boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label MB Zambry. Show all posts
Showing posts with label MB Zambry. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Apa cerita dengan Masjid Negeri Ipoh - Belum lagi DAP perintah!

Adoi..doi..doi.. malunyer aku rasa... kalau masjid atau surau kampun orang asli satu hal juga,, ini masjid di Ibu negeri... Masjid paling senior dalam sebuah negeri.. apa cerita ni..

Tuesday, June 4, 2013

He he .. Sesekali pandang mereka ni macam dua beradik bersaudara.

Diberitakan pergi ke Mekah tempohari secara senyap-senyap, bila dah pergi secara senyap,, balik pun secara senyaplah... tak heboh-heboh pun,,, save budjet..he he..


Thursday, March 14, 2013

Lahad Datu - Zambry derhaka dengan Najib.. Nak jadi wira rakyat?

He he he,, kalau polis dan tentera yang terkorban dah dapat gelaran sebagai wira rakyat dari krisis Lahad Datu.. maka anak kelahiran Pulau Pangkor ini pun turut berkeinginan yang sama... Tahniah...


Thursday, September 13, 2012

Satu Kotak Kad jemputan hari raya DS Zambry tersadai di masjid Daerah Manjung.

Malam tadi seperti biasa, aku ada kelas Hadis di masjid daerah Manjung, terdetik dihatiku ingat nak pi kuliah malam tadi nak bawa kereta, sebab tayar depannya angin dah mula kurang,, 

Entah kut mana, mai penyakit malas nak bersusah payah,, ah lantaklah..., motor buruk EX5 aku juga yang jadi mangsa, terpaksalah menjalankan tugasnnya dengan penuh kesetiaan terhadap aku tuannya,, tanpa belot. 


Sunday, November 27, 2011

Zambry a/l Kadiaq dah siap sedia untuk PRU13

Ha ha ha... Hangpa pakat-pakat baca berita terkini di bawah....


TERKINI

Senarai calon BN Perak pada PRU-13 siap – Zambry

27/11/2011 3:43am

LUMUT 27 Nov. – Senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 telah siap, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

”...semua calon telah ditetapkan termasuk siapa yang bakal diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang,” katanya kepada pemberita di Sitiawan dekat sini hari ini.

Kawasan DUN Pasir Panjang, yang 80 peratus pengundinya adalah Melayu, diwakili Datuk Seri Mohamad Nizar dari parti Pas.

Zambry berkata, senarai calon itu akan diumumkan apabila tiba masanya. – Bernama


Nampaknya entry yang aku siarkan dr-azizah-calon-umno-pru13-dun-pasir. dah hampir nak tepat dah, dengan ini kemungkinan besar DUN Pasir Panjang UMNO akan mengambil kerusi tersebut dari quota MIC untuk menentang Nizar....

Sedikit kehairanan, kenapa Negeri Perak sahaja yang UMNO terkedepan dalam hal-hal isu PRU13 ni berbanding dengan 13 negeri lain ...

Apa yang aku dapat tahu, Zambry membuat persiapan awal ini sewaktu beliau berada di Mekah itu hari,, itu pasal dia pergi Mekah sekapal dengan Najib, bukan saja-saja suka nak pergi sama rombongan dengan Najib, maka persediaan senarai calon BN Perak teah selesai...

Selain dari itu mungkin ini juga sebagai hadiah dari Najib buat Zambry yang sanggup mengambil tempat MB yang begitu panas dalam sejarah krisis politik negara di Malaysia... kerana selepas ni sepadan dengan kelayakan Zambry yang memiliki kelayakan Phd, beliau akan menjawat Menteri Pusat iaitu Menteri Pendidikan Tinggi menggantikan Dato Khaled Nordin yang akan dijadikan MB Johor....

Siapa yang bakal menjawat MB Perak pula selepas Zambry kalau BN UMNO menang... mangkok PuDJW2jPzCA agaknya kut.....



Saturday, November 26, 2011

DS Haji Haji Zambry berbohong dalam sidang DUN Perak..

Bila aku baca kisah jawapan MB (Methalic Black) DS Haji haji Zambry seperti yang dilaporkan dalam laman Perak today timbul rasa keraguan yang musabah.

Hangpa boleh baca sendiri kat wp/?p=37329




Zambry boleh bagi jawapan yang nak memperbodohkan rakyat, bas yang Najib dgn Rosmah dengan mengatakan "

Zambry pagi ini menyatakan bahawa ‘Bas VIP’ itu bukanlah dibeli atau disediakan khas bagi menyambut kedatangan PM dan isteri ke Perak.

Sebaliknya bas itu telah lama wujud dengan segala jenis kemudahan, malah ia juga berusia hampir 15 tahun dan bukanlah kenderaan baru.


Bas tu dah lama wujud,, bas hak siapa punya,, kerajaan negeri punya,,, mana mungkin,, itu pasal Nizar timbulkan...

Kemudian bas tu dah berusia hampir 15 tahun,,,, biar betul... bas sebegitu nak bagi PM naik.... aku tak tau nak kata bab bas ni,, sebab aku tak tengok sendiri,, tapi kalau tengok ke kerusi sette dalam bas yang Najib, rosma, zambri dgn bininya duduk tu pun aku dah boleh bayangkan,,, itu set yang baru,, model baru,, bukan model 15 tahun yang lampau.....

Jenis UMNO plus mamak ni kalau tak membohong memang tak sah....


Cuma yang betul dalam gambar tu gambar Zambry,.... memang tepat dan padan bila YB Nga Khor Meng mengatakan Zambry dot,dot,dot. baca sendiri di p=37368



Tuesday, October 18, 2011

UMNO Perak, UMNO Lumut dan PERKASA, bila lagi nak sedar..

Sedih rasa dihati bila aku membaca berita dibawah ini, sedangkan hak SAR dengan sengaja UMNO abaikan .... klik bajet-2012-tiada-peruntukan-untuk.html
Untuk se




Nampaknya demi kepentingan politik peribadi Zambry anak Kadiaq, maka inilah jadinya,,, Sedarlah wahai sekelian orang melayu, sedarlah Wahai saudara Taipingmali @ Ckgu Najimi,, dimana hak anak-anak kita orang melayu,,, lihatlah,, dengan mudah Zambry menggunakan kuasanya untuk melupuskan cukai tanak dari RM160,000.00 kepada RM10.00 sahaja.., Untung mereka UMNO yang tolong dok sara,, hak orang Melayu yang selama ni dok perjuangkan dimana,,,, haprak.....


Sunday, October 16, 2011

Sekadar lakonan wayang Cina dari pencacai Zambry..

Tak perlulah aku nak perjelaskan lagi mengenai laman gambar laman blog dibawahi ni....
Maklumat penuh mengenai laman blog ini hangpa boleh pi baca kat malaysiatimes



Cuma aku nak pertikaikan di sini bilamana topik tajuk didalamnya ada sangkut paut dengan MPM, (Majlis Perbandaran Manjung).. KLIK

Bagi aku laporan dalam portal tu tak habis, sekadar nak siar ambik syarat sahaja, dan MPM menjadi mangsa,, kenapa tak pi terjah kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Zambri bin Man Di SINI..

Kalau sekadar nak buat cerita yang tak cukup bahan, lebih baik tak payah, dalam isu ni juga, tempat utama yang dilaporkan di tempat pelancongan di Pulau Pangkor,,, kenapa tak disebutkan siapa ADUN di tempat tu...

Nampaknya ada 2 Zambry yang menimbulkan masaalah disini, satu Zambry anak Kadiaq dan lagi seorang Zambri anak Man...

Tak patutlah nak menyalahkan anggota MPM, mereka kalau tak dapat arahan dari pihat atasan, bagaimana mereka nak memastikan kebersihan seperti mana yang dimaksudkan,,

Dalam isu ini kegagalan utama ialah ADUN di Pulau Pangkor yang juga Menteri Besar Perak,, betui Zambry anak kadiaq sekarang dah jadi MB Perak, sibuk,,, oii pegawai Khas dia yang diperuntukkan di Pulau Pangkor buat kerja apa,, hayun teloq,,,atau garu telok.. Kalau dah tempat ADUN sendiri tak boleh nak jaga dengan sempurna, bagaimana nak jaga negeri Perak,,, patutlah dah dok dengar sok sek sok sek... UMNO Perak dah tak kebuloq lagi dengan Zambry sebagai MB Perak.... aku setuju sangat....



.

Friday, October 14, 2011

Apa yang tersirat di sebalik Gambar Najib dengan Zambry

Gambar dibawah ni aku cilok dari laman sesawang UMNO online....



Kalau kita perhatikan diantara 2 tubuh mereka, yang anak mamak tu terngaga mulut buat-buta manis muka mengharapkan sesuatu agaknya... tetapi yang anak Tun Razak pandang ke lain-lain macam layan tak nak layan aja....

Apa cerita sebenar diantara mereka berdua.... jeng...jeng...

Apakah Najib dah mengiktiraf Zambry sebagai melayu sejati bertukar dari mamak sempena majlis tersebut......

Atau pun adakan itu sebagai perhargaan jasa mu dikenang......




Thursday, October 13, 2011

Nama MB Perak Zambry Abd Kadir terlibat dengan judi kasino..

Hooii, orang-orang UMNO dan gerombolan melayu negeri Perak,,,

Apalah punyai suey nasib ko orang ni,, malang sungguh,, dapat Menteri Besar macam ni,, kalau dulu Zambry terlibat dengan perbuatan ancak,, isu pemberian tanah di Teluk Rubiah buat pelabur Brazil..... ni timbul lagi satu kes,, judi pulak...

Apakah ini secara kebetulan atau sebaliknya wallahhuaklam.. Namun inilah faktanya...

Tadi entah macam mana aku surf nama Zambry Abdul Kadir dalam google, seperti mana dalam gambar di bawah... ,



TKemudian entah macam mana tergerak dihati nak klik nama Zambry Abd Kadir yang paling atas sekali tu,, yang warna pink tu, bekas aku dah klik...


Maka inilah hasilnya.... hangpa klik kat gambar kalau nak besarkan..


Tentu hangpa kata, ini perbuatan dengki khianat para blogger Pakatan rakyat,, terhadap beliau,, oiii ini laman web betul punya, ini bukan blogspot,,, ini laman web bayar punya ni,, tak ada sapa yang nak buang duit buat lama web fitnah macam ni...

Lagi satu kalau hangpa baca dalam laman web tu bahasa Perancis,,, itu yang hebat tu ... ada tertulis lagi "

Le site zambry.com se propose de diriger les joueurs dans ces arcanes du monde des jeux de casino en ligne, afin de leur permettre de déjouer certaines difficultés, de gagner du temps de jeu et surtout, de le faire en toute sécurité. Sur ce site, il vous sera possible de trouver toutes les informations indispensables afin de choisir le plus judicieusement possible votre casino en ligne, parmi la multitude de salles qui mettent à votre disposition leurs services.

Hangpa nampakan ayat awal sekali tu, Le site zambry.com... kalau hangpa rajin hangpa pi klik casino en ligne (warna merah) tu,, maka bertemulah hangpa dengan alam judi maya... disini rupanya...

Tetapi kenapa digunakan nama Zambry,, bukan sekadar namanya sahaja,, malah nama bapaaaknya sekali dibubuh dalam google tu... hebatkan Zambry...

Kira dah lengkaplah dengan apa yang ada pada nama Zambry... Tahniah UMNO dan umat melayu negeri Perak,,, dapat Menteri Besar jenis ni,,, tahniah lagi sekali...



Tiada pengharapan umat Islam Perak terhadap Zambry..

Kediaman MB Perak betul-betui dalam kawasan bandar Ipoh, sewaktu Nizar dalam krisis Perak 2009 dulu aku sempat dua kali berkampong di sana bersama-sama Blogger Network Perak,, cerita lama,,,




Gambar dari artikel datang dari blog UMNO sendiri, bukan aku dok reka cipta... kalau blogger UMNO sendiri dah komplain akan mala petaka yang bakal menimpa bandar Ipoh, jadi Zambry selama ini dok buat kerja apa,, tak kan balik rumah dok menadah kitab dengan Ostad Kazim tiap-tiap malam, sehingga tidak tahu apa yang dok berlaku....

Dengar cerita Zambry nak pi Mekah buat fardhu Haji, betui ka... Nak pi bersama-sama dengan Najib,,, antara mereka berdua tu agak-agak hangpa la,, Zambry nak berimam kan Najib atau Najib yang berimamkan Zambry... sapa boleh jawab soalan cepumas..

Zambry isu ancak macam mana cerita ya... dah bertaubat ke belum,,, manakala Najib isu sembah salib semasa lawatan kat pope besar dulu apa cerita..klik. thursday-october-13-2011-gempar.. Boleh kah dalam keadaan sedemikian mereka nak pi buat haji....







Thursday, June 30, 2011

Wednesday, March 2, 2011

Aku gumbira.... aku juga sedih....

Salam sejahtera,
Aku cukup rasa gembira bila Panglima tentera darat menyuarakan Jangan heret tentera.


Cuma yang di bawah ni kira macam mana pulak, senang-senang dengan muka tak malu pi serendeh tahan bahu pakai pangkat panglima,,, ini politik ke main taik.....






Thursday, September 2, 2010

Mana pergi MB Perak Zambri?!!!, mana pergi EXCO Kanan Hamidah!!

Salam Sejahtera...

Aku nak mengata lagi, aku tak peduli posa ke tidak, apakah aku nak biar perkara yang tak sepatutnya berlaku.....

Cubalah baca petikan gambar yang aku ambik dari BH Online dan Utusan....


Kenapa nak tunggu sampai Raja Muda Perak mencemar duli pergi melihat sendiri masaalah apa yang rakyat hadapi...., MB sibuk sangat ka,,, tak selesai lagi shopping untuk beli baju raya buat anak-anak angkatnya....

Kawasan yang berlaku pulak adalah kawasan DUN EXCO Kanan, EXCO kanan dok buat kerja apa, tak selesai lagi masalah surau-surau!!! Sehingga sampah dalam kawasan Raja Muda yang kena selesaikan....

Nasib malang tuanku lah, pilihlah lagi UMNO yang memerintah, kan dah nampak tembelangnya,,, masallah sampah pun tak boleh nak diselesaikan...

Berita berkaitan : DI SINI

Sunday, August 22, 2010

Apa Kata UMNO??!! Sepetang di Dewan Gandi Setiawan..

Salam sejahtera...

Sejak dari malam tadi selepas solat tarawih, aku diminta oleh kekawan beramai-ramai menolong memasakn 5 ekor kambing yang disedekahkan oleh seorang jemaah untuk disedekahkan kepada fakir miskin.

Pagi ini jam 8.30 pagi selepas kuliah sambung lagi sehingga zohon baru selesai, alhamdulillah untuk petugas dapatlah lauk khorma kambing seorang satu towpow... pergghh, kambing bow makan malam nanti..

Dalam masa nak balik tengok h/p ada sms dari Pembantun Dato Ngeh, Jason bagi tau ada program di dewan Ghandi Steawan jam 2.ptg... Bergegas aku ke sana selepas waktu zohor....

Aku tak tau cerita apa yang tertulis dalam akhbar ni, mungkin MSK boleh baca dan faham kut, sebab dia dok India lama sewaktu dia muda dulu......


Mengikut berita yang aku dapat dari beberapa kekawan India disitu, ramai yang aku kenal, mereka memaklumkan program petang tadi tu ialah dailog bersama MB Zambri dan Pegawai Daerah Manjung.... tetapi bila diberitakan yang wakil-wakli rakyat pembangkan akan turut bersama, Zambri dah kecut telor tak berani turun, mungkin program tu dibatalkan...








Tetapi saudara-saudara kita dari kaum India tetap mengadakan juga perjumpaan itu....


Yang aku kenal dalam program tu bekas speaker Sivakumar pun ada, YB Kulasegaran dan wakil PKR Saudara Shanmuganathan..


Apa yang aku dapat tahu, hanya pengakuan Zambri selaku MB dan Mahyuddin Yassin selaku Menteri Pelajaran di akhbar sahaja, tetapi bukti bertulis hitam putih di Pejabat Tanah tiada, mereka merasakan tertipu dengan permainan politik haprak Zambri...

Baru mereka tahu siapa Zambri, kalau kuasa MB pun beliu sanggup menerimanya dengan cara paling terkutuk dan bangsat dalam sejarah adap melayu, inikan pula setakat sebidang tanah hak persendirian, apa dia peduli....,


Anne yang sorang ni, kalau warga anggota TLDM dan Dorkyard ramai yang kenal, beliau ialah abang kepada YB Kulasegaran, kedainya ada di pekan Lumut, dia ni kalau siapa nak pinjaman wang segera pi jumpa dia, bawa buku bank dengan card akaun gaji, boleh kira punya, nanti bila cukup bulan pakat pergi mengadap dia ambik gaji dari dia, sebab dia dah jolok card ti pag-pagi lagi kat bank...

Ada cerita lagi kisah di Dewan Ghandi ni, kalau nak tau serba lanjut masuk ke blog brother aku otai-manjung. Dia siap bawa Video camera petang tadi, bila OM sampai aku pun kira nak balik, terlalu letih sangat..., sampai rumah sempat tidok sekejap... Jam 4.30 jaga, OM hantar SMS, bagi tahu kumpulan DIA telah berarak ke Balai Polis Stiawan..., dan ramai yang kena tahan....

Tunggu besok, aku upload gambar-gambar di sekitar Balai Polis Stiawan..., penat sangat dah... aku nak solat terawih...busszzz.

Saturday, April 17, 2010

PRK P094 - Kenapa Si Dia ni Sibuk Membela Samy Veloo

Salam Sejahtera...

Orang lain tak sibuk pun cuma si dia ni sorang yang sibuke..., kenapa ya... apakah kerana same colour....













Sunday, February 14, 2010

MB Perak Melangkaui PM 1Malaysia.

Salam Sejahtera..

Dek kerana terlampau gumbira di atas kemenangan 5-0 pada 9 Feb lalu, nak tunggu Raya puasa lambat lagi, Deepavali pun lambat lagi, majlis kesyukuran kemenangan dan pun buat, tapi tak puas hati lagi, kerana terlampau seronok sungguh-sungguh, dan nak ambik hati kaum Cina, maka perkara yang sebelum ini tak biasa buat dek orang Melayu, (kalau mamak aku tak sure la pulak), maka hari ini tercipta satu sejarah dalam negeri Perak.


Kalau kita perati tengok, sepatutnya PM 1Malaysialah buat perkara macam ni, tapi PM pun tak buat, sebab ia mungkin tahu perkara ini tak sepatutnya, PM hanya menziarahi rumah terbuka pimpinan MCA dan Gerakan, kira OK lah... tetapi itulah, dek terlampau terlalu gumbira sangat, ia sanggup melangkaui PM membuat Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina. Oii aku bukan buat fitnah, hanpa baca DI SINI.

Kalau sebelum ini ia sanggup bersama-sama MIC seperti dalam gambar diatas OKlah lagi, sebab same colour yang pertamanya, semngat 1Malaysia., tetapi buat rumah terbuka macam ni aku pun tak tau nak kata apa, apa kata penyokong-penyokong UMNO totok semangat kemelayuan, oii mana NGO-NGO Melayu.

Ok Mufti Perak mana,,, pi sama-sama ka,,, mana tau kut tolong baca doa sekali ka...

Tuesday, February 9, 2010

Layakkah Zambri sebagai MB Perak..

Salam Sejahtera..

Aku tak mau nak komen banyak tentang keputusan Mahkamah siang tadi, cuma aku teringat balik dulu aku dapat satu komen mengenai status zambri...

Aku copy & paste kembali...


Anonymous spyleman said...

Woi, manjungmari… hang ni betoi la blogger hamPAS, semua orang tak betul, hang saja yang betoi…dulu hang dok sebok kutuk UMNO, sekarang ni pulak hang sibuk Pas Kelantan, apa tujuan hang ni.. yang dok buat cerita fitnah merapu macam ni….


manjungmari, ni aku nak bagi maklumat sensasi kat hang, aku cabar hang.. kalau hang berani… siar kat dalam blog hang.. pirah.. hang mana berani tera mana pun….. OK…semalam aku dok baca dalam blog geng-geng hang hamPAS, ada dok sebut yang MB Perak Zambri akan ditukarkan, bab ni aku sokong sangat….


Hang tau pasai apa manjungmari aku sokong, …itulah hang, nak jadi blogger konon, manjungmari oiii, cerita depan batang hidung pun hang tak tau, phirahh blogger… OK manjungmari, hang baca betui-betui apa yang aku tulis…


Pulau Pangkor waktu zaman dahulu, mengikut dari cerita abang ipar aku, ramai pendatang yang menetap di situ adalah dari etnik mamak dan kaum China Islam Kwantung, kalau hang nak tau sepupu Mak Pak Lah (ex-PM) Puan Kailan pun ada di Pangkor, usul asal dari China Kwangtung, manakala kaum mamak pulak kebanyakannya berasal dari Mamak Chulia Penang….


Abang ipar aku asal dari Pangkor, sama sekolah dengan Zambri waktu kecil dulu, Zambri tu asal orang Kampong Masjid, belajar di Sek Keb Pangkor, waktu kecik-kecik dulu abang ipar aku panggi Zambri “Aziz Badro” nama gelaran Zambri.


Ibunda Zambri nama nya Poon Saidatul Badro bte Abd Kadeer (Pure Mamak) No I/C 410430085158 berkahwin dengan Abd Kader @(Karim) bin Mohamed …No I/C 410606085101, (ini pun Mamak Juga)….


Namun begitu perkahwinan bonda Zambri itu tidak kekal lama, mereka bercerai sewaktu Zambri dalam kandungan.
Selepas itu bonda Zambri berkahwin pula dengan orang lain yang dikenali sebagai Pak Jaafar…(pun mamak juga) Pak Jaafar ni lah yang membesarkan Zambri hingga berjaya ke hari ini.


Waktu BN mengambil alih kerajaan negeri Perak dulu, aku cukup seronok kerana UMNO dapat mengambil balik negeri ini dari tangan Nizar yang menjadi kuda tunggangan Ngeh dan Nga, selamat negeri aku, kalau tidak Perak akan habis dapat kat Cina belaka. Walau pun sapa MB waktu tu aku tak kisah, yang penting Perak terlepas dari cengkaman Cina laknat..


Namun sekarang baru aku sedar balik, Zambri ni mamak, sedangkan undang-undang tubuh negeri Perak sesiapa yang dilantik menjadi MB mestilah rakyat Negeri Perak, berugama Islam dan berketurunan Melayu. Sedangkan Zambri ni ibu dengan ayahnya adalah bangsa India Muslim (mamak), jadi kut mana pun Zambri juga pun mamak…Memang dulu aku tak kisah sangat melayu ka mamak, tetapi nampaknya mamak sekoq ni dah mula belagak bukan main, bangga yang dia adalah MB berkelulusan PHD, mendapat undi paling tertingggi dalam PRU12 yang lalu….


Apa yang jelas sekarang ni sejak Zambri jadi MB bala yang Allah turunkan semakin bertambah, mula-mula dulu beberapa orang pelajar melayu mati dihempap bangunan riuntuh di Ipoh, kemudian pula 3 orang pelajar sekorah India mati lemas di Kampar, tak berapa hari lepas tu pelajar Cina pula dari Unitar Kampar…. lepas ni apa pulak bala yang akan turun,,, Hang tau tak manjungmari….ini adalah Daulat Sultan Azlan, sebab undang-undang tubuh tak dipenuhi…


Aku cabar hang manjung mari kalau berani, hang siar komen aku ni… moga-moga lepas ni aku doakah hang cepat mampos manjungmari…mampos manjungmari ….44kali.


Ambik dari SINI


Komen - Aku tak mau komen banyak bab ni, bagi aku sependapat dengan TGNA, tak kira sesiapa atau bangsa apa, syarat Islam, bertakwa, layak jadi pemimpin, Tetapi UMNO semangat kemelayuannya lain...

Tuesday, July 21, 2009

Boleh percayakah gambar ini...


Salam sejahtera....

Gambar ini dikatakan hantu pocong... sesiapa yang ada ilmu seni mahkluq jin syaitan boleh tolong sahkan, betul atau tidak...

Kisah ini aku ambik dari SINI.

Mungkin juga betul dalam era dunia digital.. apakah hantu pocong itu tidak faham atau pun yang gambarnya akan di rakam.. he he... hantu ni kekadang tu ada bodohnya juga....
tak percaya tak kekawan yang ada ilmu kedukunan atau bomoh.....

Tapi sayang gambarnya tak jelas.......Bukan apa nak tengok rupanya macam siapa....Kut-kut macam rupa MB Perak ka......


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari