boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Ngeh Koh Ham Liabity Dalam Pakatan Rakyat Perak.

UMNO dan BN Perak dalam minggu ini telah mendapat bonus besar untuk membuat modal nak menghadapi PRU 13 bila-bila masa dari sekarang.....


Friday, December 7, 2012

Edisi Kantoi Pagi Jumaat - Saudara UMNO gagal di Pulau Pinang..

Konon-konon nya ada hati nak jadi hero rakyat, nak ambil kembali kepercayaan rakyat,, tapi sayang tak kesampaian...

Separuh jalan pun tak jejak rasanya,, ...kih kih kih...


Tuesday, September 25, 2012

Nasharudin Mat Isa bersuara ni mewakili siapa?

Baru sahaja 2 minggu yang lepas, isunya mungkin secara rasmi tiada dalam agenda mesyuarat tertinggi Majlis Syura PAS, jadi apakah dengan sebab itu, Nasha merasakan ia bebas menyuarakan sesuatu yang berkaitan ada hubung kait sesama parti dalam Pakatan Rakyat ..


Thursday, August 16, 2012

Terima Kasih kepada Tuan Guru Abdullah Saamah UNDI DAP Haram.

Walaupun apa tindakan dan kenyataan Ostad Pondok Abdullah Saamah menyakitkan hati kita umat Islam dalam Pakatan Rakyat, namun ada juga kebaikan atau hikmat diatas perbuatan tersebut..

Thursday, June 28, 2012

Haiii..Yaa!! Apa sudah jadi Lim Guan Eng?.... Ambik kat ko UMNO...

Wahai UMNO, wahai pejuang melayu, wahai Hasan Ali, Wahai Ibrahim Ali.....

Sila baca sendiri kenyataan resmi dari pimpinan DAP....  







Thursday, March 22, 2012

Muhyiddin Yassin akan jatuhkan DS Najib selepas PRU13 nanti !

Cerdik betui kepala otak orang Cina dengan menggunakan matermatik atau pun juga sifir,, sebab itu kaum mereka berada di pelusuk tempat diseluruh dunia.... Tak terfikir oleh aku,,, moga-moga walaupun buah fikiran orang bukan Islam, namun keikhlasan yang ada padanya untuk menjatuhkan kezaliman moga-moga akan menjadi kenyataan...


Guan Eng: Pakatan hanya perlu 100 kerusi untuk ambil alih Parlimen

March 22, 2012

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".

Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.

"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.

"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.

Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.

"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.

Ketiga-tiga parti pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.

Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah sejak kemerdekaan.

Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN.

Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan kemenangan pilihan raya kecil.

Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan menjamin masa depan Najib.

Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.

Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki kuasa memerintah.

Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."


Friday, February 10, 2012

Debat Perdana - Dato Seri Najib hanya berani jadi perasmi.....

Tak merasalah rakyat Malasyia nak melihat kejantanan PM 1Malaysia,,, di minta memberikan keterangan dalam mahkamah pun bacul,, inikan pula nak berdebat....



Maka nak tunjuk juga keberanian yang ada pada dirinya, dengan jawatang tertinggi maka jadi tukang rasmi ajalah,,, biarlah pemimpin Cina sama Cina berdebat,,, pemimpin UMNO pulak tukang dok merembat harta rakyat....


Klik DI SINI


Wednesday, October 19, 2011

Dari blog Parpukari - Anak ADUN UMNO Melaka pula buat hal...

Peperangan politik Malaysia di alam maya semakin hebat, malah mereka-mereka pencacai UMNO sanggup menghalakan haluan ke pasukan tersendiri...



Kenapa boleh berlaku sedemikian,, Tujuan utama ialah dendam kesumat yang tak henti-henti mereka sanggup melakukan fitnah demi fitnah sehingga wanita ini menjadi mangsa


Wanita inilah kononnya menjadi mangsa kerakusan anak lelaki KM Lim Guan Eng... Itu pasal Lim Guan Eng tanya, pasal apa Utusan Malasyia tak siar, kenapa tak buat report polis.....

Nak tau siapa sebenarnya wanita ini... klik chessbase dan PublicAffairs/


Namun mereka-mereka pencacai UMNO yang diketuai oleh PapaGomo tak pernah serik, bermula dari video jijik Anwar kononnya, gambar Zaid Ibrahim, ADUN Kelantan dituduh berzina dlm keretapi, ADUN Anak Bukit kahwin lagi, dan banyak lagi.... Mereka tak kan berhenti selagi UMNO belum mampos...
Itulahlah kerja mereka,,

Jadi kerja kita pula ialah memamposkan UMNO... mudah sajakan


Monday, October 17, 2011

Gambar-gambar anak lelaki KM Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama girlfreindnya..

Heboh dan kecoh dilaman-laman blog pro UMNO mencerita kisah anak KM Pulau Pinang dengan kes cabul,,,,, jadi tak salah aku pun nak tumpang siar juga.... moga-moga ada kesamarataan.....



.Anak lelaki hasil dari ibu dan bapanya yang hebat......takziah buat melayu UMNO..




Sumber gambar : unwanted86.
.

Monday, October 10, 2011

Cadangan kenaikan Elaun Ahli Parlimen di tarik balik - Rosmah paling gembira..

Bila Najib umum sewaktu pembentangan bajet jumaat lepas tentang kenaikan elaun dan gaji ahli parlimen aku dok nampaknya, macam ada sesuatu tak kena, sebab syaratnya kena persetujuan semua ahli parlimen termasuk Pakatan Rakyat dan bebas,

Dan nampaknya serampang tiga mata Najib dah pun menjadi,,,


Keputusan yang sememangnya Najib dok tunggu dengan penuh harapan,, hari ini keluar kenyataan Menteri Pencacai no 1 Nazri Aziz yang cadangan tersebut ditarik balik kerana mendapat bantahan dari 4 orang ahli Parlimen iaitu Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Lim Guan Eng dan Salehuddin Ayub..

Dari sini kita boleh lihat cerdiknya Najib, tetapi cerdiknya itu dah dipintas oleh 4 orang ahli Parlimen pembangkang, Najib boleh dilihat kononya dia prihatin kepada semua rakyat termasuk ahli parlimen, tetapi sebenarnya bajet untuk Rosmah tahun ini tiada, maka dengan penolakan itu peruntukan elaun ahli parlimen mungkin boleh dialeh untuk Rosmah...

Ahli-ahli parlimen tak boleh nak marahkan Najib, ia dah buat cadangan tetapi dapat bantahan,, sebenarnya kalau Najib betul ikhlas nak bagi, ia tak payah keluarkan syarat perlu mendapat semua sokongan Ahli Parlimen,, umum sahajalah nak bagi, tetapi oleh sebab nak play safe Najib buat syarat,,

Bagi fikiran aku banyak baiknya apa yang dilakukan oleh 4 orang ahli parlimen tu, pertama sekali buat bakal-bakal calon Pakatan Rakyat mungkin ada yang terbantut rancangan untuk dicalonkan bila elaun kurang mengancam,,, kalau asyik nak kena keluar duit poket tak payahlah... bukan senang nak jaga satu kawasan parlimen,,, peruntukkan untuk pengundi di kawasan tak dapat kecualilah ahli parlimen BN,,

Dalam empat orang ahli parlimen tu cuma seorang yang aku nak ucap syabas,, iaitu Salahuddin Ayob, macam Anwar Ibrahim ia duit banyak dah, elaun Ketua Pembangkang pun ada, begitu juga Azmin sapa yang tak kenal dengan Azmin, selain Ahli Parlimen dia juga ADUN Bukit Antarabangsa begitu juga Lim Guan Eng, ADUN pun dia, lepas tu Ketua Menteri lagi,, banyak tu... tetapi Salahuddin hanya Ahli Parlimen, ulang alik ke kawasan palimennya di Kubang Kerian Kelantan pun dok naik bas ekpress aja,, lu orang boleh bayangkan,,, tetapi beliau sanggup menolak rancangan untuk menerima kenaikan elaun tambahan,

Bukan kerana elaun beliau berkhidmat,, tahniah.. inilah pemimpin yang kita nak..., ,




Sunday, September 25, 2011

Dato Seri Najib menderhakai kepada Datin Seri Rosmah...

Macam mana ni....

Bagaimana boleh Rosmah kena tinggal tak joint sekali.....Memang tak patut....

Ni nanti balik rumah,, kena tidoq kat luar la.....










Gua respek Lim Guan Eng... Dia joint juga,, sebab dia KM Pulau Pinang,, tetapi lihatlah.. baju warna kuning yang dia pakai... bukan baju T merah putih Najib & the gang... Tahniah... Lu memang berani...




Tuesday, August 2, 2011

Waktu ini jangan tengok gambar ni....

Salam sejahtera, a


Mula-mula ajarlah ia erti nikmat berbuka puasa, selepas tu ajarlah ia berpuasa......


Insyaallah...


Sumber gambar : facebook.

Monday, February 21, 2011

Kesian Orang Pulau Pinang - Mana NGO Melayu..

Salam Sejahtera.
Dalam keadaan nak mentadbir negeri yang sentiasa diserang dari segenap pelusok dan sekeliling oleh UMNO dan sekutu-kutunya tak henti-henti, namun kebajikan buat rakyat marhaen Pulau Pinang tetap diteruskan...

...

Baca seterusnya DI SINI .

Kalau tak salah ingatan Budget DUN Perak Zambri juga ada mencadangkan sebegitu,, tetapi tak muncul-muncul lagi pun.

cakap tak serupa bikinlah nampaknya.......

Friday, August 27, 2010

Apa Kata UMNO??!! Jika Lim Guan Eng Memeluk Islam..

Salam Sejahtera...

Sering aku terfikir masa depan politik di Malaysia apa akan terjadi jika sesuatu perkara diluar jangkaan yang bakal berlaku.... Tak ada siapa yang boleh menjangkakan kehendak Allah S.W.T yang maha pencipta..

Berbalik kepada isu doa dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang tempoh hari... apa kata !...


Katakan dengan keberkatan para makmum yang penuh keikhlasan mengangkat tangan mengaminkan doa tersebut lalu Allah S.W.T memakbul doa dan permintaan mereka dan Islamlah Lim Guan Eng menjadi saudara baru kepada kita...

Apa kata UMNO.... Aku boleh jangkakan pertama sekali UMNOngok akan terkejut beruk, satu pukulan maut buat UMNO... Itu pasal sekarang ni pun UMNO membuat cerita yang bukan-bukan supaya Kaum Cina termasuk Lim Guan Eng membenci orang melayu dan Islam utamanya...

Kita kena ingat kembali, sewaktu Lim Guan Eng dalam tahanan penjara selama 2 tahun, arwah Mantan presiden PAS selalu menziarahi dengan menghadiahkan buku-buku pejuangan pemimpin Islam, maka dengan itu Lim Guan telah pun mengenali mana satu Islam sebenar atau Islam jadi-jadian ala UMNO...

Apa yang aku dapat bayangkan jikalau Lim Guan Eng menjadi saudara baru, momokan pertama permimpin UMNO ialahtujuan utama Lim Guan Eng memeluk Islam adalah kerana kepentingan politik murahan...., Lim Guan Eng ingin memecah perpaduan kaum umat Melayu dan Islam di Malaysia....

UMNO sama sekali tidak akan mengalu-alukan keislamana Lim Guan Eng atau mengajak beliau sama-sama bekerjasama menaikkan syiar Islam di Malaysia.... Taik kucinglah kalau UMNO mahu melakukan sedemikian..., kalau dengan PAS pun masih dok ding dong. din dong Perpaduan Melayu, bukan atas nama Islam untuk menegak nama Allah...

Dan jikalau benarlah seperti jangkaan itu berlaku, besar kemungkinan pihak Yahudi sedunia akan mengeluarkan arahan Lim Guan Eng hendaklah di keluarkan nyawanya dari jasadnya.... kemudian dibuatlah berita-berita kenyataan akhbar dari pihak berkuasa yang melakukan pembunuhan tersebut ialah ahli-ahli DAP sendiri yang terdiri dari kaum bukan melayu tak puas hati atas tindakan beliau memeluk ugama Islam...

Dari sini mungkin akan timbul perpecahan sesama parti dalam Pakatan Rakyat dan sedikit sebanyak menguntungkan UMNO..Ingatlah dalam dunia politik yang gilakan kuasa dan menolak hukuman atau arahan Allah tak ada yang mustahil akan berlaku.....

Saturday, August 21, 2010

Apa Kata UMNO??!! Pemuda UMNO Penang dah climax

Aduhai,,, geram, rindu, dendam lama dah... semenjak Mac 2008 sehinggalah hari ini, rindu yang tertahan lagi akibat kelincahan Lim Guan Eng dalam tarian nya, sekejap gelek, kemudian ala-ala arab yale-yale padang pasir, ini semua membuatkan pemuda UMNO Penag dok telan air liur geram.....

Kemudian dua tiga sudah, Lim Guan Eng menyatakan Kerajaan Pulau Pinang akan membayar sedikit sagu hati kepada kakitanga kerajaan negeri,,, lagilah terkedu Pemuda UMNO, tiada ulasan, tiada kritikan dan tiada pujian mau pun pusat atau negeri...

Sudah tentu pening lalat buat khalifah UMNO, yang semakin sudah nak mengeluarkan fatwa jawapan tersebut, tup-tup dua hari sudah sang khalifah telah dimalukan oleh di negeri Selangor,,, apa tidaknya sang khalifah dipaksa mendengar tazkirah di masjid selangor... ada ka patut tahap tertinggi sang khalifah disuruh bersimpuh didalam masjid tanpa hamparan permaidani merah, manakan tidak... sakit belakang, saki kepala lutut, lenguh segala urat saraf lah kawan tu... DI SINI .

Kesian sang khalifah, kehadirannya tidak dihargai oleh AJK masjid berkenaan.., dengar cerita programnya pun buat di parking lot aja..

Tapi memang sudah jadi sifat khalifah yang tawadduk, perkara sebgini biarlah dia sahaja yang tahu, tak perlu diheboh-heboh, sang khalifah amat takut nanti di bulan ramdhan akan timbul perasaan riak dan takabur pada pengikut-pengikutnya....


Sifat cemburu pemuda sampai kemuncak apabila tersiar sang khalifah boleh begitu mesra dengan Lim Guan Eng dalam mesyuarat kewangan di Putrajaya dua tiga yang lalu...

Mana boleh,,, pemuda UMNO begitu lama jatuh hati, tup-tup sang khalifah nak potong stimkan... puasa, tu puasa juga.... khalifah ka siapa ka sekali pun pemuda dah tak peduli lagi..

Apa pun, nampaknya pemuda UMNO Penang akan menikmati klimak secara syok sendiri........



Report polis..., atas enakmen syariah apa pulak ni..., kalaulah betul sekali pun, salahkah mengikut kaedah syarak kalau kita mendoakan kepada orang bukan Islam,, dan adakah menjadi satu kesalahan mengikut hukum syarak jika tidak mendoakan kepada sang raja....

Friday, August 20, 2010

Apa Kata UMNO??!! Inikah standard Naib Presiden UMNO...

Oleh Rahim Othman

Umno pencetus kacau bilau
LEPAS SATU, SATU, ! TAK SUDAH,SUDAH ! BUAT KERJA BUSUK ,..
PASTI ADA LAGI LEPAS INI

Tuduh kerajaan Pulau Pinang dah melampau ! masukkan nama Guan
Eng dalam khutbah Jumaat..
7. Ugut orang Cina tentang kemungkinan ulangan peristiwa 13 Mei
8. Terbaru – kes nama Lim Guan Eng disebut dalam khutbah Jumaat
9. Zahid marahkan Lim Guan Eng kerana hadir dalam majlis agihan zakat – konon
telah mencemarkan kesucian agama Islam ! ( kepala hotak dia, ini le Islam Umno,,
punya le bangang !)

Oleh : rahimothman

Komen Manjungmari - Ingat Zahid ingat enjin F-5E yang hilang.... muaaaahaa..(kena ingat Naib Presiden UMNO yang terbanyak dapat undi.., semua perwakilan UMNO yang Undinya pun sama-sama bangang..... muaaaa....





Wednesday, August 18, 2010

Kerajaan PAS Kelantan, Kedah dan PR Selangor... Ikutlah Pulau Pinang..

Salam sejahtera...

Satu tindakan bijak oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang merupakan serampang banyak mata...

Pertama sekali dapat mengembalikan imej kerajaan negeri yang ditutd anti Melayu, ....

Kedua, secara tidak langsung dapat membantu beban perbelanjaan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang..

Ketiga, aduhai.. kesian kerajaan Pusat, satu tekanan dalaman..., ingatkan nak bayar kepada peneroka felda aja..mana nak kerekau lagi duit ni..., cukai judi bola tak jadi,,, duit saman ekor tangguh bulan februari nanti......

Jadi, buat 3 lagi negeri Pakatan Rakyat, Kelantan, kedah dan Sealngor apa lagi...sama-samalah dapat mengikut jejak Kerajaan negeri Pualu Pinang...., RM400 pun seonok juga, lega sikit nak bernafas...,

Berita kaitannya : DI SINI

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari