boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label ADUN PR Perak. Show all posts
Showing posts with label ADUN PR Perak. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Sepatutnya Adun-Adun UMNO Selangor yang keluarkan kenyataan ni..

Masuk penggal kedua, Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor, komposisi rakyat Selangor tidak seperti di Kelantan  dimana ramai penduduk Melayu berbanding bukan melayu..


Saturday, June 29, 2013

Tolonglah.. Pas Perak janganlah duk buat lawak ! Malu weeii...

Sekadar menang satu kerusi baru di Dun Sungai Rapat, tetapi 3 kerusi Pas di Changkat Jong, Pasir Panjang dan Lubok Merbau Pas gagal mempertahankan,, tak kiralah kalah majoriti kurang dari 1%, tetapi tetap kalah..

Bila aku terbaca berita ni...


Sunday, December 23, 2012

Ngeh Koh Ham Liabity Dalam Pakatan Rakyat Perak.

UMNO dan BN Perak dalam minggu ini telah mendapat bonus besar untuk membuat modal nak menghadapi PRU 13 bila-bila masa dari sekarang.....


Friday, December 14, 2012

Dua Adun EXCO Melayu tak buat kerja?..

Macam-macam cerita,, susah mau jawab woo, kalau betul cerita ni aduhai.tinggal berapa hari sahaja lagi weii...


Friday, September 23, 2011

Panduan atau tip-tip buat PAS dan PR Negeri Perak..

Salam Sejahtera.

Aku ada terbaca komen-komen dari pembaca-pembaca yang aku yakin mereka ini ahli ataupun penyokong parti gerombolan melayu..

Daripada komen-komen ini aku rasa kalau kena cara sedikit sebanyak akan memberi peluang kepda calon PR kalau kena pada caranya, selain itu ada juga komen yang perlu diambik perhatian terutama sekali blogger Cina Islam YB Idham Lim ADUN Titi Serong..

Aku copy paste semua komen-komen tu....

suriapermai says:

September 21, 2011 at 5:19 pm

Dato Seri ,, kalau kawasan ADUN Beruas tuu,, letak Azhar ke atau Manap atau Hamdi . jawapan nya PASTI kalah.

Usah risau , pengundi BN tahu siap pilihan mereka.

Cari lah lain dari yang disebut..Semoga Perak BN menang

Salam

Reply

nana says:

September 21, 2011 at 6:12 pm

Azhar tu banyak orang tak suka… kalau letak dia lingkup la satu kerusi…. tak percaya bubuh tengok… kita lihat hasilnya nanti….harap Dato Seri berhati-hati….

Reply

hatiku bukan di Umno says:

September 21, 2011 at 6:37 pm

aku bukan la penyokong pembangkang….tetapi Umno perlu menyusun strategi mengorak serta mengemaskini calon-calon yang berwibawa untuk dibawa ke medan pertempuran pada pilihanraya nanti..”saat itu” pasti tiba kalau Umno sendiri buta dan alpa mengenai peristiwa hitam yang berlaku pada PRU yang lepas..pada fikiran aku,Hamidah bukan lagi calon sesuai,termasuklah Hamdi atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.Ramly Zahari juga boleh duduk berehat selepas ini manakala saarani mohamad perlu membuka ruang kepada orang baru untuk bertanding di kawasannya.letak calon MCA yang lebih disukai pengundi,bukannya datang bila VIP melawat kawasan..sikap bermuka-muka MCA ini sudah lama aku perhatikan..tak perlu lah kita nak tau apa yang diundinya..kalau sudah dasar cina bukit..MIC juga perlu diubahkan oleh pengundi bagi mengajar sikap berpuak-puak yang wujud dalam parti itu..Gerakan yang diterajui Chang Ko Youn juga perlu lebih drastik dalam mengambil hati pengundi,bukan duduk diam mendapat simpati.Ubahlah sikap dan pandangan Barisan Nasional agar tidak mahu kecundang di Perak nanti.Biarlah sejarah 2008 menjadi pengajaran buat semua.Jangan lalai dalam mengejar kemewahan tetapi terlupa memertabatkan perjuangan harmoni,rakyat yang hidup senang merupakan aset pada kerajaan untuk membentuk institusi pentadbiran yang kuat.Sokonglah BARISAN NASIONAL

Reply

Jo Remissss.. says:

September 21, 2011 at 10:19 pm

aku rasa betul ape yg diperkatakan oleh “hatiku bukan di umno”.sudah tiba masanya menukar sebahagian wakil rakyat yg boleh dianggap veteran dalam BN.cukuplah menjadi kaya,jgn terlalu tamak sehingga menggadaikan perjuangan bangsa.harungi hidup di luar sana yg lebih mendamaikan wahai ahli politik veteran.bg lah muka baru yg boleh mentranformasikan perjuangan parti.org lama hanya memantau atau menegur sebarang kesilapan org baru.begitu lah cara untuk memajukan parti agar lebih dinamik.tetapi sikap segelinitir ahli politik yg suka berkecik hati apabila tidak dicalonkan menjadi duri dlm daging parti.itulah realitinya.sebagai contoh,ahli parlimen Kuala Kangsar,Rafidah yg begitu jarang untuk menjenguk kawasannya.lebih mementingkan air asia dr masalah rakyat.seterusnya ,hamidah batu gajah.suaminya kontraktor,cuba periksa apa ganjarannya.bukan dengki yang saya mahu nyatakan di sini tetapi sikap ahli politik ini yg mengabaikan tanggungjawab mereka.ingatlah Allah lebih mengetahui apa yg anda lakukan.bg lah calon yg lebih berfikiran terbuka atau rajin melakukan homework.jgn diletakkan lagi calon yg sama di bahagian bagan serai krn dia punca perpecahan dalam Umno di sana.letaklah calon yg lebih mantap dr apa yg ada skrg ini.semoga BN mendapat hak 2/3 dlm kerusi DUN Perak dan Parlimen Malaysia.

Reply

Dr zam says:

September 21, 2011 at 11:10 pm

Kepada dato sri zambry, saya sebenarnya dah lama nak berjumpa dan berbincang dengan dato sri mengenai pandangan masyarakat mengenai calon dari barisan nasional lebih-lebih lagi DUN Pengkalan Baru dan parlimen beruas. Saya adalah mata dan telinga masyarakat jadi saya ingin sampaikan bahawa calon untuk kedua kawasan tersebut perlu perhatian khusus dato sri. Jika tidak,undi protes akan terjadi. Saya tidak mendapat keuntungan dari mana2 pihak cuma saya hanya ingin menyampaikan suara rakyat kecil sahaja.Lagipun saya juga adalah pengundi atas pagar. Saya harap dato sri dapat fikirkan dan buatlah keputusan yang terbaik. Saya doakan kemenangan buat pihak yang benar…amin. INGATLAH sejarah 2008 boleh berulang jika calon tidak tepat.

Reply

hj zulkefli says:

September 21, 2011 at 11:18 pm

Parlimen Teluk Intan ada 2 DUN. Changkat Jong dan Pasir Bedamar. Apa yang teman nampak DUN Changkat Jong ni..kalau dicalonkan orang2 Umno Bahagian, Ketue, Timbalan, Naib, Ketua Pemuda, Wanita, Puteri dan lain2 nampaknya susah….antara deme pun tak ngam…kot..kot boleh dapat balikpun..kerusi ni kalau dapat calon yang ada kelulusan profesional dan dalam hal agama…sebab majoriti melayu daerah ini adalah atas pagar dan penyokong pas jika dibandingkan dengan BN. Parlimen Teluk intan & DUN pasir Bedamar….teman anggap kantoi…Changkat Jong perlu calon yang baik dan dari sekarang perlu buat kerja…kalau BN nak menang…. apa yang ade setakat ni…teman rase kantoi gak… jamuan raya sana sini…yang datang orang yang sama (UMNO) je…

Reply

ikhlas says:

September 22, 2011 at 9:38 am

Bro , lu orang cuba siasat adun pas titi serong. gua tgk dalam sinar harian. iklan dia punya ngo minta orang ramai derma kepada ngo tu untuk buat bangunan apa tah. 5 juta beb . gua nak minta lu orang siasat sebab dia punya ngo dia pengerusi, bini dia timbalan pengerusi. duit masuk akaun ngo dia sapa tahu dia boleh sapu sebab nama dia sama bini.

lagi satu gua tgk iklan dalam sinar masuk akaun ngo. sebelum tu pun dia minta derma orang ramai konon untuk bantu rakyat susah guna akaun sama. macam mana dia boleh tahu orang ramai masuk duit untuk orang susah atau utk dia punya bangunan nak bina . 5 juta beb

Ini orang pas tak boleh percaya punya, lu orang kena bongkar beb

Reply

Pengundi berdaftar says:

September 22, 2011 at 1:26 pm

Tahniah atas pandangan iklas. Teman rasa semunya diluahkan demi Agama, Bangsa dan Negara. Tetapi amalan pemimpin dalam UMNO, Selagi Tak Mati, Tak Mahu Berhenti…. Kalau diberhentikan awal ugut, anak atau menantu mesti ganti ( sbg cth: DUN Tualang Sekah, walaupun baru setahun jagung jadi ahli UMNO dah dijadikan calun. Dengar ceritanya minggu ini baru nak kahwin ). Kalau ada peluang melintas depan mata, baik projek, tanah, borang pingat semuanya mereka sapu. Malah duit tabung masjid atau surau disesetengah kampung pun mereka kebas tanpa mengira halal atau haram.

Persoalannya, adakah pandangan iklas ramai ini diambil kira oleh pemimpin UMNO yang berkuasa. Biasanya mereka tak akan kira pandangan rakyat, yang diutamakan hanya kroni-kroni mereka sahaja.


Sumber: 31109



Tuesday, January 25, 2011

Satu tanggapan&penghinaan paling jahat dari UMNO...

Salam Sejahtera.
Kalau sebelum ini hanya blogger-blogger pencacai UMNO yang menjadikan TGNA sebagai modal seranah mereka, namun kini, nampaknya UMNO Perak sendiri turut memainkan peranan yang paling dahsyat sekali..

Mereka juga turut mengambil beberaya ayat suci Al-quran untuk menguatkan hujah mereka, tanpa mengira segan dan malu-malu lagi,,, baca DI SINI.
Cuma penulis yang menulis entri ni malu-malu nak mengenal diri, hanya sekadar menggunakan nama samaran Kelembai Bukit.......
.

OK, aku malas nak berhujah dengan puak-puak jahil murakab ni,, cuma aku cadangkan atau sarankan kembali,,, biarlah betul nak tulis tu, jangan sekadar nak menulis tanpa fakta, hujah dan dalil,
Kalau betul apa yang TGNA katakan tak betul, tak benar, OK,, datang dan jemputlah pimpinan-pimpinan PAS yang dok ada di Perak ni bertemu muka, tak payah dok nak aja TGNA, ia jauh sangat kat Kota Bharu sana,,
Bukan nak berdebat, hanya sekadar bertukat fikiran,, tetapi buatlah secara berdepan, secara anak jantan,.......
Bukan nak cabar... nanti ada pulak yang demam ..

Wednesday, April 21, 2010

Aku Pun Sedih...

Salam Sejahtera...

Bukan 28 ADUN saja yang sedih, aku pun sedih juga, kenapa.. sebab ADUN Pasir Panjang ADUN tempat aku pun tempias sama, aku yang menjadi pencadangnya waktu penamaan calon sebelum 8 Mac 2008 yang lalu.

Kenapakah ADUN yang mewakili rakyat yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi dilakukan sebegini rupa.... Nampaknya apa yang dikatakan payung untuk melindungi rakyat dah bertukar melindungi UMNO..

Jadi tak hairanlah mahkamah rayuan boleh membatalkan keputusan mahkamah tinggi kemudiannya mahkamah persekutuan pula memberi kemenangan 5-0.

Tak apalah... hak rakyat pasti akan datang lagi bila ketika dan waktunya,, sama-sama kita tunggu....




Monday, December 28, 2009

Isu Calon Luar PAS

Salam Sejahtera..

Dua tiga lepas kecoh sekejap hal kononnya Kelantan pada PRU13 akan menutup pintu kepada calon luar dari Kelantan..

Aku masih ingat dalam tahun 90han lagi selepas Kelantan di tadbir oleh Kerajaan PAS, TGNA ada menyebut yang Kelantan akan dijadikan Universiti Politik Malaysia.

Memang benar, bila kita imbau kembali sejarah, Kelantanlah banyak melahirkan ahli Politik dari luar untuk dibawa ke Parlimen, tetapi pada waktu tersebut masyarakat umum memang tidak mengenali apa itu PAS.

Berbeda dengan sekarang, dengan slogan PAS for All, dan macam-macam lagi, PAS sudah dikenali, bahkan di Kubu kuat UMNO iaitu Johor pun PAS dah boleh mendapat 2 kerusi, dan tak ada lagi calon PAS yang hilang wang pertaruhan sewaktu PRU, inilah hasil yang umat Islam dapat dari Universiti Politik Kelantan.

Jadi aku berpendapat memang eloklah kita bukan sahaja digalakan menggunakan barangan tempatan, malah kalau boleh wakil-wakil rakyat pun sudah sampai masanya menggunakan calon tempatan.

Buat ahli-ahli Parlimen luar di kelantan, sepatutnya mana-mana yang belum dikenali, cubalah membiasakan diri dikenali ramai seluruh pelusuk negara, sebagai contoh TH Mat Sabu, beliau mula menjawat ahli Parlimen pun di Kelantan selama dua penggal, selepas itu bertanding di Kuala Kedah, menang namun bila PRU 11 2004 beliau tewas, itu pun disebab pengaruh Gelombang biru Islam Hadhari, kemudian yang terakhir 2008 beliau bertanding di Kuala Terengganu, beliau tewas cuma 600 undi sahaja, itu pun disebabkan calon bebas Tok Mun.

Mari kita ambik contoh parti DAP, lihat saja Lim Kit Siang dan anak nya Lim Guan Eng, Karpal Singh, KulaSegaran dan ramai lagi.. mereka tidak bertanding di satu kerusi tetap, kebanyakan mereka berani mengambil risiko beralih kerusi, kecuali AP Wanita DAP Batu Gajah sahaja yang sikit timbul konterversi tidak mahu ditukarkan kerusi.. dengan secara tidak langsung DAP berjaya meluaskan pengaruh politik mereka.

Bagi calon PAS pula yang aku dok nampak ada potensi sepertimana calon DAP selain dari Mat Sabu ialah DS Ir Nizar, beliau pun sudah dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia, jadi adalah lebih baik pada PRU13 nanti untuk kerusi DUN DS IR Nizar boleh berubah kerusi ke tempat lain, sebagai contoh dikawasan bandaraya Ipoh yang mana calon PAS tewas bawah dari seribu undi..

Oii hangpa jangan ingat aku tak suka kat dia pulak, kita kena ambik dari kontek nak melebarkan pengaruh PAS, lagi satu hal adalah cukup membebankan DS Nizar, jika selepas ini PR Kembali berkuasa, beliau akan menjawat kembali jawatan MB Perak, kan lebih mudah jika kawasan DUNnya yang berhampiran.

Mungkin ada pembaca mengatakan, Pegawai Khasnya kan ada, tetapi adalah lebih baik jika ADUN itu sendiri sentiasa bersama pengundinya, paling tidak pun ADUN tersebut dah mengenali semua penduduk di kawasan DUNnya.

Adalah cukup cantik jika disetiap DUN-DUN yang ada diwakili dari calon anak tempatan, atau pun sekurang-kurang menetap di DUN tersebut, dan buat bakal-bakal calon anak tempatan tu, kenalah bermula dari sekarang, masa dah tak lama lagi yang ada...., Insyaallah, jika anda semua ikhlas dalam perjuangan, kemenangan pasti akan tercapai...

Tuesday, September 29, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Keputusan Mahkamah Kes Sivakumar...Tangguh

Salam Sejahtera...

Apakah yang berlaku sebenarnya.. mungkinkan ada kuasa ghaib yang menghalang hakim Mahkamah Tinggi Kuasa-Kuasa Khas membuat keputusan pada hari, sehingga menyebabkan keputusan kes ditangguh,,

Mengikut dari kisah yang lepas, sewaktu kes Nizar memohon semakan status MB Perak, Hakim Lau Bee Lan juga yang ambil pada mulanya, kemudian serupa jugalah, tangguh dulu, last kemudian kes dibawa kepada Hakim Dato' Abd Aziz yang mana memenangkan kepada Nizar, tak sempat 24 jam, MB Luar Tabiee dengan muka tak tau malu pi buat rayuan di Mahkamah Rayuan sehinggalah ke hari ini...

Bagaimana pula dengan kes Sivakumar memohon semakan terhadap 3 ekor katak terhadap SPR.. wallahuaklam, tetapi apa yang aku rasa keputusannya adalah sama sahaja, sanggupkah UMNO nak berputih mata nak hilang sebuah negeri yang mereka rompak dari Pakatan rakyat, tentu tidak, paling kurang pun mereka mahu melambatkan keputusan kes ini yang mana akan mempengaruhi PRK DUN Bagan Pinang.....Buat masa ini kuasa dan segala-galanya ditangan UMNO... maka mereka boleh melakukan apa saja yang mereka mahu...

Kita rakyat yang mahukan keadilan dimuka bumi ini janganlah mudah berputus asa, Lawan Tetap Lawan... Mampos UMNO...

P/S... Oleh kerana keputusan kes ditangguh kepada 22 hb Okt 2009, maka ruangan poll di atas blog ini pun aku lanjutkan tarikhnya kepada tarikh tersebut, Terima kasih kepada pengunjung yang sudi membuat pengeundian sehingga setakat ini 211 undi.. Terima Kasih.

Monday, May 4, 2009

ADUN-ADUN PR - AWAS...

Merujuk kepada laporan berita harian Online buat masa ini 5 orang ADUN PR telah dikawal oleh polis di kediaman mereka atas faktor keselamatan... Hangpa boleh baca kat SINI

Ni permainan cara apa ni ... sampai menggunakan polis...Jangan lupa ,, mengikut dari cerita DS IR Nizar.. ADUN DAP Jelapang yang juga Timbalan Speaker pun mula-mula rumahnya dikawal oleh polis yang selepas itu terus hilang... sehinggalah terjadinya rampasan kuasa di Perak.

Kita tidak tahu.. apakah motif tujuan polis membuat kerja sebegini.. sedangkan OCPD Ipoh sendiri tidak mengetahui perkara tersebut... memang menghairan.. sungguh-sungguh sorang Ketua Polis Daerah tidak tahu-menahu kejadian yang melibatkan anggotanya di Daerah jagaannya.

Apapun aku punya cadangan adalah lebih baik semua ADUN-ADUN PR berkumpul disatu tempat dimana petugas-petugas Unit Amal dapal menagawal keselamatan mereka berulang seperti berlakukan kes kepada ADUN Jelapang. 

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari