu hari nanti kristian pun boleh guna masjid untuk sembahyang. Sebab tuhan sama. Lepas ni guan eng boleh minta duit zakat untuk bina gereja. Sebab nama tuhan sama. Tapi tak serupa.

      Delete
    4. memang tak kesah sama le cam umno tak kesah org melayu dok hina Islam. negara akan huru hara kalau hukum hudud.begitu le kata2 org yg juragan ngan org amno dok angkat jadi pemimpin

      Delete
  2. Hahaha...ini yg di kata kerana pulut santan binasa...kerana mulut, bhai mm merana...

    ReplyDelete
  3. kompom lepas nie tukar parti..kahkahkah..

    ReplyDelete
  4. Begitulah ahli parti buaya beraksi

    http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888

    ReplyDelete
  5. bekas org kuat pemuda pkr bawah ezam md noor.pernah kena belasah teruk oleh org umno semasa kempen utk pkr dlm prk diperlis.lepas tu ikut ezam masuk umno.skrg kena belasah lagi oleh org umno.lagi teruk....umno belasah umno...

    ReplyDelete
  6. PESANAN DRPD ORG UMNO: melayu sama melayu jangan brgaduh brmusuhan.. nanti brpecah belah.. cina tepuk tangan.. he he he.. ni smua salah DAP nih.. kah kah kah..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari