boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label kaum Cina. Show all posts
Showing posts with label kaum Cina. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Perghhh... Nasib baik Khairy Jamaluddin bukan Menteri Pendidikan..

Sepatutnya ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak sebelum menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Cina (SRJK) , kaji dulu budaya di sekolah Cina...

Monday, January 20, 2014

Melayu Perak tunggu apa lagi ! - pergi jahanam dengan melayu!

Aku memang dilahirkan dinegeri Perak,, mengikut status bangsa dalam sijil kelahiran memang orang melayu,, nak kata aku berbangga dengan melayu,, ohh tidak....


Wednesday, September 4, 2013

Pelakon wayang opera Cina sebagai bekalan Pemilihan Agung Umno..

Macam-macam idea,,, semuanya untuk perhatian maca-macai umno... boleh lah nak cakap apa pun,, sekadar bercakap bila dah tak berkuasa dan tak berjawatan... siapa nak ikut...


Tuesday, June 18, 2013

Tolong Habaq Mai .. Melayu mana yang banyak bodoh punya orang tu?

Tuduh menuduh,, biasalah...masing-masing dah mula meroyan...dan yang akhirnya melayu juga yang bodoh,, ambik ko,,, betul ka bodoh,,


Wednesday, May 29, 2013

Boikot barang makanan buatan Cina,,, Minta maaf la..

Terdapat 8 barangan yang dicadangkan oleh Ngo-ngo yang dipelopori oleh PPIM...lantak ke hangpalah nak boikot berapa banyak sekali pun,, aku peduli apa...


Monday, April 29, 2013

PRU 13 - Soalan Lelaki Cina Gila Ni Sepatutnya Menteri Agama Umno Jawab.

Bila PRU 13 menjelang tiba, banyak perkara-perkara baru yang menarik perhatian... Dari sinilah akan timbul manusia-manusia melayu yang menjadi tahap penjilat walaupun title diawal nama berbagai jenama... 


Thursday, November 8, 2012

Aduhai Bangsaku - Kumpulan Melayu Bodoh VS Kumpulan Cina Cerdik.

Apa nak dikata,, bangsa aku juga,, nak salahkan mereka seratus peratus pun tak boleh juga, kenapa... UMNO lah yang menganiyai mereka,, sememangnya UMNO mahu umat melayu jadi bodoh, ikut cakap pemimpin UMNO macam lembu yang dah dikat rali kat lubang hidung...


Thursday, June 28, 2012

Mahathir sakit kepala . Pengundi Cina jadi kuasa penentu PRU13..

Pening kepala dok memikir,, sempat atau tidak pewaris legasinya Mukhris untuk mengambil tempat PM sebagaimana Najib mengambil tempat dari bapanya dulu... 


Kita kena mengakui, kaum Cina merupakan satu kaum yang paling cerdik dan bijak berbanding dengan kaum melayu UMNO, bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh pelusok dunia, 

Jadi tak hairanlah kaum Cina akan beralih arah menyokong parti yang mana lebih telus berbanding UMNO yang sedia maklum parti yang korup tahap gaban..Sila baca di chinese-voters-are-kingmakers-for-ge13-says-dr-m..  

Orang-orang Cina memerhati kerajaan PAS di negeri kelantan, setelah lebih 20 tahun memerintah, tak ada seorang pun pimpinan PAS yang dikenakana hukuman akibat rasuah... malah yang terkini mereka boleh lihat bagaimana DS IR Nizar menjadi MB bersama-sama dengan kerajaan Pakatan Rakyat selama 11 bulan 100 kali lebih bari dari UMNO... 


 Impak atau hasil dari keikhlasan dari apa yang berlaku, kini telah menampakkan hasilnya....



Saturday, September 24, 2011

Tipah Tertipu...atau Melayu Tertipu..

Salam Sejahtera...

Dari Dulu, Kini dan Selama-lamanya...selagi UMNO yang memerintah selagi itulah Melayu tertipu....


Melayu terpedaya oleh strategi Cina!

September 23, 2011

SURAT FMT

Dari General Wu, melalui e-mel

Orang Melayu biasanya cepat marah apabila terdengar desas-desus bahawa orang Cina akan menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya.

Itupun jika berita ini adalah benar. Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa adalah mustahil untuk orang Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ini bermakna slogan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah retorik kosong sahaja.

Justeru itu, strategi Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meraih undi ialah untuk menghebohkan berita palsu bahawa DAP adalah lebih kuat daripada PAS dan orang Melayu akan rugi jika mereka undi PAS sebab PAS telah ditenggelamkan oleh DAP.

Sebenarnya ini ialah strategi klasik tentera Cina dari zaman peperangan ’3 Kingdoms’ dulu. Strategi ini menggunakan taktik melagakan musuh untuk membinasakan musuh. Oleh itu, Umno cuba melagakan DAP dan PAS supaya DAP ataupun PAS ataupun kedua-duanya akan musnah sama sekali.

Umno tahu bahawa orang Melayu akan marah terhadap PAS dan DAP apabila berita palsu disebarkan bahawa ‘PAS tunduk kepada DAP’. Ini adalah permainan sentimen perkauman. Namun demikian, situasi ini juga menunjukkan bahawa sistem demokrasi di Malaysia masih mundur dan tidak matang langsung sebab orang Melayu tidak akan memberi peluang kepada orang Cina untuk menjadi Perdana Menteri walhal rakyat Amerika telahpun memilih Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Strategi Umno memang akan berjaya sebab minda orang Melayu mudah dimanipulasi dan dikawal. Jika terdengar sahaja ada berita palsu bahawa Timbalan Perdana Menteri mungkin ialah orang Cina dari DAP, orang Melayu dengan cepat telah naik berang dan menjadi seperti kera kena belacan.

Inilah kekuatan Umno. Kekuatan Umno banyak bergantung kepada kelemahan minda orang Melayu yang senang diputar-belitkan.

Dan ini pula minda orang Melayu telah terpedaya dengan kegunaan strategi klasik tentera Cina. Ini bererti strategi Cina telah berjaya menumpaskan minda Melayu!

Sampai bila akan orang Melayu terpedaya?


Sumber : melayu-terpedaya-oleh-strategi-cina/


Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2 - Pengakuan dari peserta Cina bersama dengan orang PAS.

Salam Sejahtera,

Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada hamba-hamba Allah ahli Jemaah PAS seperti yang diceritakan di bawah ini... anda-anda semua telah melaksanakan tugas-tugas disamping menunjukkan kemurnian dalam persaudaraan antara sesama manusia menentang kezaliman.....


Chen Shu Yong | Jul 12, 2011 06:36:14 pm


... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

Sumber: merdekareview.

Thursday, June 30, 2011

Monday, April 25, 2011

Awas - 13 Mei Menjelang tiba... Apakah ?......

Salam Sejahtera,
Sejarah 13 May tahun 69 dalam negara tidak mustahil boleh berlaku lagi, hanya beberapa hari sahaja lagi, tarikh tersebut akan sampai,

Kalau kita lihat gaya dan stail pemimpin UMNO dan MCA ada sesuatu lakonan yang masing-masing nak menarik perhatian buat UMNO kepada kaum Melayu manakala MCA ditujukan kepada kaum Cina..
Anggota Perkasa mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang petang ini. – Foto oleh Jack Ooi

Kenyataan-kenyataan TPM pun dah lian nadanya, Mahathir pun sama dan begitu pimpinan MCA,

NGO yang mewakili perkauman Melayu seperti PERKASA pula semakin giat melaksanakan hasutan-hasuta yang dibiarkan sahaja oleh pihak berkuasa, itu yang aku tak faham,,

PERKASA jangka 30,000 berhimpun di Kedah
Apr 25, 11 5:51pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu kaum Cina dan India melihat dari sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASA tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.

"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.

"PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.

Katanya PERKASA akan melancarkan kempen "1Bumi 1Melayu" pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.

--Bernama


Aku ada terbaca yang kononnya MB Kedah DS Azizan bersama Dr Mahathir akan turut serta Di SINI. apa pun aku harap berita ini tidak benar dan fitnah buat PAS, tak Dato Azizan pun ikut nak jadi bingong macam pimpinan UMNO juga...,

Dan kalau boleh Dato Azizan selaku pimpinan yang paling berkuasa dalam negeri Kedah, gunalah kuasa anda.., janganlah dibenarkan pihak-pihak PERKASA dan UMNO menggunakan stadium Sultan Abdul Halim untok program tersebut....,

Penambahbaikan dari TPM... Terima kasih...

Salam Sejahtera,

Tahniah buat UMNO kerana mempunya seorang Timbalan Perdana Menteri yang hebat, hebat kerana tak sempat lagi nak selesai kes buku Interlok dengan kaum India, masih belum selesai, ding-dong, ding-dong,

timbul lagi isu baru, kalau novel interlok dengan kaum India, kini dengan kaum Cina rakan seperjuangan dalam BN,,, hebat sebab dengan bantuna NGO PERKASA sekali,,, apa cerita demontrasi secara aman petang ini di depan Wisma MCA....,

Hebat TPM,,, pandai ia main politik tikam PM dengan secara tak disedari,,, moga-moga prestasi buruk BN semakin bertambah, sama seperti zaman Pak Lah, Pak Lah resign Najib ambik alih,,,

Apakah Najib akan ikut stail Pak Lah,,, ooooo tidak..., Najib buka PM,, keputusan ditangan FLOM....

jadi TPM banyak buat masaalah,, tahniah Muhyidin......

Bahasa

Utusan bawa suara Melayu, kata Muhyiddin

April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April — Utusan Malaysia mewakili kepentingan orang Melayu dan tindakan memulau akhbar milik Umno itu hanya akan membataskan suara kominiti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan presiden Umno ini mengulas gesaan MCA agar akhbar itu dipulau ekoran gesaan editornya supaya digerakkan gelombang “1Melayu, 1Bumi”.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan keistimewaan orang Melayu, menyahut idea itu.

Minggu lalu, Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok memberi amaran gelombang sedemikian akan mewujudkan persekitaran aparteid di negara ini.

Dalam responsnya hari ini, Muhyiddin(gambar)menambah, kerajaan tidak boleh menghalang akhbar itu daripada menyiarkan laporannya.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita bacaUtusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain,” katanya lagi.

“Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan memulau Utusan Malaysiaboleh menyebabkan suara masyarakat Melayu terabai.

“Meskipun anda pulau, ia tidak akan (membawa) kesan sama sekali. Lagi anda minta tidak membaca, lagi ramai orang hendak membaca.

“Malah, bukan Melayu juga mengatakan ada laporan-laporan sensitif dalam media bukan Melayu. Jika kita tanya mengapa berita-berita sedemikian dilaporkan, mereka akan mengatakan ia menggambarkan perasaan komuniti Cina dan India,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri daripada pendirian editor Utusan Malaysia, yang disiarkan tyang mengesyorkan agar parti-parti Melayu menggerakkan gelombang “1 Melayu, 1 Bumi” sambil menegaskan ia pandangan “peribadi” akhbar Umno itu.

Perdana Menteri juga berkata pendirian akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu tidak akan menggugat komitmen kerajaannya melaksanakan gagasan 1 Malaysia.

Dalam tulisan ruangan Cuit Rabu lalu, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”

“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.

Dia berkata, slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, “sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.”

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi.”

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata usaha sedemikian akan menyebabkan malapetaka jika menjadi kenyataan.



Tuesday, April 27, 2010

Silalah buat Kajian....

Salam Sejahtera....
Apa yang Tersirat,..


Terus terang aku katakan, kaum Cina di Malaysia majoritinya adalah satu kaum yang bijak seperti mana kaum Melayu di Negeri Kelantan. Itulah hakikat sebenarnya..

Mereka tidak akan memandang janji-janji manis yang ditaburkan oleh pemimpin UMNO,, mereka masih memegang Cakap Tak Serupa Bikin..

Kaum Cina telah pun sedar tentang adilnya pemerintahan Islam apabila TGNA berjaya mentadbir Negeri Kelantan selama 20 tahun, yang mana sebelum ini mereka telah dibohongi oleh UMNO kononnya PAS adalah satu parti yang exkstrim...

Faktor sokongan itu semakin terserlah, apabila DS IR Nizar menjadi MB Perak selama 11 bulan, mereka boleh menilai yang Islam itu adil kepada semua kaum, cuma UMNO saja yang cuba memutar belit fakta yang kononnya DAP yang mengongkong Nizar, perkara ini sampai sekarang masih lagi diekplotasi oleh oleh UMNO dan Ustaz-ustaz yang pro UMNO seperti Ustaz Kazim, dan Mufti Perak sendiri.

Ketelusan yang ada dalam kerajaan Pulau Pinang yang di Pimpin oleh DAP semakin menambah lagi kepercayaan kaum Cina kepada Pakatan Rakyat, begitu juga dengan negeri Selangor dan Kedah.

Kaum Cina seperti juga Melayu di Kelantan, mereka tidaj mahu pembangunan-pembangunan mega, yang mereka mahu keadilan dan keikhlasan, mereka mahu mahkamah berfungsi dengan penuh keadilan, bukan keputusan yang ditentukan oleh UMNO. Contoh kes TBH, mereka tahu mangsa itu mati jatuh bangunan atau dibunuh, tak payah SPRM dan kerajaan Pusat nak berdaleh-daleh lagi.

Begitu juga, setiap kali tohmahan dan fitnah yang dicipta kepada kerajaan PR terutama sekali kerjaan DAP Pulau Pinang dengan isu Melayu, selagi itu lah UMNO dan BN akan terpinggir dari pengundi Cina.

Jadi aku harap selepas ini PERKASA dan berahim ali rajin-rajinlah lagi berusaha menarik simpati orang Melayu dan menyerang kaum Cina secara berterusan, moga-moga bertambah cepat perubahan faktor politik negara.

Selagi ada sifat amanah dan keikhlasan kepada setiap pemimpin Pakatan Rakyat seperti mana yang ditonjolkan oleh TGNA, Insyaallah, PRU13 nanti UMNO dan BN akan menjadi pembangkang pula di Malaysia.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari