boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, April 30, 2010

Betul ke ni atau wayang Cina..

Salam Sejahtera...

Dalam suasana menghadapi kemarahan masyarakat dan keseluruhan rakyat yang inginkan keadilan ditegakkan, macam-macam boleh berlaku,. Apakah ini sekadar lakonan untuk melewat-lewatkan kes sambil menyejukkan suasana kemarahan rakyat..

Kalau betul Peguam Negara tak puas hati, secara tidak langsung kita boleh bayangkan bagaimana siasatan keatas kes tersebut dijalankan, sama seperti kes DSAI lebam muka kena tumbuk dengan malaon boxer Rahim Noor...

Kalau macam ini punya cara macam mana rakyat nak hormat kepada Polis, jangan nanti PDRM bertukar PRDM.... Polis RAJA DiMalaysia!!!!!.







Anak Haram..

Salam Sejahtera..

Malam tadi Kuliah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi. Sedikit sentuhan minda daripada beliau yang aku akan sampaikan kembali buat para pembaca..

Mengenai masalah anak luar nikah atau lebih sedap didengar anak haram. Mengikut statistik JPN seramai 17,000 anak haram telah didaftarkan,

Mengikut seorang doktor klinik swasta, bulan Mei, Sep dan Nov menjadi tumpuan bakal-bakal ibu yang nak melahirkan anak tanpa bapa,

Bulan Mei permulaan mengawannya pada detik malam 31 Ogos, Bulan Sep pula malam mengawannya pada 31 Dis, sambut detik tahun baru dan bulan Nov pula adalah kerana malam Valentine Day pada bula Feb.

Cuba kita bayangkan apa akan jadi anak-anak tanpa bapa yang putus nasab ni 20 tahun akan datang, mereka tentu akan berkahwin sebab dah dewasa. Waktu itu mungkin surat beranak mungkin jadi syarat wajib untuk pengesahan pihak keluarga pengantin seorang lagi.

Bayangkan apa akan terjadi bila rombongan yang datang itu, bila disemak bakal menantu tu nama tiada bin atau pun bin kepada MAULAD..., Anak tuan rumah dah berkenan, sanggupkah kita menerima anak luar nikah ini untuk dibuat menantu!!

Oii Kita kena fikir semua ni, kita kena ingat balik, tahun 68 bahasa dan tulisan jawi diharamkan disemua sekolah, bahananya sekarang ini berapa ramai yang tak boleh baca jawi dan buta Alquran, begitu juga bila Mahathir menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat beberapa tahun yang lalu, lihatlah sekarang ini masaalah sosial remaja, sudah pun terbukti..!

Waktu 20 tahun akan datang aku memang dah tak ada dah,, tetapi anak-anak kita yang akan menghadapi fenomena anak haram itu..., Adalah lebih baik dari sekarang ini lagi kita berdoa kepada Allah S.W.T minta anak-anak haram ini dipertemu jodoh dengan anak-anak generasi-generasi UMNO yang selama ini menentang hukum Islam,

Dan diwaktu itu, adalah lebih elok dan baik jika anak-anak kita dipertemukan jodoh dengan anak-anak sahabat kenalan yang kita ketahui asal usulnya, tak perlu lagi nak risau-risau pasal keturunan ni !!

Sebenarnya masaalah ini aku sendiri pun ada menghadapinya, anak perempuan angkat arwah kakak ku sekarang ini pun anak tanpa bapa juga, tahun lepas kakak aku meninggal, aku tak sanggup nak tolong bela, sebab umurnya sekarang dah mencecah 17 tahun, aku pula ada 3 orang anak lelaki remaja belaka, tentu tak sesuai, nasib baik sepupu sanggup nak tolong bela.

Tetapi beberapa bulan sahaja sepupu aku sanggup, sekarang ni dah dihantarnya kerumah anak yatim, Nasib baik sepupu aku dah terjumpa surat beranak asal yang dikeluarkan dari Rumah Kebajikan Wanita Batu Gajah, yang menceritakan status sebenar budak ini.

Pada 18 Apr 10 yang lalu aku pun ke Batu Kurau mengikut alamat yang tertulis di Surat Beranak, Bukan apa, aku nak serah ataupun bagu tahu balik kepada ibu atau pun waris budak ini di Batu 7, kampung Cangkat Baru, Batu Kurau, Puas aku mencari sehingga sampai ke Pekan Batu Kurau, tanya kepada penduduk disitu, tak ada nama Kampung Cangkat Baru, pulak dah, setelah aku semak balik, dan terpandang poskod, rupanya di Matang Port Weld (Kuala Sepetang).

Bergegas aku sampai ke pekan Matang, terasa baru lagi aku ke sana sewaktu PRK Bukit Gantang yang lalu, sampai dipekan Matang aku bertanya kepada seorang sahabat, nak jadi cerita sahabat ini memang duduk di Kampung Cangkat Baru, tetapi tak ada pula nama seperti tersebut.

Puas aku meronda di kawasan persekitaran tersebut, tetapi kebanyakan rumah-rumahnya banyak yang kosong ditinggal tanpa pengghuni, disekeliling rumah penuh lalang..

Aku akan mencari lagi, cuma di disini aku minta tolong para pembaca kut-kut ada yang kenal wanita yang menjadi ibu kepada anak angkat arwah kakak aku ni, nama nya ialah Siti Sofiah bte Abdul Malik, umurnya sekarang dalam lingkungan 35 tahun, alamat No 22, Batu 7, Kampung Changkat Baru, 34750, Matang. Tolong maklumkan kat aku...

Kalau boleh aku ingin nak bertemu dan nak bagi tahu, yang anaknya itu dah bertukar nama, dan surat beranak pun dah bertukar, bukan Surat Beranak asal lagi,dia nak ambik bela atau tidak itu dia punya pasal la...

Thursday, April 29, 2010

Ni Merajuk atau Mengugut Rakyat..

Salam Sejahtera...

Terkejut aku dengan sebegini rupa jawapan dari seorang Ketua Polis Negara!!! Janganlah bermacam-macam alasan yang diberi, rakyat dah mengetahui serba serbi didalam budaya alam maya ini...

Aiii.. dalam skop pekerjaan penguatkuasaan undang-undang ada SOP (Standard Operating Procedure), jadi kalau dah bela anak buah pun berpada-padalah...

Cukuplah wang rakyat yang dihadiahkan lagi kepada PDRM dengan kenaikan gaji dan elaun baru-baru ini!!. Inikah yang rakyat dapat...






Besok - Lepas Sembahyang Jumaat..


JUMAAT ESOK - BERKUMPUL KE SUHAKAM

BERSAMA KITA MELAUNGKAN KEADILAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA !



NOTA :

ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG
SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN

DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.

SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.

Pemuda UMNO, Pu3 UMNO, Ibu (Wanita UMNO) pun dijemput sekali, Anggota polis tidak menegnal anak orang UMNO atau anak siapa pun!!!!!

P/S = Aku hanya mampu tolong sampaikan sahaja...

Wednesday, April 28, 2010

Yahudi Lagi..Oii Banyaknya.

Bukan Sahaja yahudi, Tapi Anak Cucu Juga.

Oleh Azizi Hj Abdullah

Sahabat saya, Dinsman menulis dalam ruangan ‘Wacana Budaya’nya keluaran harakah 16-18 April 2010 bilangan 1531 mengatakan bagaimana Yahudi Israel sudah masuk ke rumah kita.

‘Masuk buat apa?’ Tanya Makngah Piah dari Felda Gedangsa yang baru habis letih mengurus makan minum Wanita Umno di pilihanraya kecil Ulu Selangor. ‘Masakan jantan Israel ada selesa nak rogol perempuan Melayu?’ Tanya pula Siti Som, jiran tetangganya.

Memang pun Yahudi Israel sudah masuk ke dalam rumah, setiap rumah kita. Kalau ada yang rajin nak buat kira banci, rumah orang besar-besar, pemimpin-pemimpin lagi banyak yahudi Israel masuk. Dari perabotnya sehinggalah seluar dalam. Sudah lama mereka rogol budaya dan maruah negara. Sudah lama ‘Millah’ mereka bermaharajalela.

Kalau rajin teliti, di Palestin dan di Gaza sendiri belambak-lambak Yahudi Israel masuk dan diguna pakai pula oleh ramai rakyat Palestin mahupun di Gaza.

Tenguklah pakaian anak-anak muda Palsetin ketika membaling batu ke arah keretakebal Israel. Seluar jenama apa yang mereka pakai? T Shir jenis apa yang mereka pakai? Tali pinggang apa yang membelit mereka? Itu tak periksa beg kulit, dompet duit lagi. Itu tak tenguk Coca-Cola yang mereka minum. Multimedia dan telekomunikasi siapa punya agaknya.

Jadi tak hairanlah kalau di rumah kita di Malaysia berlambak-lambak Yahudi Israel dah masuk, malah ‘mencabul’ pun sudah.

Perihal masuknya sesuatu ke dalam rumah kita sama ada sedar atau tidak, baik yang halal atau yang haram sudah tidak terkata lagi. Saya juga seperti yang lain, termasuk rumah-rumah ulama, banglo atau rumah mewah korporat, rumah menteri, rumah mufti, rumah lebai, rumah haji, rumah tuan guru dan rumah-pondok pondok sudah dimasuki tanpa sedar hal-hal kemaksiatan, kesyirikan, kebejatan.

Jangan tak sedar, rumah tuan guru yang kedepang-kedepong bersyarah dengan aqidah setiap minggu di masjid, sudah masuk gambar berhala melalui program tertentu. Jika tuan guru tak izin, anak atau isteri pula yang tekan punat TV. Jangan hairan pendakwah yang berleter tentang aurat muda mudi, seluar ketat atau sekarang nampak lurah punggung, sekarang bukan rumah pendakwah saja, malah rumah menteri yang menjaga hal ehwal wanita juga sudah ada hal-hal tersebut.

Ada ulama yang bercakap tentang syubhah, bagaimana arak jika tidak minum pun, kalau simpan atau beli barang dalam peti ais yang ada botol arak, sudah dikira syubhah. Kita marah-marah kepada anak gadis yang bekerja di bar atau coffe house yang hanya tukang angkat gelas dan botol Ancor atau Wain kononnya itu kerja syubhah. Tapi bagaimana yang meniarab tiap-tiap malam waktu musim piala dunia bola sepak? Pada satu musim yang lalu kira-kira RM7 juta tajaan dari syarikat arak? Bagaimana Babuji atau Murjit Sing minum todi dalam babak melarikan kekasih Sunil? Bagaimana persembahan Bollywood yang masyhur dengan tarian gedik? Nampak pusat dan perut? Bagaimana kita sendiri dalam rancangan Astro Ria dan lain-lain program, sang pondan menjadi penari latar atau suami isteri sedang tidur atas katil sedangkan mereka hanya pelakon?

Hahhh, macam-macam lagi boleh kita sebutkan apabila memperkata sesuatu yang lebih dari Yahudi masuk ke dalam rumah. Jadi, jikalah hal-hal yang disebutkan tadi begitu senang masuk ke dalam rumah, sama ada sedar atau tidak dan Yahudi Israel pun turut masuk seperti yang ditulis oleh Dinsman, maka apakah kita hairan jika Yahudi Israel sudah lama masuk ke dalam mehrab masjid nak jadi tukang azan??

Persoalan kita sekarang, berapa peratus agaknya kemasukan Yasudi Israel ke dalam rumah kita dan berapa peratus pula unsur lucah, khurafat, maksiat, berhala, arak, bogel, telanjang, judi, tipu, rasuah yang sudah lama masuk hingga ke bilik tidur kita?

Huhhh, sungguh kacau. Ke manakah tempat yang selamat untuk kita berhadapan dengan perkara ini? Apakah perlu umat Islam kini hidup dan berumah tangga tanpa TV? Bolehkah hidup sekarang tanpa TV?

Saya amat tidak yakin, dengan adanya TV lalu ditempahnya pula Astro dan yang lebih berada diletak pula Parabola dan lain-lain alat komunikasi, maka apakah semua itu boleh ditapis? Katakan seorang mufti mengelak dari rancangan maksiat itu, apakah ia terjamin tidak dibuka oleh anaknya apabila beliau tidak ada di rumah?

Sebelum saya menulis artikel ini, saya sudah berhadapan dengan S.M.Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Beliau menghentak beberapa persoalan kenapa, mengapa masyarakat kita terjadi begini sekarang, rogol, sosial, tipu, rasuah dan anak-anak bertindak liar. Dia memberi kesimpulan, ‘Amal makruf nahi mungkar’ sebenarnya bukan kenyataan Tuhan sahaja tetapi suruhan Tuhan di mana semua manusia mesti lakukan, mesti bertindak.

Salah satu kesimpulan yang diberi ialah pengaruh TV. Bukan TV yang salah tetapi rancangan dan pihak yang membenarkan itulah yang sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada masyarakat, khasnya golongan remaja. Manakala penonton sebagai pengguna juga mesti bijak berindak.

Saya pun terfikir begitu juga. Kenapa kita tidak pernah berbahas mengcari jalan mengelak gejala sosial ini? Apakah rancangan-rancangan TV yang membolehkan serba ada di dalamnya hanya memberi kesan buruk kepada sosial bangsa Melayu, maka demi untuk kepentingan bangsa lain, maka ia mesti dibiarkan?

Ada banyak persoalan sebenarnya. Kita rasa kalau pun kita mendapat punca dan sebab, pihak berkenaan akan merasa satu tekanan lain yang tidak upaya dibuat keputusan. Kementerian yang berkaitan dengan multimedia dan telekomunikasi misalnya, apakah berupaya menahan gelombang globalisasi dari mereka yang menguasai tampuk ini? -Saya teringat kitab Ehya...rupa-rupanya pemikiran Al-Ghazali sudah tak relevan

Sumber : detikdaily.

Tuesday, April 27, 2010

Aduhai Malaysia Negara Ku!..

Salam Sejahtera..

Sedih, hiba juga aku bila melihat seorang ibu tua di kaca TV sebentar tadi dalam berita, beliau kesal ada pihak menuduh anaknya penyamun kerana di tembak mati oleh polis.

Aku tak boleh nak komen apa-apa bab polis ni, sebab menteri yang jaga polis dah bagi amaran, jangan membuat apa-apa spekulasi, buat timbalannya tubuh pasukan penyiasat.., entahlah kes Kugan pun tak selesai lagi.. aduhai.., mereka dah melakukan kesilapan, pihak lain tak boleh sentuh, ini arahan apa macam ni,, macam zaman Jepun jajah Malaya zaman dulu rupanya...




Yang sedihnya lagi apakah disebabkan dengan sebilah parang dalam kereta, maka budak yang baru 15 tahun umurnya dah dituduh nak pergi menyamun




Siasatlah betul-betul, tetapi bagaimana dengan siasatan kes di memali, pasukan polis bersama kereta kebal yang pergi menyerang sehingga syahidnya arwah-arwah Assyahid Ibrahim Libya dan 13 lagi nyawa penduduk disitu, dari tahun 1985 sehingga sekarang, Kenapa senyap!!!.

Siasatlah betul-betul, janganlah terjadi seperti mana KPN Rahim Noor membelasah DSAI didalam lokap Polis, bengkap hitam mata DSAI, Mahathir selaku bapa konspirasi menuduhnya DSAI sendiri tumbuk, buat siasatan mula-mula Ketua Polis Melaka yang mengetuai sisatan, tak kan Ketua Polis Negeri nak lawan Ketua Polis Negara, menyebabkan tertubuhnya Siasatan Diraja,, baru dapat jawapannya yang boxer Rahim Nor yang membelasah DSAI. Itulah hebatnya Polis Malaysia.

Jadi kes sebegini sedikit sebanyak timbul keraguan kerana timbalan menteri KDN sendiri yang mengeteuai sisatan, kenapa tidak ditubuhkan panel yang betul-betul bebas, bekas-bekas hakim pencen pun ramai, rakyat tidak tertanya-tanya,, ingat kewibawaan Polis Malaysia telah lama tercalar...



Enjin Jet TUDM Hilang, Berita yang mana satu betui!

Salam Sejahtera....

Sebelum hangpa baca apa-apa, silalah lik Klik di SINI dan SINI.

Dah baca dah, faham apa isi cerita ?!!!!

OK hangpa baca pula berita terkini yang aku cpy paste dari utusan..... mana satu yang betui ni...

Hebat 1Malaysia....



OK..., Bridger Jen, Kolonel, Lt Kolonel, Mejar..., itu semua bukan pegawai kanan ka!!!!, janganlah nak siar wajah Sarjan dengan towkeh keling botoi aja yang terlibat,,, yang 5 orang ni kenapa sebelum ni tak disiar pun oleh mana-mana berita....Mana yang dikatakan telus tu...

Hoi.., ini bukan fitnah oii, Sejak dua tiga ini aku dilebelkan sebagai tukang buat cerita fitnah oleh seorang sahabat baik aku sendiri, habis dihebohnya kepada staf-stafnya yang Manjungmari ni tukang buat fitnah.. he he sebelum ni dia tak kenal sapa itu Manjungmari...

Sekejap tadi aku bersua muka dengannya..., dengan cukup manis senyuman dimukanya mengucapkan tahniah kepada aku, entap tahniah apa aku pun tak tahu,, mungkin sebab PR kalah di Hulu Selangor agaknya, kemudian dia secara berselorong, dan menyebut Manjungmari, garang bukan main,,,,

Biasalah, aku garang nak lawan dengan UMNO yang menjadi musuh hidup aku didunia dan akhirat..Dalam blog ni saja aku garang, kat luar akulah manusia yang cukup penyayang, betuiii, aku tak bohong, tak percaya?!!!. Tanya kat bini aku..




Berita Bergambar - Kemalangan Jalanraya..

Salam Sejahtera...

Pertama sekali aku ucapkan takziah buat keluarga Datuk Zulkifli Ahmad, Pengarah JKR Kelantan. Sama-samalah kita hadiahkan bacaan Alfatihah ke atas beliau. Alfatihah.


Tujuan aku menyiarkan gambar trajedi yang berlaku keatas arwah, supaya sama-sama kita ambik iktibar dari apa yang berlaku, terasa di hati kecilku ini, .. kenapa

Ya kenapa.., kalau di waktu menjalani kehidupan seharian dengan jawatan sebagai Pengarah Negeri, berpangkat dan Gelaran Datuk sudah tentu diri di hormati..., tetapi bila nyawa sudah diambil oleh Allah, badan yang tak bernyawa sudah tiada nilainya lagi, tiada lagi keraian dan perhormatan, plastik hitam yang semuanya sama digunakan oleh jasad-jasad manusia yang lain...Begitulah nanti bila waktu dikafankan, hanya tiga helai kan putih.... itulah yang kita bawa untuk menemui Allah S.W.T selain iman dan amal yang kita lakukan di dunia dahulu.

Sama-samalah kita renungi untuk kebaikan bersama yang mana kita juga akan menempuhinya juga, tunggulah masa dan waktunya..Insyaallah.




Silalah buat Kajian....

Salam Sejahtera....
Apa yang Tersirat,..


Terus terang aku katakan, kaum Cina di Malaysia majoritinya adalah satu kaum yang bijak seperti mana kaum Melayu di Negeri Kelantan. Itulah hakikat sebenarnya..

Mereka tidak akan memandang janji-janji manis yang ditaburkan oleh pemimpin UMNO,, mereka masih memegang Cakap Tak Serupa Bikin..

Kaum Cina telah pun sedar tentang adilnya pemerintahan Islam apabila TGNA berjaya mentadbir Negeri Kelantan selama 20 tahun, yang mana sebelum ini mereka telah dibohongi oleh UMNO kononnya PAS adalah satu parti yang exkstrim...

Faktor sokongan itu semakin terserlah, apabila DS IR Nizar menjadi MB Perak selama 11 bulan, mereka boleh menilai yang Islam itu adil kepada semua kaum, cuma UMNO saja yang cuba memutar belit fakta yang kononnya DAP yang mengongkong Nizar, perkara ini sampai sekarang masih lagi diekplotasi oleh oleh UMNO dan Ustaz-ustaz yang pro UMNO seperti Ustaz Kazim, dan Mufti Perak sendiri.

Ketelusan yang ada dalam kerajaan Pulau Pinang yang di Pimpin oleh DAP semakin menambah lagi kepercayaan kaum Cina kepada Pakatan Rakyat, begitu juga dengan negeri Selangor dan Kedah.

Kaum Cina seperti juga Melayu di Kelantan, mereka tidaj mahu pembangunan-pembangunan mega, yang mereka mahu keadilan dan keikhlasan, mereka mahu mahkamah berfungsi dengan penuh keadilan, bukan keputusan yang ditentukan oleh UMNO. Contoh kes TBH, mereka tahu mangsa itu mati jatuh bangunan atau dibunuh, tak payah SPRM dan kerajaan Pusat nak berdaleh-daleh lagi.

Begitu juga, setiap kali tohmahan dan fitnah yang dicipta kepada kerajaan PR terutama sekali kerjaan DAP Pulau Pinang dengan isu Melayu, selagi itu lah UMNO dan BN akan terpinggir dari pengundi Cina.

Jadi aku harap selepas ini PERKASA dan berahim ali rajin-rajinlah lagi berusaha menarik simpati orang Melayu dan menyerang kaum Cina secara berterusan, moga-moga bertambah cepat perubahan faktor politik negara.

Selagi ada sifat amanah dan keikhlasan kepada setiap pemimpin Pakatan Rakyat seperti mana yang ditonjolkan oleh TGNA, Insyaallah, PRU13 nanti UMNO dan BN akan menjadi pembangkang pula di Malaysia.


Monday, April 26, 2010

Perkasa ! Berahim Ali, Tolonglah Jawab !!

Salam Sejahtera...

Bermula dari Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, majority undi kaum Cina telah beralih kepada Pakatan Rakyat,. Di Bukit Gantang RM 1 juta di Salurkan kepada sebuah SRJK (C) di Simpang, tetapi bila hari mengundi keputusan dari Saluran undi majoriti undi berpihak kepada PR...,

Kenapa berlaku sedemikian,, sebab kaum China cerdik, tidak sebodoh seperti mana kaum Melayu..terutama sekali kaum suku sakat PERKASA, PEKIDA, PEWARIS dan yang paling Ulung sekali UMNO...,

Sekarang aku nak tanya, kenapa secara terang tanpa selindung lagi, kaum Cina menolak BN, tetapi bantuan kepada kaum Cina akan diteruskan!!, Bukan aku pertikai kenapa diberi bantuan tu, tidak, baguslah, aku tak fanatik bangan macam UMNO.., memang sepatut pun semua kaum perlu dibantu..

Tetapi kenapa Kelantan yang rakyatnya sudah 20 tahun menolak Kerajaan BN tetapi bantuan, bukan bantuan sahaja, malah geran perkapita, dan yang terbaharu Royalti Petrolium, kenapa semua ini yang mana rakyat Kelantan 95 % terdiri dari Melayu di anaktirikan...??!! Tidak seperti kaum China, Dimana silapnya Melayu???!






PRK P094 Hulu Selangor - Dimana Samy Veloo..

Salam Sejahtera...

Terutama buat pengundi-pengundi Melayu Parlimen Hulu Selangor.

Kasihan buat umat Melayu fakap (pinjam perkataan AT) yang bertungkus lumus untuk memenang calon MIC, siang malam, sanggup bertegang leher sehingga menjadi kes polis semasa hari pengundian semalam.

Kerana apa..., kerana nak memenangkan calon MIC, tetapi bagaimana dengan maruah Melayu apabila pengorbanan mereka itu seolah-olah tidak dihargai.... Dari semalam aku dok perati di mana perginya Samy Veloo dan Palanivel.....


Kenapakah sewaktu pengumaman calon BN tempohari hari Samy Veloo boleh ada bersama, tetapi bila waktu kemenangan beliau menghilangkan diri.....,

Apakah Samy akan terlalu gembira dengan kemenangan MIC maka ia bersama Palanivel pergi celebrate todi kat Estet Kalumpang...,

OOOO,,, Samy Veloo akan melunaskan janjinya, kalau Kamalnathan menang ia akan letak jawatan Presiden MIC, mungkinkah si Samy mengotakan janjinya...


He he,,, boleh percaya ka,,, ingat kembali PRK DUN Lunas, sewaktu YB Saifudin yang bertanding dan menang dengan calon MIC, Samy berjanji akan terus menetap di Lunas, jika Saifudin menang, tetapi sebaliknya, dia awal-awal lagi dah ghaib...

Moga-moga segala janji-janji manis dari PM dan TPM akan dilaksanakan buat penduduk Hulu Selangor, kalau dapat tu Alhamdulillah, rezeki rakyat Hulu Selangor, agak-agaknya lepas ni YB mana pulak yang akan pergi,... Parlimen Lumut pun baguih juga yaaa...

.



Sunday, April 25, 2010

PRK Hulu Selangor P94 - Sama-sama kita mengucapkan....

Salam Sejahtera..
Kepututsan rasmi telah pun diketahui, habis semua channel-cahanel TV turut menyiarkan kemenangan 1Malaysia, tengah aku dok seronok tengok satu rancangan TV8, kisah dalam bahasa Cina, pengacaranya pergi menginterview warga Kelantan buat bumbong atap dari tanah liat, tau-tau habis saja cerita pada jam 10.30 mlm tup-tup ada juga tunjuk lagi adegan pengistiharan kemenangan 1Malaysia. Aku ingatku TV3 dam RTM1 sahaja yang tak habis-habis dok ulang tayang...

Jadi sama-samalah kita mengucapkan takziah kepada mangkok dalam gambar di bawah ni.. nampaknya budaya demokrasi berparlimen semakin malap dan akan bertuka menjadi gelap gelita.

Kenapakah dalam semua hal-hal kerja yang melibatkan jabatan kerajaan, rakyat diajak oleh 1Malaysia menggunakan mykad dalam apa jua hal-hal berkaitan, mykad digunakan dengan e-kad, seperti mana di KWSP, Tabung Haji, Jadi tiada lagi ada unsur-unsur penipuan, tak perlulah lagi nak pergi semak nama pengundi ada atau tidak diatas kertas senarai pengundi, kenapakah sudah ada teknoloji canggih, tetapi dalam proses mengundi masih sama 50 tahun yang lalu!!!


bagi aku Mangkok hayun inilah merupakan dalang utama yang memberikan kemenangan buat UMNO dan BN............ Apakah perlu lagi perhimpunan 100 ribu BERSIH......

Keputusan Terkini P094 Hulu Selangor - BN mendahului PKR..

Sebelum aku sembahyang magrib PKR telah mendahlui BN dengan majoriti 2000 lebih, tetapi sekarang ni nampaknya nak bertukar, Bn mendahului namaknya...

Untuk maklumat seterusnya yang sentiasa updated dari masa kesemasa silalah ke blog


Keputusan ini dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

CalonPartiJumlah Undi
Datuk Zaid Ibrahim

20293

P.Kamalanathan

20827




Jumlah PengundianPeratus PengundianMajoriti

41120

64%

-534


Saturday, April 24, 2010

PRK P 094 - Bini pun mai tolong kempen..

Memang hebat, dan sebelum ini pun setiap kali PRK belum pernah berlaku bini PM turun sekali berkempen, baik Dr Hasmah botak taupun Tun Jane Abdullah, tetapi nampaknya yang ini memang ada kelainan besar, bahaya buat rakyat Malaysia...AWASSSS....

Agaknya Perdana Malaysia sekarang ni ada Perdana Menteri 1 dan Perdana Menteri ll agaknya !!!;;







Yang Mana Lebih Serius..

Salam Sejahtera...

Engkar titah Sultan yang tidak ada hujung pangkalnya mengikut hukum hakam dalam Islam!!!, Dikatakan Serius... Betuika!!..

Bagaimana dengan dok engkar perintah Allah, secara terang-terangan!!, APCO-UMNO, 1Malaysia-1Israel, BN Barisan Nasinal=BN Benjamin Nethayahu..!!!







Kisah dari Gambar .. Keberanian Sang Katak..

Keberanian nya hanya baling selipar kat gambar !!! Apa kejadahnya..., Pung**** Dr Mahathir bila nak cium? dah lupa ka atau buat-buat lupa!!!.......




PRK P 094 - Jawapan dari SEorang Yang Penakut..

Salam Sejahtera...

Nampaknya harapan pengundi Ulu Selangor tak kesampaian nak melihat anak-anak jantan dari UMNO, bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Bahagian semuanya auuwww belaka.....






Berita Bergambar : PRK P 094 - Buaya di Sungai Buaya...

Buaya, tiada istilah haram, harus dan sebagainya,, yang penting nafsu pelahapnya, tak kira bangkai atau apa saja, tua muda sama saja...





Friday, April 23, 2010

Berita Bergambar Hari Ini.. Terima Kasih Boss..

Terima kasih boss, ..Terima kasih Boss,,.

Moga-moga lepas ni ada ahli parlimen yang mati boss...,

Lagi bagus kalau boss yang mati boss!!!@#$%^&&...





Bapa Dajjal Atau Bapa Manusia !!!

Salam Sejahtera....

Tak betui tu..., tu anak saya cuma jadi Board Director Kilang Arak, tak pa aiih, tetapi yang Zaid tu betuii. waktu dalam zaman jahilliah UMNO dulu tu memang kaki arak,,, anak saya baik....


Keputusan Yang Sudah Di jangka.. Seorang darinya Dah Dapat Pingat Dato;..

Salam Sejahtera,,
Janganlah terkejut pulak, kalau Dato Seri Nizar tempoh hari mendapat keputusan 5-0, perit betul kita merasainya, kemudian yang agak terbaharu, seorang dari tiga ADUN yang melompat dapat dapat pingat Dato;....

Jadi tak ada apa yang nak menghairan bila mahkamah sesyen IPOH membebaskan dua ekor katak-katak jelmaan manusia sebentar tadi.... Janganlah disebut lagi keadilan di Malasyia ini....







Yahudi di Malaysia .. Lama Dahhh...

Salam Sejahtera...

Semalam aku seharian aku sempat tengok sidang Parlimen berbahas usul dari menteri Nazri Aziz untuk mensabitkan DSAI kepada Jawatankuasa Kebebasan HAK Parlimen.

Kesimpulan dari semalam boleh aku katakan semuanya yang menyokong dan berbahas untuk mensabitkan DSAI adalah terdiri dari ahli UMNO Laknatullah, yang paling menonjol YB Kota Belud, diikuti Khairy Jamaludin dan Jazlan anak Mohamad Rahmat dari Pulai,, apakah mereka ini akan mewarisi saki baki amalan Yahudi di Malaysia... Wallahuaklam..

Apa pun harus kita renung kebelakang kembali, bagaimana kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak negeri aku sendiri, pada awal tahun lepas, ini pun ada kaitan dengan Yahudi, tak kiralah Yahudi dari Tel Aviv atau Kuala Kangsar, tetapi ada kaitannya,, baca DI SINI. dan SINI.

Jadi kejadian semalam memang tak menghairankanlah,, sila klik DI SINI cuma apa yang aku nampak pengaruh Yahudi kat Malaysia ni semakin ada peningkatan rupanya. Kebanyakkan ahli-ahli politik Melayu dalam parti UMNO bila mengaitkan dengan isu Yahudi maka riwayat politiknya selalu tak lama, sebagai contoh ramai yang jatuh dan terus hilang dari arena politik apabila isu freemason cuba diketengahkan,,

Tetapi bagi Ahli PAS seperti Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS sendiri pernah merengkok di Penjara Kajang dalam isu penentangan pasukan kriket Israel dalam sekitar tahun 2000 yang lalu. Namun kekuatan yang ada pada beliau sebab memperjuangkan Islam, alhamdulillah beliau masih lagi mendapat kemenangan..

Bagaimana pulak nasib DSAI selepas ini, apa yang aku nampak semalam, walaupun bermacam-macam hujah dan dalil yang cuba dibangkitkan oleh semua kaum ahli Parlimen terutamanya Lim Kit Siang, Gobind Singh, berbeda dengan BN, hanya wakil-wakil UMNO laknatullah sahaja yang bangun berbahas mempertahankan isu 1Malaysia, tidak ada wakil dari MCA atau pun MIC dan Gerakan....tetapi itulah yang ada budaya di Malaysia, paling unik... bawalah bukti setinggi gunung Kinabalu sekali pun, kalau dalam amalan Yahudi dah bersarang, hak yang salah bertukar jadi benar dan hak yang benar bertukar menjadi salah.. bertukar pusingan 360 darjah.


Wednesday, April 21, 2010

Politik Kepala Taikkk!!






Boleh Percayakah pengakuan ini...

Salam Sejahtera...

Kalau dah datuknya sendiri mempunyai kehidupan dari Yayasan Noah yang memegang saham Genting Highland, kemudian arwah bapanya sebagai PM yang kedua, yang mana Dato, Mustafa Ali semalam mengatakan semua PM kecuali Pak Lah terlibat dengan arak.....

So anaknya alim sangat ka dari arwah bapanya.... Phoorah..

Apa pun bab ni biar ahli Politik DAP atau MCA tolong kasi tau, sapa orang UMNO suka Yam Seng.....





Aku Pun Sedih...

Salam Sejahtera...

Bukan 28 ADUN saja yang sedih, aku pun sedih juga, kenapa.. sebab ADUN Pasir Panjang ADUN tempat aku pun tempias sama, aku yang menjadi pencadangnya waktu penamaan calon sebelum 8 Mac 2008 yang lalu.

Kenapakah ADUN yang mewakili rakyat yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi dilakukan sebegini rupa.... Nampaknya apa yang dikatakan payung untuk melindungi rakyat dah bertukar melindungi UMNO..

Jadi tak hairanlah mahkamah rayuan boleh membatalkan keputusan mahkamah tinggi kemudiannya mahkamah persekutuan pula memberi kemenangan 5-0.

Tak apalah... hak rakyat pasti akan datang lagi bila ketika dan waktunya,, sama-sama kita tunggu....




Tuesday, April 20, 2010

PRK P094 - Semuanya Serupa dan Sama..(1).

Salam Sejahtera...

Sebelum ini, posting aku Semuanya Serupa dan Sama ..., gerombolan dari BN UMNO dan MIC, tetapi kali ini SSS ada beberapa perubahan sedikit, bangsa sama, dari parti yang sama PKR, tarikh dan tempat berlainan....

mangkok ni dulu sahabat permainan Tenis DSAI, ahli PKR, disebabkan tak terpilih jadi DUN Batang kali, keluar PKR......



Yang Ini Dr Peribadi DSAI, tak terpilih juga MP Hulu Selangor,,, cabut keluar....
Apa punya jantan perangai macam ni, buat malu kaum lelaki yang lain saja... Malu la sikit kat bekas ketua wanita MCA yang letak semua jawatan tempohari tu....

PRK P094 - Semuanya Serupa dan Sama...

Salam Sejahtera...

Nampak sangat permainan paling bangsat di zaman serba moden ini..., inikah undang-undang yang SPR lakukan, demi kepentingan tuannya...

Yang ini dari MIC, sama dari BN - (BilikNajis)





Yang ini pula dari UMNO pun dari BN - Bilik Najis..

Nampaknya tahun ni budget untuk Deevapali dan Hari raya Puasa yang tak berapa bulan saja lagi tak perlu nak dirisau lagi dah.... lebih dari cukup......!!!

Monday, April 19, 2010

PRK P 094 - Bukti Blogger GAP memfitnah..

Salam Sejahtera...

Terima kasih Poji.. @Perisikrakyat yang sms kat aku, minta sama-sama meyiarkan foto sebenar yang diisiarkan oleh blogger UMNO GAP laknatullah, yang sanggup memfitnah musuh politik UMNO sebegini rupa, kerana sedikit habuan di dunia..., moga-moga Allah jua yang membalas perbuatan kalian...


Inilah hasil gambar yang diproses semula dengan software photoshop.colournya pun pudar.


Yang ini adalah gambar asal...colournya terang..

Wahai Blogger UMNO, carilah idea-idea lain nak buat hitkan blog tu...., lu banyak buat cerita silap, fakta lawan fakta, janganlah nak autaaaa.....semua pihak monitor lu orang semua...

Blogger UMNO - GAP cakap tak serupa bikin..

Salam Sejahtera.....

Hari ini blogger GAP (Gerakan Anti PKR) kononnya menyahut cabaran dari YB Azmin Ali ... urgh ceroi saja pendedahannya, cerita lama... phoorah, kena kencing aja pengunjung blog mangkok tu...

Cuma aku teringat balik sebelum ni, mangkok GAP ni atau mangkok tandas ni bukan main eksyen tulis cerita kononnya nak jadi calon bebas kalau MIC yang bertanding bukannya UMNO...

Aku dok tunggu juga mana-mana calon bebas, rupanya sorang India dan sorang Melayu, yang mangkok ni tak nampak pin... ghuyup...., rupanya diani mengacap nak cari fulus aja ni, dah dapat fulus buat cerita lain pulak,

Baguihlah hidup dengan makan hasil duit cerita fitnah..., UMNO, UMNO... Budaya mu Budaya yahudi...
Cerita lanjut DI SINI




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari