boikot
Segarkan ingatan anda...
Saturday, December 31, 2011
Tudia....Pemimpin PAS kena belajar politik daripada Dr Hasan Ali..
Kenapa Blogger UMNO Aspan Alias masuk DAP bukan PAS..
Kepada semua pengomen-pengomen,
Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP.
Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.
Jawapanpendek saya senang sahaja:
Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP
Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP iti di momokan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang di momokan oleh UMNO.
ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.
Keempatnya saya tidak merelakan rakyat di perdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasan nya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.
Kelimanya DAP tidak mempraktikan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.
menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.
Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika di keluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.
Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.
Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikan transparency, beretika dan tidak rasuah.
adilakah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah laa ditinggalkan mereka?
Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.
Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.
Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.
Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.
Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.
Terima kasih.
31 December 2011 17:12:00 GMT+08:00
Ahli Politik khalwat dgn bini orang di Perlis ialah Ketua Pen. Pemuda UMNO Padang Besar..
Friday, December 30, 2011
Kenapa dengan wanita bernama Kamaliah ni..
Ini dia muka wajah Dato yang menipu lembu NFC - adik ipar Shahrizat..
Takziah buat UMNO - 1000 Ahli MCA keluar parti..
BR1M = RM500 sebagai umpan dari rakyat miskin Malaysia jangan bangun demontrasi..
Thursday, December 29, 2011
Siapa wanita bakal Perdana Menteri Malaysia....
Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia
Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia
11:08AM Dis 29, 2011
Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.
Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.
Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.
Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.
Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.
Gambar yang Menteri JPM Jamil Khir Baharom paling suka..
Masih terdapat sejumlah 16,000 pembayar individu dan 608 syarikat korporat yang telah membayar zakat pada tahun lepas, tetapi belum lagi membayar zakat pada tahun ini.
Operasi di tujuh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) akan dibuka mulai 8.45 pagi hingga 8 malam pada Jumaat dan Sabtu ini.
Wednesday, December 28, 2011
Nelayan orang Asli Johor di tindas oleh UMNO (gambar-gambar)
Di mana muka-muka pemimpin UMNO……
masing-masing sibuk dok gali kubur ke….
Melayu-melayu hebat penutup tirai tahun 2011
Tuesday, December 27, 2011
Tenaga dan keilmuan Dr Aziz Bari lebih penting di IPTA..
Kisah Ostad dengan Ustaz di Manjung....
Berita Sedih .. Lihat habuan PESARA Tentera negara Singapura..
Pantun Seloka: Panglima Ludah Vs Mahasiswa
Mahkamah dah sound Gerombolan durjana,
AUKU bercanggah Perlembagaan negara,
Pokjib dah gabra umum dipinda,
Mansuh sahaja… kan habis cerita
KL Sentral & PWTC medan ujian,
Minda merdeka dizahir perjuangan,
Ditangkap dihalau jadi cabaran,
Pantang undur mengalah jangan.
Beraninya Siswa bak Harimau muda,
Bendera diturun tanda protesnya,
Panglima marah meroyan gila,
Nak ludah tampar muka siswa,
Ludah & tampar ancaman Panglima,
Tidak bertamadun dangkal pula,
Diskusi ilmiah membuka minda,
Baru matang 1Malaysia.
Si kaki ludah membuka bicara,
Konco-konco dh siap siaga,
Senjatanya tangan bukan bicara,
Otaknya dilutut bukan dikepala
Panglima & konco berbaris sedia,
Nak masok Youtube hentam siswa,
Akhirnya diejek seantero maya,
Buat malu Pokjib 1Malaysia.
1Malaysia TV dilancar maya,
Nak lawan fitnah PR katanya,
Kalau berat sebelah macam TV3,
Jangan tengok… buang masa saja…
Adapun Pokjib tiada bicara,
Diam membisu komen tiada,
Bendera diturun dipasang semula,
Tak buleh dakwa jenayah tiada,
Adab sopan pekerti mulia,
Disanjung tinggi serata dunia,
Andai biadap perbuatan siswa,
Hadiah ‘Kek Tahi’ bagaimana pula?
Mual & loya video si polan,
Ludah & tampar jadi siulan,
Rantai dileher silau gemerlapan,
Mulut bertakbir menghalal perbuatan,
Mulanya serius dh jadi ceria,
Gelak ketawa memecah suasana,
Tak kering gusi lawak Panglima,
Calon ML Mega musim seterusnya.
Siswa pro-A pun nk demo sama,
Nak ucap sayang Pokjib 1Malaysia,
Belakang Pudin korang sound selamba,
Pudin nak jumpa korang enggan pula?
Ugutan bacul mainan Panglima,
Dijaja fitnah Utusex Meloya,
Kebebasan akademik intipati cerita,
Kenapa persepsi ‘biadap’ disensasi Media?
Siswa dikongkong berzaman lamanya,
Disekat suara dijumudkan minda,
Panglima machai tau angguk saja,
Macam lembu-lembu yg kak Jat bela,
Kuasa perubah ditangan Siswa,
Merubah landskap politik Malaysia,
Kuatkan tekad perjuanganmu anak muda,
Ayuh! PRU13 hancurkan Gerombolan durjana
Ptuih… ptuih… ptuih…
karya asli,
Pak Saiko Dec 2011