boikot
Segarkan ingatan anda...
Saturday, October 31, 2009
Aku Sokong Saranan Ni....
Harakah cuba berusaha nak jatuhkan integriti TG Nik Aziz ??
Aik, kenapa 2 berita itu saling kontardik antara satu sama lain ?? Mana satu yang betul ?? Untuk pengetahuan tuan-tuan, section Fokus dicoveroleh seorang editor. Manakala section Fikrah dicover oleh seorang editor yang berlainan. Kedua-dua berita diatas berada dalam satu section iatusection fokus. Nampak macam sengaja editor itu melepaskan kedua-dua berita itu.
Mari kita bayangkan or let us try to imagine, kita membaca Harakah dari kulit ke kulit. Kita mulakan dengan section Fokus, mukasurat pertama, ooo TG Hadi kata TG Nik Aziz tak perlu letak jawatan. Mukasurat kedua, ishh hampeh bajet aparteid. Mukasurat 7, derih cakap ahli PAS kena bijak tapis fitnah media. Belah la. Mukasurat 9, iklan tokguru.net. Mukasurat 15, ooo tok guru cakap ada rombongan Sabah Sarawak datang jumpa. Ooo mengadu pasal pemimpin PAS nak join UMNO. Bla bla bla. Mukasurat 28, Pesuruhjaya PAS Sabah nafi bawak rombongan, eh biar benar. Tok Guru menipu ke ?? Lihat, pandai tak editor tu memainkan minda pembaca Harakah. Dia berjaya menjatuhkan integriti TG Nik Aziz. Dalam pada yang sama menjatuhkan air muka TG Nik Aziz pada mata pembaca Harakah. Oh my god. Apa sudah jadi ?? Salah seorang ahli lembaga pengarah Harakah ialah Mustafa Ali. Adakah Mustafa Ali telah mengarahkan editornya untuk menjatuhkan integriti dan kredibiliti TG Nik Aziz sebab tidak puas hati dengan mesyuarat khas pada Rabu malam Khamis yang lalu ??
Ia tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia berjangkit kepada paper Siasah. Tuan-tuan sedia maklum yang paper Siasah ini juga bawah kawalan Parti PAS. Lihat paper Siasah yang terbaru iaitu yang bertarikh 1 November 2009. Lihat tulisan Suhaimi Embong mengenai TG Nik Aziz.
Misteri cuti pegawai penyiasat
Oleh TURMADZI Madun
berita@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Polis Selangor terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki membebaskan tanpa melepaskan tiga orang tertuduh yang didakwa dalam kes dadah selepas dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu tidak dapat hadir perbicaraan di sini kelmarin.
Friday, October 30, 2009
Huru - hara Politik Malaysia
friday, october 30, 2009
oleh ali :
Rakyat ?? Huh, semua tengah kira hutang bank yang belum bayar. Pagi-pagi keluar kerja bersesak-sesak dalam komuter. Anak-anak pulak makin hari makin kurang ajar. TV setiap hari cerita satu Malaysia makmur. Perogal makin bertambah dikalangan kita. Perompak dan pencuri menunjukkan peningkatan yang cemerlang. Tak pernah berkurang. Perompak dan pencuri ni sayang dengan pemimpin Malaysia tak kira parti. Mana pernah diorang rompak pemimpin Malaysia. Penyangak hanya merompak rakyat Malaysia. Susah nak muncul Robin Hood di zaman ini. Mungkin Isa Samad layak dapat title tu. HA HA HA.
Pemimpin tak kira pejuang Melayu atau Islam, pernah tak diorang fikirkan kepayahan rakyat sekarang ni ?? Belah la. Mana pernah diorang fikirkan kita. Semua hanya fikirkan keuntungan politik masing-masing. Malaysia Baru ?? Apo yang baru bai. Hutang baru adolah. Bajet 2010 ?? Eh semalam Najib bagi den rumah dengan kereta Ferari. Kepala ayah kau. Rakyat semakin stress. Makwe kat 7E ?? Mano pornah senyum kat den skrang ni. Walhal den lah paling kacak kat N9 selepas ayah den. Dulu orang belah N9 timur mudah mencarut. Kini N9 barat lagi dahsyat mencarut. Masjid ?? Orang PAS ke Orang UMNO ke, mana pernah nak penuhkan masjid. Padahal nabi cakap solat jemaah bagi orang lelaki tidak kira masjid atau mana-mana tempat. Wajib jemaah sampai nabi nak bakar rumah muslim yang tak datang jemaah kat masjid pada waktu subuh. Ini yang den baca hadis buhari la.
Habis macam mana nak selesaikan semua problem-problem ni ?? Itu belum cerita maksiat lagi. Harapan ?? Makna harapan sampai sekarang den tak faham. Takde harapan langsung la gitu. Semua yang rasa diri itu bertuhan, pergilah mengadu kat tuhan masing-masing. Tanyalah dia kenapa ini semua terjadi. Tuhan den ALLAH. Tuhan orang lain ?? Nafsu pun boleh jadi tuhan. Den pernah tanya ALLAH mengapa den dikurniakan dengan pemimpin yang korup dan penipu. Ini pemimpin tak kira apo parti la bai. Tapi ALLAH tak jawab soalan den. Den bukan nabi Musa. Abih camno ni. ALLAH dah bagi Quran kan. Poie bukak Quran tu kojap.
Umat islam boleh mengambil iktibar dari ayat di atas bahawa pemimpin yang memimpin mengikut ke arah petunjuk agama, tidak terhasil semata-mata dari kempen dan kertas undi. Akan tetapi terhasil apabila masyarakat itu sendiri yang sabar mempraktikkan agama secara syumul(keseluruhan) dan beriman sepenuhnya kepada al-Quran iaitu ALLAH.
Pemimpin lahir dari masyarakat. Jadi masyarakatlah yang mendidik pemimpin. Lantas masyarakat yang samalah melantik pemimpin. Walhasil balik asal. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah pemimpin. Masyarakat jahat, maka lahir pemimpin jahat. Masyarakat tak cerdik, pemimpin dua kali tak cerdik. Apabila berlaku kerosakan dalam sesebuah masyarakat dan negara, beban dosa tidak hanya digalas oleh pemimpin. Kito pun kono sekali.
[al-An‘aam 6:129]
Dr Asri Nak Menyertai PAS!!.
OH Aduka Taruna..
Bhai,
Gua bagi lagi lu satu teori. Teori ni gua bebas bagi lu pilih nama. Semua pasal "three stoges".
Punca masalah.
- Hasan Ali nak jadi MB (UG)tapi disekat oleh TGNA.
- Stopha Ali anti Anwar dan ditegur oleh TGNA.
- Nasha Isa (baca Ali) nampak perpaduan Melayu Islam tapi ditempelak oleh TGNA.
Strategi
- Hasan Ali timbulkan masalah dalam negeri yang DAP meminta perkara yang bukan-bukan. Contohnya; DAP minta Shah Alam sebagai Bandar Pelbagai Budaya. Hasan Ali counter dengan isu arak.
- Stopha Ali gagalkan puak "erdogan" semasa pemilihan PAS. Peranan dan tugas beliau sebelum SU adalah besar dalam politik dan Muktamar.
- Nasha Ali bergayut di bawah janggut ulamak iaitu Majlis Syura. Majoriti Ahli MS terpengaruh dengan kertas kerja Haron Din pasal Melayu Islam.
- Setelah PRK Bagan Pinang (sebelum itu Manek Urai). Pengundi non-muslim sudah jauh dari PR. Strategi Hasan Ali nampak berjaya. Stopa Ali mengawal Presiden lembik. Nasha Ali selamba badak.
- Muncul surat Prof. Aziz Bari. TGNA yang sudah lama hidu ambil peluang daripada surat itu dan cadangkan EGM.
- Kelam kabut seantero PAS dengan cadangan EGM. Mesyuarat khas bincang pasal EGM.
Taktik
- Hasan Ali panggil bloggers (PAS UG & UMNO) cerita semua masalah dalam Selangor yang berpunca dari DAP dan PKR tentang halangan menjalankan syariat Islam.
- Stopha Ali merangka agenda untuk mesyuarat khas. Maklum balas diterima mensasarkan Hasan Ali.
- Nasha Ali gagal memujuk MS. Bersekongkol dengan Hasan Ali panggil blogers dedahkan Selangor sebagai "kad laporan".
- Kad laporan ini sebagai bukti bahawa UG perlu untuk menyelamatkan Islam daripada diganyang "Malaysian Malaysia" DAP. Andainya pemimpin PAS memecat Hasan Ali bermakna PAS telah membuat kesilapan besar kerana Hasan Ali memang berjuang Islam dan rakan PR telah mengambil peluang ke arah Malaysian Malaysia". Inilah slogan yang akan digunakan untuk meraih sokongan.
Apa terjadi?
- UG di Selangor sedang marak. Kalau tidak jadi sekalipun PAS akan dilihat tunduk kepada rakan PR dan BN akan kembali berkuasa.
- UG juga sedang marak di Trengganu dengan diketuai "ular" Haron Taib (baca Ali).
Penutup
- Melayu PAS (baca geng GANU) tidak confident memerintah negara kerana halangan "Malaysian Malaysia".
- Lebih baik dalam UG kerana dapat memberi "nasihat" berkaitan Islam.
Apa mesti buat
- Gerakkan pemimpin PAS aliran profesional melingkupkan geng GANU.
- Pertahankan TGNA dan "erdogan".
- Sebarkan pada blogers.
Gua tak sihatlah, kalau lu rasa nak tambah mana-mana bahagian lu bikin sendirilah.
Nasib Pemilik Kenderaan Lama..
Thursday, October 29, 2009
Apakah ini salah satu isi kandungan Rakaman Misteri di Rumah Hasan Ali yang lalu!!
Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tigaSEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!
Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.
Aktiviti Selepas Magrib Depan Masjid
Dakwaan Mursyidul AM - Ada Prime Facie.
Wednesday, October 28, 2009
Wang Rasuah DiGuna Bayar Zakat
Tuesday, October 27, 2009
Kisah dari Gambar.
Eloklah Tan Sri Khalid Ibrahim Pecat Hassan Ali..
Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.
Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.
Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.
Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.
UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?
Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.
Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.
Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.
Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?
Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.
Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu.Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.
Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.
Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.
Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.
Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi? -Abdul Aziz Bari.