boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, March 19, 2014

MH 370 - Menteri Hishamudin ni pengecut atau penakut?

Setiap ahli Parlimen telah dipilih oleh pengundi dengan SAH melalui PRU di kawasannya, ahli parlimen tersebut bukan pendatang haram, bukan pelarian, mereka adalah rakyat warganegara Malaysia, dan sebelum dibenar memasuki Parlimen, perlu mengangkat sumpah terlebih dahulu,,, 

Jadi kenapa boleh ada diskriminasi dalam hal masaalah ehwal negara ?..


Dua hari yang lepas, timbuil isu jemputan taklimat mengenai MH370..

Yang peliknya hanya untuk ahli parlimen BN sahaja.... apa ni.. boleh baca Klik Sini,

Agaknya bila dah bising-bising,,, lubang hidung dah tak boleh tahan lagi,, maka keluar arahan baru pulak?...

 Nasional   

Ahli Parlimen PR kena mohon untuk taklimat MH370
pada 19-03-2014 10:03 

Post Pic
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat perlu memohon untuk menghadiri sesi taklimat bersabit misteri kehilangan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Tan Sri Hishammuddin Hussein.
 
Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat berkenaan kehilangan pesawat itu kepada kelab penyokong kerajaan (BBC).
 
Katanya, sesi taklimat itu dibuat setelah mendapat permohonan daripada kelab itu.
 
"Lepas ini mungkin kita dapat buat perjumpaan dengan pembangkang dan pakar-pakar lain.
 
"Sudah tentu (saya bersedia memberi taklimat) jika mereka memohonnya.
 
"Cuma, saya tidak pasti apa jangkaan mereka," kata Hishammuddin sewaktu ditemui selepas sesi taklimat kepada MP BN, di sebuah hotel di ibu kota malam tadi.
 
Sesi taklimat itu bermula sekitar jam 9.30 malam dan hanya berakhir pada jam 11.45 malam.
 
Selain MP BN, turut kelihatan hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Kalau macam ni taklimat, aku harap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tak payahlah nak buat permohonan tersebut,, sudah tentu dan aku yakin 100% taklimat kepada Bn lain topik jalan ceritanya, manakala untuk PR sudah tentu lain..

Sepatutnya, kenapa Hishamudin tidak menerangkan hal ini didalam Dewan Parlimen, ini adalah masaalah negara,, bukan masaalah parti umno dgn mic... biar sermua ahli parlimen dengar dan beri cadangan yang membina bagaimana nak menyelamatkan maruah negara.. 

Apa cerita sebenar semuanya ini?.. He he he, aku yakin,, Pesawat MH370 ada dalam negara Malaysia.?... 

1 comment:

  1. bagi aku...elok la menteri2 AYAM yg tanggung semua masalah ni sorang2...daripada umno copy paste idea dari jemaah PR kemudian kata dia punya idea lagi haram jadah...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari