boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, April 30, 2009

Hadiah Buat Penjenguh Blog MM - Sempena Cuti Hari Buruh

Salam.. 
Sempena Besok cuti Umum Hari Pekerja, lagi pun malam ni kalau ikut amanat Albanjari Malam Bunuh Syaitan... Jadi aku pulak nak bagi hadiah Petua kat Orang-orang Yang Dah Kahwin.. Yang Belum tak Payah Baca.. Isi Borang pi Kursus Nikah-Kahwin Dulu.. dah akad nikah OK boleh Cuba....

Pelukan Sebagai Terapi & Jenis-jenis Pelukan

PELUKAN SEBAGAI TERAPI
Riset membuktikan bahwa pelukan dapat menyembuhkan masalah fisik dan emosional yg dihadapi manusia di zaman serba stainless steel dan wireless ini. Bukan hanya itu saja, para ahli mengemukakan bahwa pelukan bisa membuat kita mengatasi stress dan depresi, mempererat hubungan keluarga.

Helen Colton, penulis buku The Joy of Touching juga menemukan bahwa ketika seseorang disentuh, hemoglobin dlm darah meningkat hingga suplai oksigen ke jantung dan otak lebih lancar, badan menjadi lebih sehat dan mempercepat proses penyembuhan. Maka bisa dikatakan bahwa pelukan bisa menyembuhkan penyakit "hati" dan merangsang hasrat hidup seseorang.

JENIS - JENIS PELUKAN

# The Full Body Hug
Merupakan pelukan yg paling hangat dan akrab dimana keduanya tidak hanya saling berangkulan erat tapi jg sangat dekat hingga dapat merasakan kehangatan tubuh dan detak jantung masing2. Cocok diterapkan untuk pasangan, orangtua, atau orang yg secara emosional sangat dekat dgn kita. Dengan jarak tubuh yg hampir menyatu ini, kamu dan dia akan merasa lebih lega, aman dan terlindungi.

# The Bear Hug
Jenis pelukan yg paling popular, ekstrim dan antusias. Seperti beruang yg sedang berpelukan, sepasang lengan besar (biasanya pria) akan merangkul erat sepasang lainnya, mengangkat tubuhnya dan berputar putar dgn girang. Biasanya dilakukan ketika bertemu dgn seseorang yg kita cintai namun sudah lama tidak saling berjumpa.

# The One Arm Hug
Buat kaum adam yg pasang gengsi tinggi atau canggung untuk berpelukan sesama jenis namun ingin menyampaikan bahwa mereka saling mendukung satu sama lain, pelukan dgn satu lengan ini adalah jurus yg paling tepat.

# The A - Frame Hug
Satu lagi jurus memeluk bagi mereka yg masih segan adalah merangkul bahu namun dgn jarak kaki yg sangat sopan satu sama lain untuk mengurangi kontak. Dari samping, tubuh kedua orang tsb akan membentuk huruf A.

# The Quick Greeting Hug
Pelukan ringan sekedar untuk "say hello" atau "good bye". Biasanya bisa disertai tepuk punggung, cium pipi kiri-kanan, atau air kiss.

# The Back Pat Hug
Tidak bs dibilang pelukan sebenarnya, karena jenis yg satu ini lebih seperti tepukan sayang di punggung untuk sohib sekedar untuk menyampaikan, "Hey, Man! Aku tau kamu pasti bisa!" atau "Kamu bisa percaya sama aku, kawan!"

# The Lip Lock
Ini dia trik untuk me mbuat pasangan kamu terpana dan tidak bisa bicara. Pelukan ini hampir sama dengan yg biasa dipraktekkan waktu slow dance, namun lebih dekat dan mesra lagi.

# The Soothing Hug
Pelukan yg menenangkan dan menghibur, biasanya diberikan kepada anak2 atau yg sedang berduka. Tidak hanya rangkulan, pelukan jenis ini jg berbonus kata2 membangun serta elusan sayang di kepala dan punggung.

# The Group Hug
Berpelukan tidak hanya dilakukan oleh 2 orang saja, tapi juga bisa melibatkan satu tim. Biasanya dengan melingkarkan lengan satu sama lain membentuk lingkaran atau saling tumpang tindih.

Sekarang, setelah mengetahui jenis dan bila mempraktikkan pelukan2 di atas, berikanlah satu yg terbaik untuk orang yg kita sayangi. Jangan menunggu sampai terlambat. Selama kesempatan masih ada, katakanlah cinta dengan kedua lenganmu.

 

Buat Ustaz dan Ahli PAS....

Salam Sejahtera...
Aku baru saja masuk blog Albanjari... terbaca satu komen yang begitu teruja dan menusuk kalbu.. jadi sama-samalah kita ambik buat satu peringatan dan muhasabah diri...

Saya sebagai ahli Pas sudah melebihi 25 tahun sudah melalui beberapa zaman perubahan presiden Tim Presedent dan Ajk pusat senentisa beristikhomah dengan perjuangan telah menghabiskan harta wang dan masa walak pada perjuangan kini menyedari satu fenomina yang pelik belaku dalam PAS tanpa di sedari oleh kebanyakan ahli PAS

1.Sekiranya dalam UMNO ada undi bonus dan sebagainya kita mengatakan ini adalah satu yang tidak adil.Tetapi sedarlah dalam PAS fikrah yang mengatakan untuk menjadi pimpinan yang tertinggi dalam PAS(Tidak Termasuk Dewan ulamak) misti lah ustaz atau ulamak!!!! tidak kah ini juga sebagai Undi Bunus????.Siapakah yang membawa fikrah tersebut sehingga mampu mempengaruhi perwakilan apabila hendak membuat pemilihan.Fikir fikirkan lah.

2.Saya bersetuju dengan saudara amri bahawa PAS memang berpecah kepada beberapa puak dan fikrah.Soalnya siap kah yang menyebabkan atau terjadi punca kepada perpecahan itu tidak kah ianya berpunca dari yang bertaraf ustaz atau ulamak juga?????

3.Pemimpin yang tidak betaraf ustaz atau ulamak mengikut rekod sebelum ini senentiasa walak pada pimpinan yang lebih berilmu dan dinobatkan sebagai ulamak dan ustaz.Tapi..apa dah jadi sekarang puak puak ustaz dan ulamak ni lah yang bertanggong jawap dalam soal perpecahan ini.

4.Adakah Puak puak Ustaz dan ulamak yang memimpin PAS sekarang ini telah dipengaruhi oleh puak proffesional demi mencapai sesuatu ajinda yang tersembunyi habuan duniawi membawa segala cadangan atau teori yang kontravosial hingga ahli menjadi binggong.

5.Ada pemimpin PAS yang merasakan dirinya Ustaz semata mata kelulusan akdemik bukan dari sudut ilmu dam amal yang ditekankan oleh islam.Bila dah taraf ustaz maka harus perwakilan memberi keutamaan dalam menjadi pemimpin dalam pas walaupun tidak nampak apa apa kelebihan dari sudut haraki dengan yang bukan Ustaz dalam memimpin gerakan Islam.Ramai pejuang pejuang Islam di Afganistan semasa jihad menentang Rusia tidak pun bertaraf ustaz yang berjuang di medan jihad seluruh dunia seperti di palastine,Iraq,Lubnan, Chenya,Filipin dan dibarisan hadapan ustaz dan ulamak kah mereka ini.????Yang turun berdemo di jalan raya di negara kita ini ustaz dan ulamak kah mereka?????Berapa ramaikah Ustaz dan ulamak kena ISA berbanding dengan yang bukan Ustaz/ulamak.???Bagi saya ulamak kah ustaz kah yang di terima Allah (SWT) ialah orang yang beriman dan beramal salih.
5.Saya bukan menentang kepimpinan ulamak atau ustaz tapi saya bersetuju sekiranya ustaz dan ulamak ini di perhalusi betul betul sebelum di beri walak sebagai pemimpin..saya berkata begini sebab di depan mata kita Allah (SWT) telah mempamirkan bukti jelas MB Perak yang bukan taraf Ustaz atau ulamak begitu terbukti keberkesanan sebagai pemimpin.Tiada pengiring kereta polis ketika menjadi MB.tidak takut mati..manakala MB kedah..nak bertukar giliran isteri pun pakai pengiring kemudian mengeluarkan kenyataan "Kita tak boleh minta Jawatan".Sepatutnya kata kata ini harus datang dari pemimpin PAS yang tidak ada apa jawatan dalam parti atau kerajaan tapi sebaliknya MB kedah yang dah hidup selesa dah dapat jawatan dan habuan mengeluarkan kata kata begini.Apakah beliau takut kedudukan beliau terjejas.Ini adalah satu ekplotasi Pemimpin PAS yang amat jijik

Akhir sekali Setiap ahli PAS tak kira peringkat mana harus mengambil tindakan yang drastik demi menyelamatkan PAS dari terus berpecah.Kita misti kembalikan kepada semagat PAS tulin yang Original.Singkirkan mana mana pemimpin yang menjadi punca kepada puak atau golongan
Slogan kita yang baru untuk muktamar ini
"Tiada Erdogan tiada Mukabalah"Pas Tulin pilihan kami.Allahhuakbar.

Hangpa nak baca lebih lagi silalah masuk ke blog tuan empunya komen Ada kat SINI.

Veteran Umno syor PAS-Umno bersatu

Hangpa pi baca Kat SINI.

BERSATU..ya!!!.....BERSATU...ya!!!.....BERSATU!!!...... Kalau Aku TAK KELAPAQ!!!.... khwak..pthuihhh....

Pandangan Dr Asri (Mantan Mufti Perlis) Mengenai isu Agama anak..

Salam sejahtera Semua!!
Kritikan yang yang sungguh tajam, terpaksalah dikeluarkan demi Islam..Hangpa boleh baca Di SINI. Atau boleh juga klik di blog roll Minda Tajdid.

Cuma di sini aku nak ambik sikit kata-kata akhirnya tu..
"Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat."

Komen: Hangpa tengok seorang alim yang masih muda, berani, tegas dengan hukum, tidak sayangkan jawatan yang disandang sebelum ini.. Itu pasal dia berani menyatakan yang benar.. tak macam Mufti Negeri aku.. sedih nak cerita....

FLU BABI BUKAN SOAL SALAH MAKAN

Oleh
A. Rahman Basrun

BARU minggu lalu saya sebut tentang khinzir dalam pojok saya, tidak sangka sejak itu khinzir muncul menggugat dunia.

Apakan tidak, ancaman flu babi merebak sebagai wabak semakin nyata.

Selaku orang Islam yang diharamkan makan babi, reaksi awal orang kita tentulah mengaitkan gejala dengan perangai pengotor haiwan ini.

Maklumlah, babi makan apa saja, tidak kira bersih atau kotor, gred A atau gred D, termasuk najisnya sendiri.

Jadi, lahirnya flu babi ibarat dijangka akibat sifat kurang sihat babi yang semula jadi.

Namun, pada hakikatnya bukan babi saja binatang yang menyebarkan penyakit - pun sudah berlaku wabak flu burung dan penyakit lembu gila.

Mentelah flu babi tidak tersebar dengan memakan babi.

Ia tersebar melalui pendedahan kepada babi dan kepada sesiapa sahaja yang dijangkiti.

Jadi, sesiapa pun boleh menjangkit dan dijangkiti flu babi - orang bukan Islam dan orang Islam sendiri.

Ini penting disedari agar orang kita tidak bersikap sambil lewa perkara ini.

Jangan tanggap oleh kerana khinzir bukan sebahagian pemakanan dan budaya orang kita, maka kita kebal dan terkecuali daripada jangkitan flu babi.

Maksudnya, kesemua pihak perlu ambil tahu dan ambil berat. Mutu kebersihan perlu terus dijaga dan dipertingkat.

Memang gejala seperti wabak flu babi ini susah dielak.

Sebabnya dua.

Pertama, lebih kuat ubat manusia, lebih kuatlah jadinya kuman untuk melawan ubat itu demi penakatannya.

Maka kuman itu bertambah berbahaya kerana ubat yang ada tidak lagi mujarab terhadapnya.

Kedua, teknologi memudahkan lagi penularan sesuatu wabak. Maklumlah, dewasa ini kita boleh ke hujung dunia dalam masa kurang sehari dengan menaiki pesawat.

Bukan satu dua, bahkan ribuan penerbangan berlaku sehari, dengan mengangkut jutaan penumpang yang setiapnya berpotensi menumpangkan kuman penyakit yang dikhuatiri.

Inilah yang membuat banyak pemerintah pening kepala. Dan inilah limpahan kesan teknologi - ibarat pedang dua mata yang memakan mangsa dan tuannya sekali.

Bahkan, kita lihat bagaimana manusia itu sendiri menyalahgunakan teknologi yang ada di depan mata.

Misalnya, tergamak sesetengah manusia memajukan virus sebagai senjata dalam perang ataupun mencipta virus di komputer untuk merosakkan komputer pengguna lain di dunia.

Namun, berbalik kepada soal flu babi.

Sebagaimana ia bukan akibat memakan babi, perlu juga kita ingat bukan pemakanan babi sahaja yang membawa mudarat.

Misalnya, ramai orang kita dilanda penyakit berat-berat dewasa ini bukan kerana makan babi, tetapi kerana amalan pemakanan yang kurang sihat.

Ini termasuk makan berlebihan tanpa berpada-pada, termasuk garam dan gula, padahal ia berhukum halal asalnya.

Pun ada sesetengah kita yang masih tidak prihatin tentang kehalalan makanan yang disuap ke mulut dan masuk ke perut.

Misalnya, saya perhatikan masih ramai orang kita (maaf cakap, termasuk yang bertudung) yang melanggani gerai dan kedai yang bukan milik orang Islam dan membeli produk yang tiada sijil atau logo halal tertera.

Paling banyak, ada notis 'No Pork No Lard' (Tiada Daging Babi, Tiada Lemak Babi), padahal bukan itu saja penentu halalnya.

Mungkin akan ada yang menyangkal, usah banyak soal, bahkan menurut fiqah bukankah hukum asal sesuatu makanan itu halal selagi tidak terbukti sebaliknya?

Itu semua betul, cuma pada akhirnya kita adalah insan berbekal akal dan naluri.

Tidakkah berbunyi penggera dalam hati apabila memasuki kedai roti milik bukan Islam yang menjual ban daging yang tidak teruji kehalalannya?

Ada juga yang berhujah, kita dimaafkan jika kita tidak tahu asal usul sesuatu makanan.

Itu betul, cuma itu bukan lesen bagi kita membutakan diri.

Kita di sini beruntung, kerana setakat ini sudah banyak kedai, gerai atau syarikat mengorak langkah untuk memperkemas diri, termasuk mendapatkan sijil halal.

Mentelah antara syarat pemerolehan sijil halal ialah menggajikan orang Islam, jadi kita secara langsung atau tidak mewujudkan peluang pekerjaan bagi orang kita sendiri.

Dengan pesatnya perkembangan teknologi, timbul bermacam-macam bahan makanan kini, termasuk 'emulsifier' (pengemulsi) dan 'stabiliser' (penstabil) yang perlukan penelitian akan halal haramnya.

Jadi, akhir kalam, dunia zaman ini bukan hitam putih lagi. Ia bukan hanya soal haram makan binatang bukan sembelihan cara Islam atau babi. 

Source (LINK)

Wednesday, April 29, 2009

Allah Tetap bagi Rezeki..

Salam Semua...
Kisah ni aku dapat dari satu e-mail.. lama dah.. sesuai juga untuk jadikan ikhtibar.....


Rezeki Allah 
.....sekadar buat bacaan......

aku cuma nak kongsi cerita 

alkisahnya, hari tu, aku memang tengah pokai gilerr... maklum la, gaji lambat masuk sebab aku baru keje gomen... dah tau pokai, pandai ² lak tu bagi sedekah kat student yang ayah dia meninggal.... RM20 aku bagi kat student tu, so, dalam purse tinggal lagi RM10, aku fikir memang cukup² je la utk isi minyak keta yang dah nak abis utk 1 hari setengah... nak mintak duit kat adik bradik, abah or kengkawan memang aku segan sebab tak mo biasakan diri berhutang n tak mo susahkan depa... so, aku pun pegi la bank BCB utk kuar duit seadanya... 

tak sangka lak masih ada baki ciput dalam akaun... alhamdulillah dalam bank BCB aku, maksima boleh kuar RM10 (betapa sengkeknya aku..) dan aku try an error keluar duit dari Bank Islam dapat RM10 gak... tak sangka lak boleh kuar RM10 dari BIMB tu sedangkan masa dia tunjuk baki duit aku yang memang dah nak kontang, memang satu sen pun aku tak layak nak kuarkan duit tu.... so, alhamdulillah, syukur sangat rasanya... 
punya la aku happy dapat RM30.. cukupla RM20 utk makan seminggu lebih lagi sementara tunggu gaji masuk... 

tup tup, elok je aku pusing belakang nak masuk kereta balik, seorang Tok Guru dari Thailandmohon derma untuk pembinaan surau katThailand (siap ada resit n 
suratJAIP)... aku lak memang jenis suka sedekah, tapi sebelum nak bagi tu, aku terfikir, "isk... camne ni? duit minyak RM10, duit makan RM10... ahh... tawakkal aje lah.. mungkin sebab tu Allah mudahkan urusan aku untuk kuarkan duit tadi sedangkan kalo ikut baki duit aku, memang aku tak layak kuar duit tu... mungkin rezeki Tok Guru tu agaknya.." 

so, tanpa berfikir panjang, aku terus hulur RM10 (dah itu je duit kertas yang ada.. nak bagi RM 1 rasa macam sikit beno la pulak sebab Tok Guru tu pun datang dari jauh, jalan kaki lak tu dari kedai ke kedai... bukan apa, aku pun pernah kutip derma, so aku faham n 
lagipun aku derma tu utk amalan aku gak kan.. 

dan alkisahnya... Tok Guru tu pun punya la ceria n happy terima sedekah aku.. Tok Guru tu siap bagi aku ayat pelaris lagi dan doakan aku cepat kawin....hehehe....sedangkan hati aku masa tu masih lagi berkecamuk sebab takut tak cukup duit nak survive sementara nak dapat gaji.... RM10 je??? nak makan ape utk seminggu??... tapi aku tawakkal aje... sebab niat aku ikhlas untuk sedekah kan... 

dan alkisahnya, minyak keta yang aku sangkakan kritikal, jarum meter penunjuk minyak tu sangatlah lambat turun ke E, sedangkan selama ni, tak sempat nak sampai umah pun kalo jarum meter dah sampai ke had itu... masa tu, aku berulang alik keje agak jauh dari 
rumah, so memang biasanya nampak ketara penurunan jarum meter tu... cuma aku pelik dan bersyukur dengan peristiwa tu... mungkin berkat doa Tok Guru tu jugak kot.. 
dari dari sehari ke sehari aku menempuh alam ke"sengkek"an aku, aku sentiasa dapat makan free... hari² ada aje jamuan staf yang dibuat kat ofis membuatkan aku tetap kenyang sampai ke malam dan tak perlu membelanjakan wang RM 10 aku, kalo makan kat luar pun kawan yang belanja... dan sampailah aku dah dapat gaji pun, masih tak luak duit RM10 tu sebab still dapat makan free 6 kali sehari semasa berkursus 4 hari... 
dan kalo biasanya aku dengar keje gomen sekarang ni, paling cepat dapat gaji pun sebulan setengah, tapi alhamdulillah, Allah bagi gaji aku tepat di hujung bulan.... seolah² macam keje swasta pulak, tak de delay gaji.... 

punya la aku syukur sesangat.. apa yang aku nampak di sebalik peristiwa ini, "bahawa bila kita bersedekah dan niat kerana Allah, nescaya Allah tak kankurangkan 
rezeki kita malah akan memberi kita rezeki dari jalan yang tak disangka²"... so, kalo ada sesiapa yang mohon sedekah, hulur-hulur lah.... tak kanberkurang rezeki kita tu kalo apa yang kita buat tu niat ikhlas kerana Allah... 

tapi aku tak suka peminta sedekah yang tak buat apa² dan semata² minta sedekah di jalan / pasar malam , sebab nampak sangat depa malas berusaha... unless kalo depa tu minta derma utk pembinaan surau, sekolah etc... tapi kalo utk peribadi, aku lebih suka sedekah 
pada yang org menjual something mcm tisu ke, minyak cap kapak ke.. bukan nak beli sangat pun, tapi just terharu dengan usaha diorang.. sebab aku sure bagi duit lebih dari harga barang yang dijual dan most of the time aku tak ambik pun barang yang dijual sebab apa yang penting, aku suka tengok dia berusaha... 

aku bukan nak riak dengan amalan sedekah aku nih, sebab sure pahala aku pun hilang kalo disertakan dengan rasa riak ni....tapi tujuan aku bercerita kat sini ikhlas nak kongsi kisah aku... bukan apa, aku tengok, masih ramai lagi yang takut nak bersedekah 
sebab menganggap dengan bersedekah, duit depa akan berkurang, sedangkan sebenarnya tidak.... kalo kita niat ikhlas kerana Allah, DIA tentunya akan membantu kita... 

aku dah banyak kali kena macam ni, sedekah masa tengah sengkek dan Allah bagi aku rezeki dari jalan yang tak disangka², tapi bagi aku, kisah ni yang paling tersimpan di sudut hati aku sebab aku sedar betapa dekatnya Allah dengan diri aku... betapalah DIA sangat menjaga kebajikan aku.... dan sesungguhnya memang benar "bila kita merungkaikan kesusahan orang lain, Allah akan merungkaikan kesusahan kita pulak..." 

so, jangan la takut nak bersedekah... kekadang rezeki orang lain pun ada dalam rezeki kita... so, jangan sekat rezeki mereka kerana rezeki tu Allah yang bagi.... DIA yang memberi rezeki pada bila² masa dan DIA jugak yang berhak mengambilnya pada bila² masa... 

wassalam 

Kenyataan Akhbar Zambri MB Kudeta

Salam Semua... 
Kenyataan ni aku Ciluk dari SINI

KENYATAAN AKHBAR
YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
28 April 2009

Saya ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan Malaysia di Putrajaya telah menolak Notis Usul yang difailkan oleh saya di bawah Artikel 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Artikel ini ialah mengenai kuasa khas bagi Mahkamah Persekutuan berkenaan tafsiran Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana terdapat percanggahan fakta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila peguam YB Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin telah memohon bagi memeriksa balas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak terhadap affidavit yang telah diikrarkan oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.

Saya dengan rendah diri menerima dan menghormati segala keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah yang bersidang pada hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan Mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak menyebelahi saya.

Pada saya 
everybody is equal under the eyes of the law and subjected to the Constitution.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini juga pernah menolak permohonan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar persoalan berhubung dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dibawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan 1964.

Tindakan saya menfailkan Notis Usul dibawah Artikel 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan saya sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh YB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin demi kebaikan dan kepentingan rakyat Perak seluruhnya dan bukan mencari jalan pintas seperti yang didakwa sesetengah pihak.

YB Nga Kor Ming pada hari ini melalui Akhbar New Straits Times menyatakan bahawa:

“Does Zambry know ahead of time that the court will rule in his favour, even though the matter has yet to be heard? If so where is the independence of judiciary.”
Saya seterusnya menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh YB Nga Kor Ming adalah sesuatu yang tidak bertanggung jawab dan berunsur hasutan.

Saya tidak pernah mengganggu Mahkamah dalam membuat sebarang keputusan dan saya tidak pernah mempersoalkan kebebasan sistem kehakiman Negara walaupun adakalanya tidak menyebelahi saya.

Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya memuji dan menyokong keputusan Mahkamah yang menyebelahi mereka tetapi menggunakan pelbagai alasan untuk menolak keputusan Mahkamah apabila tidak menyebelahi mereka.

YB Dato Ngeh Koo Ham dalam ucapannya dalam Majlis Ceramah PAS kawasan Lumut pada 17 April 2009 telah menyentuh isu keputusan Mahkamah Persekutuan dan menyatakan bahawa:

“Tuan-tuan dan puan, saya rasa amat kesal lah, kerana Mahkamah Persekutuan tidak ikut undang-undang, prinsip undang-undang yang sedia ada telah termaktub ataupun diterima sebagai surat selesai ataupun sudah diputuskan semenjak sekian lama lagi, mereka sudah tukar undang-undang hanya kerana kes Negeri Perak”
Kenyataan yang dibuat oleh YB Dato Ngeh Koo Ham bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Persekutuan malahan suatu tindakan menghasut rakyat Negeri Perak supaya tidak menghormati undang-undang dan institusi Kehakiman Negara.

Adakah ini keadilan yang dibawa dan diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang?

Saya juga menyatakan bahawa Dewan Negeri Perak perlu bersidang walaupun kes berkenaan semakan kehakiman yang difailkan oleh YB Dato Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin terhadap saya masih belum diputuskan.

Ini adalah kerana selagi mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan sebaliknya berkenaan perlantikan saya; 
kedudukan saya sebagai Menteri Besar Perak adalah sah dan saya bersama-sama barisan Exco saya berhak bagi menduduki kerusi yang sepatutnya diduduki oleh kami ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tuan Yang Dipertua Dewan juga mesti mengiktiraf dan menghormati perlantikan kami sehingga Mahkamah memutuskan sebaliknya.
Maklumat diterima menyatakan bekas MB Dato Seri Mohd Nizar sedang mengadakan roadshow - hari ini 28hb di Titi Gantung, 29hb di Mambang Di Awan, dan 30hb di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak - dalam usaha untuk menidakkan persidangan Dewan Undangan Negeri pada Mei 7hb akan datang.

Adakah ini usaha untuk menghasut rakyat keluar beramai-ramai dan terjadinya satu peristiwa seperti peristiwa berdarah di Thailand baru-baru ini?

Harap rakyat tidak mudah terikut-ikut cara-cara yang mendatangkan huru-hara sedemikian.


Komentar..Hangpa tengok permainan dia, kut mana pun dia pekena Nizar dan PR balik...sambil tu dia menuduh kita nak hasut rakyat jadi macam Thailand...Lagi satu masih perasan dia MB yang sah.. kalau dah sah yang gatai juboq pi minta Mahkamah persekutuan Sah kan apa cerita, cukup pandai belit... 
Dey Thambi.. kami rakyat Perak tak bodoh macam ahli dan penyokong UMNO Bn..

Tok Mufti - Boleh beza ustaz betul, temberang

Salam...
Tok Mufti negeri aku ada menyatakan boleh kenal mana satu Ustaz betui, mana satu ustaz menyamar..Cerita selanjutnya di Di SINI.
Dalam sejarah hidup aku yang dah nak hampir separuh abad, dah juga kena sekali bila bab ustaz ni, waktu tu tahun 85.. kami time tu tengah semangat nak cari ilmu, tiba-tiba didatangai seorang Ustaz yang asalnya dari Pulau Pangkor, yang herannya orang Pangkor sendiri pun sebelum tu tak tau kata dia ni Ustaz.. bukan Ustaz Sidik Nor.. Ni Ustaz lain, tapi Ustaz Sidik kenal..memang dia ni pandai bercakap dan ada juga ilmu dia ni,, tapi banyak menimbulkan kekeliruan dan suka sikit berbohong, Ustaz ni dah kira popular seketika, boleh mengajar dalam pengkalan TLDM seminggu sekali, ramai anak muridnya.. waktu Ustaz ni kahwin aku pi ke rumahnya di Pulau Pangkor, dan dialah membawa kami ke program Qiammullail di masjid Sg Pinang Besar Pulau Pangkor..
Dalam pada tu bila dia dah popular satu ketika dia pi bercermah di Taiping, waktu tu dia pi kondemnya Ustaz Kagat dengan mengadakan bermacam cerita, berita tu sampai ke sini dan selepas itu Ust ni tak boleh lagi mengajar di pengkalan TLDM, dalam pada tu banyak cerita-cerita tak baik yang aku dengar mengenai ustaz ni, dan aku pun mula rasa tak kena, lain macam aku mula tinggal Ustaz ni, tetapi Ustaz ni mudah cari pengaruh, lepas tu dia boleh pi joint dengan anak Sultan Perak adik kepada Nazrin, yang amal ilmu tariqat, selepas tu aku dengar Ustaz ni kahwin dua sekejap, ajak buat orang joint bisnes, cari orang pi umrah dan macam-macam, di sebalik tu banyak cerita negatif yang aku dengar... sekarang ni si Ustaz ni dok sebelah taman dengan rumah aku sahaja, tak tau apa kerja dia buat, dengar cerita dia banyak dapat duit dari pampasan tanah di Pulau Pangkor, ...mengajar memang tak ada lagi......

Kemudian 3-4 tahun sudah ada seorang lagi Ustaz, datangnya dari Seberang Perak, ada yang kata dia ni S/U Keadilan Pasir Salak, mai ke Manjong ajar Kitab Tauhid, mula-mula ajar melalui rumah-rumah, lepas tu boleh masuk surau dan masjid, ajaranya sikit-sikit kafir, ramai pengikut, yang syoknya Ustaz ni bujang lagi tak kahwin, dalam pada tu dia dah pinjam duit nak beli kereta baru, senang nak pi mengajar.. kereta dah beli, dia pun hilang, ada anak murid yang bagi pinjam duit, ada yang jadi granto, masing-masing terngaga...
Bab ustaz ni kami ada sembang dalam mesyuarat cawangan, Sifu aku tak bagi kami ikut kuliahnya, tak berkat katanya.. tapi Sifu aku dapat tentangan tak puas hati dari seorang ahli yang cukup tua dari kami...Seminggu saja selepas tu Ustaz tadi hilang.....

Bagi aku bab Ustaz ni buka kira dia menyamar jadi Ustaz dan sebagainya.. bahkan ada Ustaz yang balik Azhar pun kekadang tu tak boleh pakai juga.. macam Skandal Ustaz T yang pernah aku ceritakan dulu, tu pun haru-biru, 
Sekarang ni Ustaz-ustaz peninggalan Ustaz T masih ada lagi, dudok dalam PAS Lumut, buat macam-macam cerita yang negatif pada pimpinan, macam-macam tohmahan dilakukan, masih tak sedar-sedar lagi, aku pun naik heran, sebelum ni kes APID dengan Ustaz T, dah berkubur APID, ingat OKlah.. tak juga, lepas tu depa tubuh pulak Asrama Anak Yatim dan PONDOK untuk Orang Tua, Oklah, baguslah tu.. untuk kerja-kerja Amal .. tetapi janganlah komplain pasai apa Pimpinan PAS tak pi ziarah ke Pondok tu..kononnya Naib Presiden PAS YB Husam boleh mai ziarah, YDP tak boleh mai.. bab itu boleh jadi isu...
Asrama dan Pondok itu ditubuhkan atas peribadi, bukan dibawah PAS, jadi dah lain konsep dan organisasinya.. YDP pun banyak kerja lain yang nak dibuat....banyak tanggungjawab lagi.
Dua minggu sudah aku ada terima SMS mencerita Ustaz-ustaz yang mengajar di Asrama/ Pondok tadi dah berpecah dua, sebabnya salah sorang daripada Ustaz disitu kononnya menyalahgunakan wang sekolah, dan lepas tu minta aku siasat... 
Oii.. aku PI.. nak siasat semua tu.. tapi lepas tu risik, punya risik dapatlah cerita...cuma kesimpulan daripada sini kalau dah Asrama/PONDOK tu pun tak boleh nak urus dengan teratur, jadi aku harap cita-cita nak jadi calon-calon dalam PAS kawasan Lumut tu tak payah lah.. Macam mana nak tadbir PAS Kawasan kalau Asrama/Pondok tu pun dah kelam kabut...Biarkan kepimpinan yang ada sekarang ni kekal meneruskan tugas-tugas yang di amanahkan.

Jadi untuk pembaca sekelian, malam tadi kuliah Sifu aku, Dia ada pesan kalau nak menuntut ilmu, nak membaca buku/kitab biarlah dari penulis/guru yang sama-sama berjuang, sebagai contoh buku tulisan TGNA, TGHH.. sebab mereka berjuang dalam gerakan Islam, kemudian mereka juga menulis buku, tulisan mereka ini ada ruh(semangat) iaitu mereka menulis apa yang mereka laksanakan.
Berlainan dengan buku=buku hasil dari tulisan untuk thesis MA, atau PHD.. memang dalam buku sebgini pun ada fakta, dalil, hujah, hadis, ayat Quran dan sebagainya, tapi kesan dari bacaan tu tak ada...
Sifu aku bagi contoh, bagaimana kita rasa bila baca Tafsir Fi Zillal Quran karangan Assyahid Syed Qutb, memang terasa kelainan, sebab Assyahid pun berjuang dalam gerakan Islam.

Akhir sekali harapan aku buat Tok Mufti, jangan pada Ustaz yang tak betui saja... checklah balik apa yang ada pada diri kita tu... Nizar sembah derhaka berdosa, UMNO derhaka pada Allah diam tak kata apa pun, Penglibatan Istana dengan Rotary Club apa hukumnya..dulu Sure Heboh Haram, sekarang Jom Heboh, Ada pulak jawapan, itu dalam kuasa TLDM, pulak kesitu peginya.. Nga Kor Meng baca Quran tak boleh, menghina orang melayu, Orang melayu tak reti baca Quran bagaimana...... 

Sikap Parti MCA Terhadap PAS

Salam..
Hangpa baca dari apakata pemimpin UMNO dan MCA dan MIC...

Hasrat Nik Aziz dialu-alukan

KUALA LUMPUR 28 April - Pas sepatutnya tidak meletakkan syarat tertentu jika ikhlas mahu merealisasikan kerjasama kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

Para pimpinan UMNO dan parti komponen BN berpendapat syarat yang ditetapkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seolah-olah parti itu mempunyai agenda tersembunyi dalam membantu membangunkan negara ini.

Mereka bagaimanapun pada asasnya mengalu-alukan kesediaan parti pembangkang itu untuk bekerjasama yang secara tidak langsung memperlihatkan kesedaran dan keinsafan untuk menggembeling tenaga memajukan negara bersama-sama dengan BN.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, pergerakan itu sendiri sedia mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Pas bagi menjayakan kerjasama tersebut.

"Syarat kita, mereka perlu ikhlas dan jangan letakkan sebarang syarat, Pemuda sedia bertindak proaktif dan berbincang jika mereka jujur dan ikhlas.

''Pemuda juga sebenarnya gembira dengan situasi ini yang menunjukkan Pas telah sedar dan insaf," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menerima kerajaan perpaduan seperti dicadangkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dipetik dalam blog anaknya, Nik Abduh.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, titik persefahaman di antara Pas dan BN itu perlu diperkembangkan bagi mencapai persamaan yang lebih jitu dan konkrit.

"Bagi saya soal jawatan itu tidak begitu penting tetapi yang paling mustahak ialah duduk bersama dahulu dan berbincang bagi menerokai titik penamat kepada persefahaman itu," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng pula mempertikaikan kejujuran Nik Abdul Aziz yang disifatkan lebih mementingkan jawatan dalam kerajaan daripada membantu rakyat dan negara.

Sepatutnya, kata beliau, apabila Pas sedia bekerjasama dengan BN bermakna mereka telah bersedia menyertai sebuah pasukan yang mana setiap keputusannya perlu diputuskan secara bersama dan bukannya secara individu.

"Inilah yang saya sangsi dengan hasrat Pas itu, ingin sertai kerajaan perpaduan tetapi sejak awal lagi mahukan jawatan-jawatan tertentu, apa agenda mereka sebenarnya," katanya.

Bagi Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan BN untuk mengkaji secara mendalam hasrat Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya enggan komen lanjut kerana kita tidak tahu apa niat sebenar Nik Abdul Aziz, biarlah pucuk pimpinan kita membuat keputusan terbaik," katanya.

Komen: Bagi Khari, Naib Ketua Wanita UMNO, SUA MIC depa kira OK, macam nak terima PAS masuk BN, tetapi MCA hangpa perati tengok.. ada sesuatu yang tak kena... Haram jadah betui... Yang depa dari dulu sampai sekarang dok minta Timbalan Perdana Menteri dari kaum Cina ada sapa ambik peduli, kena kita Nizk Aziz baru acah minta menteri pelajaran dan kewangan depa dah kecoh........

KEBANGKITAN TALEBAN RESAHKAN DUNIA

Oleh
M. Effendy A. Hamid

BAYANGKAN jika Pakistan ditalebankan.

Sewaktu memerintah Afghanistan (1996-2001), Taleban melaksanakan pentafsiran Islam yang amat kejur lagi mengongkong.

Harian berpengaruh di Amerika Syarikat, The New York Times, pada Sabtu lalu menampilkan berita resah mengenai serangan Taleban ke atas Buner, sebuah kawasan hanya 100 km dari Islamabad, ibu kota Pakistan.

Keupayaan dan kelajuan gerila Taleban mengejutkan Amerika Syarikat dan Pakistan. Penduduk Buner sebelum ini pernah melawan dan mematahkan serangan Taleban tahun lalu termasuk membunuh enam gerila kumpulan itu. Tetapi kini penduduk Buner macam patah semangat.

Yang mematahkan semangat orang Buner ialah perjanjian damai antara tentera Pakistan dengan Taleban. Ini dianggap sebagai suatu pengkhianatan yang tiada ampunnya. Taleban telah melaksanakan perundangan syariah macam di Afghanistan, termasuk di Lembah Swat.

Langkah tentera Pakistan itu menunjukkan kelemahan pemerintah Presiden Asif Ali Zardari. Ia diselar oleh Barat, terutama Amerika, kerana ibarat memberi muka kepada musuh.

Hanya setelah Amerika mengenakan tekanan, barulah Pakistan bertindak menyerang Taleban kelmarin. Namun kesannya mungkin sudah terlambat.

Memang luar biasa kemampuan Taleban yang pernah suatu ketika dulu dianggap sudah terhapus oleh serangan bertubi-tubi Amerika ke atas bumi Afghanistan. Namun ia mampu menyatukan kembali kekuatannya. Dengan perancangan yang lama dan teliti, ia membina rangkaian maklumat dan memperoleh senjata untuk bangkit semula.

Kini benteng bagi menentang Taleban berada di tangan Pakistan dan India, kata Dr Ned Bertz, penolong profesor di Jabatan Sejarah Universiti Hawaii di Manoa. India dan Pakistan perlu berkongsi maklumat dan tenaga demi membanteras Taleban. Dalam pada itu, perlu dibangun segera kawasan perbatasan utara Pakistan yang amat daif. Sebabnya kemiskinan telah membolehkan Taleban berjaya merekrut para pemuda yang menganggur.

Namun, hujah Dr Bertz, hambatan terbesar ialah beban sejarah antara India dengan Pakistan yang pernah berperang dua kali ke atas Kashmir dan Bangladesh (dulu Pakisatan Timur). Permusuhan dua jiran bermula dengan pemisahan akibat kemerdekaan daripada British pada 1947. Rakyat Hindu dan Muslim bermandi darah dalam proses pembentukan Pakistan. Jutaan Muslim India dibunuh dalam perjalanan mereka ke negara baru, Pakistan.

Soal Kashmir yang dua pertiga kawasannya dalam India masih menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan. Majoriti rakyat Kashmir beragama Islam dan beberapa kumpulan pemisah Kashmir dikatakan kian didampingi Taleban dan rangkaian Al-Qaeda.

Seorang teman siswa dari India memberitahu saya beberapa minggu lalu mengenai pergolakan di kampungnya di sempadan Pakistan-India. Masih segar dalam ingatannya tentang sekumpulan orang bersenjata menuntut bapanya agar dibenarkan bermalam di rumahnya. Ketika itu beliau masih kecil lagi. Bapanya ketakutan dan mengiyakan saja. Pada pagi esoknya, mereka menghilang.

'Inilah masalahnya: Kita dituduh menyokong kumpulan militan. Padahal kita terpaksa. Sekarang tentera Amerika mahu campur tangan dalam isu ini. Tetapi bolehkah kita bezakan antara penduduk dengan musuh?'

Katanya, kawasan perbatasan memang amat daif. Kurang kemudahan pendidikan dan kesihatan. Jadi, mudahlah kumpulan pelampau mempengaruhi anak muda.

Ceritanya mengingatkan kisah Jeneral Vo Nguyen Giap, panglima besar tentera Vietnam Utara atau Vietcong. Strateginya berjaya mengalahkan tentera Perancis di medan Dien Bien Phu pada 1954 dan Amerika pada 1975.

Menerusi bukunya, People's Army and People's War (cetakan 1961), Jeneral Giap yakin terhadap strategi gerila pada tahap pertama untuk melemahkan musuh. Tahap kedua pula ialah strategi perang bergerak. Pasukannya menyerang dengan tangkas, meneroka dan membinasakan kawasan musuh dengan cepat dan beredar dengan tangkas.

Penubuhan sebuah 'kawasan buritan' penting dalam operasi ketenteraan. Ini bertujuan mengatur rancangan dan menyimpan kelengkapan dalam serangan selanjutnya ke atas musuh.

Namun paling utama tentulah sokongan rakyat kepada tentera Vietcong untuk berjuang dengan lama sekali (puluhan tahun) sehingga mengalahkan Perancis dan adikuasa Amerika.

Tetapi Taleban bukan tentera Vietcong. Sokongan rakyat kepada Taleban amat terhad. Jadi, untuk mengalahkan Taleban, Amerika tidak hanya menggunakan kuasa tentera malah memenangi hati rakyat menerusi pembangunan ekonomi di kawasan sempadan.

Kekalahan Amerika di Vietnam bermula apabila ia gagal memahami budaya dan sejarah orang Vietnam. Amerika gagal menilai azam orang Vietnam Utara untuk berperang secara habis-habisan.

Kepentingan Amerika di Pakistan kini bak dipaparkan dalam peribahasa: Antara rahang harimau dan mulut buaya.

Sumber (LINK)i

Komen. Alhamdullillah, masih ada lagi jemaah Islam yang masih lagi bertahan menentang kaum Kuffar Amerika di bumi Mereka, moga-moga mereka juga dapat mengambil kembali Bumi Kashmir dari cengkam India.

Ada Lagi MB UMNO Kena Saman..

Salam Semua...
Ha ha ha UMNO, UMNO... Malang nasibmu.. Disaman balik oleh kaum puak sendiri, adik beradik sendiri.. Kisah selanjutnya ada DI SINI.
Kalau minggu lepas MB Pahang yang kena saman diarahkan bayar RM63 juta, kesnya berebut balak punya pasai..tipu sana, tipu sini.. kena bayar 63 juta OK la tu,,, undang-undang UMNO boleh kow tim punya, tak ada halll....
Tapi yang berita hari ini lain sikit.. bukan rebut balak,, tetapi projek Yob...banyak ooo, berganda-ganda dengan kes balak.. RM322 juta.... projek pantai Lido... projek tu zaman Muhyiden Yasin jadi Mb Johor, tup-tup bila Ghani Othman naik jadi MB, dia tak bagi... bagi kat kroni dia pulak.. 16 tahun berlalu ni baru pecah lubang....
Rupa-rupanya Timbalan Perdana Menteri yang baru pun ada kes juga... baguih lah macam tu... 1Malaysia...  
Akhir kata... aku harap ahli dan penyokong setia UMNO dulu, kini dan selamanya, hangpa sedaq lah sikit.. pimpinan UMNO yang sekarang ni penuh dengan najis rasuah dan salah guna kuasa.. buka aku kata.. suratkhabar hangpa yang lapor.. cuma hangpa bernasib baik, mahkamah dah ikut telunjuk kuasa pemimpin UMNO.. itu yang pemimpin hangpa selamat..
Cuba perati ... semalam ADUN UMNO Kedah Muflis, tu pun  muka tak malu... masih tak nak letak jawatan... apa punya jenis manusia.. nama Syed.. keturunan nabi, mungkin keturunan bapak saudara Nabi agaknya Abu Lahab.. tu yang perangai macam tu.. 
Hari ini Mb Johor.. besok apa pulak ceritanya lagi.. kita tunggu saja... 

Tuesday, April 28, 2009

Cara minta kahwin satu lagi....

Salam...
Buat pembaca yang ada kemampuan dan keinginan nak tambah cawangan boleh baca tengok... kut-kut boleh pakai jadi panduan...cara ini lebih baik dari cara yang kawan aku nak buat.. main senyap-senyap.. bini no 1 tak tau.. tak berapa sesuai macam tu...


17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2009 

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki 

Nizar VS Zambri.. Peluang masih ada buat DS IR Nizar

Salam Semua.. 
Insyallah, sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T memberi kekuatan dan hidayah kepada 5 orang hakim yang mengadili kes Nizar VS Zambri yang mana telah mengarahkan kes tersebut dibawa ke mahkamah tinggi semula.
Terima kasih juga buat Tuan Haji Sulaiman Abdullah selaku ketua Peguam dan pembantu-pembantunya yang sedaya upaya memastikan kemenangan berada di pihak PR.
Senyuman di wajah DS IR Nizar masih ada.. apakah senyuman ini akan berterusan sehingga hakim memutuskan MB Perak yang sah ialah Dato Seri IR Mohammad Nizar bin Jamaluddin. Insyaallah.

Memang Berbeza...

Memang berbeza!!! Umpama langit dengan bumi, itulah pemimpin UMNO dengan pemimpin Pakatan Rakyat... hangpa tengoklah mamat sebelah ni, walaupun dah muflis,, masih tak nak lepas lagi jawatan ADUN Kuala Nerang... memang jenis tak ada maruah.. kalaulah yang berlaku kepada ADUN PR, maka riuh rendahlah 1Malaysia meminta letak jawatan, bagaimana terjadinya kepada Bukit Selambau, Bukit Lanjan dan Penanti..
Tetapi bila kena kat Batang Hidung mereka, aiik masih lagi tak nak lepaskan jawatan.. apa cerita ni.. tak rasa malu kepada rakyat ka.. kat pengundi Kuala Nerang macam mana... apa pun aku rasa ni mesti ambik ilmu rasa tak malu dari MBH Zambri ... sama jenis spesis....

Pemilihan Barisan Pimpinan PAS: Akan adakah kejutan..

APRIL 28 – Perbualan orang PAS hari ini ialah tentang Mesyuarat Agung Kawasan yang berlangsung dan dijangka tamat pada pertengahan Mei ini. Saya ada menerima beberapa jemputan untuk resmikan Mesyuarat Agung Kawasan tertentu, itu pun beberapa kawasan jemput kerana dah tak dapat ‘top guns’ jadi saya yang kerdil ini pun gantilah!

Ada seorang kawan rapat saya yang selalu jadi penasihat yang tak dilantik pernah bisik kat saya: “ustaz kena terima jemputan resmi kawasan ni pasai masa tu kita boleh promosi kita, yang minta untuk resmi pun ada” sambil ‘penasihat’ bercakap dalam loghat utara yang pekat, saya mengangguk tanda faham, tapi sebenarnya saya tak faham tentang promosi diri kerana satu perkara yang paling berat untuk saya lakukan ialah mempromosi diri sendiri, kalau istilah orang tua kita: “masuk bakul angkat sendiri!”

Tidak seperti Umno cara pemilihan dalam PAS berjalan dalam keadaan penuh berhati-hati supaya tidak dilihat sebagai ‘mahukan kedudukan’ kerana tok-tok guru PAS ajar pengikut supaya jangan meminta jawatan malah yang meminta itulah yang tidak akan diberi jawatan!

Bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w “Bukan di kalangan ku mereka yang meminta-minta” maka jadinya dalam PAS hanya semata-mata kerana ‘dilihat’ meminta-minta jawatan sudah cukup menjadi satu kepelikan dalam PAS.

Setiap kenyataan yang dibuat dalam dan luar parti berkenaan dengan pencalonannya sudah cukup untuk menghantar mesej yang positif atau negatif kepada ahli. Seorang veteran dalam PAS pernah nasihat saya semasa nama saya dicalonkan untuk AJK PAS Pusat sesi 2005-2007, dia kata “mujahid kena berhati-hati, saya tengok Mujahid boleh pergi jauh biarlah Mujahid menang dengan ‘restu’ , jangan menang kerana ‘dipaksa’ menang”! saya tidak mengerti maksud ‘restu’ yang dimaksudkan tetapi penglaman yang sedikit dalam PAS ini mengajar saya maksud ‘restu’ tadi ialah ‘berendah diri’ sehingga dilihat oleh perwakilan sebagai calon bermoral, seolah-olah moral keperibadian yang tidak meminta-minta jawatan walaupun layak, itulah yang akan menjadi kayu pengukur perwakilan, bukan sekadar sekadar berbekalkan kelayakan.

Kata-kata itu lima tahun  yang lalu kembali teriang-riang di telinga saya, dan sekali gus mengenangkan saya kepada tokoh veteran ini yang sudah pun meninggal dunia, moga dia diterima di sisi Allah.

Kini PAS terpaksa mematuhi kehendak perlembagaan parti bagi memilih barisan pimpinan baru, soalannya apakah akan berlaku kejutan?

Saya mengandaikan akan berlaku kejutan dengan line-up baru di peringkat atasan, melainkan Presiden parti, semua jawatan tertinggi yang lain dari Timbalan Presiden, Naib-naib akan dipertandingkan.

Penyandang akan dicabar dengan satu pemilihan yang saya andaikan agak sengit. Mengapa saya berkata demikian?

Pertama kerana harapan orang ramai kepada PAS agak tinggi, berbanding dengan sebelumya, orang ramai tidak berminat untuk melihat siapa yang akan terajui PAS, tapi dengan dua kemenangan PAS di dua PRK minat orang ramai semakin meningkat.

Apatah lagi PAS kini muncul sebagai sebuah parti yang dilihat mempunyai ‘moral standing’ yang tinggi di antara ketiga parti komponen Pakatan Rakyat, malah cakap-cakap PAS akan menjadi alternatif kepada Umno mula ditanggap serius oleh orang Melayu khususnya.

Dalam kekosongan alternatf parti Melayu ini kedudukan PAS menjadi penting dan sudah tentulah pemilihan kepimpinan PAS akan menjadi tumpuan.

Kedua ialah harapan ahli PAS sendiri yang ‘sahamnya’ dilihat ‘melambung ‘tinggi dan dengan itu membuat pilihan kepada kepimpinan yang baru bukan hanya menjadi tanggungjawab tetapi ada unsur nilai strategik yang akan menjadi perkiraan.

Ketiga, bagi rakan-rakannya dalam Pakatan, pemilihan kepimpinan baru akan memberi satu gambaran awal bagaimana masa depan hubungan dengan PAS.

Terakhir ialah persepsi musuh tradisi PAS iaitu Umno, mereka pun mengintai-intai siapa yang akan menerajui PAS, paling ‘menggerunkan’ mereka ialah apabila kepimpinan baru nanti akan dilihat lebih berwibawa dari sudut ketokohan dan kemampuan intelek di mana ini akan menjadi masalah kepada Umno kerana unjuran PAS akan menjadi alternatif kepada Umno bukan lagi khayalan!

Saya melihat dengan alasan tadi kejutan pasti akan berlaku, saya tidak berminat untuk menyenaraikan siapakah mereka yang akan menjadi kejutan dalam Muktamar nanti kerana saya hanya berminat unuk melihat bagaimana proses ‘kejutan’ akan berlaku. Dengan kata lain kejutan kalau berlaku hanya di hujung tetapi yang lebih menarik ialah bagaimana kejutan ini dicipta?

Sebagai AJK PAS Pusat saya bertemu dengan bermacam jenis ahli PAS, ringkas ada dua trend ahli yang dominon dalam PAS, pertama ialah ahli yang terlalu berhati-hati sehinggakan ‘perubahan’ agak sukar menembusi pemikiran mereka, ke dua ialah ahli yang mempunyai keterbukaan untuk mengambil risiko-risiko kepada ‘perubahan’ dalam parti.

Trend in sudah tentu mempengaruhi kecenderungan ahli bagi menentukan siapakah barisan mereka.

Satu hari semasa saya bersembang-sembang dengan seorang kuat media dari lidah resmi Harakah dan Siyasah yang pro PAS, dia melontarkan satu ide yang menarik katanya “ahli PAS ni susah kita nak baca sebab budaya parti ini tak seperti Umno yang terang-terang membicarakan soal barisan kepimpinan, dalam PAS kita hanya dapat isyarat-isyarat yang lemah, itu pun calon-calon yang beraspirasi untuk menjadi kepimpinan tertinggi tak ‘berani’ nak menampakkan hasratnya terang-terangan, inilah masalah kita!’

Lontaran ini menarik dan inilah yang membingungkan Joceline Tan, wartawan politik The Star, dia kerap menghubungi saya untuk ‘korek’ maklumat , tapi berhempas pulas dia ‘korek’ dari saya namun tak berhasil lalu katanya ‘You all memang susah kita nak baca, kami tak dapat nak buat ukuran populariti calon-calon..”

Katanya itu yang mengakhiri perbualan telefon yang panjang menggambarkan memang ‘susah’ dalam PAS  nak tengok ‘kehangatan’ pencalonan. Kalau ‘hangat’ pun ia terlalu rahsia!

Tapi apa yang saya boleh saya kongsi dalam tulisan ini ialah, dalam PAS memang ada style mereka tersendiri untuk memilih kepimpinan.

Kalau untuk AJK Pusat, kecenderungan memilih ialah faktor latarbelakang agama samada latarbelakan formal atau tidak formal.

Tidak formal ialah calon itu tertonjol keilmuan Islamnya melalui petikan ayat Quran dan Hadis. Bagi mereka yang tak berapa ada kebolehan ini agak sukar untuk diangkat menjadi AJK.

Ada juga faktor kelantangan dan keberanian di pentas-pentas ceramah menjadi perkiraan. Keberanian menghadiri ceramah yang tidak ada permit , kena ‘tahan’ dan berani ‘lawan’ pihak berkuasa.

Faktor lain seperti keintelektualan, walaupun tidak dominon tetapi sudah mula diambil kira oleh perwakilan dari kawasan-kawasan Bandar.

Untuk jawatan tertinggi seperti Presiden, era kepimpinan ulamak tidakpernah menyaksikan apa-apa pertandingan, manakala Timbalan, style perwakilan masih terikat dengan kecenderungan melihat calon Timbalan sebagai seorang yang ada nama Ustaz. Pernah saya mendengar dari kepimpinan akar umbi yang mengatakan orang nombor dua mesti ulamak juga kerana dia akan menolong Presiden kalau dia tidak ulamak macamana dia nak tegur Presiden?

Trend mengundi ini masih kuat dan  belum lagi dicabar kes dahuluan yang sememangnya no 1 dan 2 mesti ada title Ustaz. Mungkin kejutan akan berlaku untuk mencabar amalan ini?

Manakal Naib-naib dipilih mengikut aturan yang secara otomatik disusun oleh perwakilan. Dalam tiga itu seorang mesti ustaz, seorang lagi ‘loyalist’ manaka seorang lagi ada status sosial yang diiktiraf samada populariti atau daya keintelektualan yang tinggi.

Kejutannya pada kali ini ialah kemungkinan susunan ini tidak lagi diambil kira, bahkan bagi memenuhi desakan mahukan perubahan kemungkinan title ustaz tidak lagi menjadi perkiraan, yang menjadi perkiraan ialah ‘performance’ dan ‘achievement’.

Kalaupun kita bleh membaca trend kecenderungan perwakilan, tetapi ia tidak semestinya begitu. Nama-nama calon untuk Timbalan dan Naib-naib turut dilontarkan dengan satu pendekatan yang mudah dan gelihati, iaitu jika ada mana-mana nama sudah mula mendapat satu dua pencalonan, barulah kawasan lain ‘teringat’ nama ini perlu dicalonkan!

Ini yang jenis Kawasan ‘baru teringat’ mereka tidak ada dalam perkiraan mereka kepentingan strategic untuk membawa parti ke tahap yang lebih baik. Ia agak melucukan tetapi trend ini masih ada dalam PAS.

Yang lebih panas ialah spekulasi-spekulasi yang dimainkan oleh media dan penganalisa-penganalisa.

Ada yang di ‘upah’ oleh Umno untuk membuat analisis yang nakal seperti mengatakan ada kumpulan Erdogan yang membawa trend ‘perubahan’, ada yang mengatakan group Erdogan di’taja’oleh Anwar Ibrahim dan ada yang menganggap perubahan kepada kumpulan Erdogan akan menyaksikan berakhirnya style PAS yang ‘ortodoks’ kepada style yang ‘terbuka’ malah Negara Islam langsung tidak ada dalam slogan-slogan kumpulan Erdogan ini.

Bagi saya ini analisis nakal yang akan mewarnai suasana pemilihan dalam PAS pada Muktamar akan datang.

Agak menarik untuk dijadikan sebahagian dari lembaran sejarah PAS dalam era sahamnya sedang menaik, sekurang-kurangnya tulisan ini membantu Joceline Tan untuk membaca dan mengukur populariti calon-calon.

DR. Mujahid Yusuf Rawa.
Penulis adalah pemegang PhD dalam bidang pengurusan organisasi dan kini adalah AJK PAS Pusat di samping anggota Parlimen Parit Buntar.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari