boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

DS Najib melepaskan geramnya...bakal masuk semula ke hospital...

Setelah gambarnya tertera di tin minuman isotonik 100 plus, maka mestilah menunjukkan kegagahannya,,,, 

 






tetapi itulah,, jenis kalau melayu ni jenis mudah lupa.... belum genap setahun lagi rasanya....
Baca sendiri di SINI 


Apakah simangkok hayun ni suka cari cari publisiti murahan supaya rakyat simpati dengannya apabila ia masuk hospital.... tambahan pula dekat dengan PRU13 ni,,,, 






Saturday, November 12, 2011

Ada juga Melayu-melayu sokong Kenyataan Tony Pua

SAYA MELAYU, TAPI SAYA SOKONG TONY PUA

Oleh: Haji Melayu

Kecoh satu Malaysia bila Tony Pua membuat kenyataan akan mengurangkan kakitangan awam jika Pakatan Rakyat memerintah.

Gambaran yang diberikan ialah kakitangan awam marah. Orang Melayu juga marah kerana secara ‘bukan kebetulan’ mereka merupakan kelompok terbanyak dalam perkhidmatan itu. Malah di kalangan pemimpin pembangkang sendiri pun ada yang tak senang duduk dengan kenyataan tersebut. Bukan kerana bersimpati pada kakitangan awam, tapi lebih kerana takut kenyataan itu akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan dalam PRU akan datang.

Di pihak lain, khususnya konco-konco BN, terutama UMNO bersorak gembira. Pua memberikan mereka satu lagi bola tanggung.

Di sebuah negara di mana slogannya tidak pernah mencerminkan kehidupan sebenar mudah untuk dijangka bahawa isu ini akhirnya akan dijadikan sebagai petrol untuk menyalakan lagi sentimen perkauman. Kenyataan Pua tidak dilihat daripada sudut rasionalnya, tetapi akan dihazami, diulas dan dikupas sehingga membawa rakyat kembali pada satu kesimpulan yang cukup klise; bahawa DAP itu sememangnya anti-Melayu.

Begitulah cara kita berpolitik. Apa juga pandangan akan diterjemahkan dengan hati dan perasaan, bukannya dengan akal dan fikiran.

Saya juga orang Melayu. Saya juga pernah menjadi anggota perkhidmatan awam. Sampai sekarang masih ramai kaum kerabat saya yang makan gaji dengan kerajaan.

Dan pengalaman serta pengamatan sendiri meyakinkan saya bahawa pandangan Tony Pua banyak benarnya, manakala tindakan yang disebutnya sebagai bakal diambil oleh Pakatan Rakyat juga harus dialu-alukan sekiranya budaya kerja perkhidmatan awam sekarang diambil kira.

Ini bukan soal bangsa. Bukan soal Melayu atau tidak. Ini soal profesionalisme dan integriti.

Perkhidmatan awam kita memang teruk. Mungkin tidak terlalu teruk, tapi sebenarnya masih dalam kategori teruk. Itu hakikatnya. Gunakanlah indek apa pun, ia tidak akan mengubah fakta yang satu ini.

Sesiapa yang pernah berurusan dengan perkhidmatan awam di negara ini tentu pernah melalui sekurang-kurangnya satu pengalaman kurang manis, baik yang berkaitan dengan manusianya, sistemnya atau karenahnya.

Pengalaman sendiri menunjukkan bahawa sektor awam di Malaysia adalah lubuk tempat orang-orang yang lembap dan sembab berlindung. Di sinilah medan paling selesa untuk yang malas berfikir dan suka mencuri tulang mencari makan Dan di sini juga tempat yang buruk perangai mengaut hasil-hasil haram untuk dibawa balik.

Maaf, bunyinya agak kasar. Saya juga tak tujukan pada semua kakitangan awam. Saya akur ada sebahagian yang bekerja bertungkus lumus dengan tulus ikhlas untuk mencari rezeki yang halal. Malangnya bilangan mereka terlalu kecil dan mereka inilah sebenarnya yang patut disimpan oleh Pakatan Rakyat jika hasrat Tony Pua dilaksanakan. Yang selebihnya, bagi saya, hanyalah sampah-sampah hanyut yang hanya memburukkan imej negara.

Ada pihak beria-ia cuba menafikan bahawa kita mempunyai jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai – hampir 4 orang bagi setiap 100 penduduk (termasuk kanak-kanak dan bayi). Alasan mereka, ‘dah rakyat makin ramai, kakitangan pun kenalah bertambah ramai’.

Perkara yang mereka lupakan ialah jumlah itu secara langsung menunjukkan betapa tidak efisyennya perkhidmatan awam kita. Tetapi apalah yang boleh anda harapkan daripada satu sistem di mana sepuluh pegawai (mungkin) diperlukan untuk menyelesaikan satu masalah.

Pengalaman sendiri juga jelas menunjukkan pada saya betapa perkhidmatan awam kita penuh dengan dasar, sistem dan pendekatan yang entah apa-apa. Sudahlah bertindan tindih fungsi antara jabatan dan agensi, kaedah pelaksanaan dan penyampaian pula sentiasa go-head dan gostan. Mesyuarat, bengkel dan seminar menjadi cara hidup sedangkan hasilnya tidak sampai ke mana. Malah mesyuarat, dalam banyak keadaan, menjadi tempat untuk mereka melepaskan diri daripada tanggungjawab kerana setiap perkara akan dijadikan keputusan bersama, manakala seminar dan bengkel pula lazimnya menjadi ruang untuk bercuti dan makan angin dengan dibiayai oleh rakyat!

Saya percaya Tony Pua sendiri sebelum membuat kenyataannya telah meneliti semua aspek ini dengan menyeluruh dan bukan sewenang-wenang melontarkan hasrat serta pandangan. Begitu juga dengan pihak-pihak yang bermati-matian membelasah Pua dalam isu ini. Malangnya mereka enggan berkata benar. Atas kepentingan politik, atas nama perkauman, mereka sekali lagi memilih untuk berbohong dan menegakkan benang basah.

Tetapi apalah peliknya kerana berbohong itu memang telah menjadi cara hidup mereka.

Sumber : rontogdaily.


Komen Manjungmari - Dari sudut positifnya ada betulnya apa yang dicadangkan oleh Tony Pua, ditambah pula sekarang ini banyak kerja-kerja semuanya dah guna E-System... semuanya berkomputer..Kalau ditanya pada Ceupacs yang mewakili anggota pekerja awam kerajaan memanglah melenting tak setuju, tetapi cuba tanya kepada pelanggan-pelanggan iaitu rakyat jelata yang berhadapan dengan kerenag anggota JPA,,, faham-faham ajalah.....


Cuma cadangan aku pula, bagi sektor Pelajaran dan Kesihatan, kedua-dua sektor ini bukan kata patut, malah wajib ditambah anggota terutama sekali guru-guru sekolah, dan penambahan bangunan Sekolah,

Adalah lebih baik didirikan lagi psarana Sekolah-sekolah dengan memberikan keselesaan kepada pelajar dari kelas yang penuh bersesak dari memberi umpan PRU13 dengan RM100 setiap seorang pelajar...

Begitu juga dengan sektor Kesihatan, bayangkan bilik hospital yang padat dengan pesakit, malah lebih menyedihkan bilik untuk doktor-doktor nak merawat pesakit luar pun bersempit-sempit, satu bilik sampai 3-4 orang doktor berkongsi untuk memberi rawatan pada pesakit..




.

Friday, September 16, 2011

Catatan Santai - 27 jam aku di hospital Manjung..

Salam Sejahtera,

Pagi Rabu 14 Sep 2011 selesai berpakaian sempat juga aku update blog memaklumkan serta memohon doa dari pembaca sebelum aku dihantar oleh bini aku ke hospital Manjung, 10 minit lagi ke jam 8 pagi aku dah pergi ke kaunter No 2 untuk pendaftaran, terpaksa aku ketuk berkali-kali pintu tu, masih lagi terkunci, tak perasaan, rupanya waktu urusan bermula jam 8 pagi, tetapi kerani kaunter bertugas dengan ikhlas keluar dan membuka pintu memberi ruang untuk aku masuk dan mendaftar ... terima kasih...

Setelah selesai, aku dengan dibantu oleh bini aku membawa beg bekal air, kain dan tuala terus masuk menuju ke wad 7 seperti yang diarahkan... perh jauh juga aku nak menapak dan bertongkat menuju ke wad 7, sempat pula berjumpa dengan Cikgu Hasyim yang baru keluar dari Wad kerana menyambut kelahiran cucunya, yang keberapa....mungkin sulung agaknya...

Masuk saja aku ke dalam Wad 7 terpandang aku akan gambar-gambar karikatur yang masih terpampang di notice board dalam wad 7...,

Walaupun dah 4 bulan aku tinggal wad ni gambarnya masih lagi terlekat di sini..


Gambar-gambar ni dilukis oleh anak aku ganastakbertempat. sewaktu dia dok tunggu aku dalam wad selama 14 hari aku pada bulan Mei yang lalu..

Sampai saja aku kat kaunter wad 7 dah dengar suara-suara Staff Nurse (SN) yang masih aku ingat menegur dan memanggil bini aku makcik,... nasib aku kira baik kerana masih ada satu lagi katil (berpagar) yang kosong, aku ditanya boleh atau tidak guna katil tu ,, issh,, terasa benar aku cukup dihormati oleh (SN) tu,, sedangkan siapalah aku ni...

Selesai tukar pakaian hospital, aku hanya berehat di katil,, tak lama kemudian aku menyuruh bini aku balik, nak buat apa nak tunggu aku, aku dalam keadaan sehat, boleh bergerak kesana ke mari dengan menggunakan tongkat, bini aku balik, jiran sebelan katil aku seorang lelaki muda India pun dapat balik, selepas selesai doktor-doktor membuat lawatan dan pemeriksaan pagi,

HP aku masuk SMS,, Dr Wahab Arbain SMS aku tanya,, boleh call atau tidak, aku terus call,, Dr Wahab tanya masaalah aku, bila ia baca entry aku masuk wad,, lalu ia bercadang nak pos kat aku ubat homopati untuk proses pembesaran semula tulang yang rosak dalam badan...,

Sampai sahaja giliran aku dilawati oleh para-para doktor muda, keadaan aku diterangkan oleh seorang doktor kepada Doktor Hisyam seorang doktor yang senior dalam ortopodik, Doktor Hisyam lah yang rawat aku pada malam aku kemalangan dulu,, dengan muka tak malu, aku cuba merayu pada doktor Hisyam, supaya membatalkan aja apa yang dirancangkan oleh doktor yang merawat aku itu,,, dengan muka penuh senyuman dan nak ketawa Dr Hisyam mengatakan "Saya tak boleh nak membatalkan apa yang dibuat oleh Dr tu, ala Pak Cik sekejap aja nak keluarkan screw tu, tak sampai 5 minit, yang masaalahnya nak tunggu bilik OT kosong sahaja".

Tak lama kemudian masuk seorang tua dengan menggunakan wheel chairs yang dihantar oleh lelakinya duduk disebelah katil aku, nanti kisahnya aku aku cerita kemudian....

Tengahari waktu Lunch round lagi, kali ini diketuai oleh Doktor Suresh, Ketua Jabatan Ortopodik...sampai kat katil aku, aku ditegur dan Dr Suresh menyapa bahu aku,, Dr Hisyam menerangkan aku punya masaalah kepada Dr Suresh, aku dok nampak Dr Suresh macam tak berapa nak setuju,, hah lega rasa isi hati aku, harap-harap Dr Sureh tak setuju,,, Dr Suresh minta nak tengok laporan X-Ray aku, dah terpaksa Nurse keluar mencari Xray aku,, setengah jam selepas tu sampai seorang SN membawa envelope besar warna kuning berisi X-ray diserahkan kepada Dr Suresh,,, Dr Suresh perati dengan diterangkan oleh Dr Hisyam,, lepas tu diam aja Dr Suresh,,,, hampa perasaan aku,, nampaknya terpaksalah aku menempuhi satu lagi azab....

Masuk waktu zohor, aku pi surau dihadapan pintu masuk wad 6, balik relax bersembang dan layan pakcik sebelah aku tu,,, masuk waktu asar pi surau lagi, balik relax, dapat minum teh susu dan biskut kraker, habis semua aku bedal,, sebab operate aku tak payah puasa,,, tunggu sampai masuk magrib.. pi surau,, balik semula ke wad relax, sembang layan pakcik sebelah lagi...., masuk waktu isyak aku terus ke surau, tak tunggu lama...

Balik semula ke wad, jam 9 malam bini aku sampai tengok aku, masih lagi belum buat apa-apa,,, tak tau bila giliran,,, dekat jam 10 malam, datang Nurse bawa baju apron dan topi mandi plastic untuk aku, menandakan waktu aku dah tiba,, aku tukar pakaian, terus tunggu dan naik strcther yang disedia,,, tak lama kemudian datang seorang lagi SN kat aku,, minta maaf Pakcik,, pak Cik kena tunggu dulu,, ada orang lain yang kena pergi dulu,, tak apalah tunggu lagi aku... turun balik dari strecher duduk balik kat katil 17....

Lima belas minit kemudian aku dipanggil pergi ke bilik OT, tetapi bukan naik strecher lagi,, strecher dah tak ada,, aku kena naik wheel Chair sahaja, ditolak oleh seorang SN yang baru masuk ganti syif malam,,, suka SN tu, ia masih kenal lagi aku,,, Sampai dipintu bilik OT, tunggu wakil bilik OT keluar bawa strecher bilik OT aku naik ke atas strecher dan dibawa masuk oleh staff bilik OT...

Sampai didalam bilik, aku ditanya nama, sama prosidernya sebelum ini, tak lama kemudian aku nampak Dr Hisham pun masuk, pakai uniform bilik bedah,, aku tanya staff bilik OT, adakah Dr Hisyam yang akan operate aku,, iya jawabnya,, hurghh lega dan timbil semangat untuk aku,, bukan apa, Dr Hisyam kira orang lama,, aku tak perlu risau lagi.....

Bila aku sampai kat katil bedah, aku kena beralih dari stracher naik keatas katil khas tempat bedah,, aku diperingat oleh Dr Hisyam, baik-baik naik tu, mahal katil tu, RM250 ribu harga,, mulut aku yang jenis capoi terus jawab balik, RM250ribu mana mahalnya,, cincin RM24 juta lagi mahal,, terdiam Dr Hisyam dan staf-staf,, kacau.. apalah aku ni pi cari nahas ni, buatnya Dr Hisham tu dan staf-staf dalam tu penyokong UMNO totok mampus aku di anyam dek mereka,,,,

Setelah aku berada di atas katil khas , tubuh aku dibalut dengan selimut, dada aku diletakkan satu alat penghadang pemandangan mata aku, yang tinggal kepala lutut kanan turun ke tapak kaki aku sahaja,, selepas itu dari kepala betis turun ke kaki semua dibasuh oleh mereka,, berdenyut-denyut badan aku menahan kegelian...

Permulaan operate bermula, Dr Hisyam memaklumkan kepada aku,, Pak Cik,, saya akan injek bius pada tempat yang akan dioperate, tahan ya... kalau sakit bagi tahu, saya tambah ubat tahan sakit.... dari sini bermulalah proses mereka mengerjakan aku,,, tak payahlah aku cerita proses ini, kang ada pula yang takut tak mau pergi operate,, cuma aku nak bagi tau, operate yang aku ni dipanggil "LA" Local adjuster kut,, ia cuma bius untuk tahan sakit hanya untuk di sekitar nak dioperate sahaja,, jadi kut mana pun kita akan terasa sakitnya,,, aku masih boleh bertahan,,, cuma bila waktu screw nak dikeluarkan (diputar) daripada tulang tu,,, terasa sakitnya,,, tapi masih boleh tahannn.... dan aku ditanya lagi oleh Dr Hisyam,, Pak Cik dulu Navy ke.... aku jawab ya..agaknya maruah Navy terjaga sikit kut,, sebba kesakitan yang aku alami tu dapat aku lalui..........

Kemudian bila screw dah dapat dibawa keluar, Dr Hisyam bagi tau,, OK Pak Cik,, dah dapat keluar dah,,screw warna hijau pak cik, alhamdulillah,,aku jawab balik, warna kegemaran saya tu doktor... susah juga Dr Hisham nak cari kedudukkan screw tu, sebabnya tempat baru yang ditebuk, bukan tempat diparut lama tu.... Ada lagi satu azab yang aku harus tahan, iaitu nak jahitluka tu, Pak Cik tahan sikit ya,,, nak jahit ni, tak banyak 4 jarum aja... whooi... terasa bila dicucuk jarum kemudian benang jahita itu ditarik....

Setelah siap, seorang staff bilik tu pun bagi screw tu kat aku siap berbungkus kemas untuk buat kenang-kenangan...


Inilah screwnya,,, waktu nak pasang dulu aku tak rasa apa-apa pun, sebab aku dibius separuh badan,,, kemudian Dr Hisyam memberi peluang kepada aku, samaada lepas ni nak balik rumah terus pun boleh, atau nak tidur dalam wad,,
Fikir-fikir aku ambik keputusan tidur kat wad, suruh bini aku balik tidur kat rumah, sebab aku sehat macam biasa, boleh berjalan kalau nak ketandas,, bini aku balik, aku kena lagi layan pak cik sebelah ajak bersembang..

Sehinggalah aku tertidur,,, yang sekejap tidur sekajap jaga akibat suasana dalam wad... masik waktu subuh aku bangun pi suran nak solat,, satu masaalah timbul.... ni gambarnya..

Benda alah ni pasang pergelangan lengan kiri aku dengan ducucuk batang plastik halus tu kedalam urat lengan aku,, selalunya ini digunakan untuk memasukkan air dalam badan atau ubat antibiotik,,, jadi sebagai persedian takut berlaku apa-apa atas diri aku, Doktor dalam wad telah memasang ini kepada aku sebelum aku nak masuk bilik OT..., bila balik selesai dari operate, aku dah bagi tau kepada SN supaya cabut balik benda ni,, SN jawab tak boleh,, bila dah nak discharges baru boleh cabut,,,

Sakit juga, tangan tak boleh nak genggam,,, bila aku nak wuduk, timbul masaalahnya, sebab benda bila dipasang, ada plaster yang agak besar membalut dan menahan benda ni takut tercabut,,, aku mengambil keputusan sendiri membuka plaster tu sahaja, entah kenapa gatai sangat,, aku pi cabut benda ni dari pergelangan aku,,, memancut darah keluar,, tak berenti bro... panik sekejap,, nak balik pi wad pun aku segan sebab silap pi cari sendiri,, aku cuba tahan darah keluar,, tak mahu jiga, masih keluar,, kemudian aku tahan kat lubang keluar tu sambil bawa tangan tu kat paip ait tempat wuduk dan basuk, kemudian tempat luka tu aku hisap (sedut) sedikit, sebab inilah yang dok praktik dari dulu bila jari aku luka kena pisau, dan alhamdulillah darah tu pun berenti dari keluar, mungkin kulit yang luka tu tertutup kembali bila kena air luir tu,, alhamdulillah,, dapat aku solat subuh dengan sempurna...

Pagi 15 Sep, setelah selesai kemas katil oleh Jururawat pelatih, sarapan pagi sampai,, sebiji roti burger berintikan jem nenas dan air kopi o,, hanya roti yang aku tibai,,, kopi o aku tak mau,, lebih rela aku minum air kosong... Tak lama datang seorang Dr perempuan nak buka balutan luka bekas jahitan tu,, setelah kain bandis tu dibuka,, ada plaster yag menutupi jahitan tu,, perghh, gam plaster tu boleh tahan,, Dr tu tak sampai hati nak tarik pada mulanya,, ia suruh aku tarik sendiri,, bukan apa, bulu roma aku banyak,, gam tu dah melekat kat bulu roma, aduh.. satu lagi azab,,, aku cuba tarik sedikit demi sedikit,, kemudian dibantu oleh Dr tu,, tup-tup Dr tu terus menyentap plaster tu... aduhhh,,, tetapi sakitnya hanya sekali,, pandai Dr tu tackle aku nak tarik plaster....

Tak lama selepas tu lawatan oleh Dr-dr wad tu seperti biasa setiap pagi, aku dah tak ada apa-apa lagi boleh discharge, Dr yang agak senior juga, Dr AlHafiz bagi penerangan, cuti MC sebulan, 2 minggu selepas ni buka jahitan dan ubat..., OK... tak lama kemudian datang seorang SN shift pagi, mari tengok luka jahitan aku,,, kemudian dia terus choopp (booking) nak dressing,, hairan juga aku... rupanya jam 9 pagi lebih kurang, SN ni kena odit cara nak dressing pesakit,, sebabkan jahit aku terlalu kecil dan mudah,, tu yang dia booking nak ambik tu,,

Datang seorang sister dari wad lain bersama SN yang nak dressing luka aku tu, proper cara dia nak buat kerja,, sebab sister ada sekali,,, siap memperkenalkan nama dia, apa tujuan dia bla..bla...,, sempat aku berbual dengan sister tu, bini bekas Navy juga,,, itu untungnya aku,, banyak sister dan SN dalam hospital manjung bini Navy,, jadi gamaknya bila aku masuk dalam wad,,, ada sedikit keistemewaan secara tidak langsung yang aku dapat... alhamdulillah...

Dekat jam 10 lebih, baru siap segala surat datang semula, surat X-ray dan MC,, aku call bini aku, minta anak aku mai ambik aku... bila dah dapat semuanya,, tengok-tengok MC doktor bagi sehari lagi sahaja,, iaitu 14 hb aku masuk dan 15hb aku keluar... sedangkan sebelum ini aku dengar doktor kata sebulan,,, komplain balik kat SN yang bagi tu,,, SN tu pun faham,, mungkin timbul kekeliruan, sebab Dr yang cakap lain, Dr yang tukang tulis dalam fail rekod perbatan kita orang lain... ada misunderstanding sikit...

SN menasihatkan aku balik dulu, nanti mereka akan minta Dr buat MC lain,, aku pun keluar,, anak aku pi serah surat bil bayaran dan ambik ubat kat farmasi, aku berjalan sorang ikut belakang lambat la sikit sebab bertongkat...

Sampai kat rumah HP aku berbunyi, tengok nombor 056883162, aku agak sah call dari hospital.. aku jawab... dia hallo kat aku Pak Cik Mad **** ke tu,, aku jawab ya saya... kat mana pak cik,, aku jawab dah sampai rumah dah.... depa dok ingat aku kat area hospital lagi,,, apa tak nya.. rumah aku dengan hospital 5 minit boleh sampai.... Depa bagi tau MC aku Dr dah sain yang baru,,, anak aku sekali lagi kena pi ke hospital pi ambik,,,, alhamdulillah.. MC lagi sampai 13 Okt....

Petang semalam letih aku tak hilang,,, aku hanya boleh buka komputer check email dan tengok apa yang patut, cari satu sumber yang agak Ok aku cilok masuk dalam blog ni... tak ada idea nak menulis....

Petang jam 3 lebih, dengar hon kenderaan,, rupanya Van POSLAJU dah berehnti depan pagar rumah aku,, aku buka pintu, bila posmen yang juga pemandu Van nampak aku buka pintu dengan bertongkat, ia tanya nama dan nombor IC aku dari dalam Van,, rupa-rupanya ia tulis nama aku,, kemudian ia turun dan masuk kerumah aku hantar ni kat aku....


Dr Wahab pos pada pagi Rabu, petang semalam aku dah terima,,, Beriktiar bersungguh-sungguh Dr Wahab kat aku, sebab selepas sahaja aku call dia dia terus ke pejabat POS hantar ubat ni mai kat aku... JAZAKKALLAH HU KHAIRAN KASIRA JAZA Doktor... Moga-moga ubat yang anta hantar kat ana ni ada keberkatannya.... Insyallah....




Wednesday, September 14, 2011

Makluman dan mohon maaf...

Salam Sejahtera..

Bermula sejak hati minggu 11/09/11 aku bleh dikatakan sibuk sedikit, tak dapat nak melayani blog dengan sewajarnyan, apa tidak tidaknya, rumah aku pada hari tersebut, alhamdulillah dikunjungi rakan-rakan tak putus-putus sehingg ke tengah malam,,,,, walaupun bukan rumag terbuka....

Pagi Isnin,, aku kena pegi hospital buat fisio terapi,, letih gila selepas tu,, setelah sebulan bercuti.....

Pagi semalam,,, aku appointment dengan Doktor,, setelah X-Ray diambil,, keaddannya masih seperti bulan lepas....

Jadi atas arahan Doktor nak atau tidak,, aku kena masuk balik hospital pada pagi ini jam 8.00 pagi 14/09/11,, untuk minor operate.., apa yang harapkan buat para pembaca semua,, tolong doakan buat diri aku semoga kerja-kerja ini berjalan lancar dan diberi keselamtan oleh Allah S.W.T Insyaallah..

Wassalam...

.

Tuesday, August 23, 2011

Berita Sedih - Ostad Kazim masuk Hospital lagi...

Salam Sejahtera..

Berita sedih buat pejuang-pejuang melayu nasionalisma... Ostad kebanggaan mereka dimasukkan ke hospital....


Satu jenis penyakit yang boleh dikatakan ganjil,,, tak boleh tidur... yang aku dok pening selalu ostad ni dalam kuliah-kuliahnya selalu diselitkan petua-petua untuk menghilangkan berbagai penyakit,,,, namun beliau sendiri kena penyakit yang pelik....

Pakat-pakatlah berdoa minta Allah sembuhkan penyakitnya itu....





Wednesday, August 3, 2011

Lihatlah....Memang TERHEBAT.....

Salam sejahtera.

Sedikit timbul persoalan dalam benak kepala aku.... bila aku dok lihat gambar-gambar ni....,






Timbul di kepala, ubat apa yang doktor HKL bagi dia makan atau teknik apa yang pakar-pakar bedah HKL lakukan...... bila aku baca di Knee_arthroscopy

Paling-paling koman pun 7 hari selepas pembedahan baru OK.... ni baru berapa hari,, tolong kira mai sat.... tak pastilah,, mungkin ada bomoh-bomoh hebat turut serta.... wallah huaklam...







Thursday, June 16, 2011

DAP, PKR dan PAS...

Salam Sejahtera,

Dua tiga hari yang lepas, kawan yang juga guru aku yang menjadi blogger Mat Saman Kati (MSK) dah pun memasuki parti DAP, bila DAP secara rasmi mempelawa kaum melayu menjadi ahli parti mereka... he he nampaknya dia dah masuk dulu, awai-awai lagi bila aku bersuara di SINI.

Mengenai DAP Perak ni, ada sedikit cerita yang boleh dikongsi bersama,,, sewaktu hari pertama aku masuk hospital Manjung pada 5 May dulu, jiran sebelah katil aku ialah saudara Munusamy dari Bruas, beliau terpaksa menjalani proses di bilik (chamber) tekanan udara anggota Penyelam TLDM di Hospital Angktan Tentera Lumut, kerana hanya disitu sahaja peratalan yang terdapat di hospital kerajaan dalam Malaysia ini,

Setiap kali rawatan di HAT Lumut, bayaran yang dikenakan iala RM10, malangnya Munusamy ni orang susah, dua jari kakinya dah kena potong, jikalau ia pergi dapatkan rawatan di HAT, luka bekas kena potongnya tu cepat kering, dan kulit baru akan mudah terjadi semula...

Setiap hari selama 6 hari aku asyik dok dengar rungutan dari doktor dan jururawat, mengenai surat sokongan dari ketua kampong dan penghulu tak laku, di HAT Lumut tak mau terima,,, Selepas tu, pada 10 May, sehari sebelum aku bedah, datang doktor pakar yang juga ketua bahagian orthopodik Hospital Manjung, Doktor Suresh, aku rasa sama etnik dengan Munusamy ni, dia mari pun, siap pegang dan urut belakang Munusamy ni, siap dok panggil anne,anne... doktor-doktor lain pun ramai ada sekali, aku dok ingat di nak tolong bayar kat Munusamay ni, ialah bukannya banyak cuma RM300.00 sahaja,,, rupa-rupanya... erhhhh habuk pun tarak... lain benda yang disuruhnya...

Hari Rabu 11 May aku operate kaki, esoknya hari Khamis baru aku rasa lega, dah boleh bergerak sedikit sebanyak, sebelum ni selama 6 hari aku tak boleh nak bergerak, apa tidaknya... kaki aku kat tumit dah kena gantung besi berat 5 kilo, macam mana nak bergerak, makan pun setakat 3-4 sudu sahaja, takut nak berak,, macam mana,, nasib baik selama 6 hari tu aku tak rasa nak berak..

Bila aku dah rasa sehat, pagi Khamis tu juga aku call jasonlhling, beliau yang aku kenali ialah Pegawai Khidmat Ngeh Khoo Ham AP Bruas dan ADUN Stiawan, dua kali aku call tak jawab, 15 lepas tu Jason call aku balik, aku bagi tau aku dah masuk Hospital, dah lepas kena operate dah pun, aku panggil dia mai Hospital, jam 10 pagi Jason terus mari, bising dia kat aku, kenapa dah 6 hari baru bagi tau kat dia, aku jawab balik, bukan masaalah aku, aku nak minta dia tolong selesaikan masaalah Munusamy ni,, memang aku kesian kat anne ni, beliau tak tahu bagaimana nak usaha minta bantuan,,

Setelah duduk berbual dengan Jason, rupanya Jason dah tak berkhidmat lagi dengan Ngeh Khoo Ham, dari sini baru aku tau siapa itu Ngeh Khoo Ham, tahu cerita sebenar, dan aku percaya dengan apa yang diceritakan oleh Jason....Ngeh ni bagi aku lebih kurang macam Azmin jugalah kalau dalam PKR, itu pasai sebelum ini kita ada dengar kekecohan Kulasegaran sampai nak keluar parti DAP,

Jason ni punyalah frust bila dia dok cerita kat apa yang terjadi pada dirinya sewaktu dia berkidmat dulu, sehingga ia rasa nak keluar DAP dan join PKR, namun ia tetap bertahan kerana sayangkan DAP Stiawan,, yang ia paling frust DAP Stiawan ada buat collection untuk bantuan pengundi Stiawan, budget tu dah dibawa Ngeh ke Sarawak, siapa tak hangat....

Oleh kerana Jason tak berkhidmat lagi, ia nak bagi no hp Ngeh kat aku, ia suruh aku call sendiri Ngeh, aku kata tak payahlah, pandangan aku Ngeh memang menyombong sikit, aku sendiri pun malas, lepas tu ia bagi no hp Paul Yong, peg Khidmat Ngeh yang baru, dan minta aku sendiri bagi tau, kalau Jason yang bagi tau, Ngeh atau Paul Yong tak akan layan.... Ok aku setuju...

Jason pun balik,, dalam aku dok tengah taip SMS nak bagi tau kat Paul Yong, Jason call Hp aku lagi, ia bagi tau tak payah minta bantuan pada Ngeh, dia dah dapat persetujuan dari Ketua DAP Kampong Bintang Stiawan, nak bantu si Munusamy ni,, Jason nak bantu RM100, manakala RM200 lagi Ketua Dap Kampong Bintang nak bagi,,, dan dia kata nak bagi pada hari Sabtu siap nak bawa cameraman Tamil Nessan, Oklah...




Seperti yang dijanjikan hari sabtu jam 0900 pagi sampailah Jason, Kumaran (ketua DAP Kampong Bintang) dan Cameran Tamil Nessan, Jason siap bawa buah, 2 bungkus 1 untuk aku, satu lagi untuk Munusamy, diperkenalnya aku Blogger MM kepada Kumaran dan cameraman TN...

Setelah siap bergambar Jason ada hal lain, ia nak kena pi Ipoh kalau tak silap aku, lalu diberilah wangnya dulu sebanyak RM100 kepada Kumaran supaya diberkana kepada Munusamy, Si Kumaran sembang-sembang dekat 1/2 jam lebih dengan Munusamy, maka diberilah RM100 sahaja yang Jason tinggalkan tu, lagi RM 200 katanya petang nanti akan diberikan, akan dibawa seorang lagi ketua komunity mereka India juga katanya,, Oklah...

Tunggu sampai petang, tak ada, agaknya esoknya kut Ahad,, pun tak ada juga,, sampailah ke hari Rabu 14 May, nampaknya si Kumaran Ketua DAP Kampong Bintang dan kencing sesama kaumnya sendiri.... manakala aku dah boleh discharge, aku suruh tengok dalam beg aku, berapa baki wang-wang yang kawan-kawan ziarah hadiah kat aku dahulu tu, bini aku cakap banyak lagi,, jadi aku suruh bini aku bagi RM100 kat Munusamy tu, aku kesian juga ke dia, sebagai sesama manusia, dia tak pernah bersuara tentang kesusahan yang dialaminya, tetapi aku dapat rasakan apa yang dia rasa...,

Lepas saja bini aku pi bagi kat dia, si Munusamy ni beralih mai kat aku, angkat kedua belah tangannya macam depa dok sembah tokong depa tu, ia mai sembah kat aku, ucap terima kasih,,, tu dia... jenuh nak bertepis aku....

Itulah sikap manusia, tak kira kaum, tak kira parti apa, bermacam-macam perangai....

Thank You Jason... I hope next Election DUN Stiawan you ambil alih dari Ngeh Khoo Ham...... Ganti yang lebih baik....



Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah..Aku dah beransur sehat,,,.

Salam Sejahtera,

Dah 5 hari aku balik ke rumah , sejak petang rabu 18 Mei lalu, selama 14 hari aku di hospital Manjung, ergrhh beribu macam kisah yang aku hadapi, kesimpulannya yang boleh aku katakan buat pembaca semua,,, BELILAH INSURAN KESIHATAN....

Dah banyak produk-produk insuran Islam, belilah... jangan jadi macam apa yang aku rasai,.... mulanya aku aku ingat dalam kad pencen aku tertulis layak wad kelas 2, jadi apa nak kisah, bila dah masuk wad baru ketahuan aapa sebenarnya.... tak merasa pun wad kelas 2, hanya sekadar dapat makan wad kelas 2, berbeza dengan wad biasa, itu sahaja...

Bagi yang layak 1st class pun jangan nak perasan, aku peringatkan..., kerana hari jumaat 6 Mei, selepas 1 hari aku masuk, masuk satu orang tua lelaki 80 lebih umurnya, anak lelakinnya, asyik dok tanyak wad 1st class seorang sebilik untuk bapanya, punyalah bising..
Dalam pada iti anaknya itu mai ziarah bertanya khabar kat aku, bila dia dia tengok kaki aku, dia bagi tau dirinya.... rupanya dia OKU... kaki kakan palsu, accident tahun 96 hancur...., sekarang dia bersyukur dah berjaya, salah satu jawatannya ialah exco pemuda UMNO, itu yang dia bangga sangat tu, dan dia bagi tau abangnya juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Parit..., terkejut aku....

Lantak hanglah,,, cuma aku bagi nasihat jagalah bapanya selagi ada hayat, itu yang ia respek dan baik dgn aku...., cuma nak jadi cerita petang Sabtu ramai adik beradk sekeluarga yang datang ziarah bapanya....maklumlah... anak-anaknya 12 orang....

Tak lama selepas tu giliran aku pula... Muslimat PAS Lumut mai melawat aku,, berbelas orang juga,, aku rasa mungkin budak tu menyedarinya, namun aku masih buat macam biasa juga... sehinggalah pada malamnya barulah bapanya di pindahkan ke wad 1st class, itu pun asyik dia dok tanya kat stafnurse dalam wad tu.... sampai naik meluat nurse-nurse... baru nak dapat, deposit RM1000 dah bayar, wad tak dapat.. mengamuk lah depa....

Kawan bini aku, layak dapat 1st class, 3 hari sebelum aku discharge, kena masuk wad paru-paru berair, wad perempuan penuh, terpaksa duduk katil tumpang kat tengah laluan pejalan dalam wad, bila time lawatan terpaksa beralih muka ke dinding malu kat pelawat yang dok masuk ziarah pesakit, terpaksa tebal muka, mulut kena rajin dok tanya baru dapat masuk wad 1st class...

Jadi hangpa pakat fikirlah sendiri, aku tak mau nak cerita bab layanan dalam hospital. nak marah pada kakitangan hospital tak boleh, mereka hanya pelaksana tugas, doktor yang bijak-bijak, yang pakar semuanya cabut ke hospital swasta, yang tinggal........, dan aku dijadikan sebahagian dari bahan belajar untuk doktor-doktor baru keluar dari universiti..

Apa pun, semuanya ini ada hikmah yang cukup besar,... tak dapat aku nak ceritakan semuanya disini, kawan-kawan, saudara ramai yang hubungi aku, memalu hp, sms dan terima kasih diatas doa kalian semua...

Dan di dalam wad 7 juga aku banyak mengenali sifat manusia, macam-macam... biarlah menjadi koleksi ingatan diri aku, terima kasih Dr Jeremy, Dr lelaki Cina, Dr Mastura dsn kawannya Dr Baby(pregnant) yang tak jemu-jemu memberi rawatan pada aku termasuk semua sekali doktor-doktor yang lain yang aku tak ingat nama mereka, begitu juga pada semua staf nurse wad 7 terutama sekali Kak Mah (Isteri Kapten Wan Apandi) yang banyak sekali membantu aku, sekali lagi terima kasih kak Mah.... begitu adik=adik pelatih dari KKM, Pelatih dari Nilam Kolej Melaka terutama adik yang agak sehat tu,,,, dan pelatih dari SEGI kolej... terima kasih semua....

Alhamdulillah, aku dah diberi sedikit kekuatan, doa kan aku diberikan semngata untuk menulis semula, moga-moga dapat bangun melawan kembali mungkar-mungkar yang terpaksa kita hadapi saban hari....

Sehingga ketemu lagi......Wassalam....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari