boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, March 31, 2009

PRK P059 - Buat Semua Penulis Blog dan Petugas-petugas Jamaah Islam....



Buat semua kekawan rakan seperjuangan penulis blog sekelian... Pertama sekali aku memohon maaf jika tulisan ini menyentuh perasaan kalian.. Memang kita semua mahukan kemenangan di pihak kita di Bukit Gantang.. Itulah yang ada dalam semua naluri kita.. Kita mahukan kemenangan.
Aku di sini cuma nak menyampaikan pesanan Sifu aku, supaya kita penulis-penulis blog semua janganlah terlalu ghairah dalam suasana keadaan yang ada sekarang sejak bermula dari hari penamaan calon lagi, seolah-olah kita dah menghampiri detik kemenangan disebabkan suasana kelebihan pengundi-pengundi seolah-olah di sebelah kita. Satu lagi kita semua terlalu ghairah dengan kehadiran penyokong kita yang terlalu ramai pada hari penamaan calon. 
Sahabat sekalian.. kita kena berbalik kepada peringatan Allah yang telah siap sedia ada di dalam sumber rujukan kita iaitu Al-Quran. Sila rujuk dan fahami makna ayat di bawah dari Surah At-Taubah ayat 25.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ

Maksud Ayat: Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.


Sahabat sekelian, dari itu kita janganlah sesekali  merasakan kemenangan sudah berada di pihak kita, pihak musuh UMNO/BN setiap saat setiap detik sentiasa mencari helah untuk menjatuhkan jemaah Islam, kita kena ingat mereka mempunyai segala bentuk kemudahan yang telah sedia ada untuk menghadapi kita, kita hanya cuma ada Allah S.W.T sahaja tempat kita mengadu bergantung nasib, jadi dari itu aku mengajak dfiri aku sekali bersama-sama semua sahabat sekelian walau apa ketika sekali pun dalam melaksanakan tugas-tugas untuk mencapai kemenangan jangan sesekali kita lupa hak dan tanggungjawab kita kepada Allah, janganlah solat 5 waktu kita dilengah-lengahkan, itu yang wajib, kalau boleh yang hak sunat pun eloklah kita sama-sama amalkan mohon pada Allah memberi kemenangan.

Sahabat Sekelian, kita tidak mahu sejarah peperangan Uhud berulang lagi kepada kita, kita kena ingat, kemenangan di Bukit Gantang amat-amat diperlukan, bukan setakat kemenangan, tetapi kita mahukan majoriti besar, kita mahu rakyat terjemahkan undi mereka kepada protes untuk UMNO/BN.

Akhir kata aku mohon kepada sahabat-sahabat sekelian, marilah kita laksanakan apa yang diarahkan oleh Ketua Penerangan Datuk YB Mahfus Omar di Markas PAS Air Kuning pada malam 28/03/09, sayang sekali aku tidak dapat menghadiri taklimat tersebut, aku berada dipekan Simpang, terkepung dik hujan, biasalah naik motor, baju hujan pulak aku tinggal kat bilik tumpangan kerana basah disebabkan dah kena hujan di Pantai Remis dan Kuala Terong hinggalah ke Simpang pada petang Sabtu tu lagi.. Cuma yang aku dapat tahu YB Mahfus sarankan kita menggunakan 3 M, eloklah, sama-sama kita praktikkan.

Lagi satu aku harap Pimpinan-pimpinan PAS yang mengendalikan tugas PRK Bukit Gantang dapatlah menimbangkan saranan-saranan dari kekawan aku dari blogger Perakexpress yang ada membuat penambaikan untuk sama-sama kita mencapai kemenangan, kami dari bloger nampak dengan cara pandangan bloger.. jadi pertimbangkan jika ada saranan-saranan dari para blogger, kerana kami juga mahukan kemenangan.

Apa pun masa masih ada 6 hari lagi untuk menentukan siapakan yang berhak mendapat pilihan rakyat, jadi sama-samalah kita melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan untuk kemenangan Islam. Insyaallah.  


PRK 059 - Bukit Gantang - 2 Perkara Di Larang.....




Ada dua perkara yang yang dilarang kepada penceramah di  Parlimen Bukit Gantang.. Cerita lanjut ada kas sini

Pertama bab Altantunya, pasai apa tak boleh sebut jangan tanya aku.. ini arahan pihak polis, bukan SPR... sekarang undang-undang nak cakap pun susah, silap cakap kang siap duit la....

Bab kedua, tak boleh dok bahas pasai Sultan dengan istana, jadi penceramah jangan dok memandai ulas hal istana.. UMNO nak ulas tak apa... sebab depa semua boleh.... jadi sendiri fikir.. jangan susah hati.. 7 haribulan nanti bila masuk masuk pusat mengundi tak payah fikir banyak lagi, terang dan jelas.. oo bulan.

Monday, March 30, 2009

PRK 059 - Saya anak tempatan/ Bab Nizar jadi Imam...


Calon BN PRK 059 mengatakan biar mahkamah tentukan tentang peralihan kuasa kerajaan negeri Perak, pengundi jangan menjadi korban bab tu...amboi sedapnya cakap, yang hangpa pi rompak kerajaan PR sapa suruh, hangpa dah guna polis, SPRM, SPR, hakim semua habis hang lacurkan baru, baru nak ingat kat mahkamah...kemudian Ismail berkata"meskipun ada pihak yang mengandaikan pertembungannya dengan Nizar dianggap tidak setaraf, Ismail berkata, perkara itu tidak timbul kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri." cerita lanjut kat sini    anak tempatan pun nak buat apa!!! kalau perangai sebelum ni semasa S/U MPM semua orang dah tau...


Kemudian kisah semalam pulak bab Nizar jadi Imam sembahyang magrib di Masjid Simpang, dari pagi tadi sampai ke malam ni.. surat khabar hari ini timbul isu ni, warta berita malam ni pun semua dok cerita bab Nizar jadi Imam, Nizar pi kacau program BN nak baca Yasin dan sembahyang hajat.. apa itu bukan salah guna masjid juga ka!! bukankah itu  untuk kepentingan politik UMNO...Lain kali kalau hangpa nak buat program politik macam tu pi la kat bagunan Kemas.. hak itu hangpa punya tak apa!!  sang Zambri apa lagi buka cerita waktu ceramah kempennya.... 
Aku tanya salah ka Nizar jadi Imam, baguihlah.. itu baru pemimpin, bukan setakat ketua dalam kehidupan seharian, bab sembahyang nak bertemu Allah pun memang patutlah dia jadi ketua, tu baru betuii, apa masjid tu hak UMNO punya ka!! Oii mangkok.. masjid tu hak wakaf orang ramai.. dia dah jadi rumah Allah, itulah dah 50 tahun memerintah masjid pun depa ingat hak depa... asal masjid hasil dari duit impak orang ramai, duit baitulmal, itu pasai jadi rumah Allah, kemudian Majlis agama Islam mengambil alih tanggungjawab ke atas masjid, UMNO yang muka tak malu kepada manusia dan Allah tanpa segan silu melantik orang yang tak beilmu menguasai masjid dari Imam, bilal, Pengerusi dan AJK semuanya jadi dari penyokong UMNO, bila Ustaz yang agak lantang tak boleh masuk mengajar.. Bila Nizar menjadi MB baru masjid di bebaskan dari penjajahan UMNO.. itu pasal bila imam nampak Nizar imam tu minta Nizar jadi Imam, sebab imam menghormati Nizar sebagai ketua.. tahniah Imam.. cuma aku heran, pasai apa TV-TV tak pi temuramah imam, dia tanya ketua kampong, pengerusi masjid, dan penduduk sekitar sahaja.. pasai apa!!!Hangpa jawab mai...



Timbalan Presiden Parti UMNO Rasuah yang mengatakan Ismail Safian calon BN adalah yang terbaik!! Cerita lanjut di sini

MM pula berkata apalah yang terbaiknya, kalau ahli UMNO Bukit Gantang sendiri telah mengetepikannya dalam pemilihan UMNO Bahagian yang lalu, mana pergi Ketua Bahagian yang menawarkan diri untuk jadi calon, apakah salah Tan Sri Jins Shamsudin yang sedia menawar diri... Kenapa Ismail Safian... Sebabnya Ismail Safian memang kamcing habis dengan Zambri.. dari tahun 2000 sampai 2008 Ismail Safian bertugas sebagai S/U Majlis Majlis Perbandaran Manjong, Zambri KP UMNO Lumut waktu, kemudian 2004 Zambri ADUN Pangkor, apa cerita semua ni, semua orang Manjung tahu siapa Ismail Safian, nak tau lagi tanyalah bekas YDP MPM Encik Nazri, ia tahu perangai Ismail yang pernah bekerja di bawah, tak tau lebih lagi tanya kakitangan MPM pasal apa Ismail Sapian di nasihatkan berhenti, tu pasal ia minta ditukar ke Majlis Daerah Krian, aku tak mau cerita banyak, kang jadi mengumpat pulak, nanti kena saman kalu susah ooo sapa mau bayar...


Lagi satu yang dok heran, siapa sebenar yang calun BN yang bertanding, Zambri atau Ismail... atau pun..........

Dah lah muka Zambri sesaja... salah guna tempat pulak... tempat poster yang digantung adalah pagar Majlis Perbandaran Taiping, kenapa boleh jadi begitu.. apakah sebab ia MB haram..
Malam tadi berita TV3 tanya Tuan Guru Presiden PAS mengenai pencaluna IR Nizar, TGHH pun  jawab, ini adalah pilihan parti dan ahli serta rakyat, lepas tu TV3 suku ni pi tanya kat Zambri, apalagi biasalah si Zambri pun pertikai adakah Nizar di pilih atah pilihan PAS atau Dato Ngeh Koh Ham, maksudnya si Nizar ni suruhan DAP lah tu...
Oiii, Dey Zambri... itu punya hal pun jadi isu ka... bagi aku perlantikan Nizar adalah satu rahmat dari Allah, apa tidak, dengan terpilih Nizar menjadi calon TGHH boleh duduk sebelah Lim Kit Siang berbual mesra, sekurang-kurangnya Cina DAP lebih mengenali Islam dari MCA dan Gerakan yang 50 tahun bersama UMNO tetapi masih kurang ajar dengan umat Islam,.....



Sunday, March 29, 2009

Penamaan Calun PRK P059 - Satu Penyanyi 3 Pelakon..



Aku tak mau cerita-cerita bab hari ini waktu penamaan calun sian tadi di Taiping, cumpa aku nak tonjol kisah yang terjadi depan mata aku,,,
Ini sewaktu aku nak balik tadi, nampak ada seorang Penyanyi yang menang anugerah Akademik Nasyid TV9 tempoh hari, ketua pemuda cawangan Gelang Patah Johor, ia pun mai berkempen tadi, siap nyanyi nasyid kena selagu...

Mamat yang posing bagus ni, pelakon drama TV, aku snap saja gambar dia, dia mai kat aku, check pass aku, tanya pasal apa dia tanya pasai apa ambik gambar dia, aku jawabla.. dia artis, dia tak tekata apa, lepas tu aku tanya dia dia polis ka.. rupanya polis, pelakon sambilan saja..

Mamat yang baju biru ni.. aku tak payah terang dah.. dia yang dok sibuk menawar diri nak jadi calon,, last-last dapar ke Mail Sepian..sian dia.. nanti balik buat filem kisah Bukit Gantang.
Yang ni pelakon juga, pelakon paling popular  bab lompat parti dalam sejarah politik Malaysia, baguih saja dok bersalam... nasib baik tak ada kasut spare.. kalau tidak nahas kau.....

Saturday, March 28, 2009

Ustaz Syahrin Jamaluddin kata - UMNO TAK PERJUANGKAN ISLAM...

Hangpa kenai ka gambar mamat sebelah ni... Oii tahap pak syeikh oo dia ni dalam pemuda umno....tuu tak kan apa tak persaan yang dok bercakap lebih dari ahli panel dalam forum perdana RTM malam jumaat tu pak sheikh ni laaa...

Baguh dia ni.. tapi tu la silap pi dok dalam tong taik,, bau taik la juga.. kesian juga tengok,, dia kata Umno tidak dilihat perjuangkan Islam.  tapi yang aku dok konfius tu bukan apa.. mulut dia sedap bercakap, tau pulak yang UMNO tak pejuan Islam, yang dia gatai dok tunggu dalam UMNO tu apa ke jadah...Oii Pak Sheihk... akai ada gunalah.. kalau dah tau macam tu apasal mau tunggu dalam UMNO... tinggal saja.. ambik borang PAS boleh joint...saya mau tinggal UMNO kaa.. 
Cerita lanjut dia ada kat sini.



Dato SUK !!! Siapa Yang Keliru..





Dato SUK pun nak tumpang bercakap juga,, pasai apa sebelum sibuk kempen PRK tak pulak sibuk nak bercakap, kisah dia bercakap mengenai MB Sah DS IR
Nizar ada kat sini. Dia kata Nizar keliru bab kereta AGS 10.. Oii mangkok hayun.. kan dah dapat mangkok... Nizar keliru kira OK lagi, sebab dia banyak masaalah yang dia hadapi sebagai ketua negeri Perak.. macam-macam kes dia kena selesaikan.. yang hang sebagai penjawat awam bukan saja keliru.. tetapi kelakuan hang cukup bangsat punya manusia.. sebagai penjawat awam hang pun sibuk nak berpolitik.. oiii ingat sikit.. ingat mati.. ingat nak kerja sampai mati ka.. ingat UMNO dapat bertahan lagi... macam-macam mau ingat brother....

Friday, March 27, 2009

Tiga Kisah Hari Ini



Ada Tiga Kisah Hari...
Pertama, Khutbah Jumaat siang tadi, aku ada posting sebelum ni kat rumah lama aku...rupa seluruh masjid semalaysia... keluaran Jakim punya.. tu dia aihkk.. apakah ini sebagai nasihat Jakim kepada UMNO atau sebagai lakonan sahaja nak tunjuk Jakim ni memang badan tukang bagi nasihat....sendiri fikir la...

Kedua... Abdullah masih rahsiakan tarikh peralihan kuasa.... Cerita lanjut kat sini  yang sedapnya "Tarikh satu lagi akan diberitahu bila saya suka," ambik kau Najib.. sempat rasa ka tidak orang No 1....

Ketiga...Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz .. Ha ha ha ahli-ahli PAS yang perokok, tak ada rasa apa-apa ka... tok Guru tegur aja ..tapi kalau Tuhan dah kira tak suka sapa yang merokok, kalau dah hari-hari orang tak suka apa cerita.. sendiri mau fikir.. cerita lanjut .ada kat sini. Bukan aku suka-suka buat story aaa...




Kalau hangpa tengok pada Tajuk Akhbar Mstar Online...

Kabinet akhir Rabu depan, Najib dilantik PM Jumaat?


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari