boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label TPM. Show all posts
Showing posts with label TPM. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

PRK N20 Sungai Limau - Pengakuan Otai Umno sendiri dan sedih bila TPM jadi Imam.

Apa-apa pun,,, masa untuk hari mengundi masih lama lagi, petugas Pas jangan ambik pot dengan cerita sebegini... kena kerja keras lagi untuk mempertahankan kemenangan..


Monday, October 22, 2012

Gambar Muhyiddin malu-malu kucing, kerana bini ada sebelah.

Salah satu perbezaan paling ketara diantara pimpinan UMNO dengan pimpinan PAS adalah adap sopan tatasulila antara lelaki dan wanita... hangpa boleh perhati..... sendiri.. 


Wednesday, August 15, 2012

18SX - Lelaki mana ni dok berpeluk rapat dengan anak gadis TS Muhyiddin.

Bapa duk sibuk ke sana ke mari,, anak dara sendiri entak apa berlaku pun dah tak ambil peduli,,, Kesian sungguh... 


Kemaruk sungguh, tugas Amil pungut Zakat pun nak juga.

Dah menjawat jawatan yang tertinggi, cuma nak tunggu selangkah aja lagi untuk jawatan no 1 negara... 
Tugas-tugas yang sedia pun pun tak berapa nak selesai,,, eh eh nak jadi amil terima zakat pulak,,, 

Saturday, July 28, 2012

Masih ada harapan.. Laki bini pulun sakan....

Entah sempat tidak belum tentu lagi,, tetapi kerja harus berjalan...  


MUAR, 27 Julai -- Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman ketika menyampaikan wang zakat kepada Robiah Abdul Majid, 80, dan Sejarah Elias, 64, (kiri) pada Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Umno Bahagian Pagoh Dun Jorak di Masjid Jamek Kg Panchor di sini, hari ini.
--fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHAR

Boleh lah  sikit jika nak dibanding dengan yang no 1 tu, yang no 2 ni tak nampak gelang besar, tak ada cincin permata  he he he....  



MUAR, 27 Julai -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan penduduk setempat ketika menghadiri Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Umno Bahagian Pagoh Dun Jorak di Masjid Jamek Kg Panchor di sini, hari ini.
--fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sang laki pulak, macam tak konfiden aja... tak sempat dah rasanya....sekadar Ahli Parlimen Pagoh aja selepas PRU13 ni... Insyaallah... 


Cukuplah 55 tahun,, UMNO dah kena bersara wajib dah.....

Thursday, November 3, 2011

Kisah SU Akhbar Muhyiddin Yassin yang amat memalukan..

Aku terbaca kisah ni dalam facebook jurugambar Minaq Jinggo, sesuatu yang amat memalukan, bagaimana seorang bakal Perdana Menteri boleh menggunakan khidmat SU akhbar sedemikian..aku copy paste kat bawah.

Minaq Jinggo

Baru terima nota dari seorang sahabat dalam bidang kewartawanan yang melibatkan pegawai khas TPM. Dia izinkan saya berkongsi cerita beliau.

Minaq Jinggo SESUATU YANG MEMALUKAM... Apa peranan setiausaha akhbar sebenarnya, saya rasa ramai dikalangan wartawan tidak begitu mendalaminya, kebanyakkan hanya tahu tugas atau peranan setiausaha akhbar ini hanyalah tukang buat ucapan bos dan tukang atur sidang media saja...tukang gunting berita yg disiar...tukang cari jawapan utk bos...lebih pada itu, hanya boleh dianggap Pegawai Menteri sajalah.Saya tak dapat tidur terkenang apa yg berlaku pada saya ekoran kedangkalan seorang setiausaha akhbar...Apahalnya ni, saya yang sudah berpuluh tahun bertugas sebagai wartawan belum pernah sekali diaib dan dimalukan oleh seorang setiausaha akhbar.Tetapi malam tadi di majlis penyampaian bantuan khas rakyat bandar tun razak dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri (ts) Muhyiddin Yasin. Ketika ts melawat pejabat dan bilik2 umno bhg bandar tun razak, saya seperti biasa hanya mengambil gambar kerana dapat tahu tidak ada sidang media

Minaq Jinggo Tiba2 setiausaha akhbar ts yg bernama hafiz menegur saya dengan kasar sambil mengatakan saya tidak faham yg tempat itu tidak dibenarkan ambil gambar dan tanya saya mana ada jurugambar media lain ada disitu.Hafiz marah benar pada saya dan anggap saya tak reti bahasa hingga menyusahkannya yg terpaksa memantau pergerakan saya...tindakan dan sikapnya yg agak berang itu dilihat oleh pemimpin2 umno, yg jelas ada disitu datuk wira syed ali yg juga setiausaha badan perhubungan umno wp yg sebelum itu memanggil saya supaya ambil gambar disitu.Ramai pemimpin yg mengenali saya terkejut melihat saya dimarahi spt budak baru jadi wartawan.Saya sempat bertanya, apahal ni..dalam keadaan agak tegang itu, tiba2 dato ainun panggil saya dan beri amaran supaya saya jangan tanya apa2 soalan@istilah wartawan kini 'jangan jolok' pada tpm.

Minaq Jinggo Apakah Hafiz seorang pegawai tpm yg tak tahu adab...apakah saya melaku kesalahan dan melanggar etika kewartawanan...apa kena mengena jurugambar media lain dgn saya...apakah saya hanya boleh buat liputan ikut aturan saja...serabut betul dgn tabiat kurang ajar ni...adakah ts muhyiddin tak ajar budak ni cara kerja...Tolong jelaskan pada saya apa maknanya wartawan...adakah kerana saya boleh dapat berita dan orang lain tak dapat maka saya tak layak utk buat berita itu...etika wartawan mana yg dia pakai.Saya amat kecewa dengan sikap seorang pegawai kepada tpm seperti ini...itupun baru bertugas dgn tpm, andaikatalah ts muhyiddin jadi pm...tentu lagi besar kepalanya...Oleh kerana kita saling memahami dan memerlukan antara satu sama lain, saya mahu Hafiz memohon maaf atas sikap kurang ajarnya...

Minaq Jinggo sahabat saya ni bukan budak baru dan amat dikenali dikalangan menteri kabinet kepimpinan umno malah peminpin pembangkang sekalipun. Dia berani mengutarakan soalan walau sekronik mana sekalipun kepada sesiapa pun dalam sidang akhbar. Saya yakin posting ini akan sampai kepengetahuan Hafiz. Kalau tak settle jugak lagi mungkin ada baik dipaparkan gambar dia supaya kawan2 wartawan yg junior dapat cam dan lebih waspada dengan karektor ini....especially tomorrow when DPM visits S'gor...


Sumber : http://www.facebook.com/minaq.jinggo




Kalau macam ni punya rupa bagaimana nasib rakyat akan terbela....


Wednesday, October 26, 2011

25, 26 Oct Singapura, 27 Oct Seri Manjung..

SPada hari Isnin lepas, berjumpa seorang kawan lama, Cikgu di sebuah sekolah di daerah Seri manjung juga, membebel kat aku sebab mesyuaratnya kena tukar tarikh, menurut cerita dia mesyuarat pada mulanya dah ditetapkan pada 27,28 dan 29 Oct, bersamaan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. tup-tup selepas tu dapat mesej tukar tarikh enjek lewat sehari, terpaksa mesyuarat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad...

Sebab kenapa tidak dimaklumkan....

Hari Jumaat selepas solat Jumaat, si kawan aku mai jumpa aku sewaktu aku nak balik, rupa-rupanya TPM Mahyiddin Yasin nak mai gempur daerah Manjung, sasaran utama Sek Men Batu 10 Lekir, dalam DUN kawasan Pasir Panjang Laut, kerusi IR Nizar Jamaluddin,

Disebab lawatan TPM, tarikh mesyuarat semua guru-guru penanda kertas jawapan peperiksaan PMR dah ditunda sampai ke hari Ahad, mana pi akai TPM ni,, menyusah beberapa ramai guru-guru di Daerah Manjung ni, mereka juga penat di hujung-hujung tahun ni, banyak kerja sekolah nak disiapkan, persediaan pelajar nak menghadapi SPM lain, nak juga berehat...kalau dah sampai ke hari Ahad pun kena ni apa cerita....,

Yang menteri kira nak kepentingan politik mereka sahaja, kepenting anak bangsa melayu mampuih pi,, inilah UMNO... nampaknya pada 27 Oct tu, pelajar-pelajar kawasan Manjung pakai tak belajar nampaknya, semuanya kena pi sambut TPM, ada satu sekolah rendah tu sampai 4 buah bas terpaksa sewa... ni apa cerita ni..., bebudak sekolah tak payahlah dikacau waktu persekolahan mereka, isshhh, awatlah bangang sampai macam tu UMNO ni,, hangpa nak politik mampuih pi lah, tetapi waktu pelajaran dan cikgu-cikgu tak bolehkah kalau tak diganugu....

Pakat Bingong habih jadi rakyat bila UMNO berkuasa....



Monday, April 25, 2011

Penambahbaikan dari TPM... Terima kasih...

Salam Sejahtera,

Tahniah buat UMNO kerana mempunya seorang Timbalan Perdana Menteri yang hebat, hebat kerana tak sempat lagi nak selesai kes buku Interlok dengan kaum India, masih belum selesai, ding-dong, ding-dong,

timbul lagi isu baru, kalau novel interlok dengan kaum India, kini dengan kaum Cina rakan seperjuangan dalam BN,,, hebat sebab dengan bantuna NGO PERKASA sekali,,, apa cerita demontrasi secara aman petang ini di depan Wisma MCA....,

Hebat TPM,,, pandai ia main politik tikam PM dengan secara tak disedari,,, moga-moga prestasi buruk BN semakin bertambah, sama seperti zaman Pak Lah, Pak Lah resign Najib ambik alih,,,

Apakah Najib akan ikut stail Pak Lah,,, ooooo tidak..., Najib buka PM,, keputusan ditangan FLOM....

jadi TPM banyak buat masaalah,, tahniah Muhyidin......

Bahasa

Utusan bawa suara Melayu, kata Muhyiddin

April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April — Utusan Malaysia mewakili kepentingan orang Melayu dan tindakan memulau akhbar milik Umno itu hanya akan membataskan suara kominiti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan presiden Umno ini mengulas gesaan MCA agar akhbar itu dipulau ekoran gesaan editornya supaya digerakkan gelombang “1Melayu, 1Bumi”.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan keistimewaan orang Melayu, menyahut idea itu.

Minggu lalu, Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok memberi amaran gelombang sedemikian akan mewujudkan persekitaran aparteid di negara ini.

Dalam responsnya hari ini, Muhyiddin(gambar)menambah, kerajaan tidak boleh menghalang akhbar itu daripada menyiarkan laporannya.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita bacaUtusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain,” katanya lagi.

“Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan memulau Utusan Malaysiaboleh menyebabkan suara masyarakat Melayu terabai.

“Meskipun anda pulau, ia tidak akan (membawa) kesan sama sekali. Lagi anda minta tidak membaca, lagi ramai orang hendak membaca.

“Malah, bukan Melayu juga mengatakan ada laporan-laporan sensitif dalam media bukan Melayu. Jika kita tanya mengapa berita-berita sedemikian dilaporkan, mereka akan mengatakan ia menggambarkan perasaan komuniti Cina dan India,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri daripada pendirian editor Utusan Malaysia, yang disiarkan tyang mengesyorkan agar parti-parti Melayu menggerakkan gelombang “1 Melayu, 1 Bumi” sambil menegaskan ia pandangan “peribadi” akhbar Umno itu.

Perdana Menteri juga berkata pendirian akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu tidak akan menggugat komitmen kerajaannya melaksanakan gagasan 1 Malaysia.

Dalam tulisan ruangan Cuit Rabu lalu, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”

“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.

Dia berkata, slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, “sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.”

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi.”

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata usaha sedemikian akan menyebabkan malapetaka jika menjadi kenyataan.



Thursday, March 3, 2011

PRK DUN N28 Kerdau - Moga-moga jadi teladan ....

Salam sejahtera,
Alhamdulillah, ini baru aku lihat seorang pemimpin tertinggi UMNO boleh menjadi Imam dalam sembahyang berjemaah, Tahniah...
,

Kira hebat TPM Malaysia,, dibelakangnya yang jadi makmum pun kalau kita perhatikan calon UMNO Syed Ibrahim lulusan AlAzhar sendiri menjadi makmum, agak-agak Najib bila pulak naj jadi Imam, teringin juga aku nak tengok... Kalau Najib jadi Imam aku rasa makmum yang kat belakang paling lekeh pun ulamak besar Yusuf Qardawi...,

Wednesday, October 6, 2010

Apa Kata Umno ?!! - Dasar Lidah Bercabang...

Aku tak tau nak sebut apa lagi dah,, lidah bercabang ka lidah biawak...., cakap lain praktik lain...






Cukupkah dengan penguatkuasaan di kalangan syarikat berkaitan kerajaan, institusi perbankan, kewangan dan insurans seperti penggunaan dokumen rasmi, papan tanda dan borang yang digunakan perlulah diberi penegasan,....

Bagaimana dengan pelajaran anak-anak kita, PPSMI.... Nak tunggu bila,,, biar semua kroni-kroni kenyang..., anak-anak bangsa tercicir dalam pelajaran mampuih pi lah.....

Wednesday, September 29, 2010

Dosa Kering?!...


Pepagi begini yang penuh keheningan cuaca sinar mentari pagi tetiba aku terbaca satu berita terkini mengenai kisah yang difatwakan oleh Timbalan Presiden gerombolan melayu bangsat iaitu Almalikul Mat Sembab ULUL AMRI lV .

Fatwa baru yang dikeluarkan ialah DOSA KERING.... Hebat puak-puak melayu bangsat ni, ada dosa kering, kalau dah ada yang kering tentu ada yang basah, tak gitu....

Friday, September 24, 2010

Statemen bodoh dari seorang bakal PM......

Salam sejahtera....

Pepagi Jumaat ni aku nak tergelak besar..., seorang TPM yang juga Menteri Pelajaran Malaysia boleh mengatakan dengan penuh siuman tanpa penuh syak yang seorang Menteri tidak ada kuasa dibawah kementeriannya....

Baca DI SINI.

Macam ni punya menteri pun ada.... tu pun ada perasaan nak jadi PM lepas ni..., nanti kalau dah jadi PM.... PM yang tak ada kuasa.... Kuasa ada kat bini macam blk mama first lady..... muaaa.....

He he,,,, nak buat kampus UIAM kat Pagoh ada pula kuasa... Memang menteri CAP AYAM......

Sunday, August 8, 2010

Apa Kata UMNO??!! - Hukum Allah VS Hukum Manusia..

Salam sejahtera...

Sebelum aku menulis apa-apa sila Klik DISINI.

Tetapi bab di atas tu kira masih OK lah, sebab itu undang-undang manusia, mungkin sesiapa yang tinggi darjatnya boleh terkecuali dari undang-undang manusia walaupun perkara sebegitu tak sepatutnya berlaku, dimanakah amalan yang pernah dipraktik iaitu Contoh melalui tauladan..

OK, bagaimana dengan gambar di bawah,, ehsan Berita Harian Online hari ini...
Timbalan Perdana Menteri ada di sebelah, kenapa ia boleh berpakaian sebagai seorang Islam...,


OK, Yang bawah ini gambar ehsan dari Utusan Online...


Yang ini Menteri Wanita UMNO, haprak......, YDP NCWO Tan Sri Dr Sharipah Hapsah lagi haprak x haprak.., apa tidaknya,, keturunan Syed... beb.. aduhai...

Kesimpulan yang kita dapat ialah Pemimpin UMNO ni bila bab Islam ia tak boleh nak praktikkan dengan sepenuhnya,,, si TPM tu ia hanya dapat melakukan untuk dia seorang sahaja, anak dara dia tak dapat nak dibetulkan, tak percaya.. Lihat di SINI.

Apa macam?!! berderau darah yob... aku rasa isshh.. macam muda lagi aku ni, umur aku rasa macam nak masuk 25....

bab Menteri Wanita UMNO pulak, lagi bertambah haru biru... apa tidaknya, nak menyuruh rakyat sudah tentu tak mampu, sebab ia sendiri tak boleh nak ikut, walaupun disebelahnya Permaisuri berpakaian mengikut hukum syarak, walaupun tak sepenuhnya, tetapi jadilah...

Jadi apalah nak diharapkan pada UMNO dalam bab Islam ni, itu pasal nak ajak bersatu dengan PAS demi perpaduan melayu. bukan perpaduan Islam...


Wednesday, July 7, 2010

Minta tolong siasat...

Salam Sejahtera....

Pertama sekali sebelum aku tulis apa-apa aku minta maaf banyak-banyak kepada pengundi Parlimen Paguh, rakyat negri Johor dan ahli-ahli UMNO Malaysia...

Tiada niat dihati nak hina atau memperkecil-kecilkan....

Gambar ini aku ambik dari akhbar Utusan kalau tak silap, pada 7-Mac 2010 yang lalu....


Gambar ni aku kutip di utusan online pada hari ini....

Apa yang aku dok tertanya-tanya, lihat dari aksi atau pun gayanya....apakah TPM ini dari keturunan orang Asli, atau ada hubungkait bau-bau bacang dengan orang asli....

Sunday, March 21, 2010

Tahniah Buat Ulul Amri Ke - 4.

Salam Sejahtrea..

Maka bertambahlah hebat lagi parti gerombolan Melayu apabila Timbalan Presidennya di anugerahkan Ulul Amri yang Ke-4, satu Anuegrah tertinggi dari Mahagaru PSSLM Omar Din.

Hebat yob, Mahagaru ni seingat aku antara tahun 90 han pernah kena perintah tahanan buang daerah di Lumut, tak payahlah aku nak cerita atas kesalahan apa..., kemudian sewaktu berada di Lumut ini pun, macam-macam kes yang berlaku..

Kehebatan Mahagaru Omar Din ni pun nampaknya dah diperturunkan kepada anaknya Megat Zulkarnain Ketua Pemuda UMNO Gombak yang pernah membelasah Karpal Singh di Parlimen satu ketika dulu..

Tup-tup semalam Mahagaru Omar Din telah menganugerahkan pingat terhormat ULUL AMRI kepada TPM..., semakin hebat lah UMNO, ditambah pulak dengan NGO-NGOK PERKSA, Silat Lincah, PEKIDA, PEWARIS, TOK MUFTI itu tak termasuk lagi PDRM, SPRM, SPR dan macam-macam lagi... yang menyebelahi mereka, tetapi bila dengar kelentong Dato Seri Anwar Ibrahim 16 Sep pun dah kecut .... apa cerita weih....

Buat Blogger TukarTiub lepas ni tak boleh lagi dok panggil almalikul sembab,, sebab dah upgrade sheikh,, ULUL AMRI., ..

Kaitan Berita : bernama.

Monday, November 23, 2009

TPM Layak ?!!

Sapa kenai gambar budak lelaki ni...

Anak kepada seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hari ini bapa budak lelaki ini selaku menteri menjawab persoalan dalam sidang Parlimen dalam soalan bertulis dari Lim Kit Siang.




Jawapan yang menteri tu bagi bahawa Mat Sembab selaku Timbalan
Perdana layak menggunakan pesawat udara helikopter Nuri milik Royal malaysian Air force untuk perjalanan yang tiada perkhidmatan udara MAS dan juga meliputi kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan pesawat helikopter untuk sampai ke destinasi tersebut dengan kadar yang cepat,"

Betui la tu... tapi bagi kes yang dihebohkan dulu tu si Mat Sembab ni nak hadir untuk merasmikan mesyuarat UMNO.. Ini soal parti, bukan soal tujuan rakyat keseluruhannya...

Macam ni punya jawapan, AJK UMNO Cawangan pun boleh jawab, tak payah menteri....

Laporan Berkaitan : Muhyiden Layak.


Tuesday, October 27, 2009

Kisah dari Gambar.

Sila Perhatikan betul-betul....
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee (kanan) menenangkan seorang murid Mohammad Ammar yang terselamat semasa melawat tapak jambatan gantung yang menghubungkan Sungai Kampar runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini, hari ini. Sehingga kini, seorang murid lemas yang dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala 19 lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang telah selamat - foto BERNAMA

Betui ka tu nak menenangkan pelajar atau nak bergambar buat rakyat 1Malaysia nak bagi tau yang " aku ni prihatin dan berjiwa rakyat"... Tapi kesian kat sorang lagi tu kat belakang tu..., yang kepala merelit tu...tak dapat posing sama, tu yang moyok aja tu....esok nak sidang DUN, apa idea untuk esok!!!.....

Monday, October 12, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N31 Bagan Pinang - Penghinaan Muhyiden terhadap PAS...

Salam Sejahtera....

Inilah salah seorang manusia yang mula menonjolkan kepala dan sikapnya terhadap PAS.. baru mula nak menang dengan satu permainan yang paling kotor dalam sejarah PRK, maka keluarlah suara dari seorang manusia yang paling bangsat.....

''Inilah Pas. Standard format Pas ini kalau nak bertanding dia bawa semua bala tentera. Mereka buka warung tanpa mengendahkan peraturan. Begitu juga anggota lain yang mereka telah tentukan tugas masing-masing. Saya pun hairan dengan sikap mereka ini.

''Apa yang mereka lakukan ini langsung tidak mencerminkan adat rakyat Malaysia sebenar ,"


Kita semua harus ingat, Muhyiden Yasin belum lagi jadi PM, bayangkah bagaimana kalau ia jadi PM selepas ini, apakah yang akan bakal berlaku kepada Parti PAS kalau sekarang ia dah mula menunjukkan sikap sedemikian.!!!!!!

Berkaitan: utusan.

Thursday, August 20, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Mat Sembab Merayu..Muka Tak Malu

Mat Sembab dengan muka seposen merayu kat SPR supaya tidak mengadakan PRK DUN Kota Seputeh.... DI SINI. OOOoo kena tang UMNO buat salah, rayu... sakit konon, kalau dah sakit tak kan ADUN Datuk Abu Hasan tu tak ada pembantu, Pegawai Khidmat DUN, Pemandu atau paling koman bini dan anak-anak, tak bolehkah nak maklum kepada Speaker....

Tak payah rayu pun tak apa... jangan risau.. SPR tu komponen UMNO juga.. dont worry.. apa pun buatlah sesuka hati hangpa.. kalau PR tak boleh, semua salah.. kena ikut undang-undang, phoorah...

Kena ADUN PAS tengah dok sakit pun hangpa dah pakat kerumun nak suruh mati cepat.... memang bangsat UMNO... sendiri buat undang-undang lepas tu buat salah tak mau ikut... sebiji perangai YAHUDI..........


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari