boikot
Segarkan ingatan anda...
Wednesday, November 30, 2011
Ucapan Tan Sri Muhyiddin semalam "Munafik"
Ibu lembu naik minyak, belum kena sembelih dan meroyan..
Perghh.. Anak Perempuan Zuraidah Kamarudin...Farah Afzan..
Tuesday, November 29, 2011
Saya berjuang untuk agama....
Bersatu menteri menipu
Suami dapat dana lembu
Menteri kata tak tahu
Kondo beli dahulu.
Menteri kerja menipu
Ahli dan rakyat buat tak tahu
Otak dah macam lembu
Tak setia kena lutu.
Bersatu lanun bersatu
Bersatu tipu Melayu
Komisyen berjuta ribu
PM sapu dahulu .....
Haji Najib kepanasan walaupun sekarang musim tengkujuh...
Nazri Aziz - Peguam yang berdemontrasi di Parlimen adalah BERUK
Khir Toyo - Sistem Kerajaan Akan Porak-Peranda?
Cerita lawak sempena PAU 2011 khas dari Shahrizat
Monday, November 28, 2011
Diantara Fakta dan Fitnah - Siapa Menteri UMNO pernah cium tangan Tok Guru..
No HP awek mana ni .. 019-9158369......
Lima Keping Gambar Mesra
Gambar-gambar YB ADUN UMNO dah mula sewel..
Sunday, November 27, 2011
Puan Ini lebih layak jadu Ketua Wanita UMNO
Bebal dan bengongnya blogger betina UMNO
"Pujuk Najib bukan saya!"
"Pujuk Najib bukan saya!"
Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh
"Untuk Gerakan, seandainya ia menganggap ini adalah sesuatu yang salah, dia seharusnya bercakap sesuatu. Tetapi ia masih diam. Hanya apabila saya menyerah perletakan jawatan saya, baru beliau (Koh Tsu Koon) cuba untuk memanggil saya, memujuk saya untuk tidak tinggalkan (parti)."
"Ini cara yang salah! Beliau tidak seharusnya memujuk saya, beliau seharusnya memujuk Najib. Ubah pandangan dia (Najib)! Beliau (Koh Tsu Koon) mencari orang yang salah, saya bukan siapa dalam Gerakan. Beliau harus beritahu Najib, bukan saya... Keutamaannya salah!"
Dalam satu wawancara eksklusif denganMerdekaReview, Delren berkata notis letak jawatan telah dihantar kepada pimpinan tempatan kelmarin, dan melalui sms kepada Kohilan, Tan Lian Hoe dan Koh Tsu Koon, pagi tadi. Beliau menunjukkan panggilan Koh Tsu Koon yang tidak dijawab olehnya, pagi tadi.
Ketika ditanya faktor yang mendorong beliau keluar parti, Delren berkata, "Gerakan masih merupakan anak tiri kepada UMNO. Masa dia masuk dalam Barisan Nasional dulu, dia setaraf dengan UMNO. Apa pendapat dia, UMNO boleh terima. Masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, zaman dulu... Tapi sekarang, Gerakan seolah-olah macam anak tiri."
Beliau tidak berpuas hati apabila pimpinan atasan Gerakan berdiam diri dalam skandal yang terdedah, termasuk skandal National Feedlot Centre yang melibatkan Shahrizat Jalil, Menteri Ketua Wanita UMNO baru-baru ini. Beliau berkata, peringatan demi peringatan diketengahkan, malah dalam Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, beliau antara pembahas yang melontarkan ketidakpuasannya, malah berkata Gerakan mesti bertukar (berubah).
Meskipun fenomena ini telah berlaku sejak lama lagi, tetapi beliau masih memilih untuk memberi peluang kepada Koh Tsu Koon. "Tapi nampaknya, dia (Koh Tsu Koon) tukar, dia kata dia tak akan bertanding dalam pilihan raya saja. Dia tak kata dia nak letak jawatan. Dia tak kata apa dia nak lakukan," beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Koh Tsu Koon dan pimpinan atasan dalam Gerakan.
Ketika dilontarkan andaian Koh Tsu Koon berundur, apakah beliau akan kembali yakin kepada Gerakan, "Kena tengok arah mereka (pimpinan baru) nak pergi."
Delren hadir dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung semalam dan hari ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Beliau menerima temuramah MerdekaReview di sini, tadi. Ketika ditanya mengapa PKR dipilih, beliau berkata ideologi perjuangan PKR hampir sama kepada Gerakan, dengan komposisi anggota yang berbilang kaum.
Ketika ditanya apakah suasana Kongres Nasional PKR berbeza dengan Mesyuarat Agung Gerakan, "Lebih kurang sama," jawab Delren.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.
Sumber : merdekareview.
Zambry a/l Kadiaq dah siap sedia untuk PRU13
Senarai calon BN Perak pada PRU-13 siap – Zambry
LUMUT 27 Nov. – Senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 telah siap, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
”...semua calon telah ditetapkan termasuk siapa yang bakal diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang,” katanya kepada pemberita di Sitiawan dekat sini hari ini.
Kawasan DUN Pasir Panjang, yang 80 peratus pengundinya adalah Melayu, diwakili Datuk Seri Mohamad Nizar dari parti Pas.
Zambry berkata, senarai calon itu akan diumumkan apabila tiba masanya. – Bernama
Nampaknya entry yang aku siarkan dr-azizah-calon-umno-pru13-dun-pasir. dah hampir nak tepat dah, dengan ini kemungkinan besar DUN Pasir Panjang UMNO akan mengambil kerusi tersebut dari quota MIC untuk menentang Nizar....
Sedikit kehairanan, kenapa Negeri Perak sahaja yang UMNO terkedepan dalam hal-hal isu PRU13 ni berbanding dengan 13 negeri lain ...
Apa yang aku dapat tahu, Zambry membuat persiapan awal ini sewaktu beliau berada di Mekah itu hari,, itu pasal dia pergi Mekah sekapal dengan Najib, bukan saja-saja suka nak pergi sama rombongan dengan Najib, maka persediaan senarai calon BN Perak teah selesai...
Selain dari itu mungkin ini juga sebagai hadiah dari Najib buat Zambry yang sanggup mengambil tempat MB yang begitu panas dalam sejarah krisis politik negara di Malaysia... kerana selepas ni sepadan dengan kelayakan Zambry yang memiliki kelayakan Phd, beliau akan menjawat Menteri Pusat iaitu Menteri Pendidikan Tinggi menggantikan Dato Khaled Nordin yang akan dijadikan MB Johor....
Siapa yang bakal menjawat MB Perak pula selepas Zambry kalau BN UMNO menang... mangkok PuDJW2jPzCA agaknya kut.....
DS haji Najib dah mula politikan Harimau Muda untuk UMNO..
Saturday, November 26, 2011
Sikap kurang ajar Doraemon UMNO - Video
Vincent Lee - Orang Cina kena sokong PAS dan hukum hudud (Video)
Jabatan Kebajikan Masyarakat menganiaya 15 orang ibu tunggal..
Menteri UMNO lantikan Najib tak faham tafsiran Bahasa Inggeris
Selamat Pengantin Baru buat Dr Mastura dgn Dr Mohd Izham.
DS Haji Haji Zambry berbohong dalam sidang DUN Perak..
Zambry pagi ini menyatakan bahawa ‘Bas VIP’ itu bukanlah dibeli atau disediakan khas bagi menyambut kedatangan PM dan isteri ke Perak.
Sebaliknya bas itu telah lama wujud dengan segala jenis kemudahan, malah ia juga berusia hampir 15 tahun dan bukanlah kenderaan baru.
Mari kita kenal muka-muka ahli Syurga Blogger/FB UMNO...
Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti suara dari bumi, jas salleh, pas beruk, padi jantan dan azmy awang kelana jaya,,, semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya....