boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, December 31, 2010

Tahniah Majlis Perbandaran Seri Manjung

Hari ini, akhir tahun masehi 2010,, dah 15 tahun aku menetap di Seri Manjung, mulai tahun 1995.., aku mula berhijrah ke Lumut tahun 1981, memasuki rekrut, habis rekrut aku ditempatkan di Woodland Singapore, tahun 1985 aku ditukar balik ke Lumut, tahun 1986 aku kahwin, duduk rumah kelamin dalam pengkalan TLDM, tahun 1995 aku beli rumah di Manjung.

Nampaknya Manjung semakin hari semakin bertambah pesat kemajuannya, tidak seperti 15 tahun yang lampau. dan aku tak dapata nak bayangkan bagaimana 10 tahun lagi nak menuju ke tahu 2020 nanti. Kalau panjang umuq nanti bolehlah sama-sama kita lihat... Aku tidak menolak pembangunan yang lakukan untuk keharmonian serta keselesaan warga penduduk setempat...

Nampaknya Majlis Perbandaran Manjung pun tidak ketinggalan, kalau 4-5 tahun dulu, didirikan bangunan pejabat baru, diadakan stadium mini, dewan merdeka dan berbagai lagi, dan nampaknya sebagai nak menyambut tahun 2011 mercu tanda Majlis Perbandaran Manjung sudah siap terbina.....


double klik untuk lebih besar





Apakah tujuan sebenar didirikan menara setinggi begini, apakah nak menyaingi bangunan-bangunan besar yang baru siap dibina seperti TESCO yang akan memulakan operasi sehari dua lagi...

Atau pun nak habiskan bajet tahun ni yang masih banyak berbaki lagi,,, mana mungkin kalau ada sponsor yang nak dirikan menara sebegini, nak kata syarikat pengeluar jam yang sponsor tak mungkin,, sebab jam yang tertera jenama pun tak ada.... entahlah...

Kalau duit banyak berlebihan, keselesaan penduduk-penduduk warga yang berpuluh-puluh taman di daerah Manjung ni dah selesai dengan sepenuhnya OK... Tetapi hak untuk penduduk nampaknya masih belum selesai....




Doubkle klik pada imej jika nak besar imej..

Bangunan hijau ni surau taman aku,,, manakala bangunan sebelahnya pula adalah bangunan Sekolah Agama rakyat..., dah berapa lama dah minta bantuan projek mengturapkan tar kerana lecak,,, masih lagi belum ada jawapan,, kalau ada pun banyak sangat songelnya.., itu tak kena, ini tak betul.... kononnya tak memenuhi spefikasi....


Ini baru hujan biasa.., kalau betul-betul punya hujan,,, sesiapa nak belajar berenang kat sini pun boleh..

Taman permainan kanak-kanak... yang tinggal tiang besi bekas buai aja yang masih tinggal,, dah 10 tahun dah dok minta,, sampai sekarang.. tak lulus-lulus,, entahlah.....


Jambatan kayu untuk kemudahan anak-anak dari Taman sebelah Fasa 1E menyeberang untuk kemudahan ke SK dan SMK Manjung, dah berapa dah runtuh... yang tinggal hanya mercu tandanya tiang......

Dimanakah hak penduduk Taman, ni aku tak pi korek ke seluruh taman di daerah Manjung ni, aku tak tau berapa banyak lagi dalam keadaan yang sama dengan taman perumahan aku...

Cukai pintu, masuk aja bulan 12 dah sampai dah,,, lewat dari tarik yang ditetapkan, kalau gagal membayar cukai pintu, surat untuk menyita rumah akan pula menyusul,, hebatkan,, kalau nak minta duit cukai kepada penduduk taman cukup tegas,, bab nak menyelesaikan masaalah warga taman macam hampeh....


Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Zamri bin Man.....

Akan ku kenang tindak tanduk mu di malam pengiraan

UNDI PRU12 2008 yang lalu..

Ingat lagi kan....

Wednesday, December 29, 2010

Kenapa berbeza...

Gambar ni keluar semalam di Berita Harian Online ....

PENGURUS Kanan Bahagian Khidmat Pelanggan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), K Baskaran, 53, didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5,700 pada 2006. - Foto Asman Ibrahim.
Dec 28, 2010 2:42 pm
Baru dituduh dimahkamah..., pendakwa masih belum lagi dapat membuktikan lagi kesalahan..... tetapi tangan awai-awai dah kena gari......


Gambar ni keluar hari ini....

LANS Koperal Abd Halim Saad, 49, berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh selepas diperintahkan membela diri terhadap dua tuduhan meminta dan menerima rasuah RM300 daripada seorang lelaki untuk tidak melakukan ujian air kencing ke atas lelaki itu yang disyaki menagih dadah, enam tahun lalu. - Foto Ikhwan Munir.
Dec 29, 2010 5:25 pm

Yang ini diperintah membela diri, beerti dah ada prima facie..., tetapi relax aja... apakah kerana seorang anggota polis yang sentiasa menggunakan gari, jadi ia tak perlu lagi digari....



Mereka hanya Pelajar Sekolah Agama... Tetapi mereka dah berjasa...

Pagi tadi sempat mendengar ulasan tajuk akhbar dari TV3....... terdetik hati kecil... ku...


image


Aku semak balik dalam akhbar tersebut.... beginilah ceritanya....

lebih 30 kanak-kanak yang berhimpun di surau kampung itu berzikir memohon pertolongan Allah untuk meredakan api daripada memusnahkan penempatan itu. ..

Seorang warga emas yang juga ibu tunggal, Halijah Baharin, 60, berkata, kanak-kanak terbabit yang berusia antara enam dan 13 tahun terdiri daripada pelajar sekolah agama rakyat di kampung itu diarahkan berzikir oleh imam kampung sebagai sebahagian ikhtiar untuk meredakan api yang sedang marak.
Malah, ada di antara kanak-kanak terbabit adalah pelajar sekolah pondok yang kebetulan pulang untuk cuti persekolahan.


Baca sepenihnya di DI sini .

Komen aku... Selama ini pelajar sekolah agama terutama sekali Sekolah Agama Rakyat (SAR) memang di anak tirikan,,, tidak seperti Sekolah Kluster, SBP, SMK dan bermacam-macam sekolah bantuan kerajaan... Manakala Sekolah Agama nak dapat bantuan pun perit, tak ada peruntukkan, ada peruntukkan di tarik, disekat.....

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Tutup Muka.. Malu kat orang kampung ka...



image

PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Ahmad Izram Osman yang menutup mukanya dengan jeket hitam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas kesalahan rasuah, hari ini. - Foto Rahmat Othman.
Dec 28, 2010 6:12 pm

Dalam era ICT ni tak payahlah nak malu-malu,, maklumat dihujung jari...just klik!!!..

Minta maafla.. Bukan nak buat aib ni,,, tapi aku percaya kepada siasatan SPRM… Cuma ada yang tak kena……

Baca di thestar. kena nak glamour macam ni bukan main lagi...Orang UMNO kut ni....

Monday, December 27, 2010

Tahniah 1Malaysia - Negara Pelancongan Maut....

Sama-sama kita renungi.....




Sebagai nak menutup tirai tahun 2010 , walau pun masih ada baki 5 hari ... nampakya 1Malaysia boleh mendapat pengiktirapan Negara Pelancongan Maut....

Tak payahlah nak tuding jari kepada pengusahasa bas, pengusahara tarik kereta, bas rosak, tuan punya bot tamak, jaket keselamtan..., ingatlah.. itu semua dari Allah... fikirlah.... inikah dinamakan negara berkebajikan... negara mendapat pelindungan Allah... Wallahhu Aaklam...





Sunday, December 26, 2010

Artis Seksi !! - Amah pula....

Biasalah .... nama pun artis... bukannya Ustazah... ustazah pun kekadang terseksi juga.kalau tidak masakan popular Ustazah terlampau.... inikan pulak artis....

Pasai apa yang dok tak puas hati tu..... geram ke... geram tak dapatlah tu.....

Amah-amah Indonesia bagaimana pulak ya... Boleh ke tak pakai seksi.... Boleh, apa salahnya.. dalam rumah aja... majikan dengan pekerja.........



DALAM NEGERI

Rais tegur artis berpakaian seksi

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan

Saturday, December 25, 2010

Syiah atau UMNO - Mana Lebih Bahaya...

Salam sejahtera.....

Selepas sahaja peristiwa hitam di Parlimen di mana Ketua pembangkang bersama 3 AP digantung tugas selama 6 bulan, maka peristiwa inilah yang jadi isu dan topik utama... Iaitu isu Syiah... Maka tak habis-habislah cerita... syiah...syiah...syiahh..


Keluarlah berbagai ulasan dari pakar-pakar ulas yang tidak kita kenali......, Tidak seperti sebelum ini, kerana ada tukang ulas yang cukup hebat....


Kalau tak salah ingatan aku, tahun 1985, isu Syiah ni telah dibongkarkan oleh Mudir Al-Arqam, sehinggalah lahir sebuah buku Bahaya Syiah. tetapi aku beli pun,,, kenapa...

Alhamdulillah, kerana aku sering dok pi mengaji, dapatlah sedikit sebanyak ilmu..soalah bab Syiah ni Sheikh Mohd Nor Alhafiz memberi jawapan dalam kuliah tafsirnya di Masjid Titi Gantung, Bota (selepas kalah menjadi calon PAS, beliau letak jawatan Imam Besar Masjid Negeri.) Jawapannya mudah aja....

Siapalah diri kita ini nak mempertikaikan keislaman seseorang itu, nak kata Syiah tak betui,,, Ahli Sunnah Melayu kat Malaysia ni pun belambak lagi yang tak betui...

Kalau Syiah tak betul; atau kafir... , pakar ulama Saudi Al-Rabitah, dah lama dah mengeluarkan hukum yang orang-orang Iran tu (majoriti Syiah) tak boleh menunaikan fardhu Haji, sedangkan kita tahu, negara Iran adalah yang ketiga terbanyak selepas Indonesia dan Turki yang menunaikan haji..

Siapa yang dah pergi haji, bila sampai Madinah, kita akan dibawa ke program lawatan ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh, tetapi di masjid tujuh para pelawat tak dibenarkan turun, hanya sekadar melihat dari atas bas, sebabnya Masjid tu dikerumuni oleh jemaah mazhab Syiah...

Jadi bagi aku tak payahlah nak pertikai Syiah betui ke tidak,, bukan taraf kita nak menentukan..., apa dah jadi dengan Arqam, arwah Assaari bagaimana, tak payahlah nak diungkitkan semula...!!!




Fikirlah balik,, betuikah kita yang dok mengaku ahli Sunnah ni, ...wahabi tak betui, syiah kafir... tu yang pertahan perkara syirik tu betui ka...

OKlah... pergi ke perkara tajuk...

Seteruk teruk syiah, ia berani berhadapan dengan kerajaan kuffar Amerika dan Yahudi .....

Ahli Sukan wanita Iran, menampilkan pakaian menutup aurat...

Pimpinan kerajaan mereka terutama Presiden Ahmednijad memang jauh berbeza dengan Najib..

Program kerajaan Iran, membuat persiapan pertahanana negara...

Sebaik-baik UMNO... pulak...

Mengikut telunjuk Amerika, habis berjuta-juta nak jumpa Obama, bekerjasama dengan Isreal, pasai apa Zahid Hamidi menteri pertahan jumpa Ehud Barak, hubungan dengan APCO..

Ahli Sukan Wanita Malaysia... tak payah cerita, tak tau nak beza yang mana agamanya Islam ataupun bukan Islam...

Sibuk nak buat bangunan beratus tingkat, kelengkapan tentera!! Kapal selam ttak boleh selam, enjin kapal terbang kena curi...

Paling mudah beginilah,,, dalam Al-Quran ada ayat melarang kita bekerjasama dengan Yahudi dan Nasara, memang Allah dah bagi peringatan... tetapi UMNO macam biasa, tak ada hal tetap ikut.....ayat-ayat mengenai Syiah ada ke tak dalam Al-Quran...

Musuh Umat Islam paling nyata ialah Zionis dan Amerika, tetapi UMNO!!!!!!!!!!..

Jadi siapa lagi bahaya... Syiah atau UMNO..c

Walau apa pun, aku bukan ahli Syiah...namun salahkah kita berkejasama, sama-sama berganding bahu menjatuhkan kuasa Zionis Israel...,tak apalah,, sebelum jatuhkan Israel, marilah kita pakat sama-sama jatuhkan dulu suku sakat Israel iaitu UMNO.....




Friday, December 24, 2010

Tenang Kubu UMNO...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Kecil (DUN) Tenang, Johor pada 30 Januari depan manakala tarikh penamaan calon pula pada 22 Januari.....

Manakala Muhyidin Yasin pula mengumumkan......



TERKINI

DUN Tenang kubu BN, kata TPM

24/12/2010 2:16pm

KUALA LUMPUR, 24 Dis. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor lebih arif untuk menentukan calon yang harus dipilih mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu Januari depan.

"Yang penting tidak kira apa pembangkang kata, orang Johor kawasan itu lebih maklum dan arif... sejak sekian lama, berdasarkan rekod sejak dulu, Tenang memang dimenangi oleh BN.

"Kita harap pengundi yang ada di Tenang akan terus sokong BN,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program “Mendidik Demi Malaysia” di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, DUN Tenang tidak pernah dibolosi oleh pembangkang.

Bagaimanapun, BN tetap menganggap setiap pilihan raya kecil sebagai cabaran dan tidak pernah memandang remeh cabaran daripada mana-mana pihak, katanya. - Bernama


Kalaulah benar seperti yang dikatakan oleh TPM itu, maka amatlah malang pengundi-pengundi di DUN Tenang, tenang sungguh, bukan jangan sangka di air tenang tiada buaya..... Yang ini tenang sesungguhnya Tenang.. Tenang menjadi kubu UMNO kerana..

Pengundi DUN tenang semuanya pejalan kaki dan menunggang basikal sahaja, jadi tiada masaalah kenaikan harga petrol dan diesel, tiada masaalah saman ekor.

Pengundi DUN tenang, masak pakai dapur kayu, tak pakai gas, kekadang tak masak, main makan mentah aja.

Pengundi DUN tenang, tak minum air kopi, teh atau susu, mereka hanya minum air hujan.

Kasihanlah pengundi DUN tenang,, moga-moga sentiasa tenang, selama-lamanya tenang.......

Thursday, December 23, 2010

Berita baik buat Cikgu dan Guru...

Dua hari sudah aku ada terbaca kelohan seorang guru di blog biaqpila. kisah bagaimana seorang guru gred DG41 yang diarahkan menjaga peperiksaan SPM, biasalah jaga peperiksaan SPM mau 3 minggu lebih, menyebabkan kenduri kahwin, imbuhan claim beberapa ringgit sahaja yang dapat, habis jaga periksa kena pi sekolah balik..c

Ada siapa yang simpati kat naib guru-guru yang mengajar anak kita semua,, nak harap Menteri Muhyiden Yassin, asyik dengan saya tak ada kuasa... abis tu siapa yang berkuasa?... RM.. Oii bukan ringgit Malaysia,, Rosmah Mansor..

Namun kini petunjuk untuk kebaikan masa depan guru dah ada, dapat disediakan tetapi guru-guru kenalah bekerja keras bersama-sama rakyat diluar sana... jom kita jatuhkan UMNO pada PRU13 nanti.. Insyaallah......



Negara tak akan muflis kerana imbuhan khas pendidik PR, jamin Anwar

December 23, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan inisiatif imbuhan khas pendidik bulanan RM500, dijanjikan Pakatan Rakyat, tidak akan menyebabkan negara muflis sebagaimana didakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin Yassin) baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

“Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (gambar) ini dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan akibat pelaksanaan imbuhan khas pendidik bulanan itu.

Inisiatif menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan merupakan salah satu daripada 10 perkara yang terkandung dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyen mereka di Pulau Pinang, Ahad lalu.

Pakatan Rakyat berjanji akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersamanya.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

“Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia,” katanya.

Pakatan Rakyat menganggarkan kos itu dengan mengambil kira kewujudan 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

“Usaha menaik taraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran).

“Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita,” kata beliau.

Menurut Anwar, inisiatif itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun dan jumlah itu adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno-Barisan Nasional (BN).

Dalam ulasan yang dilihat sindiran, kata Anwar, kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.

Malah, katanya, bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan.

“Pembaziran Umno-BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi Pemandu bagi 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

“Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun,” kata Anwar, bekas menteri kewangan.

Justeru, Anwar berpendapat bahawa persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul.

“Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno-BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini,” katanya lagi.

Menurut Anwar lagi, hakikatnya bidang pendidikan tidaklah berada dalam senarai kepentingan Umno-BN.

Ketika berada dalam kerajaan Anwar juga pernah menjadi menteri pelajaran.

“Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi,” katanya.

Justeru kata beliau, langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

Najib memaklumkan perkara itu selepas merasmikan persidangan tritahunan Cuepacs kelmarin.

Perkara ini telah disyorkan Cuepacs sejak 2002 tetapi menurut Anwar, hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno-BN memberikan reaksi cemas.

“Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari,” katanya lagi.

Anwar juga menegaskan, ia bukanlah caranya kerajaan merancang kebajikan pendidikan negara.

“Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara,” katanya.

Wahabi - Ulama mana yang dok menentang UMNO...

Salam sejahtera....

Malam tadi kuliah magrib kat surau, seorang ostad tu, macam tak puas hati, bila penghujung kuliahnya asyik dok sebut bab wahabi,, aduhai,, untuk maklumat ostad, kami yang mai surau ni, nak tuntut ilmu, bukan nak tau wahabi tak betui, sunni sahaja yang betui,, bab itu semua kami yang jahil ni tak perlu tau, bagi khatam sesuatu yang lebih aula dulu..

Sebelum ini satu soalan yang sama isunya juga ! Apa kesannya wahabi kepada akidah umat Islam, soalan yang ditanya pada Ustaz Tarmizi Abd Rahman dalam kuliahnya dua minggu lepas,, mudah aja jawapannya

PePerkara Khilafiah bukan asas dalam perjuangan kita, dakwah kita tertumpu kepada perkara “Qat’ie”perkara khilafiah kita serahkan kepada Ulama’ .Seperti pakaian tutup aurat. Jadi kita seru mereka tutup aurat, adapun jubah , pakai lebai ..itu bukan asas, ini terpulang .Tidak ada pimpinan mengatakan untuk jadi ahli jamaah mesti pakai jubah atau lebai..tidak ada.

Kita memegang yang asal , yang menjadi sebati dalam masyarakat kita.Yang baru kita serahkan kepada ulama’....

Aulawiyyatnya ialah hari ini kena utamakan dengan kembalikan syariat Allah, halangan kita ialah Isme yang sesat dari barat. Adapun masalah khilafiah dalam mazhab di serahkan kepada Ulama’.Yang perlu kita bincang ialah Sekularisme,nepotisme ,dan isu-isu sesat yang datang dari barat.Inilah peluang musuh untuk melemahkan kita.

Wahabi, Syeikh Muhammad Abdul wahab adalah pengasas,apakah dia sesat.Ulama’ di Mekkah semuanya mengikut aliran beliau.Sebagai contoh;-

Fatwa Al Azhar – mengambil gambar untuk tujuan tertentu harus.

Tetapi fatwa Negara teluk hukum mengambil gambar adalah haram.

Persoalan qunut , sesiapa yang nak baca teruskan tetapi jangan menghalang orang lain untuk beramal dengannya.

Jangan mudah menyebut yang ini sesat atau yang itu sesat, ingat jika kita mengatakan si anu itu sesat, andainya mereka tidak sesat, maka sesat itu akan kembali kepada yang menuduhnya.

Dizaman Imam-imam dulu tidak diperbahaskan masalah ini, kerana untuk selesaikan perkara pokok.jadi perkara khilafiah di tinggalkan dahulu.

Dalam perkara aqidah seperti mazhab Khawariz( lahir nya setelah berlaku pertembungan antara Ali dan Muawiyah) Dalam hal sebegini pun tak ada Ulama yang muktabar nak mengatakan sesat atau terkeluar dari Islam. Disalin dari manirmadah.

Ada lagi satu jawapan mengenai wahabi dengan secara ilmiah, hangpa baca di DI SINI.

Bab wahabi ni seingat aku dah lama dah, waktu aku mula dok ikut Kuliah Ijtimak di Sungai Petai, Bukit Gantang Taiping, tahun 85 dulu, ada satu ilmu yang aku dapat dari Allahyarham Ustaz Yusuf Ismail (Yusuf Baling - Calon PRK DUN Bayu - tahun 90han..), ia bagi tau yang baca yassin 3 kali malam nisfu syaaban tu bidaah, semenjak dari itu, sampai sekarang aku tak ikut lagi,,, bagi aku mudah aja,, Ustaz yang bagi penerangan kepada kita tu, bukan atas kepentingan peribadi atau sebagainya, ia bagi tau atas mana yang benar atau salah.. kalau kita rasa yakin dan benar apa yang disampaikan itu ikutlah....

Minta maaflah.. nak luah perasaan sikit, ostad-ostad yang dok pertahankan tahlil arwah, baca talkin tu, kalau dah selesai semua acara tersebut, selalunya waris akan bersalam dan ada memberi sedikit imbuhan, imbuhan tu ostad tu ambik ka atau ia tolak!!!! jadi sendiri fikirlah... malas nak buat telahan lebih-lebih sangat...

Ni lagi satu... sebagai perbandingan mudah dari aku yang bodoh ni...

Aku rasa semua hangpa kenai akan ostad ni... Tokoh paling popular, pernah mendapat bermacam anugerah, seingat aku, beliau adalah salah seorang yang mula-mula menyerang akan fahaman wahabi ni secara terang=terangan, pernah keluar kenyataannya separuh muka akhbar Utusan bab bahayanya wahabi bila berdekatan waktu satu PRK di Kelantan tahun 90 dahulu.

Tetapi pernahkah ia menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO...

Pernahkah ia membela kerajaan PAS Kelantan walaupun ia orang Kelantan.

nak tau lebih hebat lagi ostad ni hangpa baca kat SINI...


OK, kemudian kita ambik pulak Dr Asri, ustas yang dilabelkan dengan Wahabi, aku tak nafikan Dr Asri ni walaupun kekadang tu kita dok nampak kekadang tu berat ke UMNO juga, tetapi dalam duk berat tu berapa banyak isu-isu berkaitan hak rakyat, hak umat Islam yang diselewengkan oleh UMNO telah ditegur oleh Dr Asri. Tolong bagi tau kat aku, mana ada ustaz atau ulama apatah lagi mufti-mufti dalam Malaysia ni (kecuali PAS) yang berani menegur kesilapan kerajaan.

Begitulah, mana ada ulama-ulama atau mufti yang secara terangan-terangan membela Tuan Guru Nik Aziz selaku ketua negeri Kelantan, melainkan Dr Asri walaupun beliau orang Pulau Pinang...


Jadi pakat-pakat fikirlah, janganlah kerana isu-isu sebegini kita terperangkap, musuh Islam sentiasa memerhati kelemahan umat islam...

Kenapa kita masih kepada pemikiran lama, OKlah, kita tolak tepi dulu bab tahlil dan talkin, kita ambik bab kenduri kahwin, kenapa masih dok nak ikut takuk-takuk adat resam melayu+hindu dulu tu, masih nak bersanding, tepung tawar, berpelamin, berinai, dan bermacam-macam lagi tu...

Aku pernah jadi pengiring kawan baik aku menikah di Perlis negeri Wahabi tahun 1984, kahwin dengan anak arwah Ustaz Ramli di Mata Air, simple aja majlisnya di rumah pengantin perempuan, malam (raya puasa pertama) pergi akad nikad, doa selamat dan jamuan makan. Besok harinya kenduri di rumah kawan aku pulak, pun hanya sekadar jamuan makan... kekal bahagia sampai hari ini.

Entahlah, ada yang mudah, ada yang senang, dok gatai nak ikut adat orang dulu-dulu, sebabnya takut nanti apakata orang, apakata jiran.kerana takut kekata jiran kita sanggup berhutang, bergolok bergadai nak buat kenduri bagi kahwin anak…...

Insyaallah, aku akan berazam akan melakukan perubahan-perubahan seperti tersebut, dan aku dahpun berpesan kepada anak-anak aku, kalau aku mati tak payahlah nak susah-susah cari tok imam baca talkin, nak buat tahlil arwah, cuma kalau ada rasa sayang dan belas ehsan, aku cuma mengharap doa-doa dari anak-anak aku,, itu sahaja...

Hangpa nak kata aku aku pun wahbi juga, kata pilah, apa aku kisah,,, keislaman aku Allah yang maha kuasa menentukannnya...



Wednesday, December 22, 2010

1Malaysia - Kisah Polis di tuduh merogol Lagi...

Dalam Berita Harian Online hari ini...

KONSTABEL polis, Yusni Yusof dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang inspektor wanita yang juga rakan setugasnya, tahun lalu. -
Foto Azahan Rosli Dec 22, 2010 5:28 pm

Aku tak mau nak pertikaikan hukuman yang telah diterima oleh pesalah ni, aku bukannya pakar undang-undang.. Cuma kalau beginilah sikap anggota yang menjaga keselamatan rakyat, kepada siapa lagi rakyat nak menyimpan harapan...

Kita lihat gambar yang dibawah ini pula,,, kesnya lagi menyayat hati...,


Yang ini lagi cilaka,, bekas cawangan khas, pegawai kanan pulak,,, aku ada tulis ceritanya betulkah pegawaai kanan polis ini tidak bersalah.. hangpa boleh baca tulisan pengkomen di sana..

Nak marah kat polis-polis ni pun tak guna juga,,, kalau dah menteri-menteri yang dok ada pun kebanyakan tak senonoh, ada yang pelakon filem porno DVD jadi ketua parti, ada yang kisah raba punggung, dan yang agak brutal bunuh dan kemudian bunuh diri.... Jadi kalau dah pemimpin macam tu, jadi anggota-anggota polis yang jenis bernafsu binatang pun naik tochang lah...

Apakah kita sanggup nak berhadapan dengan kehidupan sedemikian ini lagi,,, kita mungkin tak lama dah nak hidup pun, tetapi bagaimana dengan nasib anak-anak kita, bagaimana dengan bakal cucu-cucu kita...

Kalau kita tak dapat nak mengubah atau menghumban UMNO BN dari Putrajaya, maka sama-samalah kita menerima nasib yang mungkin teruk lebih dari itu lagi, janganlah nak mengharapkan perubahan pada UMNO, hanya pada undang-undang Islam (Allah) sahajalah yang dapat menyelesaikan masaalah sebegini....

Beruntungnya jadi PEGAWAI Polis....

DSP... Deputy superintendent police... kalau dalam askar Major..., Kalau dalam Navy Leftenan Komander... baru pangkat sebegitu, layanan yang mereka dapat lihatlah..., berbeza dengan mamat-mamat biasa, dah tentu tangan bergari dan diseret, simangkok hayun ni dah conform bersalah, eeehhh, siap boleh tutup muka pulak lagi,, tau malu,,

Waktu peras ugut kat rakyat, guna kuasa dan pangkat tak tau malu......


NEGARA

Nordin kena hukum lebih berat


Bagaimana pulak yang berpangkat lebih dari itu, contoh mantan Presiden MCA Tun Ling Leong Sik yang didakwa dimahkamah tempohari, bagaimana,, yang tukang iring pun semuanya pangkat terpacak atas bahu.... DISINI

Bagus kan 1Malaysia... pendakwaan terpileh!!!!!!.....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari